Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

19 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Subuh saya just berehat di rumah. Selepas sarapan dan baca paper, saya terus bertolak ke kampung dan sesampainya di kampung saya just berehat sambil melayan beberapa sepupu saya yang masih kecil. Hehehe... Jadi macam budak-budak pulak bila main dengan budak-budak kecik. Tapi best dan enjoyful. Memang best zaman kanak-kanak!

Kemudian saya tertidur lebih kurang 30 minti di rumah Tok Wan dan bila terjaga terus saya ke kenduri Kak Ida sebelah sahaja rumah Tok Wan saya. Selepas makan, saya jadi mentara selama kira-kira sejam. Bila balik rumah Tok Wan saya just berehat dalam bilik. Tiba-tiba ada orang datang! Saya tak pakai baju. Malas nak keluar. Hehehe... Berkurunglah dalam bilik sampai tertidur. Kemudian sedar-sedar dan jam 3 petang. Saya nak balik penang jam 4 petang! Terus bergegas balik Alor Setar.

Bila sampai, member ajak balik jam 6 petang. Lega! Alhamdulillah. Sempatlah semak email sekejap dan surf Internet. Hehehe...

Apa pun saya akan ke Batu Feringgi esok untuk persediaan bengkel saya yang pertama. Gerun jugak. Memang perlukan banyak motivasi. InsyaAllah berjaya.

Kalau sempat saya akan updatekan perkembangan diri saya di sana nanti, InsyaAllah...

WASSALAM...

18 APRIL 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Sewaktu pagi just berehat seperti biasa. Selepas bangun saya just surf Internet dan kemudian berehat sahaja di rumah. Tak banyak yang dapat dilakukan hari ni. Kemudian solat Jumat di masjid Mas Tempawan. Khutbah bertajuk berperang dan berjihad memerangi musuh Allah. Banyak berkisar tentang perang Iraq dengan US sekarang ini.

Kemudian selepas makan tengah hari saya menghantar adik ke sekolah dan kemudian berehat sambil menonton Ripleys Believe It Or Not. Kemudian saya settlekan beberapa perkara berkaitan kerja dengan Farizul di rumah saya.

Malam saya ke Pasar malam sekejap dan kemudian berehat sambil menonton Nujum Pak Belalang. Jam 11 malam saya dah masuk tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah