Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

03 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tiada topik yang nak saya ulas/paparkan tetapi esok saya akan menulis mengenai Memori Datsun 160J. Nak tahu apa dia? Jangan lupa esok...

Pagi tak turun jogging sebaliknya terus sambung tidur sampai jam 10 pagi sebab berpuasa hari ni. Jadi rilekslah sikit. Kemudian jam 11 sepatutnya saya dengan Men ke IPD Alor Setar untuk ambil borang Kadet ASP tapi Men lewat sikit jadi kami tangguhkan ke jam 2 petang. Sementara tu saya tonton TV3 Cerita Deep Impact. Seronok jugak cerita tu!

Jam 2 selepas Solat Zohor saya dengan Men terus ke IPD Alor setar untuk dapatkan borang tapi lupa bawak sijil-sijil. Karut betul! Alamak cuainya kami ni! Jam dah 2.30, kaunter tutup jam 3 petang. Lalu kami bergegas balik. Naik kereta memang lambat sebab banyak betul trafik light yang lama. Lepas tu kereta pulak banyak. Jam 2.50 baru sampai rumah. Sampai sahaja ke rumah kami terus naik motor sebab nak segera. Sampai dah jam 3.05 minti tapi Alhamdulillah orang yang jaga kaunter tu kenal saya. Hehehe... Satu pejabat dengan ayah saya...

Selepas semua ok, saya dengan Men terus ke pejabat KEDA untuk dapatkan borang kerja. Saya dah hantar. Men lewat sikit. After that saya balik rumah dan tonton Ltdl, tengok TV dan waktu petang main bola macam biasa. Makin best main bola sekarang ni. Dah lupa sekejap dengan badminton. Hehehe... Abang Midi tunggu!

Lepas berbuka puasa, saya siapkan sedikit kerja dan kemudian tonton TV dan tidur jam 11 malam. Jam 1 bangun nak surf Internet. Sampai jam 4 pagi still tak boleh connect. Problem pulak dah. Esoklah nampak gayanya. Sambung tiur lagi baik. Hehehe...

WASSALAM...

02 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu cerita ringkas buat pedoman bersama...

Ulamak sufi Syaqiq Al Balkhi pernah bertanya pada Khalifah Harun Ar Rasyid yang memimpin Daulah Bani Abbasiah, katanya "Wahai Khalifah! sekiranya tuan hamba sedang berada di tengah padang pasir yang luas terbentang dengan kepanasan yang membakar kulit serta merasa kehausan yang amat sangat. Tiba-tiba datang seseorang yang menawarkan seteguk air, berapakah tuan sanggup bayar untuk air itu?" , Jawab Khalifah Harun, "Apa saja yang dikehendakinya olehnya, aku akan bayar."

"Jika orang itu meminta separuh dari kerajaanmu, bagaimana?" , Jawab Khalifah, "Aku akan penuhi permintaannya itu." , Soal Syaqiq lagi, "Baiklah, sekarang Khalifah telah selamat dari maut kerana mendapat seteguk air. Seandainya air yang Khalifah minum itu tiba-tiba tidak boleh keluar(buang air kecil) dan jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit yang membawa maut, lalu datang seorang pakar yang sanggup mengubatinya tetapi ia juga meminta bayaran yang sangat tinggi seperti separuh dari kerajaanmu yang masih ada, adakah Khalifah akan setuju?"

Jawab Khalifah, "Tentu aku setuju." Kata Syaqiq, "Sekarang Khalifah telah tahu nilai nilai kerajaan yang Khalifah tadbir sekarang ini hanyalah boleh dibeli dengan seteguk air, jadi kenapa kita mahu bermegah dengan kemewahan yang kita miliki, sedangkan pada sisi ALLAH ia tidak memberi apa-apa makna pun. Bukankah besar dan mahalnya nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada setiap makhlukNYA, oleh itu jadilah kita hamba yang bersyukur."

Mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaat...InsyaAllah...

Waktu pagi, saya berjogging di Taman Rimba dan kemudian berbincang dengan Men tentang Kadet ASP. Saya Sebenarnya agak kurang minat polis ni tapi ada beberapa prospek yang saya inginkan membuatkan saya rasa it's ok. Saya lebih minat polis dari jadi cikgu. Esok kami akan ke IPD untuk dapatkan borang. Cubalah dulu kan...

Bila balik tengok Abang Midi dah ada kat rumah. Lama betul tak balik. Hehehe. Tengah hari ke kenduri di rumah jiran dan selepas membantu apa yang patut (tak banyak sangat membantu sebab ala layan diri dan kerja lain banyak anak buah saya yang buat) terus saya berehat sekejap di rumah sebelum ke kenduri kakak kawan di Alor Setar.

Lama betul tak jumpa, Tak sempat nak berbual panjang. Tapi ramai yang perli saya. Muda lagilah. Last sekali athu tak apa respon saya. Saya terus jemput makan kenduri kawin saya pada pertengahan tahun 2005 ni. Senang habis cerita! Hehehe... Mak saya pun cakap tak lama lagi. Pening betul. Tunggulah saya dapat kerja dulu baru boleh fikir dengan lebih mendalam. Hehehe...

Kemudian sempat tengok live ltdl dan kemudian tengok cerita Simfoni duniaku di TV1. Saya suka cerita ni (Ada sesuatu yang saya suka, may be tak ramai yang tahu. Hehehe... Saya tak mahu cakap apa dia) dan selepas Asar saya terus main badminton dengan Abang Midi. Rasanya dah lebih 100 hari tak main badminton habis kena belasah dengan Abang Midi 15-1, 15-9 dan 15-7. Memang step hilang dan susah nak ambil bola trick. Seronoklah Abang Midi tu sebab kalau tak salah saya last meet, saya menang dengan Abang Midi. Lama tak main. Nanti saya akan belasah balik Abang Midi. Hehehe... Saya nak cari jawapan bola kilas tu!

Kemudian jam 6.30 petang sambung main bola. Memang lembik badan jadinya. Selepas tonton berita saya just relak depan komputer dan siapakan apa yang patut. Sebelum tu suruh adik saya yang bongsu pijak belakang saya. Alhamdulillah lega sikit rasa sakit badan tu. Malam tidur jam 1 pagi tolong adik siapakan laman web sekolahnya.

WASSALAM...

01 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Al-kisah pada suatu masa dahulu terdapat sebuah keluarga yang suka menipu.  Bapa suka menipu, ibu suka menipu dan anaknyapun apa lagi, mengikut sahajalah tingkah laku kedua - dua orang tuanya, yakni suka juga menipu.  Mereka menipu orang kampung, menipu sesama mereka sekeluarga dan yang lebih sedih lagi, mereka suka menipu diri mereka sendiri. Ditakdirkan Tuhan maka pada suatu hari si ibu telah jatuh sakit lalu telah meninggal dunia.

Sedih si bapa dan si anak kerana telah kehilangan isteri / ibu yang tersayang.  Maka si bapa telah mencadangkan kepada si anak agar mulai saat itu mereka berdua bertaubat daripada menipu.  Si anakpun bersetuju.  Maka si anak telah bertanya kepada si bapa bagaimana caranya nak bertaubat dengan sebenar - benar taubat?

Si bapa telah berfikir sejenak (sebab tak tahu jawapannya), kemudian setelah 30 saat berlalu, maka si bapapun telah memberitahu si anak bahawa cara yang sebenar - benarnya bertaubat ialah mereka berdua perlu mensucikan diri mereka daripada dosa - dosa silam dengan mandi di dalam air sungai di belakang rumah (tipu lagi ...).  Maka si anak telah bersetuju (kedua - dua jahil ilmu).

Mereka berduapun pergilah ke sungai belakang rumah.  Masing - masing pakai seluar pendek.  Mula - mula si bapa terjun kedalam sungai.  Boooshhhh!  30 saat masih lagi tak timbul.  Rupa - rupanya kaki si bapa telah tenggelam di dalam selut di dasar sungai. Meronta - ronta si bapa cuba hendak melepaskan dirinya, akhirnya berjaya juga.  Bila naik ke tebing sungai, maka si anak tadipun telah bertanya si bapa, kenapa lama sangat menyelam dalam sungai?  Si bapa kata sebab dalam sungai tadi ada roti canai, ada teh tarik, ada kuih - muih dan sebagainya (tipu lagi ....)  Maka si bapa kata dia makanlah dahulu hidangan tersebut sebelum dia naik balik ke atas.

Mendengarkan berita tersebut maka si anakpun terus terjun pula kedalam sungai.  Boooshhh!  Tetapi malang juga buat si anak kerana kali ini pula kepala si anak telah terkena pada sebuah batu besar di dasar sungai.  Berdarah.  Kejap - kejap itu juga si anak naik balik ke tebing sungai.  Maka si bapa tanya pada si anak kenapa si anak cepat sangat naik ke tebing dan kenapa kepala si anak berdarah?  Nak tahu apa si anak jawab???

Si anak kata, dia kena pukul dan kena kejar dek tauke kedai makanan dalam sungai kerana si bapa tak bayar lepas makan roti canai dan kuih - muih tadi ... he he he.

Nak bertaubatpun masih lagi menipu .... ish ish ish.

Just jokes for relaxing our mind.

Seperti biasa saya berjogging di Taman Rimba pada waktu pagi. Bila pulang ke rumah saya tidur selama 1 jam dan kemudian bergegas ke Alor Setar untuk menyaksi Le Tour De Langkawi yang bakal melalui Alor Setar. Dijangkakan tiba jam 11 pagi di Alor Setar. Jadi saya tunggu jam 10.45.

Lama jugak kena tunggu. Sampai jam 12 tak sampai lagi pelumba-pelumba tu. Nasib baik saya peminat sukan. Bila ditanya rupanya berlepas dari Kangar jam 12 tengah hari! Jam 1.15 lebih kurang barulah pelumba muncul. Paling mengejutkan pelumba yang mendahului adalah Pelumba Jepun! Kedua dan ketiga adalah dari Filipina dan yang keempat adalah MALAYSIA! Bermakna pelumba barat yang World Class pun tertinggal di laluan pecut pertama (saya berada di laluan pecut pertama)

Tapi di kawasan saya. Saya yang agak bersemangat memberi sokongan. Semua cuma senyum. Saya mula bertepuk tangan dan akhirnya semua ikut. Hehehe... Saya juga jerit beri sokongan! Biarlah ramai orang pun! Bukannya jerit benda tak elok. Beri sokongan macam "Malaysia Boleh", "Come on" dan "You Can Do It". Puas hati. Hehehe...

Bila balik terus ke rumah kenduri kawan saya dan lepas tu terus tonton live LTDL. Memang seronok! Kemudian waktu petang main bola seperti biasa. Dah lama tak main badminton. Tapi sekarang sentuhan penyudah depan gol makin menjadi. Dah 8 hari berturut-turut score. Walaupun saya lebih banyak control defend tapi waktu corner kick dengan counter attack saya tetap naik atas.

Tak tahulah dengan prestasi badminton saya. Tangan dah 'keras' Begitu juga dengan tulang belakang. Step pun dah berbeza. Tunggulah bila ada sesuatu saya main badminton balik. Malam saya tolong adik saya siapkan laman web sekolahnya hingga jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah