Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

29 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kebelakangan ni memang ramai yang telefon saya. Bila telefon berdering selalu ditujukan kepada saya. Hehehe... Famouslah sekejap waktu nak mula bekerja ni. Tetapi maaflah saya jarang ada di rumah.

Saya sedar benda kecil yang kadang kala lebih kecil daripada tapak tangan itu cukup penting. (Handset!) Tetapi saya memang tak berminat memakainya. Walaupun saya pernah bekerja sebagai penjul telefon bimbit di kedai kawan saya!

Mungkin selepas kerja ni saya perlu pertimbangkan soal ini. Tetapi saya mungkin  hanya pakai untuk urusan kerja. Saya memang tak begitu minat memakai handset ni. Hehehe...

Berbalik kepada diari saya. Hari ni kami memasuki pusingan ketiga dan bertemu dengan pasukan Wadah FC dari Langgar dan kami menang 7-6. Itu pun melalui penalti sudden death. 1-0. Perlawanan sepenuh masa adalah 6-6.

Kemudian sya balik ke rumah sekejap. Elok sampai di rumah kawan lama dari Perak, Amir datang nak jumpa saya di Alor Setar, Bergegas saya ke sana. Maklumlah bukan selalu dia datang. Alhamdulillah saya masih cam wajahnya. Terkejut jugak dia bila saya masih cam wajahnya wlaupun kami dah enam tahun tak bertemu. Macam team mate saya Shuk, dah berbelas tahun kami tak jumpa.

Kemudian waktu nak bertolak ke ke Kuala Kedah, boss sya telefon suruh lapor diri di Penang 01 April ni. Alamak. Kelam kabutnya. Kalau nak ikut jadual 03 April. Terpaksa contact beberapa orang lain. Kelam kabut jadinya sebab saya nak bertolak untuk pusingan suku akhir street soccer.

Lewat sikit saya sampai ke Kuala Kedah. Kuala Kedah dari rumah saya lebih kurang 20 minit perjalanan. Nasib baik game tak mula lagi. Tapi tewas 5-1 dengan Snake Water FC. Memang tewas sebab kami ghairah buat attacking sampai defend tak ada orang. First half dah kena 4-1. Saya pulak masuk second hlf dan lebih banyak mengawal benteng. Apa pun kami cukup puas hati.

Team junior pun tewas di Suku Akhir. Kira oklah tu. Daripada 42 pasukan, kami antara 8 terbaik! Lagi pun lepas ni tiga member kami kan berhijrah. To’on akan ke Sarawak, Zam ke Langkawi dan saya ke Penang. Jadi kejohanan lepas ni memang susah sikit nak kumpul semua balik.

Team junior pun buat kejutan. Sampai ke suku akhir memang membanggakan. Hehehe...

Bagi saya, masa dua tiga hari ni saya nak luangkan untuk rehat sepuas-puasnya. Alam pekerjaan ni memerlukan kerajinan yang lebih. Jadi saya nak berehat banyak dalam masa dua tiga hari ni.

Malam selepas dengar result Kedah lawan sarawak (Seri 1-1). Ad datang dan saya tidur jam 12.30 malam.

WASSALAM...

28 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya dan adik saya bertolak jam 7.30 pagi dan perlawanan pertama kami adalah dengan Remaja Kuala Kedah. Saya dimasukkan pada separuh kedua permainan. Waktu saya masuk 2-2. Bila saya masuk dapat score dua gol dan akhirnya kami menang 7-3.

Kami ada pasukan junior yang semua member lahir pada tahun 1986. Pasukan senior semua membernya lahir pada tahun 1980 kecuali adik saya (1981) dan Chaq (1986). Pasukan junior memang tak tersangka. Hehehe... Hebat jugak!

Perlawanan kedua sebelah petang. Kami menang dengan pasukan Kampung Baru Hulu. Kali ni Zam jadi hero dengan 7 gol. Saya Cuma 2 gol. Kami menang 13-0. Hehehe... Kuat tak?

Jadi kami sekarang berada di pusingan ketiga. Antara member kami ialah, Shuk, To’on, Men, Zam, Saya, Shaukhi, Chaq dan pengurusnya ialah Boss.

Bila waktu pulang saya sempat singgah di pasar malam di taman Nuri dan kemudian sempat jumpa beberapa kenalan.

Malam saya tidur agak awal.

WASSALAM...

27 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kita mesti sentiasa bersemangat dalam hidup. Semangat itu cukup penting! Tanpa semangat sukar untuk kita meneruskan kehidupan. Bersemangat itu cukup vital untuk kelangsungan hidup. Memang untuk mendapatkan semangat itu agak sukar tetapi kita boleh mencari inisiatif untuk sentiasa menaikkan semangat kita. Banyak caranya.

Tetapi carilah cara yang baik. Jangan menempah bahaya dengan melakukan sesuatu yang mungkin memudaratkan diri.

Bagi saya, memang ada ketikanya semangat saya berada dalam keadaan yang rendah. Waktu itu memang cukup sukar. Alhamdulillah saya amat meyakini Allah. Saya luahkan segalanya kepada-Nya. Waktu itu memang cukup membuakkan semangat saya. Terpulang kepada anda bagaimana untuk menghadapinya.

Oklah berbalik kepada diari saya. Pagi saya Cuma berehat di rumah. Selsema masih lagi belum kebah. Waktu petang saya menghabiskan masa bermain badminton dengan Khodir. Hehehe... Menang Terbuka Malaysia tapi All England masih lagi ada satu set belum dihabiskan. Stamina saya sekarang tak berapa ok.

Training entah kemana, Hehehe... Sebab tu jadi macam ni. Cuma harap selalu main dengan pengalaman.

Kemudian teman Abang Midi ke UUM bersama adik saya. Dah lama saya tak jejak UUM. Last sekali pada Januari 2003. Kira baru kali kedua saya ke UUM tahun ni.

Malam balik ke Alor Setar dan lawan badminton dengan adik saya. Hehehe... Menang macam biasa. Lepas tu lawan Abang Midi. Set pertama menang 15-9. Tapi set kedua waktu saya ketinggalan 4-10, Abang jaga dewan tu dah maklumkan yang dewan nak ditutup. Jadi tak habis lagilah. Baru Abang Midi tahu langit tinggi rendah. Hehehe...

Mujur saya pakai seluar tak matching. Kalau tidak Abang Midi habislah jadi sayur. Hehehe...

Lepas tu saya keluar ke Kampung Berjaya untuk berbincang strategi Street Soccer esok di Kuala Kedah bersama Men dan Zam serta Boss dan adik saya, Shaukhi.

Selepas berbincang, saya terus balik dan tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah