Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Coretan Perjalanan Ke Penang...

Saya bangun seawal jam 5.45 pagi. Saya memang bangun awal kalau berada di luar memang saya bangun awal. Memang sunyi berada di rumah yang tiada TV dan radio. Apa boleh buat. Nak memulakan hidup baru. Saya nak bina semuanya. Nanti akan ada semua kelengkapan dengan titik peluh sendiri. Baru puas hati. Hehehe...

Ketika ini saya berada di Bertam, Penang.

Sebenarnya saya bertolak ke Penang pada sebelah petang selepas Solat Asar. Sampai di Penang kira-kira jam 6 petang. Alhamdulillah, saya tahu jugak jalan-jalan di Penang ni. Maksud saya sebelah tanah besar. Sebelah pulau saya masih tak berapa tahu. Tak apa nanti bila dah lama saya duduk Penang taklah sukar sangat nak tahu. Hehehe...

Kami terus mencari office. Alhamdulillah jumpa. Di Jalan Bagan Luar selepas Balai polis SPU (Seberang Perai utara). Memang dekat sangat dengan Jeti. Kalau nak pi Pulau memang mudah. Just lebih kurang 500 meter sahaja.

Lepas meninjau keadaan office kami terus mencuba menghubungi beberap contact number untuk mencari rumah sewa. Macam saya cakap mungkin di Bandar PERDA tapi terlambat sikit. Saya nak kan rumah kampung. Yang ada rumah flat. Memang saya tak mahu walaupun ada kekosongan.

Nak tak nak kami terpaksa ikut plan bermalam di rumah member cawangan Seberang Perai di Taman Bertam Indah, Bertam. Ok jugak rumah di sana. RM 350. Lupa nak cakap, saya bertolak ke Penang semalam 4 (Zul, Adi, Azimi serta saya) orang menaiki sebuah kereta.

Bermalam di sana memang meriah. Riuh jadi rumah tu. Hehehe... Pengurus cawangan depa memang sporting. Siap belanja kami makan. Semua sekali dalam rumah tu ada 8 orang. Bagi saya, kalau boleh saya nak cari tempat sport. Hehehe... Kalau tidak terkuburlah karier badminton dan bola saya! Nanti ada street soccer tournament awal bulan Mei. Kalau tak habislah saya.

Itu cerita semalam.

Hari ni, kami bertolak untuk tandatangan kontrak. Apa pun kontrak kami berkuatkuasa pada 01 April 2003. Kira sekarang ni gaji jalan. Hehehe... kami cuba explore jalan lama. Malas guna highway. Kalau nak ikut tersilap sikit tetapi Alhamdulillah saya tahu jalan sebab saya dah explore banyak dah jalan waktu bulan januari lepas.

Bila sampai, memang agak penat nak manage anak buah. Manager pulak lewat sampai. Jadi kena buat short meeting dan handle banyak pertanyaan. Apa pun semuanya berjalan lancar. Kemudian bersama-sama menandatangani kontrak.

Kemudian selepas urusan selesai. Kami dapat cuti dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu. Ada yang nak berulang dari Alor Setar. Kos harian pengangkutan Cuma Rm 12. Tapi saya berkeras nak cari rumah di Penang jugak. Kalau tidak memang susah. Jadi kami menghubungi beberapa contact number tetapi gagal.

Ada tiga offer rumah kampung di Penaga. Saya tahu agak jauh. Apa pun just lebih kurang 10 batu dari office. Tempat tu memang banyak sawah. Kegemaran saya. Belakang rumah memang sawah. Tapi orang yang perlu dihubungi gagal dihubungi jadi kami rasa macam gagal.

Kemudian bila dah semakin petang. Jam pun dah pukul 4.15 petang. Ada cadangan agar balik Alor Setar terus. Ada yang cadang balik ke Bertam. Saya still yakin dapat rumah jadi kami masuk keluar taman mencari rumah.. Last sekali saya sarankan agar berhenti rehat di tepi pantai. Ambil angin sambil merancang perjalanan seterusnya. Kami pun berehat di Pantai Bersih. Sambil minum kami berbual tentang perancangan kami. Kemudian  bila nak bayar harga minuman, kami bertanya kepada kaka yang jual air kat situ tentang rumah sewa.

Alhamdulillah ada info dan Abang Pet dekat tu bawa kami berjumpa dengan tuan rumah. Rumah kampung dan memang luas! Tiga bilik tetapi memang cukup luas dan selesa. Best! Kami terus berkenan dengan rumah tu dan on the spot kami bayar deposit sewa rumah dan terus masuk. Alamak duit tinggal beberapa Ringgit sahaja lagi ni.  Manager janji nak cover tapi esok baru masuk akaun.

Rumah kami di Bagan Tambang, Telok Air Tawar. Rumah kampung macam saya nak! Alhamdulillah. Allah memudahkan urusan kami. Rumah memang tak ada apa-apa perabot pun. Hehehe... Katil pun tak ada Cuma harap toto yang kami bawak. Nanti bila dah perabot barulah nampak best sikit. Apa pun kami cukuplah sekadar dapat berehat dan tukar pakaian. Tak kesian ke?

Nanti bila pendapatan dah stabil semuanya akan ok. Biasalah. Lainlah kalau datang dari keluarga yang kaya. Apa pun semuanya akan diharungi dengan penuh kesabaran. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Saya cukup yakin.

Kemudian selepas mencuci rumah, kami terus membuat keputusan untuk pulang mengambil beberapa lagi barang yang dirasakan perlu. Kami bertolak mengikut jalan lama sebab nak rasa kelapa bakar moja tapi dah habis. Hehehe... Tak ada rezeki.

Kemudian singgah makan di Sungai Petani. Ingat nak contact member di SP tetapi memandangkan masa yang terhad, kami terus bertolak pulang. Selepas Solat di Gurun kami terus bertolak pulang. Bila sampai saya berehat sekejap dan terus pergi ke kedai gunting rambut.

Selepas itu berehat dan waktu tengah malam saya surf Internet sekejap sehingga jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

16 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Istimewa buat semua pengunjung laman ini.

Terima Kasih atas sokongan anda selama ini!

Saya cuba updatekan jugak diari ni untuk hari ini. Pagi seperti biasa. Selepas Sarapan dan membca paper, saya sempat online sebentar dan kemudian saya ke bank BCB untuk urusan akaun. Kemudian tengah hari nanti saya akan cuba hadiri majlis pengebumian   dan saya akan bertolak ke Penang selepas solat Zohor. InsyaAllah.

Di Penang Saya akan berusaha mencari rumah sewa dan dah ada pelan tindakan jika gagal. Itu sahaja yang dapat saya berikan buat hari ini kerana kesuntukan masa.

InsyaAllah saya akan tetap cuba kemaskinikan diari ni dari Penang nanti!

WASSALAM...

15 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya teringat kata-kata dalam sebuah rancangan yang saya minati. Nenek Alicia telah berkata kepada Alicia, " Sesungguhnya dunia ini ibarat satu pesta tetapi ramai yang melaluinya ibarat menghadapi upacara kematian".

Bagi saya kata-kata tersebut tak perlu disalahtafsir tetapi perlu kita fahami dalam konteks kita seharusnya hidup dengan penuh keceriaan. Apabila kita ceria, tak banyak masalah akan kita hadapai dan kalau ada masalah pun kita akan dapat menghadapinya dengan jayanya. Memang dalam keadaan-keadaan tertentu kita perlu serius tetapi dalam hidup kita perlu sentiasa ceria, senyum dan itulah yang akan banyak membantu memotivasikan diri kita.

Bila orang pandang kita ceria, InsyaAllah orang akan turut ceria dan suasana akan menjadi ceria. Saya amat suka apabila melihat orang lain ceria. Seronok kalau kita lihat orang gembira. Bagi saya, saya memang rasa gembira sama. tetapi apabila melihat orang berduka, saya memang susah hati. Apa pun kita sendiri yang menentukan nasib kita pada masa hadapan. bukannya orang lain.

Oklah...

Selepas solat Subuh, terus saya sambung tidur balik. Lepas ni memang dah tak ada dah peluang macam ni. Hehehe... Maklumlah dah nak mula kerja. Selepas sarapan dan membaca akhbar, saya just berehat dan kemudiannya semak email dan updatekan diari ni. Waktu tengah hari macam biasa cuma waktu petang saya ada sikit perbincangan soal kerja saya.

Saya memang dah mula merasa tekanan kerja ketika ini. Tapi saya tak boleh dedahkan apa yang berlaku. Saya ada majikan dan saya sekarang dalam fasa-fasa terakhir sebelum bertindak. Ada salurannya. Apa pun saya tak mahu tertekan dengan soal ini. Ada kekeliruan sikit.

Waktu malam saya sibuk menelefon dan menerima panggilan telefon. Rasanya da dalam 20 panggilan perlu saya jawab selama hampir 2 jam. Hehehe... Sibuknya melayan anak buah! Lepas tu dikejutkan pula dengan berita kematian seorang saudara jauh saya. Teringat lagi saat akhir saya bertemunya awal bulan lepas ketika dia berada di hospital. Tak sangka betul. Rasa menyesal sebab lepas tu saya jarang jenguknya di hospital. Bila saya lihat mayatnya, rasa cukup sebak. Insaf pun ada. Saya ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam dan saya berada di sana selama kira-kira hampir dua jam. Itulah ajal. Kesian bila lihat anaknya yang masih belum mengerti apa itu kematian. Comel-comel anak-anaknya itu. Memang cukup sedih. Saya pun Alhamdulillah dah prepare apa yang patut nanti. Tapi saya tak mahu cakap apa yang saya lakukan. Dan kemudian macam biasa surf internet untuk reply email-email yang masuk dalam mailbox saya sambil mengemaskinikan diari ni.

WASSALAM...

14 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bila Bush mengebom Baghdad

Tony Blair tersengeh-sengeh

Hubaya hubaya penceroboh Barat

Jangan maruah kita diperlekeh

Penulis pojok Bisik-Bisik Utusan Malaysia, Awang Selamat, beberapa hari yang lalu keliru sama ada hendak menggelarkan George W. Bush sebagai `Badut' atau `Bahalul'. Saya cadangkan supaya digunakan kedua-duanya sekali. Tetapi lebih daripada itu saya mencadangkan supaya penggunaan huruf B di awal setiap perkataan tersebut, kita gunakan untuk melakukan satu permainan membuat ayat daripada perkataan yang berpangkal B seperti permainan menyusun ayat yang berpangkal huruf J yang selama ini popular di kalangan sesetengah orang muda di negara kita.

Contoh permainan dengan menggunakan huruf J: Jamil jumpa Jamilah. Jamil jerit Jamilah!!! Jamilah jawab jangan jerit Jamil!!! Jamil jerit juga. Jamilah jadi jaki. Demikianlah seterusnya permainan itu berlanjutan hingga terhimpun banyak ayat yang disusun daripada perkataan-perkataan yang berpangkalkan huruf J yang ada kalanya lucu.

Jika huruf J kita tukar dengan huruf B, maka bolehlah kita menyusun ayat-ayat berikut sebagai pernyataan bosan dan jijik kita kepada badut dan bahalul kembar Bush dan Blair yang sedang membawa bencana kepada Baghdad dan bumi semesta sekarang.

Contohnya: Badut dan Bahalul bernama Bush dan Blair berbual-bual bila berhadapan. Badut Bush bertanya bagai binatang buas: Bahalul Blair, boleh bersama-sama bom Baghdad? Bahalul Blair bersetuju: Boleh, boleh, boleh. Badut Bush bertanya balik: Bila? Bahalul Blair berteriak: Bila-bilapun boleh. Badut Bush balas: Betul Bahalul Blair? Bahalul Blair bagai bloody-fool balas berulang-ulang: Betul, betul, betul, betul Badut Bush.

Demikianlah permainan menyusun ayat menggunakan kata-kata berpangkal huruf B itu boleh diteruskan sekadar untuk melepaskan rasa marah dan geram kita terhadap kedua-dua badut bahalul yang buas dan biadab serta bodoh itu.


Sememangnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menyatakan rasa geram dan marah serta benci dan jijik terhadap kedua orang badut dan bahalul Barat yang tidak berperikemanusiaan ini. Tetapi kita tidak semestinya diatasi oleh perasaan geram dan marah sepanjang masa.

Sebenarnya di samping kemarahan kita kepada Amerika Syarikat dan sekutunya kita juga diselubungi rasa kasihan dan simpati terhadap rakyat dan negara Iraq. Oleh kerana itu sumber dan tenaga kita tidak semestinya ditelan oleh rasa marah sahaja, sebaliknya mestilah juga dimanfaatkan untuk mengisi atau menterjemahkan rasa simpati menjadi tindakan konkrit yang lebih bererti. Ertinya, di samping berdemonstrasi di jalan raya sebagai pernyataan protes terhadap si penceroboh, kita patut juga memikirkan dan merancang tindakan konstruktif untuk membela nasib rakyat Iraq yang diceroboh. Teladan yang baik dalam hubungan ini ialah seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia, Mercy. Begitu juga halnya dengan beberapa program yang dilaksanakan oleh Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia).

Seperti diingatkan oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hujung minggu lalu, kita mestilah bertindak bijak menghadapi krisis yang melanda Iraq. Untuk bertindak bijak, pada hemat saya, sekurang-kurang ada dua perkara yang dapat kita lakukan. Pertama, mempelajari dan memahami latar belakang tindakan pencerobohan oleh AS dan sekutunya. Kedua mempelajari dan memahami dampak pencerobohan terhadap kehidupan kita daripada pelbagai segi.

Jika dilihat dalam konteks sejarah yang lebih luas, apa yang dilakukan oleh Bush dan Blair ke atas Iraq merupakan ulangan daripada perangai kuasa-kuasa Barat sepanjang sejarah yang dari semasa ke semasa menceroboh negara-negara bukan Barat. Hakikat ini diakui sendiri oleh seorang ahli sejarah Inggeris yang terkenal, iaitu Arnold J. Toynbee dalam buku kecilnya yang berjudul The World and the West diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1953 dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu (dengan judul Dunia dengan Barat) oleh Ahmad Boestamam dan diterbitkan di Kuala Lumpur dalam tahun 1961.

Arnold Toynbee mencatatkan kisah-kisah pencerobohan Barat itu seperti berikut: Orang-orang Rusia akan mengingat bahawa tanah air mereka telah diserang oleh tentera-tentera Barat pada tahun 1941, 1915, 1706 dan 1610.

Umat Afrika dan Asia akan mengingat bahawa pengembang-pengembang agama, saudagar-saudagar dan tentera-tentera yang datang dari seberang laut telah mendesak masuk ke tanah air mereka dari pesisir pantai sejak abad ke-15.

Orang-orang Afrika juga akan mengingat bahawa mereka telah dijadikan hamba abdi dan dibuang ke seberang Lautan Atlantik untuk mengabdi kepada orang-orang Eropah yang membuka benua Amerika. Mereka dijadikan alat bernyawa oleh tuan-tuan bangsa Barat yang tamak akan harta kekayaan.

Anak cucu penduduk asli benua Amerika Utara akan mengingat bahawa datuk nenek mereka dahulu telah disingkirkan ke tepi untuk memberi tempat kepada penceroboh-penceroboh bangsa Eropah Barat dan kepada hamba abdinya bangsa Afrika.

Arnold Toynbee mengemukakan satu kesimpulan: Dalam sejarah pengalaman dunia tentang Barat, Baratlah yang menjadi penceroboh pada umumnya.

Catatan Toynbee itu dapat ditambah dengan peristiwa-peristiwa pencerobohan Barat yang lain, khususnya terhadap negara-negara di Timur Tengah. Antaranya termasuklah serangan Napoleon (Perancis) ke atas Mesir tahun 1798; pencerobohan Inggeris ke atas Mesir tahun 1882; pencerobohan Inggeris ke atas Iraq 1914; serangan Inggeris ke atas Mesir pada pertengahan tahun 1950-an apabila Presiden Gamal Abdel Nasser memilik-negarakan Terusan Suez.

Senarai pencerobohan Barat itu akan semakin panjang bila kita ingat apa yang dilakukan Belanda ke atas Indonesia, Inggeris ke atas India, Burma dan China, Sepanyol ke atas Filipina, Perancis ke atas Indochina.

Kesimpulannya, pencerobohan AS dan sekutunya ke atas Iraq sekarang dalam konteks sejarah yang lebih luas adalah salah satu daripada rentetan pencerobohan kuasa-kuasa kolonial dan imperialis Barat ke negara-negara lain yang telah berlaku sejak berabad-abad yang lalu. Tidak hairan jika amalan menceroboh ini akan berterusan dalam pelbagai bentuk di masa akan datang.

Iktibar dan pengajaran daripada semuanya itu ialah, kita wajib waspada terhadap telatah kuasa-kuasa Barat sekarang ini yang kira-kira 45 tahun yang lalu digelar sebagai nekolim (neo-colonialism) oleh Allahyarham Presiden Sukarno dan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi diibaratkan sebagai kala jengking yang mempunyai sengat berbisa di kepala (mulut) dan di ekor.

Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya sudah terlalu banyak aspek kehidupan kita yang diresapi oleh nilai-nilai Barat yang tidak sihat. Ini termasuklah budaya makanan segera yang telah menawan anak-anak kita, cara orang-orang muda kita berpakaian dan menghias diri, muzik-muzik dan hiburan yang kita gemari.

Untuk menghadapi semuanya, konsep acuan kita sendiri seperti yang disebut dalam Wawasan 2020 perlu diperkasa dan diberi pengisian yang lebih inovatif untuk memastikan kita tidak membangun di bawah bayang-bayang Barat yang bertabiat gian menceroboh dan mencabul negara-negara asing.

- PROF. DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH
bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya (UM).


Satu artikel yang cukup menarik perhatian saya terutamanya yang saya 'bold'kan  di atas.

Oklah...

Pagi seperti biasa. Memang mengantuk sebab malam tadi tidur jam tiga tapi assignment masih belum dapat disiapkan. Nampak gaya kena sambung lagi tengah hari ni. Lepas tonton berita, saya tiur sekejap dan kemudian bawak mak ke Pasar Tani di Taman Nuri. Sambil tunggu mak membeli belah saya luangkan masa membaca paper dan majalah MASSA terbaru.

Kemudian mak ajak ke gerai kawan mak dan abah untuk sarapan pagi sambil berbual panjang dengan orang di situ. Sembang punya sembang, keluarlah macam macam cerita. Cuma bab jodoh ni yang paling saya segan nak bualkan. Jadi saya senyap sahaja. Banyak lagi isu yang dibualkan. Satu daripadanya ialah pasal saya bekerja di Penang dan memerlukan rumah sewa. Kebetulan kawan mak saya tu orang BM dan dia dah offer sebuah rumah di BM. Katanya dekat sangat dengan Bagan. Just 10 minutes.

Rumah kampung. Sewanya pun tak mahal sangat. Rasanya mungkin saya akan tinggal di situ. Tapi saya kena berbincang dulu dengan kawan-kawan. Kemudian, bila balik jam dah hampir 11 pagi. Saya just berehat sambil menyiapkan sikit lagi assignment Kak Yus. Tapi connection Internet problem pulak. Sekejap-sekajap disconnect. Lama sangat dah problem ni tak jadi, lepas tu entah kenapa hari ni terjadi pulak. Hehehe... Terpaksalah tangguh sekejap.

Tengah hari sambung tonton cerita yang saya minati tu. Dah nak habis dah pun, saya pulak dah nak mula kerja esok. Jadi tak dapatlah ikuti kisah sambungannya nanti. Bayangkan saya dah tonton dari awal dulu lagi. Hehehe... Dah hampir 100 siri saya tonton daripada lebih kurang 136 episod. Jalan cerita memang dah lekat dalam kepala. Hehehe...

Selepas solat Zohor, saya buat sikit preparation untuk lapor diri esok. Dan kemudian updatekan sikit diari ni.

Memang rasa dalam hati saya cukup lain kerana nak berhijrah ke tempat orang. Bagi saya Kedah adalah tempat paling seronok saya tinggal. Sebelum ni ada dipelawa ke KL. Saya memang tolak sebab kalau boleh saya nak duduk utara. Saya tak ada msalah sangat nak berjauhan dari keluarga kerana dah terlalu biasa bagi saya. Tapi cuma emak sahaja yang agak keberatan. Sebab itu saya memilih untuk just bekerja di utara sahaja. Mudah nak jenguk famili nanti. Lagipun kos sara hidup taklah tinggi sangat.

Apa pun harapnya bila saya berhijrah nanti, segalanya akan berjalan lancar dan hidup saya akan jadi lebih bermakna, InsyaAllah. Saya memang bertekad nak memperbaiki diri dan segalanya. Di sana nanti akan saya mulakan sesuatu yang baru. Segala yang buruk akan ditinggalkan.

Tapi bila malam saya dapat maklumat yang sebenarnya saya kena lapor diri pada hari Rabu. Yahoo... Hehehe.. Legalah sikit. Kali ni memang confirm hari Rabu. Jadi bolehlah saya berehat sikit. Rugi tak main bola tadi sebab ingat nak pi esok pagi. Jadi takut tak dan kering baju nanti. Kalau tahu awal-awal, saya akan main bola petang tadi.

Saya pulak bila waktu malam jenuh nak layan call dari orang. Satu hari, hari ini saya kena jawab entah berapa banyak call. Penat jugaklah. Hehehe... Apa pun komitmen untuk kerja perlu ada. Tambahan pulak saya bolehlah dikira sebagai bos sebab ada 12 orang di bawah jagaan saya! Semua kena handle dengan betul apatah lagi, sayalah yang paling muda.

Satu lagi bila anak buah call, semua panggil Encik Saiful. Rasa lain macam pulaklah. Saya lebih suka orang panggil saya Saiful atau Cikgu. Itu yang paling saya suka. Apa pun itu bukanlah masalah. Nanti saya akan terangkan kepada.

Saya just sempat tonton berita sekejap sahaja dan kemudian rancangan lain tak berapa sempat nak tonton. Kemudian terus saya updatekan lagi diari ni dan siapkan assignment Kak Yus. dan terus tidur kira-kira jam 12.30 malam...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah