Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 JANUARI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni khutbah Jumaat berkisar tentang ketaatan kepada Raja/Sultan sempena hari Keputeraan Sultan Kedah Ahad ini. Saya sememangnya cukup sayang kepada Sultan Kedah. Kalau diperhatikan wajahnya memang lembut dan redup. Baginda memang saya suka kerana cukup banyak kegiatan aktiviti yang berkaitan agama yang baginda ambil berat. Paling baginda suka adalah merasmikan masjid.

Saya selalu solat di banyak masjid dan majoriti perasmian saya lihat di plak perasmian masjid-masjid yang saya solat adalah dirasmikan oleh baginda. Walaupun baginda dah semakin dimamah usia tetapi saya sentiasa berdoa agar baginda dipanjangkan umur. Seingat saya, kali terakhir saya bersalam dengan baginda ialah pada tahun lepas. Tangannya dirasakan terlalu lembut dan wajah baginda agak penat.

Baginda merupakan sultan kedua yang paling lama berkuasa pada zaman moden ini iaitu sejak tahun 1958 yang kedua selepas ayahanda Raja Perlis merangkap Agong sekarang. Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur baginda.

Saya tidur balik selepas Subuh dan kemudian bangun balik jam 8.30 pagi untuk bergotong royong bersama keluarga. Selepas Solat Jumaat di Masjid Alor Semela, saya berehat sebentar sambil packing barang untuk pulang ke kampung malam ni dan kemudian sewaktu petang sempat main bola.

Malam saya bertolak pulang ke kampung dengan keluarga saya. Sesampainya di kampung memang cukup meriah ramai betul orang. Hehehe... Semuanya sibuk menguruskan majlis kenduri Pak Su saya. Tapi malam ni saya tak banyak sangat buat kerja sebab banyak yang dah settle.

Saya tidur pun dah dekat pukul 1 pagi. Tapi memang seronok sebab rumah tok wan saya tu penuh dan sendat sampai ada yang tidur dalam kereta. Hehehe. Tok Wan saya ada 11 anak (8 masih hidup) dan 8 menantu termasuk yang baru esok dan 29 cucu. Bayangkan betapa sesaknya rumah tu. Cucu yang balik cuma 27 orang sahaja. Apa pun memang meriah sebab ramai sepupu saya yang masih kecil.

Paling seronok melayan sepupu yang masih bayi seperti Irfan dan Akrima. Kalau nak undi yang paling comel saya pilih Irfan. Sekali dia senyum memang boleh hilang masalah. Seronok melayan dia. Hehehe... Paling montel ialah Akrima. Akrima pulak boleh duduk dengan semua orang. Tu yang paling mudah.

Layan bayi ni memang best cuma saya tak berapa suka waktu bayi tu kencing atau berak. Kalau kencing bayi lelaki saya tak kisah sangat tapi kalau bayi perempuan ia lebih hancing. Tapi oleh kerana bayi, memang tak kisah sangat. Hehehe...

WASSALAM...

16 JANUARI 2003  

ASSALAMUALAIKUM...

Bila saya tengok kalendar hari ni 16 Januari. Saya selalu teringat sewaktu saya di darjah lima sewaktu pulang dari sekolah dulu. Waktu tu US dah mula mengebom Iraq. Memang saya cukup ingat kerana saya begitu mengambil tahu perkembangan gulf war tersebut. Saya sering berada di depan TV untuk mengetahui berita terbaru dari teluk.

Malahan setiap hari saya akan membeli Berita Harian edisi Petang yang bertajuk Mutakhir untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perang teluk itu. Harga waktu tu 30 sen ja. Tapi sekarang saya cukup berharap agar perang itu tidak berulang. Saya still jobless. Kalau still perang dijangkakan ekonomi dunia akan menguncup dan peluang kerja pun semakin sukar. Orang yang dah kerja pun akan terus merasai kesannya.

Terlalu banyak bantahan perang tetapi tetap begitu jugak. Marilah sama-sama berdoa agar perang dapat dielakkan.

Sewaktu pagi saya cuma berehat di rumah sambil mengisi beberapa borang perjawatan yang nak saya hantar minggu depan. Tengah hari saya cuma menonton TV dan kemudian sewaktu petang saya nak main bola tapi mak ajak ke rumah Tok Wan. Jadi saya terus ke Pendang. Last sekali balik rumah sampai jam 9 malam.

Perjalanan balik memang mudah sebab malam ni bulan penuh. Jadi jalan memang nampak cukup terang. Cuma banyak serangga. Tapi sebab dah biasa, ia taklah mendatangkan masalah sangat ketika menunggang motor walaupun tak ada pelindung muka.

10 Malam pulak saya keluar bersama Zam minum di Stadium. Banyak topik yang sempat kami bincangkan terutamanya topik dari Langkawi. Saya ingat nak keluar dengan Men serta Boss sekali tapi tak berkesempatan sebab kedua-duanya ada hal sikit. Saya balik pun dah 11.30 malam dan kemudia terus saya surf Internet dan semak/balas email.

WASSALAM...

15 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali bila kita teringat kisah lama memang seronok kan. Waktu saya di Kulim tempoh hari saya rasa macam saya 'dapat lihat semula' gelagat saya dan kawan-kawan sewaktu study di sana. Jalan-jalan yang kami lalui. Bas yang selalu direbut untuk ke pekan Kulim. Pasaraya yang selalu dikunjungi. Dulu pasaraya macam Yawata, Minat, Nola, Looking Good. Tapi sekarang Looking Good dengan Minat dah tak ada dah.

Stesen bas pun dah pindah. Majlis Perbandaran pun dah pindah. Memang dah jauh berubah. Waktu di laluan kem PGA tu. saya teringat balik kawasan tu. Padang bola yang saya selalu main dulu. Blok yang saya tinggal. Bangunan tempat belajar. Dewan makan dan semuanya.

Alangkah indahnya kalau diputar kembali masa lalu. Waktu kita kanak-kanak dulu, kita cuma fikir sesuatu yang seronok. Kegembiraan di samping belajar. Itu sahaja. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa, semakin banyak yang perlu kita fikirkan. Masa depan. Tanggungjawab. Impian. cita-cita. Harapan. Kehidupan. Kematian. Macam-macam. Memang memeningkan tapi itulah hakikat kehidupan.

Sebab itu saya cuma mahukan hati yang tenang. Biarlah kita tidak kaya raya tapi asalkan ada sekeping hati yang damai. Cukuplah buat penerus hidup sebelum menghadapi Yang Maha Agung. Dah melalut pulak dah. Hehehe...

Saya agak malas rasanya hari ni nak bangun pagi. Tapi saya gagahkan bangun pagi dan lepas tu turun jogging di Taman Rimba. dah berapa lama saya berhenti jogging. Mengarut betul! Hari ni habis badan saya, saya 'dera'. Baru padan muka. Hehehe... Kalau tidak fitness akan terus merosot macam waktu ni. Memang merosot terus. Tak boleh jadi ni. Kalau nak kekuatan stamina tak boleh 'manja'kan badan kalau tidak habis. Saya nak kena buat macam biasa balik.

Lepas tu bila balik saya semak email dan kemudian updatekan apa yang patut. Banyak yang perlu saya buat. Macam malam tadi, jenuh nak balas email yang tertimbun dalam mail box tu. Lepas tu nak recover balik aktiviti internet saya. Memang susah bagi saya dunia tanpa internet ni. Hehehe... Dah ketagih dah internet. Hehehe...

Waktu tengah hari saya cuma tonton TV dan kemudian sambung buat beberapa benda yang patut. Petang berhajat nak main bola tapi tertidur buat hari kedua berturut-turut. Kacau betul! Memang susah lah kalau macam ni. Nak buat macam mana.

Selepas tonton berita, saya surf Internet dengan adik saya dan kemudian sambung buat kerja saya. Tidur pun dah lewat jugak malam ni. Ingat nak tidur awal. Lewat jugak jadinya. Hehehe...

Orang yang berakal itu bergantung (bersandar) kepada ilmunya sementara orang yang bodoh itu bergantung kepada harapannya

Sifat malu yang ada pada anak kecil itu lebih baik daripada takut, kerana malu itu menunjukkan kepada aqal dan takut itu menunjukkan kepada kebaculan

Barangsiapa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada diri sendiri bererti tiada harga dirinya pada pandangannya

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah