Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

10 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

DARIPADA Anas, katanya, Nabi Muhammad bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara halal. Fitrah itu dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan sah.

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah yang juga pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.

Mereka adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.

Perkahwinan adalah suatu sunnah Rasulullah bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi salih.

Sedikit lagi renungan ringkas... Esok saya akan selitkan jokes pulak...

Oklah masuk bab diari saya...

Malam tadi saya tidur jam 4 pagi. Memang cukup mengantuk! Waktu sahur malam tadi tengok-tengok nasi sejuk tu dah basi. Nasi yang tak basi Cuma ada dalam segenggam. Sedihnya! Saya dah tumiskan bawang putih goreng. Dah masak telur dan goreng semula ikan dan ayam. Tak apalah goreng jugaklah nasi walau segenggam. Itukan rezeki. Apa yang ada makan sahajalah... Kemudian minum nescafe ais yang saya bancuh. Semuanya gaya orang bujang. Hehehe...

Bila bangun pagi terasa cukup mengantuk dan terasa amat pening jadi saya terus sambung tidur. Lepas bangun terus saya baca paper dan kemudian pergi renew cukai jalan motor saya di kedai. Kemudian tolong mak belikan sambal belacan di kedai makan. (Hehehe... Saya kalau bab cabai ni memang suka makan. Cukuplah nasi kosng dengan cabai pun dah boleh buak selera saya!)

Kemudian saya main CM sekejap. Hehehe... Rsanya dah tiga ke empat  hari tak main CM ni. Kena layan jugak. Hehehe... Sentuh bab manager bola ni, saya baru sahaja terima email mengesahkan saya adalah antara pemenang pertandingan fantasyfootball. Alhamdulillah... Hadiah akan disampaikan sebelum pertengahan Ogos. Saya pun tak tahu apa hadiahnya. Yang pasti saya main bukan sebab hadiah tetapi sebab minatkan bola. Tahun lepas dapat RM 200.

Bila petang saya rasa perut terlalu memulas, Rasa terlalu lapar. Last-last tertidur selama satu jam. Kemudian saya tonton drama Kutub Utara Kutub Selatan. Yang menarik saya adalah salah satu lokasinya ialah Feringgi Beach Resort iaitu tempat saya menginap ketika saya bekerja tiga bulan lepas. Hehehe... Bila pelakon tu sebut bab kursus dan cuit, saya tergelak, ada kisah yang tak mahu saya ingat tetapi saya kena ingat jugak jadikan iktibar. Hehehe...

Kemudian saya ingat nak main bola tetapi tak ada orang main sebab hujan lebat malam tadi sampaikan black out tengah malam tadi akibat kilat. Kemudian sewaktu nak berbuka, baru saya perasan nasi tak ada, kelam kabut saya keluar beli nasi untuk berbuka. Nak masak tak sempat sebab dah dekat sangat dengan waktu berbuka.

Kemudian baca Yassin bersama keluarga dan kemudian tonton berita dan TV bersama keluarga. After that saya just gunakan komputer untuk aktiviti peribadi. Sebelum tu saya ada terima call dari Ariep yang nak import saya main Futsal esok. Jadi saya terus confirm dengan Men. Hehehehe... Terima kasih sebab ada jugak pasukan yang sudi import player yang dah expired macam ni. Hehehe...

WASSALAM...

09 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Satu renungan ringkas. Mudah-mudahan walaupun sedikit kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran, InsyaAllah... Oklah masuk bab diari saya.

Hari ni macam pagi biasa, Cuma saya lebih tertarik kepada berita-berita sukan...Hehehe... Minat sangat bola ni. Lepas tu saya sarapan, beli paper dan kemudian saya repair modem saya. Maslaah betul, lepas tu baru boleh bernafas sikit. Kemudian saya tergesa-gesa ke office dan selepas buat perbincnagan saya kembali ke office no dua saya. Tapi petang saya just berehat dan tidur. Hehehe... Kemudian saya just tonton siri terakhir Drama Di Batsan Hati... Kemudian saya main bola dan Alhamdulillah menang 2-1. Hari ni kira performances ok sebab teringat cara Victor beraksi malam tadi. Nak tiru tapi speed tak boleh lawan. Hehehe...

Kemudian waktu malam, tonton berita dan yang paling menyedihkan ialah perginya kembar siam Iran. Al-Fatihah... Kemudian kebesaran Allah apabila seorang bayi berusia dua tahun terselamat dari nahas udara di Sudan sedangkan kesemua penumpang pesawat yang lain meninggal dunia di tempat kejadian. Maha Suci Allah. Ajal, jodoh rezeki semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berusaha. Segalanya hak Allah, jadi kalau ditakdirkan sesuatu buat kita, jangan menyesal. Redhalah segalanya...

Kemudian jemput adik dari kelas tambahan kira-kira jam 10 malam dan kemudian tonton liputan Liga M. Lepas tu saya try repair connection Internet kat rumah dan Alhamdulillah semuanya ok. Sebelum tidur saya sempat bersahur untuk puasa sunat esok hari...

WASSALAM...

08 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Lahir Buat Sahabat Baik saya Mohd Fahmi Abdul Wahab. Semoga Berbahagia, panjang umur dan murah rezeki. Bila lagi nak mai Kedah?

BERITA SUKAN

KEDAH 2                                            PERLIS 0

Amirul Nizam Mahathir   -3
Fauzi Nan                        -27

Oleh: Saiful Azrul Che Lah

Alor Setar: Kedah berjaya merapatkan kedudukan dalam carta Liga Perdana 1 malam tadi apabila berjaya menumpaskan musuh setempat, Perlis dalam satu perlawanan yang sengit dan menghiburkan. Kebanjiran lebih kurang 40 000 penyokong telah berjaya menghidupkan suasana liga kebangsaan yang lesu dengan sokongan peminat dan peminat Kedah dan Perlis telah membuktikan bahawa dengan prestasi yang menarik, penonton akan tetap memenuhi setiap ruang tempat duduk stadium.

Kedah yang memulakan permainan bertindak garang apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ketiga melalui Amirul Nizam Mahathir yang berjaya merebut bola 50-50 dengan penjaga gol Perlis dan berjaya mendapatkan bola tersebut sebelum merembat kencang ke gol yang terbuka yang hanya cuba dihalangi oleh seorang pemain lawan.

Stadium Darulaman bergemuruh dengan teriakan dan sokongan peminat yang sememangnya mengharapkan kemenangan buat mengejar Perak dan memintas Perlis. Pertemuan local derby ini banyak menyaksikan pemain-pemain Perlis hanya membuat cubaan dari luar kotak penalti akibat kekentalan benteng Kedah yang diketuai oleh Victor dan Andrew Clarke.

Dalam masa yang sama, Kedah melancarkan serangan-serangan bahaya dan Akmal yang kembali beraksi hampir berjaya menambah gol apabila rembatannya Cuma sipi melewati gol Perlis. Pada minit ke 27, Fauzi Nan berjaya mencetak nama dalam senarai penjaring apabila sepakan sudut yang diambilnya terus menjunam ke dalam gol lawan. Gol itu terus menyemarakkan semanagt Kedah hinggakan Perlis terpaksa membuat dua pertukaran awal dengan memasukkan Khairunisham dan Tengku Hazman seawal separuh masa pertama.

Kedah pula terpaksa membuat pertukaran awal setelah G.Shanmugam cedera bertembung dengan Adrien Jurad Chamrong dan digantikan dengan Zainuddin Ariffin. Separuh masa pertama Kedah 2 Perlis 0.

Separuh masa kedua bermula dengan Perlis lebih banyak menguasai bola dan cuba mengatur gerak sambil Kedah hanya melakukan serangan balas pantas. Chipeta memang tak dapat berfungsi akibat kawalan ketat Victor yang cukup cemerlang mengemudi benteng. Cuma Tengku Hazman yang banyak memainkan peranan menjana serangan Perlis. Apa pun benteng kebal Kedah sememangnya amat sukar untuk ditembusi.

Kedah yang sekali sekala mengatur serangan balas, tampak lebih berbahaya apabila beberapa percubaan yang hampir gol seperti Akmal dan Monie. Apabila wisel penamat ditiupkan kepuasan jelas terpancar di kalangan puluhan ribu penyokong-penyokong Kedah.-Bernama.

Hehehe... Saja test buat berita... Apa pun saya memang cukup seronok sebab Stadium Darulaman dah seperti penghujung tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an. Malam tadi tiket sold out! Memang kedatangan teramai musim ni. Memang meriah!

Apa pun tahniah jugak buat penyokong Perlis walaupun tak dinafikan ada segelintir penyokong Kedah yang melampau. Saya rasa tak patut gelagat seorang dua penyokong Kedah. Apa pun Kedah dan Perlis macam adik beradik. Cuma dalam liga sekarang keempat-empat pasukan tangga teratas adalah dari Utara iaitu Kedah, Perak, Perlis Dan Pulau Pinang dan kemudian tangga kelima dan keenam adalah pasukan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Bagi saya Pemain terbaik ialah Amirul Nizam Mahathir yang cukup cemerlang persembahannya semalam. Akmal seperti biasa terlalu banyak dikasari. Akmal memang kelas tersendiri! Zam dari Langkawi pun sanggup balik! Memang penyokong Kedah cukup bersemangat! Tahniah... Kalau free jenguklah www.hijaukuning.com .

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Pagi macam biasa, siapkan kerja sampai tengah hari. Kerja design ni memang bukan bidang saya. Tapi cubalah jugak... Lepas tu tengah hari rehat dan waktu petang saya tidur sekejap. Nak main bola, padang terlalu becak jadi saya Cuma berbual tentang bola dan malam macam saya mention, saya tonton Kedah lawan Perlis. Selepas perlawanan saya terus ke Restoran Tanjung Bunga berbual-bual dengan Men, Zam dan Datuk beserta adik saya. Jam 12 tengah malam baru kami beredar. Bila balik saya tak boleh nak buat apa. Nak online pun kepala terlalu sakit. Tak tahulah sebab apa. Sebab sorak banyak sangat kot. Hehehe... Saya dah tak boleh nak bersengkang mata jadi saya terus tidur...

WASSALAM...

07 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Sedikit renungan buat penghayatan bersama...

Oklah masuk bab diari saya...

Mimpi... Memang indah hari ni. Saya pun tak tahu kenapa saya mimpi macam ni. Mimpi mendapat seorang anak yang comel. Anak lelaki sulung. Hehehe...  Memang comel dan saya rasa seronok bermain dengannya. Tapi tu just mimpi, kalau kenyataan entah bila. Keadaan still tak menentu. Biarlah masa yang menjawab semua persoalan itu. Yang penting sekarang saya kena terus berusaha untuk hidup.

Alhamdulillah hari ni saya dapat kembali berpuasa sunat seperti biasa setelah minggu lepas saya tak dapat lakukan. Hari ni jam 10 pagi saya dah ke office bersama Nizam dan berbincang mengenai projek kami. Tapi office agak lambat dibuka, jadi saya just berbincang dengan Nizam di kedai makan. (tapi saya tak makan tau!).

Lepas buat perbincangan, saya terus balik dan renovate apa yang saya lakukan. Terus terang saya tak tahu nak cakap macam mana apa yang sedang saya lakukan. Peluang berjaya pun saya tak pasti tetapi saya mesti cuba.

Kemudian saya habiskan masa di second office (rumahlah tu) untuk siapkan apa yang sepatutnya. Pening jugak.

Petang terasa gatal nak main bola walaupun padang agak becak. Main sahajalah, Penat sikit sebab kurang bertenaga. Kemudian selepas main terus saya balik dan berbuka. Malam saya just hantar adik ke sekolah dan kemudian jemput kembali dari sekolah. Kemudian saya cuba surf Internet tapi gagal! Tensionnya! Tak tahulah kenapa tak dapat. Pening kepala dibuatnya. Macam nak gila. Hehehe...

Saya cuba berjam-jam untuk connect Internet tapi gagal. Modem dah bermasalah kot. Entahlah yang pasti saya masuk tidur dengan harapan mimpi yang indah seperti malam tadi...

WASSALAM...

06 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih sebab ramai yang beri respon pada tulisan saya hari Khamis lepas 03 Julai. Hehehe... Malu lah pulak tapi memang ramai tak tahu maksud saya. Itu just luahan hati saya. Biarlah saya sendiri yang tahu apa yang saya perkatakan. Apa pun bila saya hayati kembali, Nabi pun melalui keadaan yang sama. Nampak sangat jauh beza ketahanan diri saya. Apa pun saya redha dengan segalanya. Biarlah ia menjadi rahsia hati saya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, apakah kamu yang lebih baik amal perbuatannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Ayat di atas banyak menyedarkan saya, hakikat hidup. Itulah ujian Allah. Semakin berat ujian yang kita lalui bermakna semakin sayang Allah kepada kita. Hadapilah dengan setenang dan redhailah ia. Itulah yang selalu saya katakan pada hati saya. Cuma keadaan sekarang terlalu menghimpit. Apa pun saya akan cuba.

Allah berfirman yang bermaksud: “Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan dan demi sesungguhnya kami sudah menguji orang terdahulu daripada mereka. Maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui Allah terhadap orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui terhadap orang yang berdusta.” (Surah al-Aknabut, ayat 1 hingga 3)

Ayat ni pulak memang selalu saya dengar ketika usrah. Memang ia sebagai panduan buat kita untuk menghadapi hidup ini. Sebenarnya ujian itu bukan hanya dalam bentuk kesusahan, kesulitan atau kemiskinan sahaja tetapi juga dalam bentuk kesenangan, harta benda dan anak isteri. Jadi saya kena sentiasa bersabar. InsyaAllah...

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Akan datang suatu zaman ke atas umatku bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya.


“Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan kematian; mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat; mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan; mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur serta mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini pulak banyak menyedarkan saya tentang tujuan hidup di dunia. Kadang kala, saya rasa jauh menyimpang dan setiap kali itulah saya rasa begitu bersalah. Saya amat berharap, hidup saya selepas ini dapat saya lalui dengan penuh redha dan Rahmat Allah walaupun saya memang tidak layak untuk itu semua. Moga-moga, InsyaAllah...

Kadang-kadang semua ini terlalu indah buat kita tatkala kita asyik memikirkannya, kita semakin mengerti betapa besarnya kuasa Allah. Paling syahdu apabila kita membaca Al-Quran sambil air mata kita menitis mengenangkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup. Sungguh menginsafkan...Mudah-mudahan kita sama-sama diberi petunjuk dan hidayah-Nya, InsyaAllah...

Saya tinggalkan anda dengan dua renungan bersama:

Allah memberi peringatan kepada hamba-Nya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu benar-benar akan melampaui batas apabila merasai dan menganggap bahawa dirinya serba cukup dan serba boleh. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui bahawa kepada Allah juga mereka akan kembali.” (Surah al-Alaq, ayat 6 hingga 8)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Oklah kembali kepada diari hidup saya...

Saya seperti pagi Ahad yang lain ready nak tonton Rancangan Dr. Fadzilah Kamsah, tapi kecewa sebab tak ada hari ni! Lepas tu tonton berita dan kemudian terus beli paper. Selepas sarapan, saya terus berehat sambil menyiapkan kerja saya. Sambil tu surf Internet sekejap. Saya menanti sesuatu tetapi tak ada. Tak apalah...

Kemudian saya siapakan kerja saya. Pening jugak! Lepas tu saya  tertidur... Lepas bangun terus makan tengah hari dan kemudian sambung balik kerja. Tapi Abang Midi call minta tolong beli tiket. Saya pun bergegas ke Shahab Perdana. Lepas beli terus balik dan sambung buat kerja sikit lagi.

Lepas tu main bola macam biasa. Hari ni coach datang pulak! Kenalah teruk sikit. Hehehe... Tapi hari ni team saya perform Superb! Menang 11-2. Macam main badminton perempuan pulak. Tak tahulah kenapa hair ni semua cukup top form. Hehehe...

Lepas Maghrib saya tonton F1 sebelum hantar adik saya ke sekolah. Kemudian sambung balik tapi kecewa sebab Raikkonen Cuma di tangga keempat. Tak apalah kira oklah tu... Lepas tu saya jemput adik dari sekolah kira-kira jam 10 malam dan kemudian saya makan malam merangkap sahur. Saya sebenarnya jarang makan malam tetapi esok saya nak mula puasa balik, kenalah.

Kemudian Abang Midi datang untuk ambil tiket dan saya kemudian sambung kerja. Tak tahulah pukul berapa nak siap.

WASSALAM...

05 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabil disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu :

"Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Suatu kisah buat renungan bersama. Moga-moga kita sentiasa menginsafi diri...

Oklah...

Saya bangun jam 6.20 pagi, lepas mandi dan solat saya terus bersiap. Hari ni ada lawan bolasepak jalanan di Megat Dewa. Saya bertolak sekali Men dan Shuk serta Choki. Kemudian kami disertai oleh Datuk dan Bad.

Perlawanan pertama kami taklah begitu sengit. Yang best ialah tak banyak team. Bila menang ni kira dah masuk suku Akhir dah. Tu yang best! Seperti biasa, saya akan masuk pada separuh kedua. First half kami dah leading 1-0 hasil penalti Shuk. Kemudian second Half saya masuk dan set satu gol untuk Men sebelum saya score sebiji dan Men menambah satu lagi gol melalui penalti. Kami menang 4-1.

Kemudian kami bertemu dengan pasukan penganjur (Penganjur lagi!) Hari tu kami tewas dengan depa. Kecoh betul hari tu. Bila dengar cerita lanjut tempoh hari, memang kecoh perlawanan separuh akhir hari tu. Penganjur memenangkan pasukan mereka. Apa pun saya cukup yakin dengan kebolehan pasukan walaupun tanpa star kami Zam. Yang penting confident!

Perlawanan memang sengit. Sukar jugak nak gol. Datuk beberapa kali dikasari. Saya memerhati dari luar sebab saya bukannya barisan permulaan. Yang best ramai memuji corak permainan kami yang “cantik”, berskill dan fair play. Hehehe... Puji team sendiri. Memang nampak kami control game. Tapi susah nak score.

Lepas tu Men dapat dribble bola dengan cantik dan memperdayakan dua player lawan sebelum merembat cantik ke arah penjuru gol. Smart gol tu! Kemudian dengan serangan pantas, kami terlepas gol. 1-1. Kami pun ada peluang tetapi gagal dimanfaatkan. Datuk kali ni keluar first half sebab dah injured. Seperti biasa supesub pasukan (sayalah!) masuk. Terus saya score 1 gol untuk menjadikan kedudukan 2-1. Kemudian depa balas 2-2. Second half pulak saya menambah satu lagi jaringan menjadikan kedudukan 3-2 dan saya melengkapkan hattrick untuk kedudukan 4-2. Tetapi hilang konsentrasi menyebabkan kami kembali terikat 4-4. Memang sengit dan mendebarkan! Tapia kami dah ada penyokong tersendiri walaupun lawan kat tempat lawan. Memang membanggakan...

Kemudian saya menambahkan satu lagi gol untuk menjadikan kedudukan 5-4 (Sharp pulak finishing saya hari ni, kebelakangan ni main bola dengan gol besar, susah nak gol, gol ni senang pulak! Hehehe..) Tapi macam biasa depa level the game 5-5. 

Kemudian satu salah faham dengan keeper, saya tak sempat nak kutip bola terus depa shoot masuk jadi 6-5. Alamak! Saya terpaksa cover sebelah bawah sebab Shuk dah terlalu hilang positioning. Saya terpaksa turun jaga bawah. Shuk pulak yang attack dengan Men. Lepas tu Shuk masuk cover bawah balik, dan saya kembali ke atas tetapi Shuk hilang positioning. May be kami semua terlalu over attack sebab nak equalize goal number. Tapi terlepas satu lagi jadi 7-5 dan last sekali tewas 8-5.

Apa pun, kami kena mengaku yang kami tak pintar nak control situation bila dah leading. Hehehe... Tak apalah... Saya banyak buat silap dan banyak miss understanding dengan keeper. Bila penat, semua jadi macam tu. Hehehe... Apa pun macam biasa, saya cukup puas hati dengan team saya. Alhamdulillah semakin kami kenal antara satu sama lain. Yang penting ialah persahabatan. Kalah menang bukan ukuran. Mana tahu nanti kami akan menang!

Kemudian kami sama-sama makan di Bandar Darulaman berhampiran dengan Poli dan IPDA. Kemudian kami hantar Datuk ke rumah Bad dan kami terus pulang. Saya sampai di rumah kira-kira jam 3.30 petang  dan kemudian sambung tengok badminton pulak. Hehehe... Dah kaki sukan tu tak boleh buat macam mana. Men buat apa pulak? Hehehe...

Sambil tu saya tunggu result Kedah lawan Kelantan. Tak ada pun! Rupanya main malam. Mula-mula keputusan awal 1-1. Lepas tu tewas 2-1. Tak apalah, cuba lagi. Yang penting lawan Perlis ni kena menang! Apa pun rasa terkilan sebab FAM tak bijak mengatur jadual liga! Bila nak maju kalau pemain tak dapat bermain dalam liga. Asyik kena training skuad kebangsaan sahaja! Dah tu tonggak pulak! Pasukan yang kurang terlibat dengan pemain kebangsaan memang beruntung!

Kemudian sorang kawan saya call ajak keluar. Jam dah 11 malam dah! Tapi sebab dah tujuh bulan tak jumpa! Saya pun keluar. Esok dia dah nak balik KL dah. Lepas tu berbual dengan dua lagi rakan. Biasalah banyak bab bola yang dibualkan. Hehehe... Kaki bola... 

Saya balik memang lewat malam ni... Jam 2 pagi! Tahu tak kenapa lewat sangat. Saya nak balik dalam jam 12.15 sahaja. Tapi jam member saya mati. Lepas rasa lama, baru perasan jam tu mati. Kan dah lewat! Hehehe... Lepas balik saya tonton Telekom Melaka lawan Sarawak sebelum tidur.

WASSALAM...

04 JULAI  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Pada satu waktu... (tak tau la tahun batu ker..tahun IT.. ) adalah sekumpulan yang terdiri dari 5 orang kanibal... depa nie telah dilantik bekerja sebagai Programmer kat sebuah IT company..

Pada hari menyambut kedatangan atau perlantikan depa nie.. Boss beso berkata la.

Boss: Kalian semua sekarang adalah sebahagian dari kumpulan kami.. kalian akan memperolehi duit yang banyak.. dan bleh makan yang elok2 di kantin pejabat... Jadi... jangan susahkan sesapa, faham...

Maka, kanibal 5 orang tadi.. berjanji.. takkan menyusahkan sesapa pun.. 4 minggu kemudian... boss beso datang.. macam buat spot check la tuh

Boss: korang telah bekerja kuat dan saya berpuashati ngan pencapaian kamu.. Walau bagaimanapun, seorang daripada pekerja pejabat @ pencuci..kita telah hilang.. Adakah sesapa di antara kamu tau apa yang terjadi padanya...

Ke5-5 kanibal tadi tak menunjukkan apa reaksi yang mereka tau apa yang telah terjadi..

Sebaik saja... boss beso beredar..ketua kepada kumpulan itu pun berkata..

Ketua: sapa antara kamu yang bodoh nie makan pekerja itu??? jawab!!!

Salah sorang daripada mereka mengangkat tangan .. dlm keterpaksaan.. Melihatkan itu.. ketua tadi .. pun berkata...

Ketua: Apa la bodoh sangat ko nie!!!.. dah 4 minggu kita nie dok balun
ketua-ketua kumpulan lain dan menejer dan projek meneger.. tapi sorang pun tak perasan kan hal kehilangan mereka.. Sekarang.. ko makan si pencuci tu.. satu syarikat kecoh.. apa bangang beno !!!!! jerkah @ jeritnya marah.. kemudian menyambung semula...

Ketua: Lain kali  ingat.. ni sebagai peringatan.. lain kalu kalau nak makan sesapa.. makan lah orang yang tak buat keja.. jangan makan satu2 orang bekerja.. Paham!!!!..

Jokes yang rasanya anda mungkin faham kot. Faham kan? Kalau tak faham, cuba baca balik. Hehehe... Pasti faham dan ada sedikit sindiran...

Kembali ke perjalanan hidup saya hari ni.

Entahlah hari terasa cukup mengantuk. Lepas bangun pagi, ingat kot nak pi jogging tapi hujan pulak. Rehat sekejap sebelum sambung kerja saya. Pening jugak tapi kena lah buat. Lama jugak sampai jam 11 pagi saya buat mula jam 7.30 pagi. Kemudian layan CM sejam sebelum bersiap ke masjid. Sebelum ke Masjid seperti biasa saya akan lelapkan mata lebih kurang 20 minit. Nanti bila khutbah taklah mengantuk sangat. Apa pun saya memang jenis tak mengantuk kalau waktu khutbah.

Khutbah di Masjid Alor Semela berkisar soal pemakanan yang halal dan bersih. Tapi hari ni memang sat sangat khutbah. Lepas tu saya just berehat dan sambung sikit lagi kerja. Waktu petang pulak nak main bola tak boleh sebab padang agak becak. Jadi saya layan CM sekejap dalam 30 minit.

Malam saya just berehat di rumah sambil menonton, ingat kot nak sambung tapi tertidur awal pulak. Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah