Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

27 OKTOBER  2003 @ 01 RAMADHAN 1424 H

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadhan datang lagi. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Bulan yang dahulunya (waktu kecik sebab kena puasa. Hehehe...) saya benci tetapi kini ia adalah bulan yang saya nanti.

Puasa banyak menguji kita. Menghayati falsafah puasa membuatkan kita semakin sedar erti kehidupan kita yang sebenarnya. Ramai jugak yang mengadu masalah kepada saya sama ada melalui email atau terus, mengatakan yang mereka terasa kosong dalam hidup. Sebenarnya kalau kita sentiasa ingatkan Allah dalam erti kata yang sebenar, kita tak akan rasa kosong. Malah kita akan rasa tenang dan bahagia!

Puasa banyak mendidik kita ke arah itu. Dengan puasa terselit jugak banyak hikmah yang terselindung. Ramadhan ibarat satu tempat pengajian. Juga boleh dianggap sebagai pusat kesihatan kerana ia mrawat banyak penyakit jiwa.

Perut yang kenyang akan menyebabkan nafsu semakin bermaharajalela. Lihatlah bagaimana nafsu apabila kita dalam kelaparan. Sebab itu kita kena sentiasa menjaga perut kita. Itu dari segi spiritual tetapi dari segi kesihatan pulak, perut adalah tempat bermulanya penyakit. Perut adalah ibu degala penyakit.

Dalam bulan Ramadhan jugak ia menguji sama ada kita benar-benar kuat iman kita atau tidak. Syaitan akan ditambat dalam bulan puasa dan waktu itu, sekiranya kita masih melakukan kemaksiata, bermakna iman kita amat lemah. Kita masih hanyut dalam maksiat walaupun Syaitan tiada untuk menghasut! Bermakna Syaitan sudah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya! Jadi marilah kita merenung kembali penghayatan puasa.

Saya menulis buat renungan dan peringatan diri saya dan juga sesiapa yang mahu menghayati. Marilah kita mulakan Ramadhan kali ini dengan hati yang gembira dan keazaman yang kuat dan semoga di akhir Ramadhan nanti kita akan berjaya dengan penuh cemerlang dan menjadikan diri kita setakuk lebih baik daripada sekarang sekurang-kurangnya...

Ramadhan Al-Mubarak...
Kehadiranmu Aku Sambut...
Aku berharap agar Ramadhan kali ini yang terbaik buatku...

InsyaAllah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah