Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

31 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini tamatlah kalendar 2003. Tahun 2004 hadir membuka tirai. Saya rasa saya just rehatkan diari saya buat sehari bagi menumpukan kepada Diari Saiful 2004.

WASSALAM...

30 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Edisi Utara: Anak harapan

Oleh Nurhidayah Najmi

 

BERBALOI...Siti Hajartul Nadiah (tengah) dicium ibunya, Normi Ismail dan bapanya, Badek Ruzaman Meor Rahman selepas mendapat keputusan 8A dalam PMR 2003, semalam.— Gambar RAHMAT OTHMAN


ALOR STAR: Walaupun terpaksa bertungkus lumus menjaga ibu yang menderita penyakit barah payu dara, Siti Hajartul Nadiah Badek Ruzaman membuktikan ia bukan penghalang untuk mencipta kejayaan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, itu mencatat keputusan 8A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam.

Bagi Siti Hajartul Nadiah, kejayaan dicapainya itu adalah berkat dorongan daripada keluarganya.

“Penyakit yang dihidapi ibu saya tidak pernah menghalang saya untuk berjaya dalam pelajaran. Saya menjadikannya dorongan untuk berjaya sepertimana yang dilakukan oleh orang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, jadual pembelajaran harian turut menjadi faktor penting yang membawa kejayaan pada dirinya.

Siti Hajartul Nadiah adalah anak kedua daripada lima adik-beradik. Ibunya, Normi Ismail, 41, bekerja sebagai guru manakala bapanya, Badek Ruzaman Meor Rahman, 46, seorang peniaga.

“Saya juga mengikuti kelas tambahan yang diadakan pada setiap petang selepas sesi persekolahan. Ibu saya banyak membantu dalam pelajaran kerana dia seorang guru,” katanya.

Chavinee a/p Cham Nean, 15, yang turut mendapat 8A berkata kejayaan yang dicapainya itu adalah berkat daripada kepercayaan terhadap diri sendiri.

“Resipi utama untuk kita berjaya dalam peperiksaan ialah kita perlu mengulangkaji setiap pelajaran yang diambil dan membuat yang terbaik.

“Kita juga perlu percaya kepada diri sendiri. Kita kena ingat pada tuhan. Dorongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan turut sama membantu dalam mencapai kejayaan,” katanya.

Bagi Putri Amalina Abdul Rahim, 15, pula kejayaannya mencatat keputusan 8A adalah hasil sistem pembelajaran secara terancang.

“Kita juga perlu banyak berdoa kepada Tuhan dan berharap apa yang kita lakukan akan diberkatiNya,” katanya yang berasal dari Taman PKNK dekat sini .

Seramai 125 pelajar SMK Sultanah Asma, di sini mencatat keputusan cemerlang iaitu 8A, menjadikan sekolah itu antara yang mencatat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR 2003 di Kedah.

Secara keseluruhan, seramai 1,315 daripada 35,050 calon peperiksaan PMR di negeri ini memperolehi pangkat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan negeri, Md Akhir Shafie, berkata Kedah mencapai 57.6 peratus kelulusan yang disifatkan pencapaian sederhana oleh Jabatan Pendidikan negeri.

“Empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma Alor Star; SMK Sultan Abdul Halim Jitra; SMK Sultan Badlishah Kulim dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Sungai Petani disenaraikan terbaik peringkat kebangsaan dan menerima anugerah cemerlang Kementerian Pendidikan.

“Manakala empat sekolah lain yang turut dikategori terbaik di Kedah ialah Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star; SMK Agama Baling, SMK Agama Yan dan SM Sains Pokok Sena,” katanya.

TAHNIAH!!! Saya cukup terharu dengan apa yang saya baca dalam Harian Metro 30/12/2003 Edisi Utara. Apa yang anda baca di atas adalah kisah cikgu saya yang pernah saya sebut dalam diari saya. Cikgu Normi yang selalu dan banyak membantu saya dalam pelajaran hingga saya berjaya menjejak ke menara gading. Sekalung tahniah cikgu.

Saya cukup seronok lalu saya be paper Harian Metro. Dalam Berita harian pun ada. Abang Badek tu selalu jugak datang ke kedai saya. Tapi saya lebih menghargai sumbangan Cikgu Normi terhadap diri saya. Terima kasih dan tahniah cikgu!

Waktu saya ke rumah Cikgu Normi dulu, Siti ni masih lagi dalam sekolah rendah tapi sekarang dah besar dah!

Pengarah pendidikan Kedah sekarang pasti amat mengenali Cikgu Normi sebab waktu saya study dulu, Tuan Haji Mohd Akhir Shafie merupakan pengetua sekolah saya dan Cikgu Normi adalah antara Cikgu yang cukup dikenali ramai...

Seronoknya kalau nanti saya dapat anak dan jadi macam ni kan? (Hehehe... Tak kahwin lagi dah berangan!)

Oklah...

Hari ni waktu pagi macam biasa, saya terus dengan aktiviti baminton saya. Akhirnya saya kembali menang dengan 15-6, 15-5. (Boss saya baru sahaja bertunang dah kalah! Tu belum kahwin lagi! Hehehe...) Mudahnya dalam masa tak sampai 30 minit! Tak sia-sia saya tingkatkan stamina dengan berjogging dengan lebih kerap. Nampaknya saya kena betul-betul kekalkan stamina saya untuk menang lagi minggu depan. Cuma yang tak bestnya melayang RM 20 sebab tali raket saya puts. Isk...isk... isk.. Tak apalah bukan rezeki saya.

Kemudian, saya baca Harian Mtero pasal cikgu saya tu dan selepas itu saya berhenti makan buah kat Pak Cik yang selalu saya singgah minum air waktu sekolah dulu. Hari ni lewat sikit balik iaitu dekat pukul 2 petang. Kemudian terus saya rehat kat rumah. Dah lama saya tak tidur petang. Akhirnya hari ni sempat saya tidur waktu petang.

Petang saya turun jogging di Taman Rimba, Alhamdulillah kali ni, saya improvekan sikit lagi stamina dan saya kena kekalkan jugak untuk minggu depan dan tahun depan.

Malam saya ke kedai dan surf Internet serta balas email yang patut. Kemudian saya ikut kawan saya yang hendak ambik lesen memandu melakukan ujian lusa di Stadium. Berlatih bawak kereta tengah-tengah malam! Turut menemani ialah Cikgu Samad dan boss saya Abdul Khodir.

Kemudian kami berhenti makan di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar sampai jam 1.30 pagi sebelum saya balik rumah dan update diari untuk hari ni. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

29 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi saya keluar jogging macam biasa di Taman Rimba. Hari ni ada hal sikit sebab tu saya tak berpuasa sunat macam selalu. Kemudain saya masuk kerja jam 12 tengah hari hari ni. Sibuk jugaklah hari ni dan memang ramai orang pulak tu. Apa pun best hari ni sebab saya ada sesuatu yang cukup istimewa! Saya kena berahsia dahulu. Hehehe...

Kemudian, saya terus ke Stadium pada malam hari untuk menyaksikan perlawanan Akhir Kejohanan Empat Penjuru yang dimenangi oleh NS yang menewaskan Kedah 1-0. Masih banyak kepincangan yang perlu di atasi dan saya yakin, pasukan Kedah akan berjaya melakukan yang terbaik nanti, InsyaAllah...

Saya harap Datuk Shukri, pemain dan Coach akan tabah menghadapi kejian peminat yang tidak tahu tentang pengurusan bolasepak. Bila balik terus saya ke kedai dan surf sekejap sambil menanti Fantasypoint EPL diupdate. Malam ni Arsenal menang 1-0 ke atas Southampton. Yang tension saya tewas tiga transfer minggu ni! Tapi tak apa sebab saya semakin mengejar kedudukan tempat teratas. Kalau dulu saya dalam lingkungan ranking 250, kemudian jatuh ke 233 dan kemudian ke 185 kemudian 133 sekarang dah jadi 107. InsyaAllah minggu depan saya akan masuk dalam top 100.

Saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173][174][175][176][177][178][179]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah