Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

13 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR KE-53 BUAT ABAH TERSAYANG!

Alhamdulillah... Abah dah pun mencecah umur 53 dan Azrul harap semoga abah panjang umur dan murah rezeki. Terima kasih atas segala pengorbanan abah dan segala tunjuk ajar. Memang Azrul rasa cukup bertuah dapat seorang abah yang memahami dan mempunyai banyak pengalaman. Nasihat-nasihat yang diberikan, akan Azrul ikuti dan Azrul akan cuba lakukan yang terbaik buat semua, InsyaAllah...

Terima Kasih Abah...

Selepas Solat Subuh saya terus berehat dan kemudian tonton Laman Nurani oleh Datul Dr. Mohamad Faszillah Kamsah. Kemudian beralih ke Berita dan berehat sekejap sambil sarapan. Kemudian saya bersama adik, ke dewan badminton untuk melatih team Perkep. Team perkep ni adalah team keluarga polis. Taklah susah sangat nak handle training orang perempuan. Tak perlu beri pressure banyak sangat. Lagipun semuanya dah berusia.

Tapi ada yang memang kemas main. Contohnya mak kawan saya yang dah berumur 43 tapi memang cukup pantas kejar bola. Apa pun saya just main macam biasa sahajalah. Kemudian bila dah habis, terus saya lawan dengan adik saya. Macam biasalah keputusannya, Si Abang tetap menang. Hehehe...

Kemudian saya berehat sambil membaca paper. Tengah hari tonton TV tapi waktu tengah hari memang banyak panggilan telefon untuk saya. Hehehe... Jenuh nak layan. Semua berkaitan dengan kerja. Tak report diri lagi dah sibuk. Hehehe... Kemudian saya baca majalah MASSA dan tertidur sekejap.

Petang buat sedikit kerja mencuci halaman rumah dan kemudian main bola. Hari ni seri 2-2. Apa pun kasut bola saya dah hancur. Tapi tak apa sebab hari ni lah last saya main. Esok dah nak bersiap ke Penang. Sambil tu bila berbual dengan seorang rakan. Sedih jugak bila dia maklumkan akan berpindah ke Baling.

Entahlah. Saya rasa cukup sedih. Macam nilah, bila dah jadi anak polis atau anggota keselamatan yang lain. Asyik kena pindah sahaja. Saya pun dulu selalu jugak tapi still di Alor Setar. Sebelum tu di Jerantut, Pahang. Saya pun peninglah jugak. Ramai kawan dah berpindah. Seingat saya sewaktu mula-mula saya masuk ke taman ni (Berek Polis), saya memang ada ramai kawan. Memang mesra. Lepas tu sorang demi sorang berpindah. Bergantilah dengan yang baru. Elok dah mula mesra, pindah lagi. Silih berganti!

Untuk berkawan Memang Mudah Tetapi Untuk mengekalkan persahabatan terlalu sukar.  Sebab itu saya rasa cukup sedih. Bila ada ramai kawan memang cukup membahagiakan. Apa boleh buat. Dah begitu kan! Terus terang saya cakap, di Alor Setar, saya memang tak ramai kawan. Hampir 90% kawan saya berada di luar Alor Setar. Tengoklah latar belakang pengajian saya dulu. Memang datangnya dari serata Malaysia. Cuma sekolah rendah sahaja, ramai orang Alor Setar. Itu pun ramai sangat dah berpindah ke tempat lain.

Tapi ada advantagenya. Ke mana pun saya pergi, saya tetap ada kawan. Hehehe... Itulah yang seronoknya. Tambahan pula saya jenis suka melancong dan berjalan. Apa pun segala yang berlaku ada hikmahnya...

Selepas Solat Isyak, kami sekeluarga membuat sedikit majlis kesyukuran sempena Hari Lahir Abah yang ke 53. Selepas baca doa, ada sedikit jamuan dan kemudian mak memberi cenderahati kepada abah dan sayalah jurukameranya. Alhamdulillah...

Saya pulak lepas tu mengadap TV menonton Siaran Langsung FA Cup Southampton Lawan Watford dan Southampton menang 2-1. Tengah malam, saya settlekan assignment Kak yus (last assignment yang saya handle sebelum mula bekerja). Sambil tu semak email dan reply email-email yang sepatutnya. Lepas tu apa lagi tidurlah...

WASSALAM...

12 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak,ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.

Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan,marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis. Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.”

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. “Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.”
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.”Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.” “Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
? adik perempuan itu bernama Palestin.
? adik lelaki itu bernama Iraq
? abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
? adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
? adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan
Islam
? mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
? bapa yang mati adalah khalifah

Satu kisah yang saya dapat dari seorang sahabat. Fikirkanlah sejenak. Bagi saya ia seolah-olah menggambarkan situasi sebenar yang berlaku ketika ini. Fikirkanlah...

Selepas Solat Subuh, terus menonton Berita dan kemudian beli akhbar dan selepas sarapan saya berehat sekejap. Lebih kurang jam 10 pagi saya tertidur sampai jam 12 tengah hari. Kemudian tonton drama komedi di TV2. Jam 3 saya ke Alor Setar untuk membeli seluar dan kemudian beli hadiah untuk abah sempena hari lahirnya esok. Alhamdulillah...

Kemudian saya just berehat di rumah. Selepas Solat Maghrib, saya menonton Newcastle Lawan MU di kedai member. Frust betul bila Magpies tewas 2-6. Apa pun skuad ni adalah future skuad. Lebih kurang 15 pemain Newcastle adalah under-24. Jadi rasanya potensinya amat besara sekiranya dikekalkan. Ia mengimbas kembali skuad Leeds tahun lepas yang dipenuhi oleh pemain-pemain muda berbakat tetapi gagal mengekalkan momentumya apabila ramai pemain yang dijual. Contohnya Woodgate ke Newcastle.

Jadi kalau ia dikekalkan saya rasa, Newcastle akan menjadi top dalam EPL.

Kemudian bila balik sempat menonton TV dan kemudian macam biasa surf Internet dan semak email.

WASSALAM...

11 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saddam dah mati? Benarkah? Masih hidup? Di mana?

Banyak persoalan yang bermain dalam kotak pemikiran kita apabila kita mengikuti perkembangan isu Iraq-US ini. Tiba-tiba tentangan sengit yang dijangkakan tidak kesampaian. Dengan agak mudah Baghdad dapat ditawan. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Mungkinkah ia satu taktik oleh Saddam untuk memerangkap lawan? Pada pandangan saya, ia seperti satu taktik yang cuba memerangkap lawan. Mungkin dalam masa yang terdekat ini akan berlaku sesuatu yang tak dijangka. Sukar dipercayai, jika tiba-tiba semangat melawan rakyat Iraq tiba-tiba hilang.

Entahlah...

Yang jelas ia merupakan penindasan ke atas negara Islam. US sudah mengisytiharkan Kerajaan Saddam tumbang.

Ok, fine.

Tetapi di mana Saddam? Apakah sebenarnya matlamat perang ini? Membunuh Saddam? menghapuskan senjata pemusnah?

Kalau benar US begitu komited kepada usaha membanteras keganasan, Mengapa Israel tidak dijadikan sasaran, sedangkan itulah raja segala pengganas ketika ini.

Bagi negara-negara Islam pula, ini merupakan satu simbol perpecahan dan kelemahan umah. Sampai bila kita harus begini. Ia adalah isyarat jelas kepada kegagalan kita bersatu. Selagi kita masih mementingkan diri sendiri, selagi itulah kita akan sentiasa ditindas.

Memang saya rasa agak emosional dalam hal ini. InsyaAllah esok saya akan paparkan satu kisah yang boleh dikaitkan dengan Umat Islam masa kini.

Saya memulakan waktu pagi seperti biasa. Tak dapatlah nak turun berjogging. Bukannya apa. sebenarnya kasut jogging saya dah koyak sewaktu lawan street soccer tempoh hari. Nak beli baru budget tak cukup. Jadi tunggulah gaji masuk. Alhamdulillah waktu ni gaji masuk walaupun tak kerja lagi. Tak sabar nak dapat first gaji. Hehehe...

Saya tidur sekejap sebelum solat Jumaat. Saya sengaja mengubah selera bersolat Jumaat di Masjid Mohhamad Iskandar Mas Tempawan. Maaf! Bukannya apa, cuma saya rasa agak kurang menarik dengan cara penyampaian khutbah. Mungkin sebab khatib dah lanjut usianya. Alhamdulillah saya memang kalau ada orang bercakap di depan, saya akan beri perhatian 100%. tetapi jemaah lain, ramai yang tidur. Khutbah membicarakan soal mebajai dan menyuburkan Pohon-pohon Iman.

Kemudian selepas Solat Jumaat, saya cuma berada di rumah. Nak main waktu petang, keadaan hujan lebat dan tak ada orang yang main. Jadi berehat sahajalah dengan rasa yang cukup membosankan. Hehehe...

Malam ada perlawanan Persahabatan Badminton antara UUM dengan Polis daerah kota Setar. Oleh kerana Polis tak cukup player, jadi saya dan adik saya diimport untuk bertemu UUM. Hehehe... Dulu waktu di kampus, itulah gang saya training dan di rumah gang training saya ialah team Polis. Maklumlah dewan badminton sebelah sahaja rumah.

Saya dan adik bermain acara beregu. Paling saya minat dan dalam single. Kebolehan utama saya adalah single. Tapi dah ditetapkan, maka saya main double. Keputusannya saya seri! Eh! Macam mana boleh seri? Sebenarnya dalam perlawanan friendly jika setiap pemain menang seorang satu set, maka ia diisytihar sebagai seri kalau dalam perlawanan biasa ia akan dilanjutkan ke rubber set.

Apa pun keseluruhannya UUM menang. Mulanya terkejut jugak bila dipanggil. Maklumlah berat badan saya naik sikit dan stamina memang tak terjaga. Jadi saya just turun main. Seronok jugak bila jumpa member lama dari UUM (Ini adalah pasukan Staff!) seperti bekas-bekas lecturer, dan lain-lain.

Kemudian selepas itu berehat sambil mendengar Ikim.fm. Minggu ni lagu Cinta Dan Harapan dari kumpulan Firdaus berjaya menjuarai carta nasyid bagi minggu yang ke-28. Tahniah.

Saya pulak lepas tu, mulalah surf Internet maklumlah komputer dah kembali ok. Alhamdulillah. Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah