Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya nak ulas sikit pasal email berantai yang bertajuk wasiat yang kebelakangan ni disebarkan secara meluas di Internet. Sebenarnya ulama-ulama dah banyak keluarkan kenyataan bab ni. Buat apa kita nak percaya benda-benda khurafat ini. Tak pernah ada dalam hadis/al-Quran atau apa-apa nas tentang kalau kita tak sebarkan benda ni kita akan ditimpa bala. Mengarutlah.

Saya dah banyak kali sangat terima surat/email ni. Kenapa kita percaya sangat benda-benda macam ni? Memanglah benda yang diemail atau dalam surat berantai tu ada mesej dan peringatan tetapi kalau dah kita forwardkan untuk elak bala, nyata kita dah percaya kepada amalan yang dikategorikan sebagai syirik. Kalau tak salah saya dalam Harian Metro Julai 2002 ada dijelaskan akan hal ini.

Jadi kenapa perlu kita mempercayai benda-benda karut ni? Kalau anda terima pasal surat/email berantai ni, pedulikan sahaja ia. jangan sampai ia mempengaruhi anda. Kalau ada apa-apa terjadi. Ia adalah secara kebetulan dan kuasa Allah dan bukannya disebabkan oleh surat/email berantai ni.

Oklah masuk bab diari saya hari ni. Diari sebelum ni memang agak ringkas sebab saya buat catatan sewakt di tempat orang. Jadi agak ringkas...

Selepas solat subuh saya terus sambung tidur. Maklumlah tidur jam 5 pagi. subuh pun dah lewat jugak dah tu. Tapi bangun jugaklah untuk solat sebab itu kewajipan kita. Pukul 8.30 bangun dan buat persiapan nak balik. Lepas tu sarapan dan main game dengan Reza. Hehehe... Mula-mula boleh lawan dia tapi game last saya tewas! Teruk pulak tu. Hehehe... dah lenguh tangan lawan dengan dia. Tak apa Reza nanti saya balas dendam. Hehehe...

Sebenarnya saya dah lama tak main game. Tapi kat rumah Reza, saya seronok sebab Reza selalu excited sangat main. Hehehe...

Saya bertolak balik Alor setar kira-kira jam 12.30 tengah hari. Berhenti singgah di Gurun jam 1.30 tengah hari dan sampai di rumah jam 2.15 petang. Bila balik saya terus semak paper lama. Dan kemudian tertidur sebab letih tak cukup tiur. Melepas nak main bola!

Malam saya habiskan masa di depan komputer sebab banyak benda yang tertangguh terutamanya diari ni. Saya dah buat catatan dan uploadkan di Internet dah hari tu. Sekarang cuma nak ubah format bagi masuk dalam diari saya ni. Hehehe...

Saya tidur pun jam 2.00 pagi selepas tonton EPL.

WASSALAM...

13 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sewaktu pagi saya keluar ke kulim sekejap dan kemudian saya cuma berehat di rumah Reza sambil buat apa yang patut.

Sambil tu tengok TV. Petang saya tertidur sekejap. Bila nak main bola, hujan pulak jadi saya main FIFA 2003 lawan dengan Reza. Lepas tu lawan dengan Det. Malam keluar makan har Koteaw kat kelang Lama. Dekat ja dengan rumah Reza.

Lepas tu tonton TV sekejap dan main game dengan Reza sampai jam 3 pagi. Hehehe... Lama saya tak main game sampai macam tu! Tak tahulah kenapa sebab sengit sangat perlawanan saya dengan Reza. Kalau menang pun satu gol sahaja tu pun penalti atau masa tambahan suden death. Hehehe...

Tapi game last saya menang. Lepas tu tengok tak boleh nak tidur sampai jam 5. Jadi saya cuma tonton CD Kung Fu. Pukul 5 pagi baru tidur.

WASSALAM...

12 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni hari Ahad. Waktu pagi saya habiskan masa saya di kawasan Kulim Hi-Tech. Kemudian saya meronda dengan motor saya di Pekan Kulim. Kemudian saya menyusur jalan di Ayer Merah dan kawasan sekolah lama saya (MRSM). Lama saya tak jenguk. dah jauh berubah. Memang jauh berubah. 1992. Sekarang 2003. Memang keadaannya jauh berubah! Memang saya teringat balik kenangan-kenangan lama kat sana. Memang best!

Kemudian saya ke Junjong dan terus ke Penang sebelah Sungai Bakap masuk ke Simpang Ampat dan kemudian Alma dan saya pusing Bukit Mertajam. Kemudian saya solat Zohor di Masjid Tengah Berapit. Salah satu kegemaran saya ialah solat di masjid yang berbeza. Boleh tengok keadaan kawasan setempat. Paling saya suka masjid yang ada kolah untuk ambil air sembahyang. Saya tak berapa suka sangat jenis paip ni.

Saya balik ikut Berapit, Mengkuang, Sungai Lembu dan Keladi sebelum sampai Kelang Lama. Saya balik dan berehat kira-kira jam 3 petang.

Petang kira-kira jam 4.30 petang saya bertolak ke Empangan Mengkuang. Sebelum tu saya solat di  Masjid Jamek kampung Mengkuang. Bila sampai di empangan yang seingat saya kali terakhir saya jejak ialah pada awal Febuari 1993. Dah dekat genap 10 tahun saya tak ke sini. Hehehe...

Dulu saya sampai sewaktu minggu orientasi sekolah saya. Memang banyak kenangan kat sini. Waktu tu ada macam-macam cerita. Puting beliunglah dan macam-macam lagi. Teringat pulak waktu reunion pada tahun 1999 dulu. Waktu tu ditayangkan balik rakaman aktiviti di Mengkuang Dam. Saya rasa macam baru lagi. Suasana di sini rasanya macam dulu jugak. Hehehe...

Kalau saya, tempat ni sesuai untuk berjogging. Hehehe... Jugak untuk berehat serta bersantai bersama keluarga. Cuma yang saya hairan ialah kenapa motor tak boleh masuk? Ramai yang komplen. Jauh jugak nak jalan dari pintu masuk tu. Kereta boleh pulak! Lepas tu bila saya tanya orang kat situ, depa kata masalahnya ialah orang suka 'race' dalam kawasan tu. Entahlah. Yang pasti saya kena berjalan kaki. Hehehe...

Kemudian terfikir nak makan apa pada waktu malam. Saya tanya orang kat situ ada pasar malam ke tak hari ni. Akhirnya depa cakap ada kat Simpang Kuala Mengkuang. Saya waktu balik ingat nak singgah tapi keadaan cuaca tak berapa mengizinkan. Jadi malam tu saya cuma makan keropok lekor rebus sahajalah. Hehehe... Lagipun waktu malam saya tak berapa makan sangat. Tengok keadaan jugak kalau saya nak makan pun.

Malam tu waktu saya tengah solat blackout pulak rumah Reza tu. Saya nak check electric system rumah tu. Lain pulak jenisnya. Hairan betul! Rumah macam mana ni tak ada alat tu. Rupa-rupanya di bawah tangga. Hehehe... Pandai Reza sembunyi.

Malam tu, saya cuma tengok TV bersama Reza dan tidur kira-kira jam 1 pagi.

Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Sesungguhnya lidah binatang itu buas, jika engkau ikat dia nescaya ia akan menjagamu, dan jika dilepaskan ia akan menerkammu. Oleh sebab itu hendaklah kamu berkata dengan lidah sekadarnya dan hendaklah engkau berhati-hati daripadanya

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah