Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh  semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
 

Alhamdulillah dapat jua saya merasai nafas pada tahun 2003. Semestinya saya mengharapkan saya lebih berjaya dan cemerlang pada tahun ini kerana seorang muslim yang baik adalah hari ini baginya lebih baik daripada hari semalam dan hari esok baginya adalah lebih baik dari hari ini.

Sempena kedatangan tahun baru ini saya ingin menyorot sedikit sebanyak tahun 2002 dalam diari saya ini.

Saya memulakan tahun 2002 dengan satu perkara yang tidak begitu menggembirakan saya. Alhamdulillah saya berjaya melaluinya dan ia akhirnya menjadi cukup manis buat saya. Tetapi saya masih belum dapat meneka kesudahannya. Semuanya adalah hak Allah. Ia datang dari Allah dan saya redha dengan cara apa sekalipun ia kembali. Bagi saya itu adalah ujian yang harus saya tempuhi.

Alhamdulillah juga kerana saya berjaya menamatkan pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda teknologi maklumat dengan kepujian. Suatu detik yang cukup menggembirakan saya. Memang banyak perit jerih kepayahan tetapi Alhamdulillah dengan sokongan semua pihak terutamanya emak dan abah saya berjaya.

Tahun 2002 juga banyak memberi saya pengalaman berharga dalam kehidupan. Ada banyak kejayaan dan juga kegagalan. Bagi saya kegagalan itu lebih penting kerana tidak ramai orang yang belajar dari kejayaan kerana lebih ramai yang belajar dari kegagalan. Bukan bermakna kita patut menerima kegagalan setiap masa tetapi kegagalan itu harus dijadikan sebagai batu loncatan untuk berjaya.

Matlamat hidup saya dah banyak dipenuhi. Cuma ada beberapa fasa yang masih belum dapat saya capai. Saya masih memerlukan satu komponen untuk menjayakan misi saya tetapi saya masih belum dapat. InsyaAllah saya apabila saya berjaya mendapatkan komponen itu saya akan berjaya dengan jayanya. Tetapi buat masa ini saya masih lagi berusaha. Semuanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya.

Ada beberapa fasa penting yang telah berjaya saya lepasi. Bagi saya tahun 2003 adalah masa untuk saya menumpukan kepada karier. Saya akan berusaha untuk membina karier yang baik dan kemudian melanjutkan tumpuan saya kepada beberapa perkara yang telah saya tetapkan. InsyaAllah akan berjaya.

Tahun 2003 saya jangkakan amat mencabar dan sekiranya berlaku pergolakan dalam politik dunia, saya rasa ia akan menjadi lebih mencabar kerana saya masih lagi baru hendak bertapak dan membina asas hidup, jadi ia sedikit sebanyak akan menjejaskan perancangan saya.

Dari segi kewangan saya harap ia akan bertambah kukuh. Alhamdulillah saya rasa, saya ada kebolehan menguruskan kewangan dengan berhemah. Saya jangkakan dalam lingkungan umur saya 20-an, tahap kewangan saya agak sedikit kritikal tetapi menjelang umur 30-an ia dah semakin stabil dan saya mengharapkan pada umur 40-an ia akan menjadi amat stabil. Saya dah buat beberapa perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, saya akan berjaya mencapainya.

Apa pun matlamat hidup saya yang paling utama tetap dalam pencarian meskipun sekali sekala tersimpang ke haluan yang bertentangan tetapi Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan erpatah balik melalui jalan yang sepatutnya.

Semoga sama-sama kita akan beroleh kejayaan dalam kehidupan kita.

Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya

Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.
 

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah