Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

09 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

RAMUAN KIMIA CINTA
(SIRI 1)

Jawapan Untuk Mereka Yang Tertanya-Tanya Kenapa Seronok Atau Kecewa Apabila Bercinta

    Bercinta memang indah tetapi apabila putus cinta atau pun cinta ditolak mentah-mentah ia menjadi amat 'menyakitkan'. Bagi sesetengah orang 'rasa sakit' akibat cinta tidak kesampaian akan menyebabkan hidup mereka tidak keruan, malah ada yang sanggup menjauhkan diri untuk mencari ketenangan buat sementara waktu. Tetapi ada juga yang kebal dan tidak berputus asa.

    Daripada kajian yang dilakukan, hanya sedikit sahaja yang tidak berganjak hati untuk menyuarakan rasa cinta walaupun mereka pasti cinta yang cuba dihulurkan itu akan ditolak. Persoalannya mengapa? Adakah perasaan yang mendorong mereka berbuat demikian?

    Semuanya berpunca daripada ramuan 'kimia cinta'. Bagaimanapun berdasarkan kajian sains, tidak semua individu mempunyai kimia yang sama. Kimia yang dimaksudkan ini adalah sebahagian ramuan penting yang wujud dalam tubuh manusia bagi mewujudkan cinta dan perhubungan dalam masyarakat. Tiada kimia bermakna tiadalah perhubungan. Ini kerana setiap pasangan seboleh-bolehnya ingin merasai nikmat persahabatan sebelum menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

    Persamaan kimia natara dua individu yang berlainan jantina tidak semudah yang disangkakan. Keadaan boleh diterangkan sekiranya anda menemui wanita atau lelaki yang sesuai. Individu tersebut mungkin mempunyai paras rupa yang menarik dan baik tingkah lakunya tetapi tiada keserasian dari segi kimia. Maka, alasan yang sering digunakan untuk menerang keadaan tersebut ialah "dia bukan idaman saya".

    Bila lelaki dan wanita tertarik antara stu sama lain, aliran hormon adrenalin akan berlaku. Akibatnya timbul rasa berbunga dalam hati. Bagi mempercepatkan lagi pengaliran maklumat antara impuls saraf phenylethylamine atau PEA, sejenis bahan kimia dirembeskan.

    Oleh itu usah hairan jika pasangan yang mula memasuki alam percintaan merasa amat bahagia dan sentiasa bertenaga, Mereka mapu bercakap  di telefon berjam-jam lamanya dan boleh menjalinkan hubungan sepanjang malam. Kebahagiaan terpercik di mana-mana. Dunia ini seolah-olah mereka yang punya. Kalaulah tiada tarikan graviti bumi, dipercayai golongan ini berupaya berjalan terawang-awang di udara.

     Inilah 'kimia' atau 'sentapan' yang kebanyakan antara kita cuba merasai dan mencarinya. Atau lebih mudah jika anda  boleh menonton filem Kuch Kuch Hota Hai (Bila Anda Terasa Sesuatu). Filem ini cuba menerangkan dalam bentuk yang mudah dan seringkas mungkin detik hati apabila kita berjaya menemui seseorang yang boleh menjadi pasangan hidup.

(Dipetik daripada Majalah MASSA bilangan 208 25 September-01 Oktober 1999 oleh Hamidah Zabidi)
Sila lihat diari semalam untuk siri kedua

Untuk kali ini saya selitkan artikel ini secara songsang. Selalunya saya masukkan siri 1 dalam diari yang lebih awal tetapi kali ni saya masukkan dalam diari yang terkemudian kerana saya tahu, saya lewat mengemaskinikan diari buat beberapa hari ini. Ini adalah untuk memudahkan pembacaan.

Sebelum apa-apa saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir Buat Sahabat saya YTM Tunku Faris Tunku Khalil. Kenapa tak dapat call? Saya nak wish tapi tak ada orang angkat.

Oklah...

Saya bangun jam 3.30 pagi dan buat sikit aktiviti sambil bersahur dan kemudian jam 5.30 pagi saya sambung tidur balik. Kemudian bangun balik untuk Subuh dan kembali tidur. Hehehe...

Lepas tu bila bangun, saya terus ke kedai dan beli beberapa barangan yang mak pesan. Kemudian saya gunakan komputer dan tengah hari saya tonton El Amor no Es Como Lo Pintan siri terakhir. Dah puas saya tengok dari awal. Hehehe... Habis penyiksaan saya... Bila dah habis, lepas ni tak mau tengok dah cerita bersiri ni. Menyusahkan sahaja. Hehehe...

Kemudian saya tertidur. Dah agak lama saya tak tidur petang. Mungkin sebab panas kot. Hari ni sejuk sikit. Lepas tu saya main CM sebab nak main bola, depa mula agak lewat hari ni. Kemudian saya berbuka puasa dan selepas berbuka, saya just menonton Berita dan beberapa siri TV.

Kemudian saya tolong abah buat kerja sikit sebelum saya gunakan komputer untuk reply email yang saya terima hari ni.

WASSALAM...

08 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

RAMUAN KIMIA CINTA
(SIRI Akhir)

Jawapan Untuk Mereka Yang Tertanya-Tanya Kenapa Seronok Atau Kecewa Apabila Bercinta

    Bagaimanapun ada sesetengah yang merasakan persamaan kimia yang wujud bukanlah sesuatu yang menyenangkan bahkan menyulitkan. Berdasarkan kajian, otak kita akan melontarkan PEA apabila kita menemui seseorang yang boleh berkongsi masalah atau bersedia melayan perangai kebudak-budakan.

    PEA juga akan dirembeskan apabila seseorang itu  cuba mengangkat hak atau nilai yang dinafikan oleh masyarakat sekeliling dalam diri seseorang individu. Dalam kata lain seseorang lelaki dapat melihat nilai dalam diri seorang wanita lantas menerimanya. Keadaan ini secara tidak langsung boleh membuahkan keserasian antara pasangan. Tetapi mereka masih lagi merasai kesukarannya.

    Mengapa? Ini kerana mereka yang belum mempunyai pasangan tetap akan mencari nilai-nilai seperti bertanggungjawab, setia, jujur, pandai berjenaka, cerdik, fizikal yang menarik dan mengambil berat. alasan yang digunakan untuk menerangkan keadaan ini ialah " saya tak ada klik denganya."

    Jadi apabila seseorang itu menolak cinta, itu bermakna tidak wujud persamaan kimia. Tiada alasan mereka berasa rendah diri atau malu.

    Walaupun begitu tidak dapat dinafikan sememangnya sesuatu yang memalukan atau menyakitka apabila cinta kita ditolak. Tetapi ia lebih baik daripada menjalin percintaan sekerat jalan. Bayangkan cinta yang terjalin beberapa bulau atau tahun itu akhirnya putus di tengah jalan. Kesannya cukup hebat. Ramai yang mengalami gangguan emosi. Malah sering bertanya dan menyalahkan diri sendiri. "Apa Sebenarnya Berlaku? Kami sering mencintai antara satu sama lain.Apakah kesalahan yang telah dilakukan?"

    Anda tidak bersalah. Mungkin anda sebenarnya ditolak oleh seseorang yang gemar bermain dengan cinta, kasanova. Berwaspada dengan individu yang mempunyai perangai sedemikian rupa. Jenis ini sememangnya gemar kepada kegembiraan dengan mengecewakan perasaan orang lain. Golongan ini memerlukan PEAuntuk merasa gembira dan meneruskan kehidupan.

    Biasanya jangka hayat percintaan mereka berlangsung selama enam bulan sehingga tiga tahun (bergantung kepada individu dan keadaan). Selepas itu perhubungan tersebut akan dilanda masalah. Semuanya dikatakan berpunca daripada penurunan bahan kimiaPEA. Ikhtiar terpaksa dicari untuk meningkatkannya kembali.

    Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan ramai pasangan jenis itu gagal meneruskannya sehingga ke gerbang perkahwinan. Kalau berkahwin pun, perceraian akan berlaku selepas beberapa tahun hidup bersama. Sekiranya kasanova ini berkahwin, mereka mempunyai kebarangkalian yang amat tinggi untuk menjalinkan hubungan secara sulit. Semua ini kerana mereka terpaksa memastikan paras PEA berada dalam keadaan yang maksimum. Oleh itu anda cukup bernasib baik dilepaskan sebelum wujud ikatan perkahwinan.

    Menurut Dr. Mark Goulston, pakar psikiatri dari Universiti California, Los Angeles, hormon adrenalin adalah faktor utama menyebabkan kita gemar bercinta.

(Dipetik daripada Majalah MASSA bilangan 208 25 September-01 Oktober 1999 oleh Hamidah Zabidi)

Hari ni selepas solat Subuh, saya Cuma mengambil angin di tepi rumah saya selama lebih kurang 15 minit. Jam 7 pagi, saya mengadap TV menonton Laman Nurani oleh Datuk Dr. Mohammad Fadzilah Kamsah. Kemudian saya keluar membeli paper dan Majalah MASSA terbaru. Selepas itu, saya bersarapan dan mencuci halaman rumah, menyapu halaman dan kemudian menjemur baju-baju.

Aftter that, Saya semak email dan kemudian saya surf www.fantasyfootball.com.my, Terkejut bila saya dapati saya adalah Manager Of The Month bagi September 2002! Saya tak perasan pun point saya bulan tu adalah yang tertinggi bagi manager di Malaysia ni! Hehehe... Saya akan menerima satu pack Manager Premier League! Alhamdulillah. Saya dalam bab bola ni memang cukup minat. Kalau saya main game pun, game bola sahaja. Paling saya minat ialah management game macam CM (Championship Manager).

Tahun lepas saya menang RM 200 dalam fantasyfootball ni. Hehehe... Saja menguji kebolehan mengurus, meneliti permainan dan instinct dalam bola.

Kemudian saya berehat dan sambil menonton TV dan apply kerja online. Petang saya menghantar adik ke sekolah dan kemudian saya main CM sekejap.

Malam menonton Tv, dan membuat sedikit pembacaan. Lepas tu tengah malam semak email sekejap dan reply email-email yang saya terima sambil meneliti guestbook laman saya.

WASSALAM...

07 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

MOLEKUL CINTA

    Phenylethylamine atau PEA adalah bahan kimia yang menyebabkan manusia mempunyai rasa cinta. Hal ini telah lama diketahui oleh saintis. Tetapi penemuan terbaru mencatatkan saintis di Monash berjaya menemui struktur kimia PEA. Penemuan ini diharapkan menjadi batu loncatan bagi menjawab persoalan berkaitan penyakit mental.

    PEA atau molekul cinta adalah bahan kimia semula jadi yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan amphetamine (dikatakan penyebab rasa terawang-awangan pasangan bercinta). PEA dirembeskan apabila pasangan bertentang mata atau bersentuhan tangan. Dalam keadaan yang lebih kronik, pasangan tersebut akan merasa degupan jantung yang pantas, berpeluh di telapak tangan dan nafas yang turun naik dengan cepat.

    PEA juga ditemui dalam coklat. Itulah sebabnya mengapa pasangan yang kemaruk bercinta cenderung menghadiahkan coklat berbanding makanan lain pada hari valentine. Menurut penyelidik Universiti Monash, Dr. Peter Godfrey jika molekul cinta berjaya ditemui, tidak mustahil suatu hari nanti pl cinta pula akan tercipta.

    Apa pun penemuan tersebut mempunyai maksud yang lebih mendalam. Ia mampu membantu saintis menyelidik cabang kimia yang lain. Penemuan tersebut penting kerana PEA adalah salah satu neutrotransmiter yang paling ringkas. Kejayaan ini dijangka membuka ruang kepada kajian yang lebih kompleks terutama yang berkaitan penyakit mental. Ini kerana PEA adalah sebahagian dari hormon yang mempunyai kaitan dengan fungsi sistem motor manusia dan penyakit Parkinson.

(Dipetik daripada Majalah MASSA bilangan 208 25 September-01 Oktober 1999 oleh Hamidah Zabidi)

Sebelum apa-apa saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish saya Happy Birthday. Tahun ni lah tahun paling ramai orang wish. Hehehe... Terima kasih semua!

Sebelum saya menyentuh iari hari ni, saya nak ulas pasal pertandingan street soccer yang saya dan kawan-kawan lalui semalam.

Kami bertolak ke Jerlun seawal jam 7.30 pagi dan setelah kelima-lima kami berkumpul (saya, Zam, Men, Bad dan Asyraf). Bila sampai di tempat pelawanan, macam biasalah Janji Melayu, penganjur pun tak ada lagi. Lepas tu, kamilah menjadi pasukan pertama yang mendaftar tetapi perlawanan kami adalah yang ketiga belas iaitu selepas Solat Jumaat. Jadi kami just berehat di rumah Tok Wan Men.

Solat Jumaat di masjid Al-Abrar. Isi khutbah tak dapat dihayati hari ni sebab kami lewat ke masjid hari ni. Terpaksa kongsi bilik mandi. Yuran pertandingan just RM 10 dan dapat seorang sehelai baju.

Kemudian kami memulakan perlawanan pertama. Barisan Permulaan ialah Asyraf, Zam, Men dan Bad. Elok sahaja mula perlawanan kami dah dapat Penalti. Lepas tu team lawan pulak dapat penalti sebelum kami pulak mendapat satu lagi penalti. Separuh masa pertama kami ketinggalan 4-2. Lepas tu elok separuh masa kedua dimulakan saya pun masuk dan Zam berjaya merapatkan kedudukan dengan gol ketiganya (hattrick) dan kemudian saya menjaringkan gol penyamaan. Lepas tu saya menambah satu lagi gol tetapi dibatalkan! Sebabnya ketika saya menjaringkan gol tu, kasut saya terpelanting keluar gelanggang! Masuk akal ka alasan tu?

Dahlah peraturan permainan diubah tak seperti biasa. Macam mana ni? Lepas tu penentuan penalti. Saya penyepak yang pertama, hampir tak masuk tapi masuk jugak. Hehehe... Tendangan saya dapat ditepis oleh penjaga gol tetapi tetap bergolek masuk.

Men pun sepak masuk tetapi Zam pulak tak masuk sehingga kena sudden death. Asyraf yang menjadi keeper berjaya menyelamatkan penalti dan kemudian menjaringkan gol penalti pulak. Nampaknya jadi wira kamilah hari ni. Hehehe...

Ulasan perlawanan pertama. Semua main ok. Cuma Bad nampak keletihan setelah dia terlalu ghairah pada awal permainan. Disebabkan ini permainan pertamanya dalam street soccer, dia selalu tak marking palyer lawan. Asraf agak kelam kabut sikit sebab asyik nak tangkap bola walaupun di luar kotak D. Men dengan Zam, macam biasa. Cuma finishing Men agak tumpul. Zam superb pulak. Makan apa lah Mamat LADA ni. Hehehe... Saya macam biasa. Cuma masalah injured sikit sampai tak berapa boleh nak angkat kaki tinggi sangat. Tapi still boleh lari dan main macam biasa.

Perlawanan kedua kami bertemu dengan pasukan remaja. Budak-budak sekolah menengah. Barisan permulaan macam perlawanan pertama. Kali ni Asraf dah berjaya sesuaikan diri. Separuh masa pertama, kami memang bermain dengan seni street soccer. Dengan hantaran-hantaran tepat dan bermain dengan keeper. Memang kena taktikal sikit sebab team remaja ni, lambat penat, kena guna otak.

Saya masuk second half dan masuk-masuk dah score. Hehehe... Lepas tu Zam menambah gol kedua. Kami menang 2-0. Semua semakin baik permainan. Cuma Finishing Men agak tumpul. Kenapa Men? Hehehe...

Lepas tu kami terpaksa bermain di peringkat Suku Akhir kumpulan pada waktu malam. First time main malam! Kami bertemu dengan team penganjur. Perlawanan ni memang sengit dan barisan permulaan adalah seperti biasa. Separuh masa pertama kami seri 2-2. Memang ada beberapa keputusan yang agak kontroversi memandangkan kami bertemu dengan pasukan penganjur.

Paling menarik, kami mendapat sokongan hampir kesemua penonton tempatan walaupun kami adalah pasukan luar. Sebabnya, kami main dengan seni street soccer dan fairplay. Separuh masa kedua saya pun masuk dan saya menambah satu gol sebelum Men menambah satu lagi gol. Perlawanan memang sengit. Mula-mula 1-0 kami mendahului kemudian 1-1, 2-1, 2-2, 3-2, 3-3, 4-3. Sehinggalah pada akhir perlawanan kami mendahului 4-3. Tetapi rasa macam pengadil memberi masa tambahan yang banyak kepada pasukan mereka. Dan akhir sekali kami terlepas satu gol dan berakhir dengan kedudukan 4-4.

Sebenarnya kami telah menjaringkan 6 gol. Empat gol oleh Men, 1 oleh Zam dan saya satu gol tetapi dua gol kami dibatalkan! Memang tak adil. Perlawanan terpaksa diteruskan dengan sepakan penalti dan kami tewas 3-1. Men tersasar tendangannya dan saya berjaya menyempurnakannya tetapi disebabkan mereka dah menjaring 3 gol, dan hanya berbaki satu pemain untuk mengambil sepakan. Zam tak sempat nak ambil. Kami tewas jua.

Apa pun perlawanan terakhir ini adalah permainan street soccer terbaik yang pernah kami main. Dengan Zam bijak menggunakan kemahiran gerak badan dan acahan untuk memperdayakan pemain lawan, dan Zam mengatur gerakan bermula dari bawah. Men pulak rajin membawa bola ke tepi dan kemudian membuat crossing-crossing yang cantik untuk penyudahan. Saya pulak banyak membuat hadangan kepada percubaan dan membantu dari segi finishing. Memang semua bermain cukup cantik. Asyraf pulak banyak menyelamatkan keadaan. Kelihatan seperti pasukan lawan dibuli dan kami memang diberi pujian oleh semua penonton.

Itulah permainan terbaik kami. Sayangnya kami tewas. Apa nak buat, team penganjur boleh berat sebelah sikit. Apa pun kepuasan bermain itu lebih utama dari kemenangan. Kepuasan tu lah yang cukup bermakna buat kami. Main untuk kepuasan dan kesihatan. Bukannya untuk kemenangan semata-mata.  

Saya sampai rumah pun tepat jam 12 tengah malam!

Oklah kembali kepada diari hari ni. Itu cerita semalam! Hari ni selepas Solat Subuh, saya terus tidur kembali. Malam tadi tidur jam tiga pagi sebab layan permintaan adik saya, Shaukhi main CM. Hehehe... Saya bangun balik jam 9.30 pagi.

Kemudian jam 11.15 pagi, saya, Shaukhi, Zam dan Men berkumpul di rumah Kakak Zam dan kemudian kami keluar minum sementara menanti Bad. Tapi tak sampai pun dan kemudian terus kami ke Nasi Ayam Qualiti di Stesen Bas Baru, Alor Setar. Kami berbual-bual sementara menanti datuk yang lewat sampai. Zam buat kenduri hari ni. Satu sebab kenaikan pangkatnya dan satu lagi sebab birthday saya. Thanks Zam! Harap-harap naik pangkat lagi. Hehehe...

Lepas tu kami ke Star Parade untuk menemankan Zam membeli baju. Setelah solat Asar di surau star Parade, kami mengikut kata Datuk supaya menghadiri majlis menjunjung duli di Stadium Darulaman. Sesampainya di sana, kami memang terasa jangal sebab berpakaian tak fomal. Orang lain semuanya berpakaian formal. Hehehe....

Datuk oh Datuk kenapa ajak kami ke majlis macam ni dengan tak inform pasal proper attire. Hehehe... Tapi dapat makan free bersama Sultan, Raja Muda dan MB. Datuk Seri Setia Diraja Syed Razak Syed Zain, MB Kedah mengejutkan kami bila datang ke arah kami bersalaman dengan kami. Hehehe... Dalam banyak-banyak MB Kedah sebelum ni, MB ni lah yang paling mudah didekati dan mesra. Saya tak ulas pasal MB lain. Nanti kena gam! Hehehe...

Kemudian Zam dah nak bertolak balik ke Langkawi dan saya menemani adik saya membeli helmetnya yang hilang di stadium tempoh hari. Kemudian bila balik ada kenduri kesyukuran oleh jiran saya. Depa pulak buat secara mengejut, macam mana saya nak attend. Saya balik pun dah jam 6 petang. Kemuian saya just berehat dan malam just menonton TV. Tengah malam saya reply email-email yang perlu direply dan semak apa yang patut.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah