Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

25 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMILIH PASANGAN
Part 4
(Akhir)

 Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda: "Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.
 
Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

Oklah...

Memang boring duduk saja kat rumah. Kalau boleh memang nak kerja tapi entahlah still tak dapat kerja lagi. Jadi memang duduk rumah sampai tengah hari sambil membaca dan menonton TV. Lepas tu saya keluar ke Alor Setar mencari peluang-peluang kerja. Tapi macam biasalah... Kena ada cable jugak!

Kalau guna orang dalam ni, tak apa kalau memang berkelayakan tetapi masalahnya kalau tak berkelayakan. Tengoklah rezeki Allah tu ada di mana mana. Selagi kita berusaha, InsyaAllah hasilnya akan ada nanti.

Kemudian saya ke ASRC bertemu dengan setiausaha Persatuan Badminton Kedah, Mr. Ang untuk urusan pendaftaran kejohanan Badminton tertutup Kedah pada bulan depan.

Petang saya buat kali pertama dalam masa lebih sebulan, mula kembali training badminton. Lawan saya ialah adik saya, Shaukhi. Hehehe... Macam biasa dia memang tak boleh kalahkan abangnya. Walaupun dia dah leading 14-4! Tapi dia tetap tewas 17-16. Saya memang langsung tak gerun kalau lawan dengan adik saya. Orang lain memang gerun kalau lawan dengan dia. Hehehe...

Set kedua menang jugak... Jadi memang saya cukup erpuas hati tetapi still ada beberapa benda yang saya tak selesa dengan peralatan saya. Zaman ekonomi meleset ni, memang sukar. Kalau ada penajaan kan bagus. Hehehe... Macamlah player dunia... Tapi saya memang perlukan beberapa barangan baru tetapi rasanya terpaksa bergantung jugak dengan apa yang ada. Manfaatkan dengan sebaik mungkin.

Kemudian waktu malam hantar dan jemput adik dari sekolah. Lepas tu tonton Nasib Labu Labi dan sambil tu tengok rakaman hari perkahwinan jiran. Banyak benda baru yang saya dapat dari rakaman tu. Baru saya tahu. Hehehe...

Anyway sekarang banyak komen pasal kawin... Saya masukkan topik kawin ni bukannya apa, macam saya jelaskan beberapa hari lepas ia sebenarnya disebabkan ada ramai member saya yang nak berkahwin dan bertunang. Jadi saya rasa saya patut masukkan topik ni. Lagi pun sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah dan musim orang berkahwin...

Saya tidur kira-kira jam 12.00 malam.

WASSALAM...

24 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMILIH PASANGAN
Part 3

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

 
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Oklah...

Waktu pagi selepas sarapan saya ke beberapa lokasi untuk menghantar resume. Kemudian dalam perjalanan saya sempat tonton karnival bola sepak 4 sebelah di Sekolah Kebangsaan Iskandar.

Kemudian saya teruskan perjalanan mencari kerja sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Rehat sambil makan tengah hari dan selepas solat Zohor, saya tonton filem Deewane di TV3. Saya memang suka tonton cerita hindustan.

Kemudian sambung main bola dan hari ni tak ada gol dan tewas besar 9-7. Hehehe... entah apa yang tak kena. Semua off form. Mujur waktu malam Kedah menang 3-1. Macam saya agak striker baru Kedah James william Monie score gol. Memang saya cukup yakin dengan cara dia bermain. Paling best sebab cukup agresif nak cari gol. Kira sekarang Kedah berada di tangga kedua dan 03 Jun ni akan bertemu Penang di Alor Setar. Semoga berjaya.

WASSALAM...

23 MEI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

MEMILIH PASANGAN
Part 2
 

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw
menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya  dimurahkan Allah swt.

 Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

Oklah...

Saya bangun jam 3 pagi dan kemudian saya buat sedikit kerja sampai jam 5 baru tidur balik. Lepas subuh saya bersama keluarga membuat sedikit gotong royong dan selepas sarapan terus saya pulang ke kampung di Pendang.

Dah lebih sebulan saya tak balik kampung. Jadi saya memang dah lama tak jumpa dengan tok wan saya. Tapi bila balik kampung memang rasa cukup tenang. Mandi di luar memang menyeronokkan. Kata orang tempat jatuh lagi kan dikenang ini kan pula tempat tumpah darah.

Di sinilah tempat saya mula melihat dunia. Di sinilah tempat yang cukup menenangkan saya. Memang best. Kemudian solat Jumaat di Masjid Kampung saya yang dah menjadi baru siap dan menjadi Masjid Daerah Pendang.

Memang selesa di masjid ni. Hehehe... Mungkin sebab dinding yang jenis berlubang-lubang memudahkan udara masuk. Apa pun memang cukup selesa di masjid baru ni. Habis awal pulak hari ni dan imam membicarakan soal “Rasulullah Insan Dikagumi”.

Kemudian sama-sama makan tengah hari bersama Tok Wan, pak su dan Mak Su. Kemudian saya ke tapak pembinaan rumah Pak Long saya yang masih dalam pembinaan. Fuh! Memang besar rumah tu. Ada 6 bilik dan 3 bilik mandi. Ruang tamu sahaja rasanya sebesar dua gelanggang badminton! Memang besar. 50 kaki X 65 kaki. Memang puas hati. Memang impian saya nak buat rumah besar nanti bila besar. Tengoklah, InsyaAllah tercapai.

Kemudian sebelum pulang, Tok Wan beri sikit belanja. Biasalah. Tok Wan memang selalu bagi duit kat saya. Alhamdulillah waktu zaman ekonomi meleset macam ni. Hehehe...

Kemudian sambung main bola dan seperti biasa ada gol tapi just satu hari dan memang 6-1. Malam saya Cuma berehat dan jam 10.30 malam terus tidur.

WASSALAM...

22 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMILIH PASANGAN
Part 1

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Di atas adalah artikel yang saya perolehi dari email. maaflah sebab saya tak tahu nak beri kredit kepada siapa. Tapi untuk iktibar semua. Saya akan buat ia sebanyak empat siri. Lagi pun sekarang ramai kawan saya yang nak melangkah ke alam perkahwinan. Ramai juga yang dah bertunang dan akan bertunang. Jadi bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan.

oklah...

Selepas Solat Subuh saya terus sambung tidur. Memang mengantuk! Dan kemudian saya just berehat di rumah sampai petang sambil tonton TV dan membuat sedikit pembacaan untuk ujian PTD.

Lepas tu saya dapat jemputan kenduri kahwin kawan saya semasa di MRSM dulu iaitu Khairil Anuar Kamaruzaman dengan pasangannya Norhayati Mohamed Daud. Semoga berbahagia selamanya. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya sampai tapi dalam keadaan sekarang, rasanya tak dapat hadir. Lepas ni may be akan ke Sarawak balik kot!

Apa pun semoga berbahagia selamanya...

Firman Allah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya telah diciptakan untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikan-Nya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda keesaan-Nya bagi oang-oang yang berfikir”

-Surah Ar-Rum Ayat 21-

kemudian macam biasa main bola dan dapat score dua gol dalam masa dua minit pertama tapi tewas 4-2. Hehehe... Lagi pun saya berpuasa hari ni. Malam saya just berehat dan tidur kira-kira jam 10.30 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah