Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

12 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 BUAT

ADIK SAYA MOHAMAD SHAUKHI CHE LAH

Bulan ni nampaknya akan ada tiga orang ahli anggota keluarga saya akan menyambut hari lahir. Adik saya yang ketiga akan jatuh pada 24/11 dan adik saya yang kedua akan jatuh pada 25/11. Semoga panjang umur dan murah rezeki...

Oklah

Hari ni banyak benda yang berlaku. Saya bercuti hari ni. Waktu pagi saya just berada di rumah membaca beberapa benda yang saya ketinggalan untuk saya baca. Petang saya ke Pacific untuk membeli kad-kad raya untuk dibalas. Lepas tu saya ke Bangunan Peruda untuk membeli beberapa perkara.

Kemudian saya singgah di Bazar Ramadhan untuk membeli ayam golek sebab hari ni saya dah jemput Men berbuka puasa sekali dengan saya. Hehehe... Men kalau tiap-tiap hari Men mai rumah saya, naiklah berat badan Men. Rumah saya meriah dengan makanan. Hehehe...

Kemudian saya bersolat di Masjid Al-Bukhary dan selepas Tarawih saya ambil masa sikit untuk bertemu dengan kawan lama saya sejak darjah 6 dahulu yang kini sering jadi sama ada Imam, Bilal dan saya dimaklumkan kadang-kadang membaca khutbah di Masjid Al-Bukhary. Lepas tu saya jumpa dia dan dia nyata masih kenal saya walaupun kami dah 11 tahun tak jumpa. Alhamdulillah seronok tengok dia macam tu.

Kemdian kawan saya di skeolah rendah dulu pun ada contact saya dan memaklumkan yang dia dah sambung Master di UUM. Hanif. Tahniah... Sebelum dia study di UTM. Apa pun seronok kalau tengok kawan-kawan kita berjaya. Sebelum balik ke rumah, saya singgah di kedai saya dan sambil surf dan tolong member jaga CC sekali. Malam ni saya balik awal sikit sebab tak mau lewat sangat tetapi tidur still jam 3.30 pagi!

WASSALAM...

11 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Maaf lambat sangat saya update Laman ni. Bukannya apa. Sebenarnya saya dah buat catatan dalam komputer saya tetapi sekali tu, black out terus hilang terus semuanya! Geram betul. Jadi saya tak bolehlah nak tulis balik sepanjang yang saya dah tulis. Macam manalah boleh hilang? Entahlah...

Banyak benda yang bermain dalam kepala saya untuk dicoretkan dan jugak dah dicoretkan tetapi dah hilang separuh yang saya dah tulis. Apa pun masih ada dalam kepala otak saya ketika ini. Cuma nak gemblengkan kembali kerajinan saya menulis dalam waktu yang sibuk ni. Hehehe...

Terima kasih kepada yang kirim kad raya kepada saya sama ada secara pos atau elektronik. Saya memang akan balas setiap yang saya dapat. Cuma selalunya saya akan balas lewat sikit iaitu dekat dengan hari raya. Baru lah rasa feel sikit nak raya.

Oklah...

Hari ni waktu pagi saya macam biasa. Tengah hari pun macam biasa dan masuk kerja pun macam biasa. Cuma dalam bulan Ramadhan tahun ni asyik penuh sahaja kedai saya ni dengan pelanggan. May be nak hilangkan rasa lapar mereka lebih suka surf dan chat agar tak terasa sangat lapar tu. Tapi semakin meriah rasanya. Walaupun waktu operasi berkurangan selama 3 jam tetapi kedatangan semakin ramai terutamanya dengan kehadiran ramai warga asing.

Seronok berkenalan dengan depa ni. Kita dapat tahu sikit sebanyak tentang benua lain dan pendapat mereka dalam beberapa perkara. Apa pun memang seronok....

Malam pulak saya lepas waktu kerja, saya balik lewat sikit sebab berbual dengan member tentang isu politik negara terutama selepas era baru kini. Tetapi bab poitik ni saya lebih suka offrecord, Maaf...

Macam biasa, saya dah jadi tabiat tidur seawalnya jam 3.30 pagi tetapi hari jam 4 baru tidur. Sat lagi 4.30 mak saya akan kejut Sahur. Baik saya tidur dulu dalam 30 minit...

WASSALAM...

10 NOVEMBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni saya dah mula terima kad raya. Dua keping. Thanks. Yang pertama dari Men dan yang kedua dari Takaful. E-card pun dah banyak saya terima. Thanks... InsyaAllah saya akan balas. Kalau saya dapat kad, saya akan balas kad. Kalau saya dapat e-card saya akan balas e-card dan kalau dua-duanya saya akan balas kedua-duanya.

Cuma sekarang dalam e-card saya sedang mencari laman yang sesuai untuk balas. Dalam paper semalam ada disenaraikan laman yang menarik tetapi saya hanya akan hantar dalam minggu depan. Minggu ni rasanya tak berapa feel lagi kot. Kad raya saya akan beli Rabu ni sebab saya bercuti setiap rabu. Bolehlah saya luangkan masa beli kad raya.

Hari ni saya memang macam biasa. Pagi hantar adik ke sekolah dan kemudian saya just rehat di rumah. Petang masuk kerja macam biasa. Kemudian rehat untuk berbuka puasa. Malam saya bersolat tarawih di Masjid Derga dan kemudian masuk bertugas macam biasa, malam ni ramai warga asing macam biasa Cuma malam ni barulah ada warga asing wanita yang ke CC saya ni. Sebelum ni semuanya lelaki.

Dari Arab. Tapi kulitnya amat putih, tak macam orang putih yang kalau mai Malaysia nampak kemerah-merahan. Tapi yang nampak sangat putihnya. Tapi depa ni pemalu sikit. Entahlah mungkin kat Arab depa tak bergaul dengan lelaki sangat kot.

Malam ni saya macam biasa, lepas waktu kerja saya balik rumah tengok cerita Cina Lu Bu Wei. Saya tertarik dengan kelicikan Saudagar Lu mengatur rancangannya. Dalam hidup ni kita lebih perlukan kekuatan akal daripada fizikal. Saudagar Lu memang bijak mengatur banyak benda. Sebab tu kita digalak untuk sentiasa berfikir agar otak kita sentiasa tajam menghadapi sesuatu perkara bukannya hanya mengikut semata-mata.

Macam dalam peperangan, Saudagar Lu memperkenalkan pembaharuan dalam perang. Caranya ialah berperang tanpa menggunakan Topi Besi dan Baju Zirah. Cadangan ni mulanya dibantah sebab ia akan membahayakan pasukan tentera. Saudagar Lu bangun dan berhujah. Prinsip peperangan adalah menyerang bukannya untuk melindungi diri. Bagaimana hendak menyerang kalau berat topi dan baju tu pun dah mencecah sampai 80 kati! Jadi bila dah biasa dengan benda berat atas bebanan, bila ia dibuang pergerakan akan menjadi lebih pantas dan ia satu kelebihan untuk mengatasi pihak lawan.

Banyak lagi hujah tentang kenegaraan yang saudagar Lu lakukan. Walaupun begitu dia tetap banyak melakukan sesuatu tindakna untuk kepentingan diri sendiri tetapi dia tetap melindunginya dengan pemikiran yang bernas sama ada untuk dirinya dan negara.

Melalut pulak. Malam ni macam biasa saya tidur jam 3.30 pagi selepas tonton Solat Tarawih secara langsung dari Mekah.

WASSALAM...

09 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu renungan buat semua. Kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi ia adalah satu perjalanan. Kalau kita dah berjaya tak semestinya kita harus berhenti dari berusaha. Banyak yang boleh dikupas dari perkataan di atas. Oklah...

Hari ni sepatutnya saya masuk kerja jam 12 tetapi atas beberapa sebab saya masuk kerja macam biasa. Tapi saya dah rasa dunia saya terbalik dah. Siang tidur malam berjaga. Entahlah... Sekarang ni saya akan tidur sama ada lepas subuh atau pun paling awal pun jam 3.30 pagi. Lepas tu kena bangun sahur balik, lepas subuh kena hantar adik pulak ke sekolah, lepas tu baca paper dan barulah tidur. Macam mana nak pulihkan balik... Hehehe... Nak buat macam mana kerja saya sampai jam 12 tengah malam. Lepas kemas itu dan ini 12.30 barulah siap. Lepas tu kalau ada yang ajak minum lagi lah lewat saya tidur.

Hari ni Ahad. Sedar tak sedar dah 14 hari kita berpuasa. Pantas ya masa berlalu. Tak lama lagi dah nak tiba fajar Syawal pulak. Apa pun setakat ni saya masih belum berpuas hati dengan prestasi saya dalam bulan Ramadhan ni. Banyak lagi nak kena pertingkatkan. Hmm...

Laman ni pun asyik lambat saya update. Maaf. Maaf. Maaf. Hehehe... Saya sekarang ni sibuk sikit dengan itu dan ini, jadi sampaikan empat hari sehari sekali baru saya update. Tapi saya akan cuba update sekerap mungkin selepas ini, InsyaAllah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah