Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 JUN  2003
05 RABIULAKHIR 1424

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR
KE 23  ! ! ! !

Alhamdulillah

Bersyukur Ke Hadrat Allah kerana pada hari ini genaplah umur saya 23 tahun kiraan tahun 'omputeh'. Semakin meningkat usia, kita harus semakin matang, semakin mencapai matlamat hidup kita. Alhamulillah saya dah capai banyak perkara walaupun saya telah gagal dalam banyak perkara. Bagi saya itu adalah satu cabaran. Dalam hidup ini cabaran adalah "jurulatih" kita.

Cabaran datang dalam pelbagai bentuk. Masalah adalah salah satu cabaran. Tiada masalah juga merupakan satu masalah. Masalah datang dan pergi. Kita tidak boleh lari dari masalah. Mahukah kita dianggap pengecut? Jadi anggaplah masalah sebagai satu cabaran yang perlu kita selesaiakan.

Memang selepas kita berjaya menghadapi satu masalah, akan datang masalah baru. Ada yang kata "Hanya mati akan menyelesaikan masalah" (Yang ni saya tonton dalam edisi siasat NTV7 tempoh hari mengenai Bunuh Diri). Ini amat salah! Kerana selepas mati kita akan berhadapan dengan lebih banyak masalah melainkan bila kita di dunia kita sentiasa beramal baik. (Tetapi selalukah kita beramal baik, kerana yang nyata kita sentiasa hidup dalam keadaan yang sebaliknya)

Jangan takut dengan masalah... Sebenarnya ini adalah pesanan buat diri yang semakin dimamah usia. Buat pembaca yang mahu mengambil intipati dan iktibar, amatlah dialu-alukan...

Sempena dengan ulangtahun yang bermakna buat diri ini, saya nak ucapkan penghargaan yang tak terhingga buat kedua orang tua saya yang amat tabah dan sabar melayani kerenah saya, memberi penghargaan, sokongan, galakan, dorongan, material dan lain-lain... Terima kasih mak dan Abah!

Juga buat keluarga, sahabat dan lain yang banyak membantu dalam menghadapi perjalanan kehidupan yang penuh dengan liku ini. Juga kepada seseorang yang cukup istimewa dalam hidup saya. Terima kasih semuanya!

Malam ni ada orang dah nak sponsor majlis kesyukuran saya. Thanks Zam sebab mengeluarkan belanja untuk majlis malam ini dan tak terlewat untuk saya ucap Tahniah atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Sistem Maklumat LADA!

Bila jejari ini semakin ligat menaip, semakin banyak idea yang nak diluahkan tetapi rasanya biarlah ia terbuku di hati buat masa ini kerana saya masih belum bersedia mencurahkannya ke dalam diari ini.

Sebelum itu, terima kasih kepada yang telah wish birthday saya lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Hehehe... Thanks..

Pengalaman bertemu dengan seorang yang eksiden di hospital memang banyak menginsafkan. Dia menceritakan peristiwa dilanggar oleh pemandu mabuk dan koma selama 6 hari. Rakannya meninggal di tempat kejadian dan sampai sekarang dia masih lagi terasa sakit. Alhamdulillah saya kini masih lagi sihat dalam menghadapi hidup.

Apa pun Saya benar-benar rasa bersyukur kepada Allah kerana dengan Rahmat-Nya, saya masih dapat menghirup udara di bumi-Nya ini walaupun pada zahirnya saya memang terlalu banyak mengingkari suruhan-Nya.

Alhamdulillah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah