Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

15 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Human Mind

 

Just a jokes but amat sinis. Tapi ni kenyataan kan?

Hari ni macam biasa. Awal pagi beli paper, sarapan of course sebelum tu Solat Subuh dulu. Kemudian waktu pagi saya ke sekolah SMKSMAB bersama mak untuk Hari Anugerah Cemerlang sekolah tu. Kemudian saya buat kerja sikit.

Tengah hari, rehat kat rumah sambil main CM sekejap. Dah dua hari tak main. Lepas tu waktu petang main bola walaupun kaki still tak lega. Apa pun memang enjoy sebab dapat main balik. Tak tahulah sebab apa saya main cukup OK. May be sebab banyak sangat tekanan waktu ni kot. Saya rasa macam moral saya waktu ni very very low. Saya cukup harap instinct saya tak betul. Entahlah...

Sambil tu marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pasangan kembar Siam di Penang tu yang dikhabarkan meninggal dunia pagi tadi. Al-Fatihah...

Pasangan tu duduk dekat dengan tempat saya menyewa ketika bekerja di Penang. Di Telok Air Tawar. Best kan dapat anak kembar ni. Special! Kalau boleh saya pun nak anak kembar tapi kalau boleh janganlah kembar Siam sebab rumit sikit nak jaga. Tapi apa pun semuanya anugerah Allah. Kembar Siam very special. Memang unik dan memang lain dari lain.

Alamak sebut pasal anak pulak. Kahwin pun tak lagi. Hehehe... Malam saya seronok pulak tengok cerita Cina Big Spender. Saya jarang tonton cerita Cina. Malam ni entahlah. Nak buat kerja pun tak berapa ada mood. Kemudian tengah malam saya check email tapi saya tak balas lagi. Esok pagi baru balas kot. Saya dah terlalu mengantuk ni...

WASSALAM...

14 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum memulakan diari saya hari ni saya nak ucap Tahniah kepada seorang sahabat saya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Ogos ni Gelugor, Pulau Pinang. Mohd Hafiz Osman yang bakal diijabkabulkan dengan tunangnya Azlindanita Haji Abdullah. Semoga berbahagia selamanya. InsyaAllah...

Kawan-kawan saya yang lain macam mana? Hehehe...

Oklah...

Semalam sewaktu saya melayari Internet mencari kerja, saya terjumpa sesuatu yang saya rasa sedikit terkilan. Saya tak tahu kenapa jadi begitu. Tapi saya jenis yang susah nak kecik hati, saya cuba bersangka baik dan saya cuba memahami keadaan walaupun agak sukar. Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya.

Bagi saya, biarlah ia berlaku. Saya tak suka mengungkit dan saya akan terima semuanya. Mungkin ini balasan Allah kepada saya yang agak lalai kebelakangan ni. Saya kena terima. Ni baru balasan di dunia. Atau ujian saya pun sukar nak agak tetapi saya kena perhalusi diri. Muhasabah kembali diri ini. Dan saya dapati saya banyak buat silap kepada Allah dan saya wajar terima apa yang saya jumpa malam tadi.

Sambil tu saya rasa cukup risaukan seseorang. Entahlah... saya cuba nak nafikan instinct saya. Biarlah Allah tentukan segalanya... Entahlah apa yang saya mengarut ni...

Saya memulakan hari saya hari ni dengan Solat Subuh dan kemudian saya sambung tidur kembali sebelum saya bawak mak ke Pasar Tani dan kemudian saya ke office. Ada masalah sikit sampai office berkunci. Last sekali buat perbincangan sambil berbual di depan office sahaja. Kemudian saya terus ke MPKS untuk bayar cukai pintu dan ambil cabutan bertuah. Walaupun dapat sebatang Pen, Alhamdulillah...

Kemudian saya sambung siapkan kerja saya sehingga hampir siap sebelum saya tidur sekejap. Lepas tu waktu petang saya tak dapat nak main bola lagi sebab kaki saya still injured. Lagi pun padang agak becak. Susah jugak. Kemudian selepas berbuka puasa, saya hantar adik ke sekolah sebelum saya siapkan kerja saya. Siap pun... Hehehe... Kemudian saya tonton TV sekejap sementara adik saya gunakan komputer dan saya tidur sekejap sebelum saya bangun balik jam 2.30 pagi untuk buat kerja-kerja saya dan kerja peribadi sebelum tidur jam 4 pagi.

WASSALAM...

13 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya memulakan pagi dengan menanti Laman Nurani tapi dah dua minggu berubah. Jadi terus saya keluar beli paper dan ambil sarapan dari mak. Kemudian saya berehat tertidur pulak. Mujurlah Nizam telefon terus saya ke pejabat buat perbincangan projek. Kemudian waktu petang saya just berehat di rumah sambil siapkan kerja. Tapi saya rasa mengantuk sangat. Saya dah tak boleh kawal tune hidup saya. Tidur siang berjaga malam.

Sebenarnya banyak sangat yang saya fikirkankan. Saya rasa agak tertekan sekarang ni. Saya jugak risaukan seseorang. Saya rasa saya kena cakap benda ni. Saya tak tahu sama ada saya buat salah atau tak tapi saya rasa tak sedap hati. Saya terlalu risau! Apa pun saya tetap berharap kepada Allah supaya keadaan terkawal.

Kemudian waktu malam saya siapkan kerja saya. Perbaiki apa yang perlu dan kemudian saya ambil adik saya dari sekolah. Lepas tu berebut nak gunakan komputer. Jadi jam 12.30 malam baru boleh saya gunakan! Last sekali tidur jam 3.30 pagi. Lewat lagi! Susahnya kalau macam ni. Sambil tu saya sempat bersahur dan kemudian barulah saya masuk tidur.

WASSALAM...

12 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Salah satu kebesaran Allah yang kita harus renungkan. Moga-moga ia menambah keimanan kita kepada Allah, InsyaAllah...

Oklah masuk bab diari saya...

Selepas Solat Subuh terus saya sambung tidur balik. Rasa terlalu sakit badan ni. Calar-calar sikit. Bahagian belakang paha rasa terlalu sakit sampaikan susah nak jalan. Aik! Hari ni baru rasa! Lepas tu saya just berehat di rumah sambil buat kerja saya. Waktu petang saya rehat sambil menonton TV dan dengar cerita bab bola Kedah lawan Terengganu malam ni.

Petang nak main bola pun badan sakit. Kemudian saya just berehat dan waktu malam saya menanti keputusan Kedah lawan Terengganu dan Alhamdulillah Kedah menang 3-1. Kembali menerajui takhta Liga Perdana satu dan kemudian saya tonton Siaran Langsung Tertunda Kedah lawan Terengganu. Banyaknya peluang tapi just 3 gol sahaja. Dua gol dibatalkan. Stau tu saya rasa wajar diterima.

Kemudian saya bertungkus lumus pulihkan connection Internet saya dan Alhamdulillah berjaya. Tu pun dah dekat jam empat pagi saya tidur.

WASSALAM...

11 JULAI  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

KUTIP RAMBUTAN

Aku mengikuti latihan induksi sebulan di Tg Rambutan sebelum masuk bekerja di Hospital. Aku suka berjogging didalam kawasan Tg Rambutan yang segar dan luas itu. Aku suka memerhati perangai Orang gila yang di biarkan merayau di sekitar dalam kawasan tersebut. Biasanya yang dibiarkan keluar dah pandai berdikari.

Aku perhatikan satu pesakit sedang mengutip buah rambutan dibawah pokok rambutan yang rendang dan lebat buahnya.

Aku tegurnya..."Kenapa Abang kutip buah yang kat bawah tu..kan ada lagi buah kat atas pokok tu..."
"Doktor ulang lagi sekali pertanyaan Doktor tu" tanya pesakit tersebut
sambil memasukkan buah rambutan yang dikutip.

Aku pun ulangkan lagi.." kenapa kutip buah tu......kan kat atas pokok banyak lagi"
 
 "Apa lah doktor ni..kalau atas pokok kita kena kait dengan galah bukan boleh kutip...kat bawah bolehlah kutip.."selambanya dia jawab kat aku.

Aku terpinga pinga.....malupun ada jugak

Dia datang dekat aku...."minta 20 sen!!"

Ku pun hulurkan RM 1 dengan ikhlas.

"Ngaji jer pandai...seringgit dengan 20 sen pun tak kenal....kait dengan kutip pun tak tahu....Doktor jadi macam saya ni..makan pun free kat sini..tak payah ngaji pun..." leter pesakit sambil berlalu setelah ambik duit aku.

Ahazzzz...terkena aku ngan pesakit tu....

Satu jokes yang saya petik dari email yang saya terima...

Oklah masuk bab diari saya pulak...

Saya bertolak dari rumah kira-kira jam 7.10 pagi dan kemudian saya ke rumah Men setelah ambil nasi dari mak saya. Selepas sarapan di rumah Men saya. Kemudian kami bertolak ke UUM dan terus ke Kompleks Sukan UUM. Perlawanan bermula kira-kira jam 11.15. Perlawanan pertama pun bermula. Pasukan lawan terus menjaringkan gol dari garisan tengah sewaktu permulaan dan Ariep yang agak gementar melihat sahaja bola tu! Dalam masa lima saat sahaja kami dah ketinggalan... Hehehe... Kemudian Ariep yang memang gementar banyak melakukan kesilapan. Saya pun hilang kosentrasi dan kami tewas 3-8. Ariep jangan risau! Kami tak salahkan Ariep. Biasalah main bola pasti ada yang akan buat silap. Mungkin hari ni bukan hari Ariep.

Kemudian saya berehat di bilik Mi dan solat Jumaat di Masjid UUM. Khutbah berkisar peranan Minda.

Sebenarnya saya terasa cukup rindukan kehidupan kampus. Saya sememangnya amat-amat terkenang suasana dulu. Saya rasa nak ulang semula. Memang indah. Bila dah lepas study, zaman agak sukar jadinya. Banyak kenangan indah dalam hidup saya bermula di sini. Sungguh sungguh indah!

Tapi semua tu dah lepas. Hidup mesti diteruskan... Perlawanan kedua kami sepatutnya jam 4 tetapi oleh kerana hujan lebat, kawasan permainan luar dewan terpaksa dihentikan penggunaannya. Jadi kami kena lawan pulak jam 6.15. Sempat kot Men sampai. Men ada urusan Peribadi... Hehehe...

Perlawanan kedua kami bermula dan kami perlu menang dengan student Matrik Perlis. Kami dah dua kali leading tapi akhirnya seri. Kemudian Men sampai sebaik sahaja tamat perlawanan bersama Ghafur. Kemudian kami ke bilik adik saya di Bukit Kachi dan selepas makan malam kami pun bertolak ke kompleks Sukan. Kebetulan ada upacara pembukaan rasmi SUKOL. Teringat zaman saya dulu beberapa kali juara Badminton kolej-kolej. Kemudian bila lawan kami bertemu dengan pasukan berbangsa India. Ganasnya cara depa main! Habis terguling saya kena. Sekali tu kena siku kat rusuk. Mujurlah saya lasak sikit tapi saya tak tahu nak marah. Hehehe... Bergantunglah kepada referee. Tapi mutu pengadilan agak lemah. Apa pun kami seri 1-1 walaupun kami banyak mengatur serangan. Saya lebih seronok main futsal daripada street soccer. Apa pun saya sebenarnya lebih suka permainan bolasepak 11 sebelah. Permainan ni banyak menggunakan skill dan kepantasan. Macam Men dah nampak makin meningkat skill dia. Saya kalau bab skill ni kurang sikit. Tapi saya rasa semangat melawan saya tu yang tinggi. Itu sahaja. Hehehe... Kalau Zam lainlah...

Kemudian kami bertolak pulang dan saya sampai di rumah kira-kira jam 11.30 malam. Apa pun hari ni memang enjoy dan saya teringatkan kenangan lama di kampus. Sebab tu saya malas nak ke sana lepas grad dulu. Entahlah...Saya rasa susah nak lupa semua kenangan di sana. Tapi bila jumpa balik teman-teman lama saya rasa cukup seronok...

Kemudian saya cuba surf Internet tapi gagal dan kemudian saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah