Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 & 02 & 03 & 04 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Memang banyak masalah bila komputer rosak. Pening kepala! Mati kutu dibuatnya. Bila dah biasa bermain dan menggunakan komputer memang cukup meresahkan bila tak ada komputer. Terpaksalah ke CC. Dan kos pulak tu. Dah lah tak kerja lagi.

Sebut pasal kerja, InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan mula bekerja dalam bulan ni di Area Utara macam yang saya nak. Alhamdulillah. Semalam baru dapat emergency interview dan InsyaAllah Khamis ni akan ditetapkan sama ada berjaya atau tidak. Expectation memanglah macam berjaya. Tapi segalanya bergantung kepada Allah.

Kalau berjaya saya akan ke PD minggu depan untuk kurus dan kemudian memulakan kerja, InsyaAllah.

Komputer di rumah pulak terpaksa ‘berehat’ di kedai selama lebih kurang sebulan kerana mother board dah rosak. Jadi kena ambil masa nak tuntut jaminan. Terpaksalah ke CC buat sementara waktu. Apa pun memang saya lambat balas email kali ni.

Selalunya dalam masa 48 jam, InsyaAllah saya dah reply tapi, sekarang ni maaflah sebab memang terpaksa balas lewat. Masalah komputer dan connection internet kat CC. Kalau kat rumah sekali klik terus dapat tapi dekat CC memang faham-fahamlah.

Tapi bila komputer rosak ni, terlalu banyak email pulak yang perlu saya balas. Hehehe... Dulu taklah sebanyak macam ni. Pening kepala jugak dibuatnya. Apa pun saya tetap balas email.

Sekarang ni memang saya sibuk sikit siapakan assignment Kak Yus dan kemudian hampir setiap hari berada di Hospital untuk ziarah ayah Zam yang kini terlantar di wad. Zam pun terpaksa balik kerja lewat sikit di Langkawi. Mungkin minggu depan kot.

Apa pun, Alhamdulillah tengok keadaan ayah Zam dah semakin elok walaupun demamnya masih tak kebah. Insya Allah semuanya ok...

Maaf sebab dalam masa ni saya akan lewat update diari saya (mungkin empat atau lima hari sekali) disebabkan masalah komputer. Terima kasih atas sokongan anda.

WASSALAM...

25 & 26 & 27 & 28 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Maaf kerana komputer di rumah saya telah mengalami kerosakan. Puas saya cuba membaikinya tetapi gagal. Dahlah tu bila ke CC banyak pulak email yang saya terima. Maaf saya akan lambat balas sikit email-email tu sehingga komputer saya siap dibaiki.

InsyaAllah akan saya baiki secepat mungkin.

Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan segalanya!

  WASSALAM...

24 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Jokes 1

Ah Beng had just bought a new computer and was using it when he encountered some problems. He decided to use the 'Help' command after some tries.
Soon after, he became very irritated and called the computer retailer for support.
Ah Beng : "I pressed the 'F1' key for help...but it's been over half an hour & still nobody has come to help me....

Jokes 2

Ah Beng with two red ears went to his doctor. The doctor asked him what had happened to his ears and he answered, "I was ironing a shirt and the phone ring lah- but instead of picking up the phone, I accidentally picked up the iron and stuck it to my ear. So kena lor!"
"Oh Dear!" the doctor exclaimed in disbelief.
"But.. what happened to the other ear?"
"That stoopid dumbo called back!"

Jokes 3

Why did Ah Beng go to a movie with his 18 friends?
Because below 18 was not allowed.

Hehehe... Hari ni saya selitkan tiga jokes sebagai pembuka bicara diari saya. just for fun.

Selepas Solat Subuh, saya terus sambung tidur dan kemudian dikejutkan dengan panggilan Kak Yus dari KL sebab nak tanya progress Assignment. Saya dah siapkan dan send melalui email. Kemudian sewaktu tengah hari berehat sambil tonton El Amor no Es Como Lo Pintan. Memang saya ikut setiap siri kecuali hari Jumaat. Ada kawan saya terkejut sebab dia nak sebut El Amor tu agak lambat tapi saya dengan pantas sebab selalu tengok. Hehehe...

Kemudian berehat sekejap dan petang main badminton terlebih dahulu sebelum sambung main bola. Tak tahulah hari ni team saya kalah 3-0. Semua peluang tak dapat convert menjadi gol! Penalti pun team saya tak boleh score! Tapi dah dua hari berturut-turut menang. Hehehe... Membelasah pulak tu. Hari ni depa nak balas dendamlah.

Kemudian waktu malam selepas berbuka saya berehat sambil menonton berita dan tonton TV sampai jam 11 bersama keluarga. Jam 11 makan keropok lekor dan nasi goreng. Lepas tu saya menghadap komputer. Jam 1 baru surf Internet.

WASSALAM...

23 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kadang-kadang hidup ini tidak selancar yang kita inginkan. Kita mengharapkan sesuatu tetapi lain pula yang terjadi. Kita mahukan kegembiraan tetapi kedukaan yang hadir bertandang. Apakah septutnya reaksi kita?

Bersedih?

Gembira?

Buat-buat tidak tahu sahaja?

Apa yang paling penting ialah kita redha dengan apa yang kita lalui. Jangan terlalu bersedih dan memikirkannya. Memang kita tidak mahu ia terjadi tetapi apabila ia terjadi kita tidak mampu menghalangnya kerana kudrat diri yang terhad.

Kalau kita redha dengan setiap sesuatu pasti ia tidak serumit yang kita jangka dan ia mampu menjernihkan kembali keadaan. Cubalah redha dengan setiap sesuatu yang menimpa agar ketenangan sentiasa berada di sisi kita.

Ingatlah kita tidak akan dapat mencapai apa yang sahaja yang kita impikan dalam hidup ini. Jadi akurlah dengan suratan kehidupan tetapi dalam masa yang sama jangan berhenti berusaha dan bertawakal. Atas kesabaran, kejayaan sudah dijanjikan. Percayalah...

 Allah berfirman, maksudnya: “... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216).

Jadi tepuk dada tanya iman!

Saya bangun jam 6.30 pagi dan kemudian hantar adik ke sekolah. Hai kena hantar pulak. Dah lah mengantuk! Bila balik puas membaca Berita Minggu. Tak tahulah, saya nak habiskan baca paper tu secepat mungkin tapi last sekali saya ambil masa hampir dua jam untuk habiskan bacaan! Dah tak jadi nak tidur balik sebab Kak Yus minta tolong settlekan assignment terbaru. Esok dia nak. Kena buat revison dan cari tajuk yang sesuai. Mujurlah zaman internet. Hehehe... Copy and paste sahaja. Hehehe... Tapi kena atur ayat sendiri jugak sebab tak boleh nak ambik bulat-bulat. Terpaksalah sebab masa tak banyak.

Tengah hari selepas Zohor saya kena jemput adik balik sekolah pulak! Lepas tu beli majalah MASSA. Bila balik khatam majalah MASSA dulu dan kemudian tertidur. Mengantuk! Hehehe... Tak sempat main badminton sebab dah jam 6. Terus main bola. Tapi prestasi ok! Kemudian bila malam saya menonton TV perhimpunan Aman Malaysia. Satu benda yang saya kecewa dengan perhimpunan Aman tu ialah lelaki dan wanita berasak-asak dalam satu tempat. Sepatutnya diasingkan. Barulah ia lebih sejuk mata memandang.

Selepas tonton TV, saya seperti biasa, menghadap komputer. Sambil tu dengar berita. Paling menarik Malaysia menang bowling Piala Dunia berpasukan lelaki dan wanita! Tahniah!

Semakin cemerlang skuad bowling negara! Alhamdulillah sebab bukan mudah nak menang Piala Dunia. Kemudian dengar result Perdana Dua. Amboi kuat betul Johor tahun ni. Memang Weigang cukup bagus! (Tahun ni Weigang Pegang lagi ke skuad Johor? Rasanya ya). Tahun lepas lagi saya dah tengok prestasi Johor semasa dalam Perdana Dua. Bila lawa Kedah saya tengok player Johor memang bagus tapi kurang pengalaman. tahun ni dah semakin matang kot. Paling mengejutkan ialah MPPJ bantai Public Bank 7-2. Lepas ni Kedah lawan Public Bank. Kena belasah macam tu jugak. Baru best! Hehehe...

Aristegui score 5 gol malam ni. Johor pulak ada Watkins. Tapi paling hangat sekarang ialah Chipeta. Saya memang dah agak Chipeta memang bahaya sebab permainannya memang kemas. Tapi semuanya masih awal musim. Dalam liga ni, siapa yang paling konsisten, pasukan itulah yang akan menang.

Kemudian saya bersahur jam 2 pagi dan kemudian sambung surf Internet dan tengok result Fantasysoccer. Minggu ni memang cukup baik point yang saya kutip. Kemudian saya tidur jam 3 pagi.

WASSALAM...

22 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

After completing a jigsaw puzzle he'd been working on for quite sometime, Ah beng proudly shows off the finished puzzle to a friend.
"It took me ONLY 5 MONTHS TO DO IT," Ah beng brags.
"FIVE MONTHS? THAT'S TOO LONG." the friend exclaims.
"YOU ARE A  FOOL".
Ah beng replies, "SEE THIS BOX, IT IS WRITTEN FOR 4-7 YRS.".

Hehehe... Kadang-kadang bila kita baca dialog-dialog lucu, memang menghiburkan hati sekiranya hati kita tidak dibelenggu masalah. Kita akan mudah terhibur. Sebaliknya jika kepala dibebani dengan pelbagai macam masalah, terasa sukar untuk ketawa walaupun ia amat melucukan. Jadi kita seharusnya cuba release our tension. ada banyak cara yang boleh dilakukan. Membaca petikan lucu pun sekurang-kurangnya boleh mengurangkan ketegangan dalam minda kita.

Sepatutnya selepas Subuh saya berjogging tapi entah mengapa saya tertidur balik atas katil. Sedar-sedar dah jam 9 sedangkan saya dah berpakaian nak pergi jogging. Menyesal. Ni sebab tidur lewatlah malam tadi! Cukup tak selesa rasanya bila tak berpeluh pada waktu pagi macam biasa.

Kemudian saya baca paper online dan kemudian mendengar radio sambil menggunakan komputer. Selepas Solat Zohor, saya cuma berehat sambil menonton TV. Petang seperti biasa bermain bola dengan kawan-kawan. Sebelum tu main badminton dulu dari jam 5-6. Kemudian baru sambung main bola. Memang penat tapi best. Enjoy! Hehehe... Tak ada banyak masalah sangat. Cuma masalah kerja sahajalah. Yang lain tu tak berapa ada sangat. Hehehe...

Malam menanti keputusan bola. Tapi tak ada siaran langsung. Asyik dengar radio untuk mengetahui keputusan semasa. Last sekali tewas. Alamak! Tak apalah better tewas awal-awal sebab nanti menjadi tekanan pulak. Ariep pun tak boleh gelak sebab Johor FC pun kalah! Hehehe... Tapi Johor memang kuat sekarang ni. Rasanya boleh dapat nombor satu atau dua Liga Perdana Dua tahun ni.

Lepas tu saya keluar untuk bincang mengenai kerja dan balik rumah kira-kira jam 1 pagi selepas berbincang dengan panjang lebar. Tapi kena fikir banyak lagi. Saya perlu fikir lebih lanjut. Kemudian bila balik, adik saya guna komputer dan terpaksa tunggu sampai jam 2.30 pagi untuk guna komputer. Lepas tu saya guna sampai jam 4 pagi.

Sambil tu srf Internet. Tengok result premier league. Newcastle menang 3-0 dengan Leeds. Yahoo! Semakin baik prestasi Magpies ni. Sejak tahun 1996 memang saya cukup minat Newcastle. Tapi kat Malaysia ni susah nak cari penyokong Newcastle. Yang ramai ialah Liverpool dengan MU. Arsenal baru berkembang. Jam 4 pagi baru tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah