Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

ASSALAMUALAIKUM...

27 JUN  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni bila bangun pagi rasa amat mengantuk, tetapi saya gagahkan jugak diri saya ke Taman Rimba untuk berjogging. Hari ni saya kira nak speed! Jadi just dapat dua round sahaja. Apa pun bila badan terasa fresh, cukuplah...

Kemudian saya dan Men serta Ghafur, ke rumah Zam sebelum ke rumah Boss Melawat Boss yang dah balik ke rumah. Memang nampak slim Boss. Hehehe... Makin handsome! Apa pun yang penting, Boss semakin sihat.

Kemudian kembali ke rumah Zam. Hari ni Zam buat sedikit kenduri kesyukuran. Ingat kot kenduri kawin! Hehehe... Gurau ja. Waktu balik saya sampai rumah pun dan 1.30. Bergelut nak bersiap ke Masjid. Hari ni memang lewat. Tapi still sempat dengar banyak isi khutbah.

Cuma di Masjid Alor Semela hari ni, bukan khatib regular. Bacaan dia memang agak mengantuk. Kalau khatib biasa, memang best tak tersekat-sekat.

Khutbah berkisar tentang rumah menurut perspektif Islam. Rumah bagaimana yang harus didirikan, kedudukan, jumlah bilik, halaman, peranan rumah dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan rumah.

Kemudian selepas Solat Jumaat saya sempat hantar emak saya ke rumah kenduri di Kampung Tok Temenggung. Kemudian saya layan CM sekejap sebelum turun main bola macam biasa.

Malam selepas solat Isyak, saya diajak mak menziarah saudara ayah yang meninggal. Dalam perjalanan, saya bertembung dengan satu kemalngan jalan raya. Rupa-rupanya yang eksiden tu ialah anak jiran saya. Terus saya dan mak iring ke hospital.

Kawan tu Cuma patah jari kaki dan kulitnya terkoyak sampai nampak tulang. Bila mak dan ayahnya sampai, sedih pulak saya tengok. Bila mak dia menangis. Nampak sangat kasih seorang ibu kepada seorang anak.

Yang langgar tu tak ada lesen dan masih bersekolah. Yang tu pun nampak jelas kasih mak dia, bila mak dia tahu anaknya kemalangan, terus berlari dapatkan anaknya dan terus peluk anak dia. Bila tengok tak ada apa-apa kecederaan pada anaknya...Barulah dia marah anaknya naik motor tanpa lesen.

Di hospital pulak, saya boleh masuk bilik pembedahn kecil dan tengok doktor jahit balik luka-luka tu secara live tanpa bius. Kesian saya tengok, Kawan tu menahan sakit. Saya pun dah ada pengalaman dijahit tanpa bius. Bayangkan kalau apa-apa tertikam isi kita. Bila kita nak buang memang rasa sakit. Ni kan pulak bila jarum dan benang (Bukan benang biasa!), memang cukup-cukup pedih. Apa pun semuanya dah selamat...

Bila balik, saya terus Ziarah Tok Haji Baharom yang meninggal. Dulu kecik-kecik, saya selalu ke kedainya dan dia pun kira jenis peramah. Dulu saya ada kawan dengan cucunya. Cuma sekarang saya tak jumpa cukup lama dengan cucunya. Waktu smpi pun dah jam 10.45 malam. Saya sampai rumah jam 11.15 malam.

Jam 11.45 terus saya tidur. Entahlah, may be penat sangat kot.

WASSALAM...

26 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Amalan bersyukur pembuka laluan kebahagiaan abadi
(Siri Akhir)

Perlu ditegaskan bahawa nikmat anugerah Ilahi itu tidak selamanya dapat dirasai oleh manusia kerana ia sebenarnya bersifat liar dan akan menghilang apabila manusia lupa diri dan leka. Oleh itu, setiap Muslim diwajibkan bersyukur selaras dengan perintah Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).” (Surah al-Baqarah, ayat 152)

Kewajipan bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaan nikmat-Nya itu bertitik tolak daripada dua sebab. Pertama, untuk mendapat nikmat berkekalan yang sungguh besar itu. Amalan bersyukur adalah pengikat segala nikmat. Dengan bersyukur, nikmat akan berterusan dan berkekalan, sebaliknya jika seseorang kufur nikmat dan tidak bersyukur, maka ia akan hilang.

Kedua, untuk menghasilkan pertambahan nikmat. Oleh kerana bersyukur pengikat nikmat, maka amalan itu juga menghasilkan pertambahan nikmat sebagaimana dapat difahami daripada firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, setiap Muslim sewajarnya mengikat segala nikmat kurniaan Ilahi sama ada berbentuk asasi mahupun mendatang dengan bersyukur kepada Allah supaya segala nikmat itu dapat dirasakan selamanya oleh Muslim dan juga akan bertambah.

Amalan bersyukur pada hakikatnya adalah manifestasi untuk menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah yang Maha Pemurah sehingga ada ulama mendefinisikan syukur sebagai mengenal dan mengingati Allah dengan hati, berzikir dengan lisan dan melaksanakan amal salih dengan semua anggota tubuh badan.

Ringkasnya, syukur bukan hanya sekadar ucapan Alhamdulillah, bahkan wajib dijelmakan dengan ketundukan seluruh anggota tubuh badannya melaksanakan amal ibadat yang dituntut.

Manusia yang tidak mahu bersyukur bererti bahawa dia dengan secara sedar membiarkan segala nikmat itu berlalu pergi dan menghilang, sedangkan berlalunya pergi dan menghilangnya nikmat itu adalah petanda datangnya azab dan bencana Allah terhadapnya.

Dalam hal ini, seorang ulama tasawuf terkenal Ibnu ‘Athoillah pernah berkata : “Sesiapa saja yang tidak menghadap Allah ketika dikurniakan nikmat-Nya itu, nescaya dia hanya akan mengundang pelbagai bencana dan azab Allah. Sesiapa yang tidak mensyukuri segala nikmat-Nya, maka dia sudah menjuruskan dirinya kepada menghilangnya nikmat itu. Sebaliknya sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, maka dia sudah benar-benar mengikatnya dengan simpulan tali yang kukuh.”

Menurut ahli hikmah, bencana dan azab yang akan menimpa manusia yang tidak bersyukur di dunia ini secara umumnya dalam lima keadaan berikut iaitu sakit sewaktu mengembara; miskin pada hari tua; meninggal dunia pada usia muda; menjadi buta selepas melihat serta dilupakan orang, lalu akhirnya dihina, dicaci dan ditinggalkan jauh-jauh .

Dari sini jelas betapa pentingnya amalan bersyukur dalam kehidupan Muslim untuk mengikat segala nikmat kurniaan Allah kepadanya. Namun oleh kerana manusia itu bersifat sombong, tamak, angkuh dan pelupa, maka tidak ramai hamba-Nya yang mahu bersyukur kepada Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah Saba, ayat 13)

Hanya orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah yang menginsafi betapa amalan bersyukur adalah jalan menuju ke arah keredaan Ilahi dan kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Berita Harian, Selasa, 24 Jun 2003)

Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa bersyukur, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang bahagia selamanya, InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ni dapat berpuasa macam biasa, jadi saya tak turun ke Taman Rimba untuk berjogging. Lagi pun cuaca agak tak menentu sangat.

Kemudian waktu pagi, saya habiskan dengan membaca. Itu sahaja yang saya paling minat. Lepas tu waktu tengah hari macam biasalah rehat sambil menonton TV.

Waktu petang tak dapat nak turun main bola. Padang terlalu becak. Susah nak main. Jadi just menonton TV sambil surf Internet sekejap. Masalah betul, nak connect waktu hujan ni. Asyik terputus sahaja! Entahlah apa sebabnya?

Selepas berbuka, baca Yassin dan kemudian berehat di rumah. Lepas tu saya bersama Men dan Zam keluar berbual di Stadium. Zam yang belanja. Thanks Zam. Orang kaya Baru...

Lepas tu bila balik dah lewat. Terus saya surf Internet dan balas email-email yang saya terima. Jam 2 pagi baru tidur...

WASSALAM...

25 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Amalan bersyukur pembuka laluan kebahagiaan abadi
(Siri 1)

ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani mengurniakan pelbagai bentuk nikmat kepada sekalian makhluk yang menghuni bumi ini. Nikmat Ilahi bukan hanya dapat dinikmati oleh orang mukmin, bahkan orang kafir.

Ini menggambarkan betapa luasnya rahmat Allah kepada makhluk-Nya agar mereka benar-benar menginsafi akan kewujudan dan kebesaran-Nya yang mentadbir alam semesta ini .

Menurut Imam al-Ghazali, nikmat itu ialah setiap kebaikan, kelazatan dan keinginan yang dipenuhi menurut kehendak sanubari seseorang manusia. Namun nikmat sejati dan paling tinggi darjatnya yang menjadi impian setiap mukmin bertakwa kepada Allah ialah nikmat kebahagiaan hidup ukhrawi, iaitu kehidupan syurga yang penuh kenikmatan.

Perlu diinsafi bahawa nikmat itu pada hakikatnya adalah himpunan kurniaan daripada apa yang Allah kurniakan kepada setiap hamba-Nya, yang pastinya tidak dapat ditimbang beratnya, malah tidak dapat dihitung jumlahnya secara tepat.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nahl, ayat 18)

Secara umumnya, nikmat anugerah Ilahi itu dapat dikategorikan kepada dua bentuk. Pertama, nikmat yang bersifat asasi, iaitu nikmat yang dilimpahkan Allah kepada manusia sejak dari lahir lagi seperti nikmat telinga, mata, hati, lidah dan kaki. Allah berfirman maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Nahl, ayat 78)

Kedua, nikmat yang sifatnya mendatang, iaitu nikmat kurniaan Allah yang dikecapi oleh manusia sewaktu menjalani kehidupan ini seperti harta benda, pekerjaan, status sosial dalam masyarakat, pangkat dan kedudukan. Allah berfirman maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Ali Imran, ayat 14).

Itu adalah bab satu artikel yang saya petik dari akhbar Berita Harian. Esok saya akan sambung dengan siri kedua. Bagi yang dah baca Berita Harian sila rujuk bahagian agama Berita Harian Selasa, 23 Jun 2003. Bagi saya bersyukur itu tanda kita benar-benar mengakui keesaan Allah. Memang benar melalui bersyukur kita akan dapat kebahagiaan yang abadi. Mudah-mudahan kita akan hidup bahagia selamanya. Itu pun jika kita benar-benar mematuhi arahan-Nya.

Oklah...

Hari ni macma biasa di taman Rimba waktu pagi. Sekarang ni bolehlah dikira semakin ok sikit stamina. Apa pun masih jauh daripada tahap dulu. Kalau nak main badminton, saya rasa boleh bertahan tapi bola saya kena doublekan stamina saya. Lepas tu, selepas sarapan dan baca paper, saya settlekan borang kerja. Lepas pos, rehat sekejap dan kemudian waktu tengah hari kena pergi ambil beg adik kat sekolah dia.

Kemudian just berehat sambil menonton TV. Hari ni tak sempat nak connect Internet sangat. Sempat update site dan balas satu email sahaja. Entahlah kenapa asyik disconnect sahaja. Pening betul!

Lepas tu waktu petang main bola macam biasa. Cuma hari ni lewat sikit sebab ada friendly melibatkan taman saya. Saya tak boleh main sebab yang main tu kena tingkatan 5 ke bawah sahaja. Taman saya membelasah pihak lawan dengan 9-0. Hehehe... Kuat jugak!

Lepas tu saya lawan dengan barisan forward taman saya. Saya barisan bawah. Tapi saya tak boleh bersama dengan rakan sepasukan biasa. Pening kepala nak bagi arahan. Tak ikut arahan langsung. Tak berani nak kacau orang daripada try. Alah kena bola bukannya sakit sangat. Hehehe... Bergantunglah kat mana kena kan... Tapi still menang 4-2.

Waktu malam tak ada apa sangat. Just tonton TV, membaca dan kemudian update diari ni. Itu sahaja...

WASSALAM...

24 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara halal. Fitrah itu dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan sah.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah yang juga pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.

Mereka adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.

Perkahwinan adalah suatu sunnah Rasulullah bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi salih.

Hadis sebagai sedikit renungan... Moga-moga kita mendapat sedikit panduan, InsyaAllah...

Hari ni macam biasa berjogging di Taman Rimba, kemudian beli paper dan selepas sarapan, saya sempat balas email dan kemudian saya settlekan beberapa perkara. Lepas tu layan CM sat. Lama tak main CM ni. Hehehe...

Tengah hari berehat sambil menonton TV dan kemudian lewat petang sikit, saya membaca tapi tertidur. Hehehe... Kemudian main bola macam biasa. Hari ni ah biasa sikit dengan latihan. Coach datang awal-awal game sahaja. Lepas tu balik. Hehehe...

Hari ni menang 3-1. Satu gol yang bolos tu memang cantik. Memang saya dan member yang jaga defend betul-betul tak sangka, ada yang akan buat tendangan. Selalu kawan tu tendang melencong jauh dari gol, kali ni tepat pulak!

Waktu malam saya hantar dna jemput adik ke sekolah. Malam ni saya tidur awal. Jam 11 dah tidur.

WASSALAM...

23 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang Produser filem ingin membuat filem perang yang sangat besar.

" Saya akan menggunakan dua regu tentera untuk adegan perang," katanya.
" Setiap regu akan terdiri dari 25.000 orang,"
" Fantastis." sahut sutradara.
" Tapi, bagaimana kau akan membayar gaji mereka?"
" Saya sudah memperhitungkannya," sahut produser.
" Itu sebabnya saya akan menggunakan peluru hidup. 

Satu joke sebagai pembuka bicara hari ni...

Alhamdulillah hari ni saya dapat kembali meneruskan puasa setiap Isnin dan Khamis. Jadi saya tak ke Taman Rimba pada waktu pagi. Apa pun waktu pagi, saya hantar emak ke Pasar Tani di Taman Nuri dan kemudian jam 11 saya ke Simpang Kuala untuk berbincang dengan Encik Bad dan Kak Balkhis tentang projek terbaru kami. May be saya akan buka pusat Tuisyen. Semuanya dalam proses dan perlu disiapkan beberapa prosedur yang perlu. InsyaAllah... Daripada duduk saja. Sambil tu kami akan aturkan beberapa projek baru. Kalau diluluskan kerajaan Alhamdulillah. Kalau tak pandai-pandailah survive. Apa pun ia masih dalam perbincangan. Jadi saya tak boleh nak ulas panjang lagi.

Saya bereada kat snaa sampai jam tiga petang. Bila balik rumah saya rehat sekejap sambil menggunakan komputer dan kemudian saya main bola macam biasa. Cuma coach agak cerewet sikit. Hari ni kena buat keras sikit. Saya puasa pulak ni. Apa pun semuanya ok. Hari ni menang 6-3 dan saya bertindak sebagai central defender bersama dengan sorang lagi member. Hehehe... Rasanya memang susah nak tembus. Cuma keeper buat silap basic. Tu yang lepas sampai tiga gol tu.

Selepas berbuka, saya diajak mak saya untuk ke Kampung saya di Pendang menziarahi bapa saudara kepada Mak Su saya yang meninggal. Bila balik kampung, dapatlah jumpa Tok Wan dan saudara yang lain. Ramai yang still kecil. Seronok jumpa dengan budak-budak ni. Meriah rasanya. Cuma dengan Mak Su saya, saya agak janggal lagi. Maklumlah orang baru dalam keluarga saya. Satu lagi yang saya segan ialah, Mak Su saya ni tiga tahun lebih muda daripada saya.

Kemudian selepas habis Ziarah, saya bertolak pulang kira-kira jam 11 malam dan sampai rumah jam 11.30 malam. Tengah malam saya surf Internet dalam 10 minit dan kemudian terus masuk tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah