Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saiful Azrul Che Lah                                             
A-151 Taman Derga Jaya
05300 Alor Setar, Kedah
MalaysiaSay No To War
 
Dear Ambassador,

As the representative of a nation that is a member of the United Nations Security Council you are charged with the very important task to strictly uphold the requirements of the UN Charter, Article 2(4) which prevents Member states from undertaking the threat or use of force against the "territorial integrity or political independence of any state".  I respectfully call on you to uphold this requirement with respect to any proposed military intervention in Iraq.

Current US plans for a "pre-emptive" military strike against Iraq run afoul of international law.   There is no evidence that Iraq is preparing an immediate, actual attack on the US, which under international law would justify taking military action in self defense. 

UN weapons inspectors must be given sufficient time to do their work, and the necessary support to ensure a peaceful resolution to the conflict.

Yours sincerely,
Saiful Azrul Che Lah

Itu adalah antara kandungan surat yang saya hantar kepada PBB melalui Green Peace. Saya dah jadi cyberactivist. Memang banyak yang nak saya perkatakan. Dunia semakin tegang ketika ini. Silap-silap sebentar lagi, roket dan peluru berpandu berterbangan di udara dan bom-bom meletup di merata-rata.

Menurut sumber perisikan, US akan mula menyerang Iraq pada hujung minggu ini atau minggu depan kerana ketika itu langit gelap. Saddam akan cuba dibunuh dalam masa 48 jam dengan serangan udara yang dahsyat. Apabila sistem komunikasi Iraq lumpuh, tentera darat akan menysusup masuk. Itu antara strategi US. Tak tahulah macam mana nanti. Harga minyak confirm akan naik.

Bayangkan situasi ini Iraq vs US. US vs Korea utara. Kemboja Vs Thailand. Pakistan vs India. beberapa ketegangan di Afrika. Malah mana tahu Malaysia vs Singapore! Susah nak jangka semua ini akan berlaku atau tidak. Perang bukanlah satu penyelesai masalah. Malah ia pengusut masalah.

Memang sukar nak tafsirkan apa sebenarnya dalam diri manusia. Kadang-kadang kita impikan dunia yang aman dan harmoni. Semua hidup atas landasan kasih sayang tanpa perasaan benci dan hasad. Tapi itu cuma mimpi yang sukar untuk menjadi nyata. Pening memikirkannya sampailah satu ketika apabila saya berbicara dengan abah kenapa semua ini berlaku.

Jawab abah, "Kalau tidak, tidak akan wujud syurga dan neraka."

Ringkas tapi padat. Banyak yang boleh ditafsirkan. Allah ingin menguji kita sejauh mana kita dapat mengabdikan diri kepada-Nya atau terpedaya dengan dunia. Risau juga kalau-kalau di awal perjalanan kita di atas landasan betul tetapi di penghujung kita tersimpang. Sebab itu kita harus sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah setiap masa.

Berbalik kepada diari saya hari ini.

Selepas Subuh, terus saya sambung tidur balik. Sebelum Subuh saya dah bangun sekejap untuk bersahur. Cuma dengan seteguk air. Cukuplah. Saya bangun balik jam 10 pagi dan kemudian settlekan kerja yang sepatutnya saya hantar esok kepada Kak Yus. Tengah hari berehat dan kemudian waktu petang saya tidur sekejap.

Jam 7.05 malam saya bertolak ke Hotel holiday Villa alor setar untuk menghadiri ceramah pelaburan dan situasi poitik dunia terkini anjuran amInvestment Berhad. Sebelum tu saya ke kedai kawan saya di city point dan berbual sekejap, berbuka puasa di warung dekat dengan City point dan kemudian solat di Pusat Dakwah. Jam 8 baru saya ke tingkat 9 hotel untuk hadiri ceramah. Hehehe... Kawan saya yang kerja di hotel tu kebetulan kena jaga majlis tu. Dapatlah berbual sekejap. Banyak input yang dapat saya pelajari daripada ceramah tersebut.

Dari segi pergerakan saham, pelaburan dan situasi politik semasa. Juga pengurusan kewangan. Memang banyak yang dah saya apply. Alhamdulillah. Tapi masih banyak yang perlu saya perbaiki. Kemudian bincang sedikit soal kerja tapi tak sempat nak habis. May be dua tiga hari lagi saya akan berbincang lagi pasal kerja tu.

Jam 11 baru tamat dan selepas sampai di rumah, saya makan malam sekejap dan seperti biasa online. Saya tidur jam 3.30 pagi.

WASSALAM
...

16 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Mula-mula saya nak ucap Tahniah kepada Kedah dan Mohd Hafiz Hashim.

Hafiz dah berjaya menjuarai Badminton All England apabila berjaya menewaskan Chen Hong 17-14, 15-10. Tahniah sebab dah 37 tahun kita tak mengecapi kejuaraan single di All England. Kejohanan Badminton tertua di Dunia. Kalau tidak Roslin boleh lawan dengan Hafiz di final tetapi Roslin tewas kepada Chen hong. Kalau Roslin masuk final, saya akan cepat cuci gambar saya dengan Roslin dan masuk kan dalam diari ni. Hehehe...

Kedah pula berjaya menewaskan johor FC 2-0. Ariep! Johor FC dah kalah! Sorry! Apa pun permainan Kedah memang cukup mantap dan menarik. Johor FC memang cukup liat untuk ditewaskan. Kalau tengok barisan Johor FC, ramai yang berpengalaman seperti Zami Mat Noor dan Rizal Sukiman. Tambahan Ronald Smith pulak yang jadi coach. Paling menarik Eddy Helmi yang cukup bahaya.

Apa pun, yang menjadi kelebihan buat Kedah ialah stamina dan team work. Tahun ni saya rasa, Kedah akan menjadi pasukan yang mempunyai paling ramai penjaring seperti Penang dua tahun lepas. Corak permainan Kedah memang bertenaga. Satu lagi kelebihan Kedah ialah stamina. Memang 20 000 penonton di Stadium Darulaman berpuas hati dengan permainan Kedah. Itu pun tanpa striker utama Kedah seperti Akmal, Rafdi dan Che Hishamuddin!

Rabu ni, Kedah lawan Public Bank, Sabtu bertemu Penang di Batu Kawan.

Pulun Kedah Pulun. Hehehe...

Diari hari ini...Saya seperti biasa berjogging di Taman Rimba. Kemudian berehat sambil membaca akhbar dan MASSA. Jam 11 saya menghantar mak ke rumah kenduri. Kemudian saya cuma berehat di rumah. Kena berehat hari ni sebab perut terlalu sakit. May be makan daging banyak sangat kot. Hehehe...

Jam 2 petang, saya ke rumah kenduri dan kemudian bila balik saya terus tidur sekejap. Petang macam biasa main bola. Memang semanagt sebab Kedah menang semalam. Hehehe... Lepas Maghrib settlekan kerja Kak Yus. Kemudian tonton siaran langsung bola dan kemudian berehat sambil fikir sekejap pasal kerja.

Saya ada menerima beberapa tawaran kerja ketika ini dan masih memikirkannya. Sebabnya ialah lokasi di KL. Lagi pun status jawatan adalah kontrak. Susah nak decide sebab masalah tempat tinggal dan beberapa perkara lain. Kebetulan dalam masa yang sama ada satu offer untuk saya bekerja di Alor Setar ni. Esok saya akan buat perbincangan lanjut sama ada saya boleh commit atau tidak dengan tawaran tu.

Pening jugak tapi saya lebih prefer kepada yang bekerja di Alor Setar ni. Saya akan buat keputusan bila fikir masak-masak dan dapatkan pandangan my parents.

Oklah setakat ini sahaja dulu buat kali ni...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah