Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

26 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali saya suka keluar di tepi rumah saya pada waktu malam menjenguk ke langit menyaksikan bintang-bintang bertaburan. Sungguh indah pemandangan waktu malam. Alangkah indahnya kalau hidup ini seperti yang kita impikan. Tatkala saya menyaksi kesemua keindahan alam maya ini saya selalu terhanyut dengan banyak persoalan. Persoalan masa depan, persoalan diri.

Saya selalu berfikir macam mana saya boleh perbaiki diri saya. Saya ada cita dan impian tersendiri. Terus terang saya katakan saya lain dri yang lain hingga membuat ramai orang seolah tak percaya tentang diri saya. Memang saya begini. Saya nak capai keindahan dalam hidup, ketenangan hati. Jadi saya kena sentiasa istiqamah tetapi dunia seolah-olah menghimpit saya berubah menjadi sebaliknya.

Puas saya menahan gelodak cabaran yang mendatang. Alhamdulillah kerana ketika saya sedar, saya kembali ke pangkal jalan. Tapi sampai bila? Saya inginkan sesuatu yang boleh membantu saya berdepan dengan segala macam cabaran tetapi sehingga kini saya masih tercari-cari.

Ya Allah, Aku hamba-Mu yang lemah, Aku merayu kepada-Mu kerana pada-Mu sahajalah tempat untuk aku meminta dan Engkaulah yang tahu segala isi hatiku ini.

Bila saya fikir setiap isi kejadian yang berlaku pada saya, saya kadang-kadang keliru dengan diri saya. Saya kadang-kadang cuba menekan diri melakukan sesuatu yang saya sendiri tak pasti dapat capai. Oh Kehidupan, banyak dugaan, cabaran.

Saya tak mahu lemas dalam arus yang deras ini. Saya tak mahu tenggelam dalam lautan kehidupan yang dalam ini. Saya masih mencari diri saya sendiri. Biarlah apa pun kata orang saya tetap saya. Biarpun orang hairan, saya tetap saya.

Moga saya dapat sentiasa bermuhasabah menginsafi diri...InsyaAllah...

Alamak saya meluah rasa pulak hari ni. Hehehe... Oklah masuk bab diari saya hari ni.

Hari ni selepas Subuh saya terus sambung tidur sebab terlalu mengantuk. Saya janji nak jogging dengan Men tapi saya tak dapat tahan rasa mengantuk. Maklumlah tidur jam 4 pagi. Kemudian saya habiskan masa dengan membaca...

Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khatib pula membicarakan soal Kenduri Kahwin. Tersentak saya dengar tajuk ni. Hehehe...

Kemudian saya masuk kerja dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam sebelum pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 malam. Kemudian saya lakukan sedikit kerja termasuk update diari saya ni sebelum saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

25 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Untuk teka-teki di bawah jika anda ingin tahu jawapannya, sila highlightkan kawasan yang di antara tanda

==

==

OK. Pay close attention. Here is a very simple little test comprised of four easy questions to determine the level of your intellect.

Your replies must be spontaneous and immediate, with no deliberating or wasting of time. And no cheating!

On your mark, get set, go...

1: You are competing in a race and overtake the runner in second place.

In which position are you now?

==

Answer: If you answered that you're now in first,
you're wrong! You overtook the second runner and took his place, therefore you are now in second place.

For the next question try not to be so dim.

==

2: If you overtake the last runner, what position are you now in?

==

Answer: If you answered second to last, you are wrong once again.

Think about it...

How can you overtake the person who is last? If you're behind them, they can't be last. You would have been last. It would appear that thinking is not one of your strong points. Anyway, here's another question to try. Don't take any notes or use a calculator, and remember, your replies must be instantaneous.

==

3: Please answer in just 15 seconds! Look at your watch. Take 1000. Add 40. Add another 1000. Add 30. 1000 again. Plus 20. Plus 1000. And plus 10. What is the total?

==

Answer: 5000?

Wrong again! The correct answer is 4100. Try again with good calculator.

Today is clearly not your day, although you should manage to get the last question right...

==

4: Marie's father has five daughters:

1. Chacha
2. Cheche
3. Chichi
4. Chocho
5. ????

Question: What is the fifth daughter's name?

Think quickly... you'll find the answer below..

==

Answer: Chuchu?

WRONG!

It's obviously Marie!
Read the question properly. You are clearly the weakest link

==

Hari ni, saya seperti biasa. Cuma waktu pagi hujan amat lebat kemudian disusuli oleh hujan renyai-renyai...

Saya kemudian berehat sebelum masuk kerja kira-kira jam 12 tengah hari. Saya ada menghantar sesuatu mesej hari ni. Saya habis kerja jam 8 malam. Saya hanya berbuka puasa dengan air kosong di tempat kerja saya sebelum saya berbuka dengan makanan di rumah.

Kemudian saya tonton Gerak Khas. Saya jarang tonton Gerak Khas tapi kali ni sebab saya rasa lawak. Jadi saya tertarik nak tonton... Kemudian kira-kira jam 10.30 malam saya ke rumah Zam dan Zam belanja saya dengan Men makan malam. Thanks...

Kami sembang satu projek yang berkaitan dengan minat kami. Tapi tak tahulah sama ada boleh berjaya atau tidak. Modal menjadi masalah utama sekarang. Lepas tu hujan pulak. Jadi kami teruskan berbincang sambil tu kat tempat kami makan malam ni ada orang mabuk nak bergaduh. Macam-macam dunia sekarang ni. Lawak jugak tengok aksi orang mabuk tu. Bawak kayu nak serang tapi lari. Hehehe...

Saya dengan Men hantar Zam balik sebelum kami pulang ke rumah. Lepas tu saya sambung buat kerja saya sampai jam 4 pagi barulah saya masuk tidur...

WASSALAM...

24 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Israk Mikraj...
Satu cerita yang selalu kita dengar...
Saban tahun kita mendengar kisah perjalanan Rasulullah...

Tetapi sejauh mana kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku?

Saya menyoal diri saya sendiri. Saya kesal dengan banyak perkara yang saya lakukan. Terlalu kesal! Ya Allah ampunilah segala dosaku! Entahlah... Tapi saya kena sentiasa perbaiki diri. Biarlah saya tak capai impian saya, asalkan Allah tahu apa yang saya lakukan. Itu sudah cukup.

Bagi saya keikhlasan itu milik Allah dan biarlah Allah yang menentukan segalanya...

Oklah masuk bab diari saya...

Hari ni saya bekerja dari jam 10 pagi sampai jam 6 petang. Tak banyak yang dapat saya ceritakan dalam kesibukan kerja di CC ni. Yang bestnya dapat surf Percuma. HEhehe... Sebab tu saya balas email pantas sekarang  ni...

Kemudian waktu malam Abang Midi belanja satu family makan ayam golek. Alhamdulillah... Sesungguhnya Ya Allah saya amat bersykur degan apa yang Engkau kurniakan buat diri yang Kerdil ini.

Kemudian saya ke CC tempat saya bekerja dan Alhamdulillah malam ni, Boss saya pulak menang Kuiz Liputan Kemuncak Piala Malaysia di TV3! Saya dengan Ariff yang buat minggu lepas. Nampaknya kami semua 5 orang warga RedTech berjaya memenangi hadiah dan may be kami kena tutup kedai kot. Hehehe... Syukur Ya Allah...

Saya bersyukur sebab selalu bila saya masuk peraduan, saya akan menang... Alhamdulillah...

Kemudian kira-kira jam 12.30 malam barulah saya balik ke rumah... Selepas bersahur terus saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

23 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

1.        Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: " Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2.        Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.        Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.        Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.        Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.        Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.        Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8.        Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -  Riwayat Ahmad

9.        Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10.   Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11.   Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"  Sahih Muslim

12.   Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13.   Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Oklah kembali kepada diari saya. Yang di atas ini adalah renungan bersama. Moga kita menginsafi yang Kiamat sebenarnya semakin hampir sebagaimana hampirnya mati kepada kita.

Hari ni hujan amat lebat pada waktu pagi. Kalau tidak saya dah nak turun berjogging di Taman Rimba. Apa boleh buat dan kemudian saya  bersama dengan Boss saya ke Dewan Lung Kong untuk main badminton. Hari ni saya tewas. Saya rasa stamina saya dah semakin meningkat Cuma saya terlalu banyak melakukan mistake. Boss saya pulak di tahap kemuncak prestasinya. Saya memang susah nak beat dia. Kemudian kami sambung main di KIA dengan geng Mydin Alor Setar.

Kemudian saya dan boss saya minum di Mergong dan saya terus bertolak pulang. Lepas mandi, memang saya rasa cukup fresh Cuma waktu tengah hari bekalan air terjejas di kawasan rumah saya. Mujurlah saya bersolat pada awal waktu. Kemudian saya just menonton TV dan kira-kira jam 4 petang saya tertidur. Dah 3 minggu saya tak tidur petang. Hehehe... Sebab sibuk. Hari ni saya memang nak berehat. Kemudian waktu malam saya tetap ke tempat kerja saya tolong buat kerja Abang Midi. Susah betul. Jam 12.30 malam baru saya balik ke rumah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah