Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

10 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah saya telah berjaya memenangi Kuiz Bola dalam liputan Piala Malaysia di TV3. Tak sangka pulak. Minggu lepas rakan sekerja saya menang, kali ni saya pulak. Terkejut betul! Alhamdulillah. Saya memenangi pakej penginapan 2 hari satu malam di sebuah hotel di KL. Saya tak ingat hotel apa dan juga sebuah beg.

Oklah masuk bab diari saya hari ni. Waktu pagi selepas bertolak dari Pendang ke rumah saya di Alor Setar, saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk urusan kerja, kemudian saya ke kedai motor repair motor sebelum jemput adik saya dari sekolah.

Kemudian saya terus ke rumah Pak Long saya sampaikan kiriman Ikan Haruan yang ditangkap oleh Pak Cik saya semalam. Kemudian saya pergi ambil raket saya di Kompleks Hijau Kuning. Ayah saya pulak beli sebiji motor Honda Wave baru no plat KBK 1326. Alhamdulillah...

Saya masuk kerja jam 4 petang sampai jam 12 malam. Sebelum tu saya nak minta maaf kepada pengunjung laman saya kerana tak dapat dikemaskini selama 5 hari atas masalah teknikal ditambah pulak saya tak online lebih kurang 40 jam. Maaf!

Alhamdulillah sebab saya dapat detect dua capaian dari Belanda. Juga dari Autralia dan Austria serta Jepun. Terima kasih semua! Malam ni Kedah tewas kepada Sabah 1-0. Apa pun 1-0 adalah kelebihan yang mudah dipadam oleh Kedah di Stadium Darulaman Sabtu ni. Harapnya Kedah akan berjaya, InsyaAllah...

Selepas tonton siaran langsung tertunda dan update laman ni terus saya masuk tidur...

WASSALAM...

09 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi saya macam biasa training badminton bersama boss saya di Dewan Lung Kung. Hari saya tewas! Sejam kami bertarung saya tewas 12-15, 15-13 dan 15-10. Saya dah dapat rentak waktu set ketiga. Saya dah leading 10-8 tetapi tiba-tiba tali raket saya putus! Terus saya tukar raket tetapi susah nak sesuaikan diri dan tewas 10-15 pada set ketiga! Rugi betul!!!

Kemudian saya hadiri kenduri Anak kepada sepupu saya. Diulangi anak kepada sepupu saya! Hehehe... Anak sepupu saya pun dah kahwin, orang asyik usik saya 'bila lagi?' Malas saya nak jawab persoalan tu. Tapi sepupu saya tu dah ada cucu yang berumur belasan tahun!

Kemudian terus saya balik kampung dan jumpa pun dengan Irfan. Hehehe... tujuan utama saya. Syakirah dengan Husna pula sibuk memanjat belakang badan saya. Tapi saya memang suka orang panjat belakang badan saya.

Elok sahaja Aidk Irfan bangun dari tidur, terus saya serbu dan dia nak kat saya menyebabkan Mak Cik saya kehairanan. Katanya kat Pak Cik saya, "Aik Bang... dia boleh pulak orang lain dukung dia tambah-tambah lepas bangun tidur"

Apa lagi terus saya dukung dia. Kemudian saya ronda di sungai. Memang di sini tempat yang cukup damai buat saya. Hujan masih renyai-renyai. Sampai pagi tadi kira-kira 32 jam hujan turun. Cuma hari ni tak berapa lebat dah...

Saya pulak memerhati keindahan kampung saya yang cukup menenangkan jiwa saya. Inilah tempat saya. Tempat yang telah banyak mendewasakan saya. Tempat yang memberikan saya ketenangan. Kemudian terus saya berehat di rmah Tok Wan. Malam saya mengasuh Irfan. Senang kerja Mak CIk dan Pak Cik saya sebab saya boleh mengasuh. Selalunya susah sebab Irfan tak mau kat orang lain dan Alhamdulillah dengan saya, dia mahu pulak. Seronoknya layan Irfan. Malam ni saya tidur kira-kira jam 11.30 malam.

WASSALAM...

08 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bila saya bangun pagi, hujan masih turun dengan lebatnya. Lebatnya! Cukup lebat! Saya memang sukakan hujan lebat dan setiap kali hujan saya pasti berdoa. lagi lebat lagi saya suka. Kerana menurut Ulama, waktu itu adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa kerana waktu itu Rahmat yang turun melimpah ruah. Sebab itu saya selalu harapkan hujan dan saya akan terus berdoa.

Saya masuk kerja jam 12 tengah hari sampai jam 8 malam. Hujan still lebat sampai malam. Nampaknya dah begitu lama hujan ni. Jalan pun ada yang dinaiki air. Beberapa kawasan rendah memang tenggelam.

Sampai jam 2 pagi hujan still turun. Saya pulak awal-awal lagi dah tidur selepas updatekan laman ni kira-kira jam 12 tengah malam. Bestnya tidur waktu hujan.

WASSALAM...

07 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni perempuan yang saya ceritakan tempoh hari datang lagi dan kali ni dia merokok kat luar. Saya pun senang hati kalau macam tu. Tapi bila dia guna dia bising-bising macam hari tu. Mengganggu ketenangan pelanggan lain! Lepas tu boss saya dapat detect dia rokok dalam CC dan terus rampas rokok tu. Marah betul perempuan tu dan dia berkeras akan minta potongan 30 sen atas rampasan rokok tu!

Dalam CC kami mana boleh merokok. Kami semua tak merokok, awak tu perempuan kenapa merokok? Tak malukah... Lepas tu kami cakap kalau nak merokok, rokok kat luar.

Rasanya dia malu merokok kat luar sebab ada ramai orang yang tengok. Jadi sebab tu dia berkeras nak merokok di dalam. Lepas tu dia marahkan kami. Perkataan yang selalu diulangnya ialah "mental disorder". Dia ingat dia sahaja yang keluar universiti. Mengungkit pasal tahap pelajaran kami. Sedangkan kami kesemuanya graduate dari Universiti.

Lepas dapat siasat, barulah kami tahu yang dia ni dahulunya penghuni tetap sebuah CC yang dibenarkan merokok tetapi kat situ RM 3 sejam sedangkan kami hanya RM 2 sejam. Disebabkan harga yang lebih murah jadi dia pun datang ke CC kami. Lepas tu bising-bising pulak dalam CC kami. Tahulah tension tak dapat kerja, tetapi itu bukan caranya nak atasi tekanan.

Bila waktu bayar, dia minta kebenaran nak datang lagi esok! Kami memang tak bagi dah. Menyusahkan pelanggan kami yang lain sahaja. Macam-macam...

Oklah itu sebagai pembuka bicara hari ni... Kembali kepada diari saya. Hari ni sepatutnya saya berjogging tetapi cuaca macam tak begitu mengizinkan jadi saya just hantar adik saya ke sekolah sahaja. Kemudian saya just baca paper sebelum masuk kerja jam 12 tengah hari sampai jam 8 malam.

Saya stay di kedai sampai jam 9 malam dan bila balik, rupanya Pak CIk saya datang! Alamak adik Irfan yang dah lama saya tak jumpa! Semakin comel. Hehehe... Dia nak kat saya! Memang dia jenis yang tak boleh duduk kat orang lain selain daripada Mak, ayah dan pengasuhnya dan satu lagi...Saya... Hehehe...

Saya pun tak tahu kenapa dia 'berkenan' dengan saya. Tapi memang seronok layan dia. Tapi tak lama sebab dah malam, Pak Cik saya pun bertolak balik ke kampung. Saya pulak terus tertidur kira-kira jam 10.35 malam.

Saya bangun balik kira-kira jam 2 pagi dan hujan mula turun. Saya bangun nak bersolat sebenarnya sebab tertidur tadi. Kemudian saya sambung tidur balik. Mana tahan, hujan lebat! Best tidur!

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah