Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

31 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya menghantar adik saya, Faizol ke Sekolahnya, Kolej Sultan Abdul Hamid kerana dia hendak bertolak ke Perak mewakili KSAH ke kejohanan hoki sekolah-sekolah Premier di Ipoh. Kemudian terus saya ke Pesta Kerjaya di Hadapan Wisma Darulaman. Sambil survey kerja kosong yang ada, saya lawan street soccer terlebih dahulu.

Mula-mula lawan SBFC dan kami menang 2-1. Dua-dua gol hasil sumbangan Men. Hehehe... Sharp finishing Men hari ni. Satu penalti dan satu lagi gol padang. Tapi permainan kami agak kelam kabut sikit. Apa pun kami layak ke pusingan Suku Akhir.

Di Pusingan Suku Akhir kami tewas 3-1. Finishing saya memang tak menjadi... Entahlah, kasut rasa macam nak terkeluar sahaja. Kasut adik saya tu memang lebih besar dari saiz kaki saya. Saya just pakai sebab dah tak ada kasut lain. Nak shoot memang pergi tak seperti yang diharapkan. Pening kepala betul.

Tapi kami memang banyak buat mistake. Saya pun keluar awal sebab rasa nak kejang kaki. Saya kalau peant macam mana pun saya akan tetap berlari dan kejar bola. Itu stle saya tapi kalau kejang, nak buat macam mana?

Apa pun enjoy. Saya memang mengaku fitness saya kurang sikit. Dah lama tak jogging sebab tu saya terpaksa minta duit daripada ayah saya untuk beli kasut jogging. Memang segan nak mintak duit ni! Alhamdulillah dapat.

Kemudian waktu tengah hari saya terus tolong kenduri perkahwinan jiran saya. Memang meriah. Tugas mentara hari ni memang mudah sebab kenduri diadakan secara buffet. Jadi taklah banyak kerja sangat. Cuma waktu orang-orang buta yang datang, kena kerja keras sikit melayan.

Kemudian jam 3 petang saya dan Men ke Pesta kerjaya di hadapan Wisma Darulaman. Sebelum tu kami hantar Shuk ke Alor Setar terlebih dahulu. Di Job Fair, saya sempat apply satu jawatan sahaja. Apa pun saya just mencuba.

Kemudian saya bertemu dengan Encik Badrul dan Kak Balkis untuk membincangkan sikit pasal kerjaya. Mungkin kalau saya rasa boleh, saya akan join buat part time. Seronok jugak. Apa pun kena fikir dulu.

Kemudian bila balik, saya terus sambung jadi mentara tapi dah tak ramai orang dah dan majlis meriah dengan cabutan bertuah. Memang meriah bila tengok kerenah budak-budak. Hehehe...

Lepas tu bila dah kemas meja dan semuanya, saya terus sambung main bola. Still on scoresheet with two goals. Hehehe... Tapi gol jenis slow-slow sahaja. Kalau saya rembat kuat-kuat, tak masuk, tapi kalau tolak bola slow-slow gol pulak! Hehehe...

Cuma hari ni, kasut saya pecah. Habis rosak but bola saya. Nak beli lain, tengah dalam krisis kewangan. Hehehe... Apa pun saya kena buat sesuatu untuk dapatkan but baru, tengoklah...

Malam just tonton siaran langsung bola NS lawan Perlis. Saya sokong Perlis tapi tewas 2-1 melalui golden goal.

Rumah jiran saya terus meriah. Cukup meriah. Dua sekali yang kahwin. Memanglah meriah. Malam ada majlis potong kek dan beberapa jamuan lain. Banyak benda baru yang dapat saya tahu tentang perkahwinan ni. Sebelum ni saya tak tahu pun. Hehehe...

Cuma paling saya boring ialah soalan cepu mas. Faham-fahamlah... Saya lagi 6 Hari baru nak masuk 23 tahun! Tapi kalau tanya orang umur saya berapa? Ramai yang teka umur saya 28 atau 29 tahun!

Muka saya nampak tua ka? Kalau perempuan orang cakap macam tu. Hehehe... Mesti tarik muka seribu. Hehehe... Just gurau. Saya baru 22 tahun 359 hari umur saya! Semua dah tanya, bila mak saya boleh dapat cucu?

Alamak! Peningnya nak menjawab. Kalau ikut saya memang nak kahwin awal tapi tahun ni memang saya tak akan kahwin lagi. Saya nak cari kerja dulu. Kerja pun entah ke mana, nak kahwin! Memang mengarut. Tapi mana tahu kawin dengan anak jutawan. Hehehe... Dah mula mengarut dah tu. Hehehe... Ok tutup cerita.

Bukan senang nak pilih pasangan. Bukan macam nak  pilih baju. Setakat pengalaman saya, setakat ini baru seorang sahaja yang saya jumpa menepati apa yang saya mahukan. Memang bagi saya rasa cukup sesuai dengan diri saya. Saya yakin sebab pada pemerhatian saya, saya tahu macam mana orangnya. Saya yakin orang itu boleh memahami diri saya.

Tapi saya akan tetap rahsiakan soal itu. Ia terlalu peribadi buat saya. Bagi saya, saya hanya berserah kepada Allah. Bagi saya Allah akan tentukan yang terbaik buat diri kita meski pun kita rasa ia pahit buat kita tetapi banyak hikmahnya buat diri kita. Percayalah kepada Allah. Mintalah daripada Allah dan berusahalah. InsyaAllah berjaya.

Tutup cerita ni. Saya dah nak tidur ni. Adik saya dah nak guna komputer pulak.

WASSALAM...

30 MEI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang isteri yang sedang mendengar laporan trafik terkini dari sebuah radio mengenai laporan seorang pemandu yang melaporkan bahawa terdapat sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki kurang siuman yang memandu di lorong yang bertentangan di Lebuhraya Utara Selatan. Si isteri yang risau dengan keadaan tersebut terus menelefon suaminya yang sedang memandu di Lebuhraya tersebut untuk menyuruh suaminya berhati-hati.

Isteri: Abang, berhati-hati sebab ada orang yang kurang siuman memandu di lorong yang bertentangan di Lebuhraya.

Suami: Terima Kasih sayang, tapi abang pun hairan sebab di sini bukan sahaja sorang yang memandu di lorong yang salah. Ramai lagi orang tak siuman, jenuh abang nak mengelak.

Isteri: Hah!!!????

Hehehe... Just joke. Buat penyegar minda.

Hari ni saya bangun jam 6.15 pagi. Malam tadi tidur jam 1 pagi. Kemudian saya ambil angin di tepi rumah dan berehat sebentar dalam keheningan Subuh. Best tapi banyak nyamuk. Hehehe...

Cukup segar... Laman rumah saya taklah besar mana, rumah Taman katakan tapi adalah Pokok Pisang, Mempelam, Mengkudu, Kelapa, Jambu, Petai Belalang dan beberapa lagi. Jadi waktu pagi-pagi macam ni memang segar udaranya. Saya terfikir nak balik berehat di kampung tapi jiran saya nak adakan kenduri esok. Jadi kena sumbng tenaga jugak.

Kemudian rutin saya, beli paper seawal jam 7 pagi dan ambil nasi untuk sarapan daripada mak yang jual nasi lemak kat simpang Taman Rumah saya. Selepas sarapan dan membaca paper, saya sempat updatekan diari dan balas beberapa email tapi connection memang problem. Apa pun thanks kepada beberapa individu yang menghantar email-email berguna kepada saya. Thanks...

Still in happy mood. Alhamdulillah...

Kemudian Solat Jumaat di Masjid Alor Semela dan khutbah berkisar tentang kehebatan Rasulullah sempena Jumaat terakhir dalam bulan Rabiul Awal, Bulan kelahiran Rasulullah.

Selepas Solat Jumaat saya ke majlis tahlil di rumah saudara saya, Kemudian selepas semuanya selesai saya just berehat di rumah. Nak membantu jiran agak segan sebab tak ramai orang laki. Lagipun jiran saya tu ada 5 orang anak dara. Jadi saya memang segan.

Saya ni kalau nak dibandingkan dengan orang perempuan, saya rasa saya ni lebih pemalu. Hehehe... Orang yang kenal saya tahulah. Tapi kalau saya dilantik mengetuai sesuatu, jangan hairan. Saya memang muka tak malu. Hehehe...

Tapi saya dalam bab dengan perempuan ni memang macam tu lah perangai saya. Kalau nampak perempuan memang saya mengelak. Entahlah kenapa. Macam senyum, saya memang akan senyum kepada sesiapa sahaja tetapi kalau perempuan memang saya fikir banyak kali melainkan dah betul-betul kenal. Dulu ramai perempuan yang anggap saya ni sombong tapi Alhamdulillah sekarang semua dah faham perangai saya.

Tapi jangan salah anggap. Saya tetap sukakan perempuan (dalam konteks yang dibenarkan). Saya bukan anti Cuma saya nak jaga batas-batas dengan lebih berhati-hati. Itu sahaja. 

Kemudian malam saya just lawan CM dengan adik saya. CM (Championship Manager) sampai jam 12.30 malam. Kemudian terus saya sambung tidur.

WASSALAM...

29 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Waktu begini, saya merasa cukup bahagia. Hati cukup tenang. Entah mengapa saya terlalu gembira. Sukar nak diungkapkan. Hehehe... Bersyukur kepada Allah yang menjadikan segala macam perasaan.

Kenapa? Biarlah saya sendiri merahsiakannnya. Jika keadaan mengizinkan, saya mungkin akan ceritakan tetapi rasanya tidak sekarang. Terima Kasih Ya Allah. HambaMu ini sesungguhnya tidak layak menerima semua ini namun Engkau tetap memberikanku apa yang kupinta. Alhamdulillah...

Semua yang dilakukan hari ni memang menjadi, Biarlah hati ini tenang dan damai dan sesejuk salju yang memutih. Biarlah apa pun yang berlaku nanti, asalkan sekeping hati ini cukup tenang dan gembira, ia sudah cukup bermakna buat diri ini. Alhamdulillah...

InsyaAllah 06 Jun ni, saya akan genap 23 tahun. Maka bertambah gembiralah hati ini. Mudah-mudahan saya akan sempat sampai ke tarikh itu.

Moga momentum ini berkekalan, InsyaAllah...

Oklah...

Saya bangun jam 2 pagi dan kemudian surf internet sekejap tapi connection memang bermasalah. Jadi terus cancel. Sambung tengok bola.  Final Champions League. Memang saya sokong Juve tapi tewas kepada AC Milan. 3-2 melalui penalti. Bila saya tengok penalti, saya memang yakin yang AC akan menang sebab Dida sebagai penjaga golnya memang dah cukup terkenal reputasinya sebagai penyelamat sepakan penalti yang terbaik. Kalau tak salah dalam Liga Itali tahun ni Dida dah saved 7 sepakan penalti dan sepanjang karier pro Dia telah menyelamatkan 41 sepakan penalti termasuk 3 pagi ni.

Kemudian habis jam 5.30 pagi. Tidur sekejap sampai jam 6 pagi dan selepas Solat Subuh saya terus bersiap dan bertemu dengan Zam tepat jam 7 di Plaza Tol Alor Setar Utara. Kami pun bertolak kira-kira jam 7.10 pagi dan singgah sekejap di Gurun untuk mengisi minyak dan minum. Kemudian kami tiba jam 8.15 pagi di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH). 

Ujian Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula jam 9 pagi dan sebelum tu bila tengok calon yang hadir kebanyakannya student UUM. Yang lelaki memang saya kenal. Yang perempuan saya tak ingat sangat Cuma beberapa orang yang memang saya ingat. Paling segan bila ada yang tegur dan saya lupa namanya. Kantoi! Hehehe...

Makanan kat sini memang amat murah! Alhamdulillah... Kalau duduk sini memang kenyang jadinya. Hehehe... Makin bertambahlah berat badan. Habis ujian kira-kira jam 4.15 petang dan saya dengan Zam terus ke rumah sewa saya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Selepas selesaikan beberapa perkara dengan tuan rumah, saya mendapat balik duit deposit. Memang saya akui, Long cukup baik dengan kami dan cukup banyak membantu kami. Terima kasih. Sukar nak cari orang macam tu. Semoga Allah merahmatinya, InsyaAllah...

Kemudian saya dan Zam ke Pantai untuk berehat sambil bertemu dengan member saya yang baru saya kenal di Penang semenjak saya tinggal di Penang. Abang Pet. Kalau ke Pantai Bersih ada yang jual Pet Char Koteaw itulah orangnya. Orang yang banyak membantu saya.

Sukar jugak nak percaya bila kita merantau ke tempat orang dan baru pertama kali bertemu, kita dah dilayan dengan baik dan dibantu secukupnya. Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah...

Kemudian saya dan Zam bertolak pulang dan sebelum tu singgah di Gurun untuk bersolat. Saya sampai di rumah kira-kira jam 8.45 malam. Kemudian saya just berehat sambil menonton TV dan semak email sekejap.

WASSALAM...

28 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi seperti biasa, Cuma hari ni terlalu mengantuk disebabkan oleh berjaga malam dan tak dapat tidur. Resah semacam sahaja tetapi Alhamdulillah saya dapat perkhabaran yang saya nanti.

Tengah hari Ad datang dan saya sibuk melayan Ad sambil makan tengah hari bersama. Kemudian saya ke rumah Zam dan kemudian saya dan Zam ke Taman Rimba untuk buat last revision tentang ujian esok. Cuma sedikit masalah ialah jenuh kami nak berebut tempat dengan banyak couple yang berdating. Saya pun tak faham, kenapa jadi macam ni trend sekarang. Kalau bercinta pun biarlah ikut landasan yang betul. Ni berdua-duaan dan bermacam perkara yang tak senonoh. Tak malu langsung!

Melayu dan Islam pulak tu! Entahlah... Harapnya saya tak terjebak sama, nanti tegur orang kita pulak buat... Mudah-mudahan ihindari semua itu... Selepas revise sedikit sebanyak, kami pun pulang kira-kira jam 6 petang.

Dan seperti biasa kemudian saya turun bermain bola. Tewas 3-1 tetapi still found the net with the only goal. Hehehe...

Malam saya tidur kira-kira jam 11 untuk persediaan esok hari...

WASSALAM...

27 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

“Pasangan tu tak ubah macam pohon bunga kemboja. ada kala orang tanam depan sekolah. ada kala orang tanam di kubur (dan yang ini paling banyak). Umm apapun kena selalu berdoa...”

 -Muring-

 Kata-kata Muring (dalam buku pelawat saya) yang saya rasa elok kita fikir bersama sebab bagi saya mendalam maksudnya.

Apa pun berdoa adalah satu cara yang paling mustajab, InsyaAllah kalau kita ikhlas. Saya dalam bab ni memang sentiasa berdoa agar diberikan pasangan yang terbaik buat saya. Setiap kali hujan saya akan mula berdoa. Dalam pemikiran saya dan setiap kali selepas solat juga setiap kali sebelum tidur. Memang saya akan berdoa.

Biarlah Allah yang tetapkan segalanya, namun kita harus tetap berusaha. Saya akui, saya memang memilih tetapi tidak terlalu memilih. Tapi dalam bab ni saya lebih suka berahsia. Hehehe… Mana boleh cerita semua! Hehehe…

Oklah saya rasa lepas ni saya nak redakan semula bab perkahwinan ni. Lain kali saya akan masukkan semula dengan perspektif yang lain pulak, InsyaAllah…

Oklah…

Saya bangun jam 4 pagi dan surf Internet sekejap dan kemudian sambung tidur semula. Selepas Solat Subuh saya keluar membeli paper dan majalah MASSA. Selepas Sarapan saya membaca sampai jam 11 pagi dan kemudian berehat sambil menonton TV.

Cuma waktu ni saya risaukan seseorang. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba senyap. Kangsung tak ada berita. Saya tak pasti. Tapi harap-harapnya semuanya ok, InsyaAllah...

Petang saya ke ASRC untuk bertemu Mr. Ang setiausaha Persatuan Badminton Kedah untuk mengesahkan penyertaan saya dalam kejohanan badminton tertutup Kedah pada 19, 20 dan 21 Jun ni.

Petang main bola kembali setelah dua hari berehat. Awal-awal lagi dah score tapi hari ni seri 4-4. Tapi memang best.

Malam saya ke Stadium untuk berbincang dengan Zam berkenaan dengan ujian PTD kami pada hari Khamis ni. Tengah rancak berbincang datang Syahir, Fairol, Syahril, Ashraf dengan Azizol. Semuanya kawan saya. Memang saya kenal sebab saya ada banyak sekolah. Hehehe...

Azizol, saya kenal sebab sekelas sewaktu sekolah rendah di 6 Biru dulu. Jadi saya ceritakan apa yang saya dengan Men serta Shuk bincang pasal kelas. Men! Forum dah siap! Try masuk tengok...

Lepas tu dengan Syahir sebab dia lah orang yang tolong saya semasa saya di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Dia lah orang yang sanggup berkongsi kerusi dengan saya di kelas 1 ehsan. Dia memang banyak bantu saya pada waktu itu. Tapi yang lucunya dia dah lupa saya. Hehehe... Saya di KSAH just sebulan sebelum saya masuk MRSM.

Fairol saya mula kenal di MRSM. Jadi kami pun berbual panjang pasal beberapa projek kami. Hehehehe...

Syahril pulak saya kenal di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Banyak betul kawan. Yang bestnya saya boleh sembang pasal sekolah dengan beberapa individu yang berlainan. Hehehe...

Tak dan saya dengan Zam nak bincang pasal ujian kami. Sedar-sedar dah jam 12.30 malam. Alamak! Lewatnya... Terus kami bertolak pulang. Apa pun Memang seronok bila dah lama tak jumpa. Macam Azizol, saya dah lama tak jumpa dah hampir 11 tahun tak jumpa! Bayangkan. Memang ada banyak cerita yang nak dikongsi...

Tapi saya memang ada banyak sekolah yang pernah saya belajar. Hehehe... Sebab apa saya berpincah-pindah sekolah. Adalah sebabnya yang saya Cuma cerita kepada orang-orang tertentu. InsyaAllah kalau saya larat menaip saya akan ceritakan.

WASSALAM...

26 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun kira-kira jam 4 pagi. Surf Internet sekejap walaupun connection memang bermasalah kebelakangan ni. Jadi memang susah nak check email. Entahlah kenapa... Lepas tu saya bersahur... Tengok ada nasi sejuk dengan lauk sikit. Malas dah nak masak... Makan sahajalah... Nampak ada budu, jadi bedallah. Hehehe... Saya bab makan memang tak cerewet. Apa yang ada makan. Tak ada tak payah makan senang sahaja.

Soal sedap ke tak memang saya langsung tak peduli. Apa yang ada hargailah... Bersyukurlah dengan apa yang ada...

Kemudian saya sambung tidur balik selepas Subuh. Kemudian berehat sambil menonton TV dan membaca untuk ujian PTD untuk hari Khamis ni. Kemudian waktu petang, saya keluar sekejap mencari iklan kerja kosong. Ada lah jugak tapi nampak macam memerangkap sahaja.

Malam selepas berbuka puasa, saya just berehat sambil menonton TV. Tak banyak yang dapat saya ceritakan...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah