Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

21 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu benda yang saya selalu belajar dalam hidup ini, juga dalam filem atau drama ialah pentingnya kita berterus terang. Biar sepahit mana pun jika kita sentiasa berterus terang tak akan timbul masalah besar. Dalam kehidupan kita kena begitu. Berterus teranglah. Kalau saya, saya memang tak kisah walaupun ia melibatkan kesalahan saya. Malah saya amat menghargainya.

Jadi seharusnya kita sentiasa berterus terang agar tak banyak kekeliruan timbul dalam hidup. Semoga hidup kita akan sentiasa sejahtera, InsyaAllah...

Hari ni saya tak macam biasa. Selalunya saya puasa setiap Isnin tetapi hari tak sebab saya ada rancangan lain. Saya nak buat sesuatu. Jadi saya kena ubah amalan saya. Hari ni awal-awal pagi lagi saya dah ke kedai beli akhbar. Kemudian saya bawak mak ke pasar. Selepas itu saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk selia kerja saya berkaitan sistem sekolah tu. Saya pun tak tahu macam mana tetapi saya akan cuba belajar. Kita kena cepat belajar. Memang sekarang saya tengah bermasalah sikit tetapi saya kena ketepikan soal peribadi dan kerja walaupun saya tak pasti soal income macam mana tetapi saya kena berusaha sebab kedudukan kewangan saya dah teruk sangat dah ni. Dah cukup cukup kritikal. Saya kena lebih panjang akal.

Kemudian bila dah settle saya pun terus balik ke rumah. Dekat sahaja dengan rumah saya sekolah tu! Tu yang advantagenya... Kemudian saya tidur sekejap. Lepas tu nak main bola tapi padang still becak, jadi tak ada orang main. Bosannya. Lepas tu layan cerita Cina di TV3. Kemudian saya hantar adik saya ke sekolah. Bila balik saya terus defrag komputer saya. Jadi saya tak dapat nak connect Internet malam ni. Lagi pun saya tidur seawal jam 10 malam. Memang saya macam tidur tetapi saya tak tidur sebenanrya. Saya memang tak dapat tidur. Saya fikirkan banyak benda.

Sesekali seronok jugak kalau balik ke zaman kanak-kanak tak payah fikir sangat bab bab maslaah ni. Memang saya dah buat satu keputusan drastik yang mungkin mengubah hidup saya bulan depan atau dua bulan lagi. Ada lah yang saya nak buat. Saya kena berani untuk gagal barulah boleh berjaya. Saya serahkan kepada Allah untuk menentukan segalanya. Saya Cuma berusaha. Dalam hati saya mengharapkan kejayaan, InsyaAllah...

WASSALAM...

20 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Susah nak cakap dalam keadaan saya macam ni. Nak menulis pun rasa macam tak ada motivasi. Dalam keadaan pelbagai masalah yang menghimpit memang sukar nak buat keputusan dalam masa yang pantas. Kena lebih banyak berfikir, bertenang dan banyak langkah lagi. Tak mau nanti ada kesilapan yang akan membuatkan diri menyesal. Alamak! Apa yang nak saya kata la ni?

Keadaan tak banyak sebelahi saya. Paling saya risau adalah satu benda. Saya tak tahu kenapa? Silap saya atau ada sesuatu yang terjadi. Kalau saya silap dengan hati yang terbuka saya minta maaf. Tapi kalau itu bukan jalan penyelesaiannya, saya tak tahu apa lagi. Bagi saya dalam hidup ni kita kena bersedia terima sebarang kemungkinan.

Kadang-kadang susah nak agak apa yang akan berlaku dalam masa seminit dua lagi. May be seminit dua lagi sebuah kereta datang rempuh kita dan jadilah benda yang tak diingini (harapnya tak, Cuma contoh). May be tiba-tiba kita menang RM 1 juta! Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Selagi kita sentiasa mengharap kepada Allah, InsyaAllah kita akan dilindungi.

Cuma waktu macam ni saya agak kusut. Ya Rabbi! Apa sebenarnya yang terjadi. Saya dalam keadaan berteka teki sekarang. (anda lagilah sebab tak tahu apa yang saya maksudkan). Apa pun saya harap semuanya terkawal. Saya tak mahu fikirkan sesuatu yang buruk dalam kepala saya, sebab ia ibarat doa. Jadi saya kena lebih positif.

Tapi apa pun terjadi, seburuk mana pun saya tak akan berubah dengan pendirian saya. Bagi saya, biarlah kita ikhlas dalam hidup. Malas saya nak melayan masalah ni... Apa kata kita baca satu jokes....

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa.....berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit.  Tugas ini merupakan  akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya.  Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.  setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yg hairannya...Beliau melihat pesakit itu... menyanyi dalam keadaan terlentang...Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula... Sambil menyanyi

Doktor itu terus bertanya " Kenapa awak tadi terlentang....tapi  sekarang meniarap pula" Lalu pesakit itu menjawab  " OOooo  tadi Side A..ini Side B pulak "

Oklah masuk bab diari saya hari ni.

Waktu pagi macam biasa, seawal jam tujuh dah keluar beli paper dan kemudian saya jawab beberapa call untuk saya dan kemudian saya bertungkus lumus apply online job. Tarikh tutupnya adalah hari ni! Alhamdulillah settle. Lepas tu nak kena settlekan kerja dengan Zam. Kena bukak Hard Disk bawak ke office. Sebelum tu ke office Marzuki tapi dia tak ada di sana. Jadi saya dengan Nizam terus ke office. Sampai sahaja di office terus try tapi tak matching system. Terpaksalah balik dan pasang CD Burner kat rumah.

Bila pasang asyik tak function, rupanya silap letak jumper. Lepas tu oklah Cuma driver pulak tak ada! Macam mana nak function? Terpaksa mengalah kepada keadaan. Macam manalah projek saya la ni. Pening! Dengan kemudahan yang terhad nak capai sesuatu yang luar biasa, sukarlah. Memang tak begitu kondusif persekitarannya. Nak buat macam mana? Kenalah terus berusaha tak bolehlah berputus asa. Semuanya kena kerja keras!

Apa pun Nizam yang lebih banyak pening kepala sebab dia mulakan projek sejak bulan April lagi. Income tak ada lagi ni. Macam mana nak hidup kawan? Alhamdulillah saya still ada sumber-sumber yang tak saya jangka. Alhamdulillah...

Kemudian waktu petang nak main bola pun tak ada orang. Selalunya waktu tengah under pressure macam nilah saya akan perform the best sebab saya nak lepaskan segala tekanan saya dengan enjoying main bola atau badminton. Keadaan serba tak kena. Tapi saya tak boleh megalah dengan keadaan. Sebolehnya kena cuba kuasai keadaan. Ramai orang yang berjaya bermula dengan kegagalan sebelum mereka berjaya. Semakin banyak kita gagal, kita akan lebih berjaya. Semakin teruk kita gagal kita akan lebih berjaya.

Kemudian waktu malam, saya tonton F1. Dapat pun Raikkonen pintas Michael dalam race ni. Tapi overall still ketinggalan 6 point behind Michael. Apa pun tetap puas hati dengan persembahan Kimi walaupun ada masalah kenderaan sikit.

Kemudian saya just baca offline page di komputer saya. Ambil ilham sikit. Ambil ketenangan sikit. Lepas tu barulah ada sikit selera nak menulis. Akhir hari ni saya belajar sesuatu yang selalu saya belajar. Hari ni saya belajar balik. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah, Allah akan bantu kita! Percayalah... Cuma waktu ni saya rasa macam bersalah sangat, bila keadaan jadi macam ni...

WASSALAM...

19 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Istimewa buat semua sahabat, teman dan pengunjung diari ni...

Oklah...

Waktu pagi selepas sarapan dan baca paper, saya bertolak ke Kampung saya di Pendang. Waktu saya rasa agak kusut macam ni lah waktu yang sesuai untuk saya menenangkan fikiran di kampung. Bila saya sampai sahaja di kampung memang saya rasa cukup lain. Cukup tenang. Alhamdulillah...

Bila sampai saya sempat bermain dengan sepupu saya yang masih kecil dan kemudian saya tertidur setelah membaca banyak naskah akhbar. Bila bangun dah jam 1 petang dan ada tetamu pulak tu! Hehehe... Kemudian sama-sama makan nasi.

Lepas tu Tok Wan bukak cerita zaman Jepun dulu. Tok Wan banyak kali mengatakan yang zaman tu cukup perit. Semua orang waktu tu hanya ada sehelai kain untuk dipakai. Bagi yang susah mereka hanya memakai tikar mengkuang sebagai kain! Tikar itu ditumbuk-tumbuk terlebih dahulu bagi menjadikannya lebih lembut dan selesa dipakai. Ada sejenis kain lagi diperbuat dari getah tetapi memang sukar sebab apabila cuaca panas ia akan melekat di badan. Susahnya waktu tu ialah apabila orang mati, mayat hanya digulung dengan tikar mengkuang kerana tidak mampu mendapatkan kain kafan.

Tentera Jepun pulak memang garang dan suka memaksa orang bercucuk tanam dan memetik buah-buahan seperti kelapa dan betik untuk mereka. Bagaimanapun mereka amat kejam kepada etnik Cina. Selalunya ketua kampung yang bermasalah kalau ada apa-apa kes. Ada sekali tu, cerita Tik Wan, ketua kampung dipaksa minum air sabun dan kemudian dipijak-pijak perutnya dengan dialas papan sehingga menangis kaum keluarga ketua kampung tu. Apa pun Allah tetap memanjangkan umur ketua kampung tu.

Waktu tu jugak ramai yang berkahwin! Kenapa? Sebabnya waktu tu Jepun memilih remaja yang berumur 16-18 tahun yang masih bujang untuk kerahan tenaga seperti membina landasan keretapi maut. Kepada yang dah berkahwin, selamatlah. Jadi ramai yang berkahwin waktu tu. Tok Wan saya gelak dan kata, senangnya nak kawin waktu tu. Hehehe... Semua pakat setuju saja. Hehehe...

Waktu zaman Jepun dulu, hampir semua orang kena penyakit Burut. Yang keluar nanah tu! Tok Wan saya merawat dengan menggunakan duit syiling satu sen yang ditebuk dan diikat pada kaki yang terkena burut. Saya tak berapa faham sangat maksud Tok Wan tu.

Lepas tu Tok Bercerita lagi... Sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu ada seorang peniaga dari Jepun yang menjadi Spy Jepun berniaga di Pendang. Patutlah harga barangan di kedai tu lebih murah! Macam macam...

Kata Tok Wan lagi, kalaulah setahun lagi Jepun jajah Tanah Melayu, rasanya Tok Wan dah tak ada lagi atas dunia ni. Saya pun terfikir, kalau Tok Wan tak ada bermakna saya pun tak ada jugak! Apa pun banyak pengajarannya. Itu adalah antara secebis kisah yang Tok Wan saya ceritakan. Seronok dengar cerita orang tua-tua ni. Cuma saya kena concentrate betul-betul setiap patah kata-kata Tok Wan saya sebab loghat Tok Wan saya agak pekat dan suara Tok Wan saya pun agak perlahan. Kena dengar betul-betul.

Kemudian saya berehat bersama saudara yang lain sambil menonton TV. Saya pulang ke Alor Setar kira-kira jam 6.30 petang. Bila balik saya just berehat di rumah. Waktu malam saya banyak habiskan masa dengan menyiapakan kerja saya. Esok adalah due date. Jadi malam ni kena banyak buat follow up!

Bila siap, saya surf Internet untuk update diari dan balas email. Cuma sebelum saya tidur saya masih lagi gelisah. Kenapa? Hanya saya dan Allah yang tahu...

WASSALAM...

18 JULAI  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

WANITA
SIRI AKHIR

Lihatlah di Universiti universiti, kaum wanita mendominasi bilangannya. Kenapakah masih terpedaya dengan lelaki yang kadang kala SRP pun tak lulus? Sebagai seorang yang ada daya intelek wanita tidak seharusnya diperbodohkan sebegitu rupa. Yakinlah yang Allah itu Maha Adil. Jangan terus dipermainkan.

Kalau kita tengok dalam aspek iklan, nampak jelas wanita dipermainkan maruahnya. Iklan Kereta pun kena ada wanita berbikini memandu kereta tu! Jangan jadi macam wanita barat yang terlalu bebas. Wanita timur memang ada adab dan susila mereka.

Secara terus terang, saya memang amat kagum kepada wanita yang pandai menjaga tingkah laku mereka. Dan saya amat tak suka kepada cara berpakaian kebanyakan remaja wanita masa kini. Berpakaian tetapi telanjang! Sebab tu saya tak suka sangat keluar ke Bandar. Tak larat saya mengelak dari memandang semua ni. Saya memang tak akan pandang kalau berpakaian mengarut ni. Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk mengelak dari memandang benda-benda macam ni. Harap Allah tak tarik balik semua ni.

Bagi saya, saya ada satu petua buat kaum lelaki agar tak liar matanya. Bila ternampak wanita berpakaian seksi, gunakan imaginasi untuk membayangkan wanita itu ada tanduk (Macam apa yang kita bayangkan tentang syaitan) dan secara automatik kita akan benci. Bukannya bencikan wanita itu tetapi caranya berpakaian. Sebab tu saya agak kurang mengecam perempuan. Maaf! Saya memang jarnag tengok perempuan dan kalau saya lalu pun saya akan mengelak dari melihat perempuan. Itu memang tabiat saya dari kecil. Bagi saya mata perlu kita jaga.

Sebab kalau mata kita liar ia ibarat anak panah syaitan dan di akhirat kelak, biji mata itu akan dicampakkan jauh ke dalam api neraka! Astagfirullahala’zim... Minta dijauhkan. Kepada kaum lelaki kawal lah nafsu. Nafsu ni tak akan puas. Sampai bila pun ia tak akan puas. Nabi pernah bersabda yang lebih kurang begini maksudnya, manusia ini kalau diberi selembah emas, dia pasti mahu selembah emas lagi, dan tiadalah yg menghentikan kemahuannya itu melainkan tanah (mati)"

Saya pun tak tahu kenapa saya terlalu pemalu dengan perempuan dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya minta maaf sebab yang tak kenal saya, akan anggap saya ni anti wanita atau pun sombong! Sebenarnya saya memang tak pandai sangat bergaul dengan wanita. Saya tak mahu berlebihan dalam pergaulan. Benda ni memang saya akan jaga. Alhamdulillah sampai sekarang saya dapat mengawal pergaulan saya dan saya senang dengan keadaan ini. Ramai kawan perempuan saya yang faham cara saya. Alhamdulillah mereka tak kata saya sombong lagi dah.

Beralih pulak kepada konteks perbincangan saya soal wanita, Wanita seharusnya lebih matang. Yakinlah masih ramai lelaki yang akan ikhlas membantu anda! Saya memang impikan bila saya ada anak nanti, saya mahukan ramai anak perempuan. Sebab saya sayangkan wanita ni. Saya rasa cukup sedih kalau ada wanita ditindas dan dibuli. Memang saya cukup terasa.

Saya amat berharap, agar wanita kini semakin matang berfikir dan menilai yang mana kaca dan permata. Jangan biarkan diri anda dipermainkan!

Sebelum saya memulakan diari saya saya nak tarik perhatian anda kepada dua berita ini...

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20030718012409/Article/

Ini adalah berkaitan dengan tulisan saya berkenaan wanita. Ia menunjukkan kesilapan wanita yang seharusnya boleh dielakkan.

Dan sila klik sini pula untuk berita satu lagi...

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/2003071812736/Article/

Ini pula memaparkan wanita yang berjiwa kental dan sifat keibuan yang tinggi. Inilah antara ciri wanita yang amat saya sanjungi...

Sebenarnya baik lelaki mahu pun wanita, kita harus bijak bertindak. Saya lebih fokuskan kepada wanita kerana saya kalau boleh nak wanita lebih yakin dengan diri sendiri dan tidak menganggap diri mereka lemah walaupun pada zahirnya wanita adalah kaum yang lemah.

Oklah masuk bab diari saya... Hehehe...Dah penat menulis... Nanti saya akan tulis bab lelaki pulak. Jangan risau...Saya akan buat topik lelaki dari perspektif diri saya. Yang wanita ni pun dari perspektif diri saya. Jadi saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Saya akui saya memang banyak kelemahannya.

Hari ni Hari Jumaat. Waktu pagi selepas Solat Subuh, ingat kot nak pi jogging tapi hujan cukup lebat. Jadi saya rehat sekejap dan selepas sarapan saya bercadang nak balik Pendang tetapi cuaca tak mengizinkan. Jadi saya lawan CM dengan adik saya. Alamak, team saya makin merosotlah... Tapi tak apa saya tengah bentuk future team. Almost my player is below 24 years old. Lepas main tu saya berehat sementara nak ke Masjid.

Saya besolat Jumaat di Masjid Alor Semela.  Imam membicarakan tentang pentingnya Umat Islam menonjolkan imej yang baik dan kuat agar tidak ditindas. Dunia walaupun hanya sementara tetapi ia seharusnya dikejar seimbang dengan akhirat agar Umat Islam tidak dipandang hina. Itu adalah antara isi khutbah hari ni.

Kemudian bila saya pulang dari Solat Jumaat, saya just berehat di rumah sambil menonton TV bersama keluarga. Lepas tu kira-kira jam 4 saya main CM dengan adik saya dan kemudian saya main bola macam biasa walaupun padang amat becak. Seri 3-3. 

Kemudian waktu malam saya ingat nak ‘ambil tender’ perbetulakn tesisi sarjana Abang Midi tetapi ada masalah logistik sikit, terpaksalah saya batalkan. Kemudian saya surf Internet sekejap untuk dapatkan beberapa maklumat penting dan balas email untuk hari ni. Saya tidur kira-kira jam 1.30 pagi.

WASSALAM...

17 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

WANITA
SIRI 1

Ada banyak isu yang nak saya kupas, tulis dan bincang bersama pembaca diari ni. Hari ni saya nak sentuh bab wanita...

Wanita pada zahirnya memang bersifat lemah dan oleh kerana kelembutan wanita itulah lelaki terpikat dan tergoda. Wanita insan yang cukup istimewa. Penuh dengan perasaan dan cukup menenangkan jiwa. Namun di sbealik segala macam keistimewaan itu ada juga ironinya.

Wanita tidak seharusnya menganggap karektor mereka yang lembut itu sebagai satu yang membuatkan mereka merasakan diri mereka lemah. Wanita sebenarnya ada kekuatan yang cukup kental yang sukar kaum lelaki miliki. Kalau tak salah saya Rasulullah sendiri pernah bersabda yang salah satu kelebihan wanita ni ialah Tahan menghadapi kesusahan. (Maafkan saya sebab saya tak ada periwayat yang lengkap). Contohnya lihatlah betapa ramai ibu tunggal yang berjaya.

Wahai kawan! Ingat mudahkah untuk menghadapi hidup sendirian menyara anak-anak sampai berjaya? Sukar. Jadi itu adalah antara kekuatan wanita.

Satu lagi, cuba berikan urusan rumahtangga kepada lelaki, saya sendiri mengaku, memang akan kucar kacir. Baju tak berbasuh akan bertimbun, habuk penuh dalam bilik, malah periuk nasi tu sampai berkulat! Ini adalah kenyataan dan bukti nyata yang wanita itu tidak lemah! Hakikatnya insan itu dijadikan ada kelebihan tersendiri 

Dalam keluarga saya, Cuma mak saya sahaja wanita. Keenam-enam beradik kami adalah lelaki campur abah ada tujuh lelaki dan seorang wanita. Memang saya dah boleh nampak bagaimana ketabahan seorang ibu. Mak bangun jam 5 pagi. Tidur lewat malam, memasak,kemas rumah dan sebagainya. Memang cukup nyata kehebatan insan yang bergelar wanita.

Saya walaupun tak ada adik perempuan atau kakak dalam family saya, saya still mengambil tahu hal ehwal wanita ni. Saya ada banyak membaca buku psikologi wanita, rancangan yang mengupas isu wanita ni, mendengar ceramah wanita dan berbincang dengan ramai orang tentang wanita ni dan saya memang akui wanita ini memang hebat. Malah dalam Islam sendiri wanita itu dipandang mulia.

Justeru dalam diri saya, saya amat amat menghormati wanita. Saya memang cukup kagum kepada wanita yang bijak mengawal diri dan bijak menyesuaikan diri dengan keadaan dan solehah.

Malangnya dalam arus kehidupan yang penuh cabaran ini, ramai wanita mula menyedari mereka terhimpit dalam cabaran masakini hingga mereka sanggup menjual maruah diri. Lihatlah di kompleks-kompleks membeli-belah, berapa ramai wanita yang membiarkan diri mereka ditonton secara percuma oleh lelaki yang rakus nafsunya. Mereka berpakaian seperti sabda nabi Berpakaian tetapi telanjang!

Mereka mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup. Mereka membiarkan lelaki lelaki yang tak bertanggungjawab melakukan apa sahaja terhadap mereka. Bagi mereka itulah tanda cinta! Kononnya... Tanpa mereka sedari mereka sudah menjadi alat pemuas nafsu lelaki yang  rakus nafsunya. Mengapa jadi begini. Mengapa begitu mudah mereka menyerahkan sesuatu yang sepatutnya mereka jaga?

Mereka membiarkan diri mereka diperalatkan. Asyik dan terperdaya dengan janji janji manis lelaki. Wanita harus lebih berhati-hati dan jangan sampai termasuk dalam perangkap sebegini. Memang diakui kaum sejenis saya memang licik dalam bab-bab ni. Kalau wanita rasa mereka lemah. Beginilah jadinya. Wanita harus sentiasa berkeyakinan dan yakin bahawa mereka juga Kuat!

Ada juga wanita yang ditanya mengapa mereka mendedahkan apa yang sepatutnya mereka tutup. Ada yang memberi alasan takut tak laku! Bagi saya ini adalah pemikiran yang cukup cetek. Ketahuilah, ramai lelaki yang Cuma suka ambil kesempatan dan bila mereka nak berkahwin mereka akan memilih yang baik. Jangan terperangkap. Soal jodoh itu jangan sampai kita melakukan perkara yang silap. InsyaAllah, Allah akan berikan jodoh yang baik.

Sampai ada yang sanggup menggadaikan maruah dan akhirnya ditinggalkan. Menyesal tak sudah. Memang cukup simpati tetapi mengapa terlalu singkat fikiran? Sebagai seorang lelaki yang amat hormatkan wanita, saya merayu kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati dalam arus cabaran masa kini. Berfikirlah lebih matang dan panjang.

Oklah...

Selepas Subuh terus saya sambung tidur balik. Maklumlah tidur jam empat pagi. Memang terlalu mengantuk. Kemudian rehat sambil siapkan kerja saya. Tengah hari saya ke Balai Polis Cawangan Trafik untuk menemani Abang Long dan Mak Long serta Kak Cik saya yang terlibat dalam kemalangan. Taklah teruk sangat Cuma van sahaja yang rosak. Saya hadir sebab nak bagi sokongan moral dan nasihat sedikit sebnyak macam mana nak berurusan. Kesian saya tengok Mak Long saya.

Kira-kira jam 3 baru saya balik dan kemudian berehat sambil menonton TV. Petang main bola macam biasa. Hari ni seri 3-3. Lepas tu malam selepas berbuka puasa, saya baca Yassin bersama keluarga dan kemudian tonton berita. Jam 10 saya keluar bersama Zam dan Men, pergi minum di Stadium. Banyaklah kisah yang kami bualkan. Hehehe... Bila balik jam dah pun dekat jam 1 pagi. Lewatnya...

Bila balik macam-macamlah peristiwa tengah malam yang dapat saya lihat. Tu kira malam masih muda kalau lewat sikit lagi teruk. Setakat yang mabuk dan nak race motor tu memang banyak. Saya pulak bila balik terus surf Internet dan kemudian updatekan diari ni...

WASSALAM...

 16 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kaya Hati...

Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.

Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihi na, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.

Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya,. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama clan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalaukalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan'ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.

Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan.Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.

Orang yang kaya hati tidak merasa "inferiority complex" atau hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia.

Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi 'bank' kepada masyarakat.

Benarlah bahawa kaya dan miskin itu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apaapa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu tidak mahu dan tidak memerlukan apaapa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu. Allah itu disebut Maha Kaya. Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha Kaya dari memerlukan sesuatu.

Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

Semoga kita juga menjadi seorang yang kaya hatinya, InsyaAllah... Ingatlah bahawa harta itu bukan jaminan kebahagiaan. Jiwa yang tenang dan hati yang suci itu lahir dari sifat ikhlas. Mudah-mudahan kita menghayati semua ini, InsyaAllah...

Artikel di atas adalah petikan email yang saya terima...

 Oklah...

Hari ni selepas Solat Subuh, saya seawal jam tujuh pagi dah keluar beli paper dan ambil sarapan. Adik saya pulak dah sakit perut jadi tak ke sekolahlah hari ni. Kemudian saya buat temujanji dengan Nizam untuk projek kami. Nak ke office ada masalah sikit. Better mai rumah. Jenuh saya nak berkemas. Hehehe... Saya kena mengaku yang saya dalam bab-bab mengemas ni memang lemah. Selimut pun lambat nak lipat. Selalunya lepas sarapan barulah saya kemas selimut. Hehehe... Baju pun lipat ala kadar sahaja.

Entahlah saya tak pandai sangat bab-bab ni. Kalau seterika baju, pakai main hentam sahaja. Setakat nampak tak berkedut sangat cukuplah. Bila dah kemas sikit barulah Nizam sampai. Mak saya pasti harap Nizam mai selalu sebab bilik akan kemas! Hehehe...

Selepas berbincang, saya pun rasa semakin yakin. Nizam ni memang cukup positif dan rajin. Saya pun banyak belajar dari cara Nizam bekerja. Efisien! Kemudian saya makan tengah hari bersama Nizam, mak saya jamu. Dan kemudian Nizam pun beransur pulang kira-kira jam 2 petang. Saya pulak berehat sambil tonton TV. Kemudian saya buat kerja saya dan tidur sekejap.

Lepas tu main bola. Hari ni rasa cukup best main. Rasa lepas main futsal banyak improve. Best jadi last man ni. Sebab bila kita dapat patahkan serangan lawan, kita akan rasa cukup puas. Hehehe... Tapi tewas 4-3. Banyak sangat peluang yang dilepaskan. Bayangkan keeper dah tak ada pun tak gol sampai member di barisan bawah geram dan naik atas. Last sekali bila kena counter attack. Jenuh nak bertahan. Saya pulak dua kali tempat luka saya kena rembatan. Pedihnya. Baru nak lega. Lepas tu kena hentam pulak! Luka balik nampaknya!

Kemudian berehat di rumah sambil saya membaca semula paper-paper lama menyelami banyak isu. Antaranya bagaimana Amerika berjaya membuatkan sesebuah negara tu tunduk kepadanya. Saya pernah ke Singapura dan sebelum masuk ke Singapura, Gula-gula getah tak dibenarkan langsung di sana. Tapi lepas 07 Julai lepas ia dah tak dikuatkuasakan atas desakan Syarikat Wrigleys. Singapura yang baru membuat perjanjian perdagangan bebas terpaksa tunduk kepada desakan Amerika. Tu tak kira lagi pusat Maksiat buat tentera US. Banyak bend ayang berlaku di sekeliling kita, yang kita boleh ambil iktibar dalam kehidupan sehari-harian kita.

Kemudian saya lapangkan fikiran dengan menonton Senario dan kemudian saya menghabiskan masa banyak depan komputer dengan menulis. Memang saya suka menulis. Sambil tu saya karang email-email untuk dijawab kembali.

Saya tidur selepas saya bersahur kira-kira jam 4 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah