Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

30 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Takziah terhadap semua mangsa kemalangan ngeri antara Bas Ekspress Mutiara dan Bas Sekolah yang mengorbankan 14 nyawa di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang. Takziah...

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Fatihah kepada mangsa yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat, Al-Fatihah...

Memang pilu kalau kemalangan seperti ini. Saya sendiri hairan dengan sikap pemandu di jalan raya. Sikap rakyat Malaysia di jalan raya! Bila pegang sahaja stereng terus berlagak ibarat raja jalan raya!

Tahu tak yang paling saya tak suka bila di jalan raya terlalu ramai yang belok tanpa beri isyarat. Ni kat Kedah! Kat tempat lain saya tak pasti sangat. Memandu secara bahaya. Semuanya asyik fikir nak cepat sahaja. Fikirlah tentang orang lain sama! Orang yang tersayang yang menyayangi kita. Mereka akan kecewa kalau apa-apa terjadi pada diri kita. 

Saya tak mahu ulas panjang bab yang sedih ni. Tengoklah bila keadaan dah reda saya akan ulas tentang nahas jalanraya.

Oklah...

Hari ni saya still turun jogging untuk mantapkan kembali fitness. Kemudian saya masuk kerja jam 10 pagi dan habis jam enam petang. Habis sahaja waktu kerja saya ke Stadium menyaksikan latihan pasukan Kedah. Memang memberangsangkan. Nantilah wajah baru skuad Kedah tahun depan untuk Super League.

Malam saya ke kedai saya dan tonton perlawanan Arsenal vs Fulham. My second team in EPL is Arsenal. Very wonderful play by Arsenal. Superb skills from Thierry Henry and Robert Pires. Memang saya cukup kagum dengan corak permainan Arsenal malangnya just seri 0-0. Van Der Sar adalah pemain terbaik perlawanan. Kemudian saya bersama Men, Boss dan Zam ke Aiena untuk menyaksikan perlawanan Chelsea dengan MU. Saya lebih sokong Chelsea daripada MU. Chelsea Menang 1-0 tetapi Quality permaina tak sehebat pemain Arsenal. Apa pun Chelsea dah melonjak ke tangga pertama. Saya balik rumah pun dah jam 2.15 pagi. Malam ni saya tidur jam 4 pagi selepas bersahur.

WASSALAM...

29 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hai! Saya kembali...

Alhamdulillah...

Raya tahun ni cukup meriah walaupun pada dasarnya saya gagal dalam beberapa perkara. Tapi cukup meriah. Duit raya? Hehehe... Tahun ni Cuma RM 13 sahaja. RM 10 dari ayah dan RM 3 dari Pak Njang Men. Hehehe... Dah besar dah pun still dapat! Tapi duit raya yang kena bagi cukup banyak. Tapi tak mengapa saya dah buat perkiraan awal-awal lagi. Dalam bab duit ni saya memang rancang betul-betul. Alhamdulillah tetapi defisit sikit bagi belanja bulan ni. Nampaknya Bulan depan saya kena cukup berjimat cermat. Lagipun dengan gaji yang tak seberapa, saya kena bayar balik dah pinjaman PTPTN. Hmmm... Mula bulan ni saya mula buat ansuran termasuk yang tertunggak. Sukarnya keadaan macam ni. Apa pun kena banyak bersabar.

Soal duit ni, saya tak mahu risau sangat sbeab saya tahu macam mana nak buat walaupun limited. InsyaAllah nanti, semuanya akan ok.

Oklah corat coret Aidilfitri tahun ni.

::: Malam Raya :::

Malam raya saya berada di rumah Tok Wan saya di Pendang. Seronok melayan Adik Irfan yang baru sahaja boleh berjalan. Tak kering gusi dibuatnya.

Malam raya memang sesak. Stesen minyak penuh dengan orang. Saya sepat pusing Alor Setar dan memang cukup-cukup meriah. Tahun ni baligan mercun agak terkawal sebab ada anggota polis yang berkawal berbanding tahun lepas yang cukup tak terkawal.

::: Pagi Raya :::

Selepas Subuh, rutin keluarga saya, kami akan bertakbir bersama-sama dan bergilir-gilir mengetuai takbir dan kemudian bersalaman dengan mak dan abah memohon ampun maaf. Kemudian saya bersolat di Surau Tok Haji Hashim dan kemudian saya bersama rakan dan adik bergilir-gilir mengunjungi sesama sendiri. Banyak jugak tempat yang saya kunjungi.

Rumah Zam saya pi waktu petang, Tapi memang banyak saya makan. Hehehe... Sampai cekang perut saya ni... Banyak sangat yang jamu nasi. Kalau ketupat sahaja cukuplah, ni banyak sangat makanan. Tapi yang saya makan jugak tu buat apa. Hehehe... Bukannya apa saya tak mau hampakan tuan rumah.

Malam raya saya just rehat kat rumah. Dah tak mampu nak jalan ke mana-mana sambil tu saya just tonton TV dan EPL highlight.

::: Raya Kedua :::

Pagi saya dah janji dengan kawan saya untuk ke rumah Fahmy untuk melawat isteri dan anak yang baru lahir. Sebelum tu Hanif ada datang rumah. Selepas rumah Fahmy saya ke rumah kawan saya di Lorong Seri dan kemudian bila balik saya berehat sekejap sebelum saya terima tetamu.

Petang saya terus ke rumah Tok Wan saya di Pendang tetapi just Tok Wan saya sahaja yang ada. Yang lain semuanya keluar pergi beraya. Jadi saya ke rumah Pak Ngah saya dan kemudian saya ke rumah Pak Teh saya sebelum saya kembali ke rumah saya. Pak Njang saya dan family sedang beraya kat rumah saya.

::: Raya Ketiga :::

Actually saya still tak habis beraya lagi hari ni. Pak Long saya buat rumah terbuka, saya pergi lebih awal disebabkan saya dah berjanji dengan Zam untuk beraya ke rumah keluarga angkat Zam di Kuala Nerang. Hehehe... Kalau lah masa cukup saya nak sangat ke rumah member saya “Tan Sri”  dan rumah saudara saya di sana.

Bila balik sahaja saya kena bergegas masuk kerja. Hehehe... Dah mula kerja hari dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam macam biasa. Apa pun peluang untuk beraya dengan pelanggan-pelanggan saya. Hehehe...

::: Raya Keempat :::

Hari ni member saya yang dulu duduk kat Alor Setar dan sekarang duduk kat Semeling mai dengan family dia. Hehehe... Sesat! Lawaknya sebab duduk kat Alor Setar pun boleh sesat nak ke rumah saya. Din dari Taiping tak sesat. Shah dari Kuala Kangsar yang baru kali kedua ke rumah saya tak sesat pun... Hehehe... Apa pun thanks sebab mai rumah dan kirimkan undangan perkahwinan abang.

Oklah...

Masuk balik bab hari ni. Hari raya dah raya kelima. Kemeriahannya masih lagi terasa. Cukup meriah bagi saya. Tak habis-habis lagi saya beraya... Hehehe... Ramai jugak memeber saya yang dah nak kahwin dan yang dah bertunang dan yang dah kahwin. Seronoknya tapi janganlah tanya saya bila? Sampai masa nanti saya akan ceritakan jugak. Saya lebih suka senyap-senyap. May be akan mengejutkan orang ramai. Hehehe... Bab ni cukup personal dan saya banyak jugak fikir bab ni tetapi masih terlalu awal.

Hari ni saya waktu pagi, saya turun jogging. Sebenarnya saya dah turun jogging sejak raya kedua lagi sebab saya kena kembalikan fitness saya yang memang merosot. Hari ni saya masuk kerja jam 10 pagi tapi saya bukak kedai awal sikit.

Kemudian Schaarq mai dengan anak dia dan ajak saya pi sambut Coach baru Kedah. Mr. Miradinha di airport. Mulanya saya nak pi tetapi disebabkan oleh hujan, saya tak dapat ke lapanga terbang.

Habis sahaja kerja saya terus ke Stadium menyaksikan latihan pasukan Kedah. Saya dan warga HKC berbual sekejap dengan Datuk Shukri Hashim yang sentiasa mesra tu. Kemudian sempat jugak berbual dengan ejen pemain import (Ejen ni yang bawak Arostegui dan Martelotto). Menurut maklumat, dia adalah member kepada Presiden Kelab Boca Juniors. Tapi apa yang saya bualkan saya rasa tak perlulah saya tulis dalam ni. Sulit sikit...

Kemudian waktu malam saya stay di kedai saya sambil menyaksikan perlawanan Newcastle dengan Wolverhampton. Seri 1-1 tetapi my idol still score, Alan Shearer. Walaupun tua tetapi masih menjadi sentuhannya. Magpies pula terpaksa bertarung dua perlawanan dalam masa 48 jam sebab tu nampak tak begitu cergas.

Kemudian saya balik rumah kira-kira jam 12 tengah malam tetapi still tidur jam 3.30 pagi!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah