Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

28 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni, seharian saya Cuma berbaring. Entah apa kenanya, kepala saya terlalu pening, badan jadi lemah. Saya demam. Tapi saya tetap teruskan puasa saya hari ni. May be sebab saya risaukan sangat beberapa perkara. Biarlah, may be ni adalah coretan terpendek dalam diari saya...

WASSALAM...

27 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Maaf sebab sebab dalam diari 23/07/2003 saya ada janji nak masukkan lagi tambahan madah tapi disebabkan hard disk komputer saya rosak. Saya dah kehilangan semua tu. Maaf!

Oklah...

Saya rasa cukup keliru waktu ni. Banyak sangat benda yang mengganggu fikiran saya. Sampaikan saya susah nak tidur. Entahlah rasanya macam masalah datang bertimpa-timpa. Saya dah banyak mencuba meleraikannya tetapi rasa terlalu sukar. Alhamdulillah, saya masih dapat mengawal diri.

Sambil tu, saya cuba nak buat sesuatu yang may be akan jadi turning point dalam hidup saya. Benda ni bulan depan dan bulan 10 akan berakhir. Saya dah nekad dah. Malas saya nak hanya memikirkan sesuatu yang menyusahkan diri saya. Banyak benda lagi nak kena buat. Bab kewangan dah terlalu kritikal. Banyak lagi maslaah yang nak kena saya fikirkan. Bukannya memikirkan sangat kerenah manusia yang tak tahu menghargai orang lain! Alhamdulillah saya masih boleh membuat keputusan yang saya rasa bijak. Biarlah Allah menghakimi apa yang saya lakukan. Apa yang penting saya tak aniaya orang dan saya tak sakitkan hati orang. Malah mungkin menggembirakan orang!

Hari ni waktu pagi selepas Solat Subuh saya tak terdaya nak bukak mata tapi saya bukak jugak dan keluar beli paper serta ambil sarapan. Lepas tu bila khatam paper tu, terus saya rehat sekejap sebelum saya terus ke Hospital. Lepas tu saya jenguk keadaan sepupu saya dan kebetulan waktu tu waktu consultation dengan doktor, saya pun bincang dengan doktor, Alhamdulillah doktor kata petang nanti dah boleh balik. Syukur...

Kemudian saya ke wad Pak Long saya pulak. Tak habis-habis saya berbual dengan saudara mara. Dari jauh depa datang dan ada yang datang dari Penang. Sebenarnya Pak Long patut dibedah waktu pagi. Cuma tunggu giliran sahaja. Sampai jam 3 saya tunggu doktor tak panggil-panggil jugak. Lepas tu saya balik rumah berehat sekejap. Pukul 5 petang saya tidur selama sejam. Lepas Asar ni tak elok tidur tetapi saya dah mengantuk sangat. Malam tadi tidur pun lebih kurang sejam sahaja. Tu pun dengan nyamuk banyak kat hospital tu.

Bila dah jam 6 saya rasa mengantuk lagi. Rasa macam nak sambung tidur. Kepala memang pening. Tapi saya rasa better saya turun main bola. Memang cukup pening tetapi saya nak ada feel main bola. Saya kena enjoy my life. Kena always happy walaupun ada masalah. Buat apa bermuram dengan masalah? Face it and anda akan berjaya!

Lepas tu dapat berita yang pembedahan Pak Long saya ditunda esok disebabkan tekanan darah yang tinggi.

Lepas tu waktu malam saya hantar adik ke sekolah, kemudian ke hospital sekejap ambil mak dan kemudian saya tonton bola di kedai member bersama Men dan Ghafur sekali. Kalah jugak Newcastle melalui penalti. Saya tak kisahs angat kalah tapi cara Jenas Ambil penalti tu memang tak pro langsung! Lepas tu baca dalam laman web Newcastle pasal Bobby Robson blame Jenas. Saya rasa memang patut dapat punishment pun!

Lepas tengok bola, ingat nak ke office tapi call tak ada orang angkat pun. Malam-malam pun rasanya ada kot. Malam ni ja kot. Lepas tu terus saya ke hospital, berbual dengan kawan-kawan dan pesakit. Juga dengan Mak Long saya yang jaga Pak Long saya.

Bila saya pusing kat hospital tu, saya nampak ramai yang sakit tetapi ada sokongan di sisi. Alhamdulillah. Anak dan isteri/suami setia menemani. Nanti bila saya dah berkeluarga, harapnya saya akan dapat isteri yang boleh menghadapi susah dan senang bersama. Biarlah kalau tak ada rupa pun. Yang penting budi pekerti dan sifat memahami serta menghargai orang lain. Macam mak saya jugak yang tak terkira jasanya kepada keluarga...Saya balik kira-kira jam 2 pagi. Lepas tu saya surf Internet sekejap dan balas email yang saya terima. Cuma tak sempat balas satu lagi.

Lepas bersahur, saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

26 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Pengguna dan semoga kita mengetahui hak-hak kita sebagai pengguna....

Waktu pagi, bila bukak komputer, hard disk yang satu lagi memang langsung tak dapat didetect oleh komputer. Habis saya berikhtiar nak selamatkan keadaan dengan adik saya. Dalam tu ada terlalu banyak benda yang saya sayang. Saya sebolehnya tak mahu komputer tu diformat balik. Alamak macam mana ni. Lepas tu saya telefon kawan dan dah tak ada jalan lain dah, terpaksalah format jugak.

Saya ambil masa sekejap untuk terima hakikat ni. Redha sahajalah... Tak semua benda atas dunia ni kekal. Akan ada akhirnya. Walaupun saya sayang sangat isi yang ada dalam tu. Banyak koleksi peribadi saya hilang begitu sahaja. Analisis peribadi yang saya buat pun hilang. Koleksi artikel yang saya nak masukkan dalam diari ni pun hilang. Yang saya karang dan hanya tunggu masa dipublish dalam diari saya pun hilang. Semuanya! Sabarlah... Dugaan...

Lepas tu saya nak buat beberapa follow up mengenai aktiviti saya di Internet disamping nak updatekan diari ni. Jadi saya terpaksalah ke CC member. Lepas tu punyalah banyak saya karang dalam word. Nak balas email orang dan update diari, tiba-tiba ada orang menjerit kebakaran! Rupanya kedai sebelah tu baru nak mula kebakaran. Habis semua yang saya taip dalam tu! Hilang macam tu sahaja sebab elektrik dimatikan terus!

Terus balik rumah dan adik saya formatkan komputer. Kemudian bila ok, saya main CM dengan adik saya. Tu pun lepas format komputer. Prestasi tak berapa ok sangat. Tapi saya tetap berpuas hati. Lepas tu dapat berita pasal Pak Long saya. Bahunya patah pulak selepas jatuh katil di hospital. Sepatutnya Pak Long nak kena bedah esok. Lepas tu sepupu saya pun dimasukkan ke hospital (Anak Pak Long saya tu). Kelam kabut sikit jadinya.

Saya cadang nak pi malam berjaga kat sana. Lepas tu saya turun main bola. Alamak letihnya! Tapi puas hati. Kalau tiap-tiap hari macam ni memang best! Walaupun letih. Walaupun fikiran saya berserabut waktu ni, saya still boleh berfikir, jangan risau. Saya still boleh enjoy my current life. Memang seronok ada banyak masalah ni. Hehehe... (Betul ka?) Entahlah... Tapi memang berserabut.

Malam saya tonton bola Malaysia lawan Birmingham. Malaysia kalah 4-0. Bagi saya boleh dimaafkan sebab dalam dua hari kena lawan dua game. Bukan game kampung, lawan World Class Player, bukannya lawan team lekeh-lekeh. Bagi saya, kalau level Asia may be kita dah bersedia.

Lepas tu saya ke Hospital jaga Pak Long saya. Berjagalah kat luar wad tu. Nak tidur nyamuk banyak. Lepas tu saya dnegan adik saya keluar makan sekejap kat kedai mamak kat hospital. Lepas tu kami balik kira-kira jam 5 pagi. Terus saya masuk tidur. Apa lagi. Tapi still payah nak lelapkan mata. Ya Allah kenapalah saya risau sangat! Entahlah... Rasa macam ada yang tak kena. Saya terlalu risau. Last sekali tertidur pun. Waktu dah dekat Subuh dah...

WASSALAM...

25 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

MALU.. MALUNYA.. TERAMATLAH MALUNYA!
nur (11856) - 7/27/2003 10:29:19 PM/161.142.100.87

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca
AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

Saya petik puisi ni dari email kawan saya dan kat situ ada link orang yang sendkan puisi ni di mymasjid.com.

Seawal jam 7.30 pagi saya dah bertolak ke Langgar untuk sertai Street Soccer di sana. Saya sampai awal. Penganjur baru nak siapkan gelanggang. Lepas tu pusingan pertama, kami lawan dengan soccer boys. Kami tewas 4-1. Apa dah jadi semuanya serba tak kena. First half saya tak masuk lagi. Tengok Bad macam hilang arah. Dia dah terlalu penat dan katanya nampak kelam. Semua tak perform. Men dengan Shuk nampak tak bersemangat. Choki pun macam tak dapat buat apa-apa. Saya masuk second half. Saya try nak bersemangat tapi still tak cukup. Saya pun banyak buat mistake. Kawalan bola pun lemah. Entahlah...

Bila dah kalah, kami register sekali lagi dan lawan sekali lagi. Tewas jugak. Tapi kali ni improve sikit. Saya main full time pulak. Bad dah tak larat. First half kami leading 4-3. tapi second half kami terlepas dua gol. Akhirnya kalah 5-4. Saya rasa, fitness saya amat lemah. Jadi susah nak main dengan baik. Sorry kawan-kawan...

Lepas tu saya Solat Jumaat di Masjid Alor Semela, dan khutbah berkisar tentang Pecah Amanah. Kemudian saya berehat di rumah sambil main CM dengan Choki. Lepas tu nak main bola, tak ada orang pun! Malam saya tengok bola Malaysia lawan Chelsea. Walaupun kalah 4-1, saya puji cara Malaysia main. Cuma kita kena fikirkan macam mana nak ubah saiz player negara la ni. Kita banyak disadvantage dari segi tu. Kalau saiz, sama rasanya kita pun boleh pergi jauh.

Lepas game, saya balik dan ingat nak main CM tapi komputer rosak. Puas repair sampai jam 1 pagi tapi rosak jugak. Last sekali tidur kira-kira jam 3 pagi sebab saya tengok balik ulangan bola Malaysia lawan Chelsea.

WASSALAM...

24 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tak berpuasa macam biasa hari ni. Pagi, rutin saya macam biasa. Cuma hari ni saya kembali berjogging sebab nak dapatkan sikit fitness untuk esok. Kemudian saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk uruskan kerja saya. Tengah hari saya berehat di rumah sampai petang.

Petang saya jogging sekali lagi di taman Rimba dan kemudian saya ke Stadium tengok team Kedah training. Saya duduk dengan barisan warga HKC. Dato’ Shukri Hashim, Pengurus Kedah pun berada sekali dnegan kami. Kemudian saya balik awal sikit sebab malam Jumaat nak kena baca Yassin bersama famili.

Malam saya siapakan apa yang patut dan kemudian saya surf Internet dan reply email-email yang saya terima. Saya tidur kira-kira jam 12.30 malam.

WASSALAM...

23 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sedikit madah yang saya petik dari koleksi saya. Ada 24 kesemuanya hari ni saya akan masukkan 12 dahulu...

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena  kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena  kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan  hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu  meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa  yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang  lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita  temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap  hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang  salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya  mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir  dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti  hatinya.

Oklah masuk bab lain...

Perancis punyalah nak memartabatkan bahasanya dengan mengharamkan penggunaan perkataan “email” dan digantikan dengan courier. Digantikan dengan “courier electronique”. Kalau Siam memang terkenal dengan bahasa Siamnya. Jepun pun sama. Siapa yang nak belajar sesuatu dari Jepun, belajarlah bahasa Jepun baru depa akan beri ilmu tu kat kita. La ni nampak macam Bahasa Mandarin dah semakin dominan. Bahasa Melayu macam mana?

Selagi budaya ilmu masih belum menjadi cara hidup kita, selagi tulah kita akan terpinggir bukan sahaja dari aspek bahasa, malah lain-lain lagi. Fikirkanlah bersama!

Bab lain pulak...

Aktiviti saya hari ni. Pagi selepas hantar adik ke sekolah, macam biasa, saya beli paper dan ambil sarapan dari mak. Kemudian oleh kerana hari hujan renyai-renyai, saya pun terlentok. Hehehe... Kemudian terus ke office dan bincang pasal projek. Bila dah banyak briefing saya pun balik kira-kira jam 1 tengah hari. Lepas tu bertembung dengan satu kejadian kecelakaan jalan raya. Jangan salah faham. Bukan saya yang eksiden. Orang lain.

Entah pasai apa entah dia pi masuk dalam longkang! Ada yang kata kawan tu khayal sebab kawan tu dikatakan sebagai penagih dadah. Tapi yang jelasnya dia memang laju sampai terbabas. Sekarang ni kena lebih berhati-hati di Jalan Datuk Kumbar ni. Kereta semakin banyak. Memang sukar nak lintas. Tambah-tambah lagi kenderaan ringan seperti motor dan basikal. Potensi kemalangan amat tinggi, apa pun harapnya tak menjadi mangsa.

Kemudian saya jemput adik balik dari sekolah. After that saya just berehat di rumah dan review pasal VB. Kemudian saya tidur dalam masa sejam dan sambung buat review VB. Bila dah boring saya main CM sekejap.

Malam saya just menonton TV dan kemudian tonton Senario sebelum pergi ambil adik di sekolah. Bila balik apa lagi mengadap komputerlah sampai satu tahap saya terfikir, kalau tak ada komputer dalam dunia ni, apa yang nak saya buat? Tentu boring dunia ni. Hehehe...

Kemudian tonton Preview Liga M dan kemudian surf Internet sekejap sambil update diari ni sebelum tidur...

WASSALAM...

 22 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

MUSLIMAH SEJATI WANITA DIKASIHI WANITA SOLEHAH

MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman.

Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan  dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi.

Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.

Hari tu saya ada tulis bab wanita. Jadi ni adalah satu artikel yang saya dapat dalam email langganan saya. Dan saya rasa elok saya paparkan di sini buat perhatian dan panduan semua...

Oklah...

Hehehe... Sekali hari ni saya rasa cukup pening. Salah satunya memikirkan apa yang saya saksikan dalam sebuah laman web hari tu. Saya bukak balik. Saya baca betul-betul. Alamak! Saya yang tersilap rupanya. Kenapa jadi macam ni? Hehehe... Tahun 2002 dengan 2003 pun tak boleh nak baca betul-betul? Tak pasal pasal saya dah hampir salah anggap! Cuai betul! Hehehe...

Tak apalah, kalau betul pun, saya tetap faham rasionalnya, Cuma saya terkejut sikit. Buatlah macam mana pun, saya memang susah nak marah. Entahlah macam mana boleh susah sangat nak marah sampai bila saya tengok orang marah, saya susah nak faham kenapa marah marah sedangkan benda tu boleh kita bincang.

Oklah dah melalut pulak... Hari ni saya waktu pagi hantar adik ke sekolah lepas tu saya ke office siapkan pasal projek saya dengan Sekolah Rendah Islam Alor Setar. Kemudian balik makan tengah hari dan selepas itu kami terus ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk proses ‘install software’. Selepas siapkan apa yang patut kami terus mula berbincang dengan pihak pengurusan sekolah dan kemudian saya pun balik kerja hampir jam 5 petang.

Petang just berehat sambil saya install beberapa software. Maklumlah hard disk dah kembali ok. Banyak benda yang nak kena ubah. Malam saya just study balik pasal VB 6.0. Alamak dah berkarat skill programming saya ni. Hehehe... Apa lah punya graduan IT ni! Saya nak try develop satu simple system. Tapi kena ambil masa nak review balik semuanya.

Lepas tu saya sempat surf Internet sekejap. Tapi saya still tak balas lagi email sebab saya nak balas secara serentak esok pagi. Senang dan menjimatkan masa. Lepas tu saya tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah