Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

17 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya memang selepas Subuh terus saya sambung tidur kembali. Mengantuk betul tidur jam 4 pagi. Lepas tu tak berhenti-henti telefon berdering tanyakan nak bercakap dengan saya. Dalam nada baru bangun tidur saya pun menjawablah. Hehehe... Kemudian bila bangun saya menanti panggilan Cik Bad atas urusan kerja sebab ingat kot dah nak stop tetapi rupanya still on lagi projek tu.

Kemudian saya masuk kerja jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam macam biasa. Tak Banyak yang dapat saya ceritakan hari ini.

WASSALAM...

16 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Comoros? Pernah tak anda dengar nama negara ini? Kalau tak saya akan ceritakan. Comoros terletak antara Afrika dan negara Madagascar. Ia terdiri daripada 4 pulau kecil dan penduduknya hanyalah kira-kira 680 000 orang. Bahasa Rasminya ialah Bahasa Perancis. Islam adalah agama terbesar. Kebebasan agama dipraktikkan tetapi rumah ibadat selain dari masjid tidak dibenarkan sama sekali. Kos perkahwinan di sana amat murah dan selalunya perayaan menyambut diadakan selama 7 hari. Pengangkutan Udara amat murah dan tidak begitu banyak kereta di sana.

Itu adalah sikit sebanyak info mengenai Comoros yang diperintah oleh seorang Presiden dan 4 gabenor. Saya dapat info ni dari seorang student dari Comoros. Safwan namanya dan dia banyak bercerita tentang itu dan ini. Seronok bila banyak berinteraksi dengan warga asing ni. Kita dapat belajar banyak benda.

Oklah...

Hari ni, rutin saya pada hari Selasa seperti biasa, saya akan main Badminton pada waktu pagi. Tewas lagi hari ni 14-17, 12-15. Penat betul dalam permainan yang berlangsung hampir 50 minit. Kemudian sambung main dengan gang Mydin pulak. Lepas tu saya balik dan rehat di rumah sebelum saya ke MADA untuk ambil borang perjawatan untuk saya dan member. Kemudian saya terus ke pejabat pos untuk pos borang tu. Cuma dalam perjalanan ke Pejabat Pos, saya terserempak dengan 6 buah lori yang dipandu cukup laju. Menggerunkan betul! Dahlah besar, laju pulak tu. Bilalah nak berdisplin pemandu di negara kita ni?

Kemudian saya ke Bank, masukkan duit dalam akaun adik saya. Kemudian saya berehat di kedai sebelum saya balik rumah. Malam saya kembali ke kedai, Internet still tak boleh berfungsi. Usaha giat dijalankan oleh dua orang wakil yang kami panggil untuk setup kembali networking.

Kemudian, saya jumpa member saya di Pasaraya Pendang. Saya tanya sama ada dia baru masuk kerja? Terkejut betul bila saya tahu sebenarnya dia adalah anak kepada tauke pasaraya tu. Hehehe...

Kemudian saya stay kat kedai sambil menonton The Legend Of Bhagat Singh di Saluran 8 Astro. Saya tertarik dengan jalan ceritanya dan soal keganasan dalam filem ni. Memang orang dah tahu betapa kontranya perjuangan Bhagat dengan Mahatma Gandhi tetapi tanpa Bhagat, kesedaran rakyat India pasti lewat.

Dia mempunyai alasa kukuh untuk gunakan kekerasan dalam perjuangan kerana, British tidak akan sedar jika tidak dikejutkan dari mimpi.

Dalam satu adegan, dia meminta tolongs eorang profesor untuk mengajar membuat bom. Kemudian, prof itu tak mahu kerana tidak bersetuju dengan keganasan. Kemudian dia mencekik prof itu dan secara refleks, prof itu mengambil kaca untuk menghantuk kepala Bhagat dan Bhagat menepis sambil berkata, “ Saya tidak anggap perbuatan prof ini sebagai keganasan tetapi untuk mempertahankan diri”

Anda faham tak? Maksudnya inilah satu-satunya cara untuk mempertahankan diri yang ada dan prof itu pun bersetuju untuk mengajarnya mebuat bom. Berbalik dalam konteks dunia hari ini. Saya amat sokong serangan berani mati oleh Rakyat Palestin di Israel. Kerana hanya itu yang dapat dilakukan. Kalau baling batu pun ditembak mati, baik buat serangan berani mati untuk menggerunkan Israel. Cuma serangan berani mati ini hanya di Israel.

Kalau di negara lain seperti Malaysia, Indonesia atau lain-lain ia langsung saya tak sokong kerana ia bukan caranya. Masih banyak lagi medium yang boleh dicuba, bukannya melalui keganasan.

Kembali kepada diari saya, malam ni akhirnya Internet boleh diconfigure kembali dan sempat jugak saya semak laman Hijaukuning.com dan email saya (maaf sebab tak sempat balas lagi). Saya balik kira-kira jam 2 pagi selepas selesai penyelenggaraan dalam kedai saya.

WASSALAM...

15 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

InsyaAllah saya akan terbitkan satu siri khas dalam diari saya nanti bertajuk “2003: Suatu Rangkuman”. InsyaAllah. Nantikannya...

Oklah masuk diari saya hari ni.

Alhamdulillah hari ni saya kembali berpuasa sunat. Kira hari ketiga dalam bulan Syawal ni saya berpuasa. Minggu lepas sibuk dengan kenduri dan hari Khamis lepas saya ada training badminton, jadi saya tak berpuasa sunat langsung minggu lepas. Lepas ni kena mula balik bagi seperti normal setiap Khamis dan Isnin agar lebih fresh sikit diri saya ni.

Waktu pagi, saya just rehat di rumah sambil saya ke Bank untuk urusan dengan aktiviti site Manggis. Saya berurusan di Maybank dan sistem sekarang banyak kena berinteraksi dengan mesin. Nak masukkan wang guna mesin. Ramai yang mengeluh tetapi bila bermasalah, pihak bank dah letakkan para jelitawan untuk membantu. Ramailah yang mula menggatal. Dah tua-tua pun semakin galak! Lupakan bab tu. Kemudian saya ke kedai untuk tengok keadaan dan kemudian saya just rehat di rumah.

Pangako Sa Yo pulak dah habis dah hari ni. Seronok betul cerita ni. Memang saya tengok dari mula. Dulu jam 11 pagi sebelum diubah ke jam 2.30 petang. Sebelum tu saya tonton Mula Sa Po So tetapi dah nak habis dan saya tak berapa faham sangat dan kebetulan lepas tu cerita ni yang menggantikannya. Jadi saya layanlah dari awal cerita ni. Fuh! 240 episod tau tak! Apa pun dah habis dah semuanya lega betul rasa hati.

Petang saya ke kedai, Internet still tak boleh connect. Boringnya dunia! Jadi sampai waktu malam, saya just berehat di kedai sambil tonton Highlight EPL di Astro. Jam 12 terus balik rumah. Tidur jam 4.15 pagi sebab saya kena settlekan beberapa kerja.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173][174][175]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah