Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

10 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya sempat menonton Wanita Hari Ini dan topik yang dibicarakan ialah "King Control". Ahali Panelnya ialah Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, Aziz M Osman dan isterinya Nur Aliah Lee dan Dang Suria. Bila ada satu panggilan dari Melaka yang menceritakan betapa peritnya pengalaman bersama suaminya, saya rasa sebak. Kalau sesiapa yang ada hati dan perasaan pastinya terharu.

Bagi saya banyak perkara boleh dielakkan sekiranya kita benar-benar menjiwai matlamat hidup kita. Kalau nak berseronok pun, adakah itu selama-lamanya. Kita hidup sekejap sahaja. Dalam dunia moden hari ni, kita hanya boleh hidup sekitar 60-70 tahun sahaja. Bila kita sudah tahu apa matlamat kita tidak akan ada lagi kes-kes seperti itu.

Bagi saya, bila seseorang dah memilih teman hidupnya. Itu perlu dianggap sebagai sesuatu yang kekal dan ia tidak sepatutnya dianggap sebagai hanya suka-suka. Bila kita dah menerima seseorang dalam hidup kita, jangan dicari kelemahannya dan terimalah ia seadanya. Itu yang sepatutnya. Bukannya cuba mencari kesilapan untuk berpisah.

Kita kena ingat tak semua orang sempurna. Ada kelebihan di beberapa aspek dan pastinya ada kelemahan di bahagian yang lain. Jadi mengapa perlu kita ungkit kelemahan orang. Fahamilah diri orang lain sebelum orang lain dapat memahami diri kita. Satu persoalan yang harus kita tanya pada diri kita ialah, sempurnakah kita untuk berganding orang yang sempurna?

Saya bersetuju malah amat bersetuju dengan kenyatan Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah yang mengatakan bahawa untuk mencapai kebahagiaan ia sepatutnya bermula dengan diri kita sendiri. Semak kembali diri kita. Apa yang tak betul. Apa yang tak kena dan kemudian sucikanlah diri kita. Dengan jiwa yang suci dan ikhlas, Allah pasti memberi jalan untuk mencapai kebahagiaan.

Yakinlah sepenuhnya kepada Allah. Tiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Adil...

oklah masuk bab lain pulak...

Maaf sebab ada sedikit komplain tentang sistem diari saya ni. Hehehe... Ada yang kata bila baca diari terdahulu dah tak boleh nak ke diari hadapan melainkan menggunakan butang forward. Maaf sebab saya memang tak buat perancangan awal sewaktu mula-mula diari ni dilancarkan. Harap keadaan ini boleh diterima. Nak ubah pun memang ambil masa yang terlalu lama kerana diari ni dah mencecah lebih 117 halaman.

Oklah...

Hari ni saya sedar, jam dah 5.30 pagi. Alamak! Terlepas tengok bola. Frustlah jugak. Hehehe... selepas solat Subuh terus saya sambung tidur. Waktu macam nilah saya nak rehat lama-lama sebab dah nak mula bekerja minggu depan. Lepas ni mana ada masa macam ni lagi. Saya pulak kalau kerja memang jenis yang serius waktu kerja. Jadi ambil kesempatan sikitlah.

Bila selepas sarapan, saya baca paper, kemudian check email dan baca artikel serta paper online sambil review laman saya. Waktu tengah hari saya habiskan dengan sedikit pembacaan dan kemudian menonton TV sebelum berehat sekejap.

Petang, dapat jugak turun main bola walaupun keadaan seperti nak hujan lebat. Tetapi memandangkan ramai yang turun, saya pun terus join. Saya tak ada masalah dengan hujan. Kalau ad orang main saya akan main. Waktu petang memang saya kena main. Waktu di kampus dulu pun, saya lah orang pertama yang bawak bola ke padang hampir setiap hari. Memang cukup bersemangat.

Bagi saya bila saya main, banyak tekanan yang dapat saya hilangkan. Sebab itu saya rasa cukup selesa bila bermain. Memang lumrah manusia, ada ketikanya emosi memuncak. Saya memang jenis yang Alhamdulillah boleh kawal kemarahan. Saya tidak akan lahirkan kemarahan saya. Saya selalu sekat kemarahan. Sebab itu, kalau sesiapa yang kenal saya, tak pernah nampak saya marah. Saya lepaskannya dalam sukan. Kalau main bola, saya akan rembat kuat-kuat dan kalau main badminton, saya akan smash kuat-kuat. Itu cara saya.

Kalau kecewa pulak, memang saya akan mengadu kepada Allah. Ada caranya. Lepas tu, memang cukup tenang. Saya tak suka sikap marah. Bagi saya marah itu biarlah bertempat. Tak boleh membuat tuli. Bila marah, kita akan hilang kawalan diri dan waktu itu kita akan buat apa sahaja yang terlintas dalam pemikiran kita.

Kalau boleh dikwal, kawal lah. Alhamdulillah saya dapat mengawalnya dengan baik sehingga sekarang.

Hari ni waktu mula-mula main team saya dah leading 1-0 tetapi kemudian kena sampai 5-1 pulak. Saya main posisi Last Man dan kemudian bila dah tengok striker tak menjadi, terus saya ubah posisi jadi attacking midfielder dan dapat score hattrick. Tapi tetap tewas 5-4. apa pun memang puas.

Malam selepas baca Yassin bersama keluarga, saya menonton Berita dan tonton beberapa rancangan TV sebelum tidur jam 10.45 malam.

WASSALAM...

09 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sedikit ulasan saya mengenai perang di Iraq...

Soal Menyokong Saddam, bukanlah yang menjadi penyebab penentangan terhadap pencerobohan Amerika dan sekutunya tetapi soal pencabulan kedaulatan sesebuah negara merupakan isu yang sepatutnya dihalusi. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dunia seolah-olah menuju kepada pengamalan undang-undang rimba.

Dengan mengenepikan norma dan nilai kemanusiaan sejagat, tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas mencerminkan kerakusan pihak tertentu yang hanya mementingkan kepentingan sendiri serta sikap “double standard” terutamanya kepada pihak yang enggan tunduk kepada kehendak Amerika.

Pencerobohan ini merupakan satu amaran kepada dunia, betapa pentingnya erti dan nilai perpaduan kerana ia merupakan benteng yang paling utuh untuk berhadapan dengan situasi masa kini. Nyata keamanan semakin terpinggir dalam arus semasa.

Yang nyata peperangan bukanlah suatu jalan penyelesaian yang ampuh, malah ia sebenarnya meninggalkan impak mendalam terhadap semua pihak dan benarlah kata pepatah Melayu, “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”. Ternyata kini pencerobohan Amerika merupakan tamparan hebat kepada erti kemerdekaan, kedamaian dan keamanan.

Itu adalah ringkasan yang dapat saya simpulkan. Sebenarnya banyak lagi ulasan yang nak saya tulis dalam diari ni, InsyaAllah kalau sempat saya masukkan dalam diari saya ni.

ok, kembali kepada diari harian saya...

Selepas Solat Subuh, saya cuba bertahan sampai jam 8 pagi. Akhirnya terlelap jugak sampai jam 10 pagi. Kemudian surf Internet dan baca paper online seperti biasa. Laman web saya pulak menunjukkan peningkatan ketara dari segi aliran trafik. Hehehe... Sejak register dalam geng jurnal ni, meningkat betul hits laman saya. Alhamdulillah... Terima kasih semua...

Kemudian saya updatekan diari ni. Sorry ada sedikit kesilapan kecil (Tarikh) sebelum ni. Saya dah atasinya. Kemudian berehat sambil menonton TV dan sewaktu tengah hari saya dapat berita kematian seorang saudara saya di Pendang dan saya bersama emak terus ke sana untuk menziarahi jenazah. Dalam perjalanan terperangkap dalam hujan lebat dan terpaksa berehat di Pekan tanah Merah sebelum hujan reda. Bila hujan reda saya terus singgah di rumah Tok Wan saya terlebih dahulu sebelum menziarahi jenazah.

Selepas menziarahi jenazah, saya berkunjung ke rumah sepupu mak saya dan lebih kurang sejam di sana, saya pulang ke Alor Setar. Dalam perjalnan pulang, mak ajak saya singgah di Pekan tokai untuk membeli barang keperluan.

Kemudian saya sengaja memilih pulang melalui jalan sawah. Saya memang sukakan pemandangan sawah. tenang rasanya. Apatah lagi waktu pun dah dekat senja. Nampak cukup damai.

Malam pulak saya hadiri tahlil di rumah mak saudara saya. Pening jugak dengan perancangan tahlil ni. Ada kata nak buat kat sana dan ada kata nak buat kat sini, sampai saya cukup keliru. Lepas berbual dengan saudara mara, saya terus pulang dan terus masuk tidur. sebabnya nak bangun tengok live bola. Hehehe...

Mengantuk satu hal, maklumlah sebelum ni tidur pukul 4 pagi dan semalam tidur jam 5.15 pagi. Mana tak mengantuk!

WASSALAM...

08 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Jam 8.30 pagi lagi saya dah ke Balai Polis Alor Setar untuk register kematian tok dan kemudian saya ke Jabatan Pendaftaran Negara untukdapatkan sijil kematian. Kemudian ke rumah mak saudara saya dan tolong mengusung jenazah. Selepas Solat Jenazah, semuanya selesai kira-kira jam 12 tengah hari.

Waktu pengkebumian tu, memang cukup menginsafkan. Bila direnung kembali apa yang terjadi dan bakal kita lalui nanti, banyak yang masih belum saya kemaskinikan. Masih banyak pembaharuan yang perlu dilakukan. Apakah kita boleh menjawab soalan yang sudah bocor nanti? Satu persoalan yang harus kita tanya kepada diri kita.

Jadi pentingnya kita sentiasa muhasabah diri bagi memperbaiki diri sendiri.

Oklah, kemudian saya berehat di rumah dan saya ambil kesempatan tidur selama dua jam kerana terlalu penat dan mengantuk. Maklumlah tidur jam 4 pagi tadi. Lepas tu tolong handle pasal pengkebumian tadi. Jam 5 saya bersama Men dan adik ke Perlis untuk menonton perlawanan Bolasepak Kedah bertemu Perlis. Sebenarnya, hati saya agak berat nak ke sana tetapi saya dah berjanji dan saya pun tak cakap yang tok saya maninggal. Men nampak beriya-iya jadi saya pun setuju kerana dia tak ada peneman.

Sampai di Stadium Utama kira-kira jam 6.30 petang. Selepas membeli tiket, kami mula survey di manakah surau untuk solat Maghrib. Terkejut jugak bila tengok keadaan stadium Utama yang tak terurus. Suraunya dah jadi tempat terbiar. Air pun tak ada! Surau di kompleks sukan pulak ditutup! Surau satu lagi, saya difahamkan oleh pengawal keselamatan di situ ada di dalam stadium tetapi di sebelah grandstand. Kena ada tiket grandstand baru boleh masuk. Jadi dapatlah jugak jumpa tempat bersolat di Hadapan Stadium tu. Ruangnya agak kecil. Alahmdulillah dapt jugak berwuduk kerana kawasan tu terputus bekalan air. Selepas Solat berjemaah, kami membeli makanan dan terus masuk ke dalam stadium menyaksikan pemain memanaskan badan.

Kami pun terus car port penyokong Kedah di stadium dan kami berada di satu kawasan. Maklumlah tempat orang. Away game. Bila lihat situasi stadium yang Utama, saya rasa malam ni memang penuh stadium. Stadium ni agak kecil dan rasanya mungkin dalam 20 000 - 25 000 orang sahaja yang boleh muat. Apa pun memang benar, malam ni stadium ni penuh sesak! Penyokong Kedah cuma lebih kurang 40% daripada keseluruhan penyokong.

Suasana memang meriah. Terasa bagai perlawanan akhir pulak! Cukup meriah. Biasalah bila dah ramai memang ada yang jadi penghangat suasana. Dengan celoteh yang pelbagai. Dapatlah jugak bertemu dengan seorang rakan lama yang cukup lama saya tak jumpa. Kalau pasal bola, memang riuhlah kami. Hehehe...

Ulasan Perlawanan...

Bagi saya, ini adalah persembahan terburuk pasukan Kedah tahun ini setakat yang saya saksikan. Corak permainan tak teratur dengan hampir setiap player melakukan individual error. The best man Bagi Kedah ialah Shariman yang memang cukup kental di bahagian pertahanan. Akmal boleh tahan. Kalau dapat lebih support rasanya, Akmal boleh meledak. Tapi player Kedah main macam serba tak kena. mujurlah Mazlan Wahid perform ok. Kalau tidak susah jugak.

Kalau kedua-dua pasukan boleh convert peluang menjadi gol, separuh masa pertama keputusannya ialah Perlis 3 dan Kedah 1. Tetapi kedua-duanya buntu, maka still 0-0 pada separuh masa pertama. May be padang yang agak licin banyak membantutkan permainan kedua-dua pasukan. Bagi saya Chipeta (player Import Perlis) memang cukup bagus. Speed pun ada apatah lagi skill. Kalau tengok memang fitnessnya tinggi dan cukup bahaya bagi Kedah.

Perlawanan dicemari oleh sikap kasar dan biadap Adrien jurad Chamrong yang membentes Matar diop dari belakang dan kemudian menunjukkan isyarat lucah kepada ketua Jurulatih Kedah, Jorgen E Larsen. Akibatnya Kad merah dilayangkan kepadanya. Bagi saya memalukan apatah lagi Pemangku Raja Perlis pun hadir.

Kedah still perform tak berapa ok walaupun 11 lawan 10, malah Perlis nyata lebih bahaya. Apa pun dalam satu serangan pada minit-minit terakhir, Kedah berjaya menjaringkan gol melalui Zainuddin Ariffin hasil hantaran cantik Manzoor Azwira pada minit ke 88. Apa lagi bergegarlah sorakan penyokong Kedah di Stadium Utama negeri. Habis suara saya meraikan gol itu dan semua penyokong Kedah bersama-sama menyanyi. Habis stadium utama Negeri bergema dengan nyanyian penyokong Kedah manakala penyokong Perlis cuma terdiam dan ada yang sudah meninggalkan stadium.

Apa pun saat-saat akhir memang mendebarkan. Memang cukup puas hati. Alhamdulillah tak sia-sia perjalanan kami. Apa pun tahniah juga buat Perlis yang mempamerkan aksi mantap. Memang patutlah mereka berada di tangga pertama sebelum ni. Apa pun Perak kembali menguasai carta dan Kedah kekal dengan tempat keempat.

itulah cerita pertemuan ibarat adik abang. Apa pun Perlis tetap saya sokong. Chipeta memang best! Kalau Kedah dapat Chipeta. Memang pasukan lain akan gerun. Kesesakan trafik yang teruk berlaku di luar stadium dan memang kami tunggu masa yang terbaik untuk balik. Alahamdulillah kira-kira jam 12.30 malam selamat tiba di rumah.

Ingat kot nak tengok EPL jam 12.30 malam TV3 tapi entah kenapa tak ada pulak malam ni. Kalau tidak kira marathonlah menonton bola malam ni, sebabnya jam 2,30 pagi Perlawanan antara Real Madrid dengan MU pulak akan berlangsung. Jadi buatlah apa yang patut untuk berjaga. Jadi saya tontonlah Drama Jai. Heroin dia adalah jiran saya (depan rumah). Apa pun saya tak berapa minat nak tengok sebab letih dan mengantuk. Memang mengantuk. Jam 1.10 pagi saya dah tidur tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab tak mahu terlepas Real lawan MU.

Perlawanan memang cukup menarik daripada barisan pemain-pemain bertaraf bintang. Harga kesemua pemain dalam padang bernilai lebih daripada RM 1 Billion! Zidane memang cukup superb dengan kawalan bola, skill dan corak hantaran yang menarik. Memang nampak macam Real membuli player MU pad separuh masa pertama. Gol Figo memang memukau. Cukup cantik bola lencong tersebut.

Separuh masa kedua, MU mula menyaingi Real. Apa pun keputusannya Real 3, MU 1. Saya pun tidur jam 5.15 pagi selepas buat sedikit tahlil ringkas buat arwah tok tiri.

WASSALAM...

07 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

AL-FATIHAH

Al-Fatihah kepada Tok Tiri saya yang meninggal dunia hari ini, InsyaAllah akan dikebumikan esok jam 11 pagi di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar. Semoga Allah merahmati rohnya. Usianya dah lebih 80 tahun sebenarnya tetapi dalam kad pengenalan baru 79 tahun. Orang dulu-dulu memang lewat register kelahiran dan kemudian pakai letak sahaja tarikh lahir. Apa pun banyak iktibar dan pengajaran daripada kematian yang dapat kita selami.

Sedar atau tidak, kematian semakin hampir dengan kita. Apa pun yang kita capai kini hanyalah pinjaman untuk menguji kita sejauh mana kita menghargainya dan sejauh mana kita bersyukur dan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai Allah.

Saya memulakan hari ini dengan membawa emak saya ke Pasar Borong pada waktu pagi tetapi dalam perjalanan pulang, tayar motor saya pancat pulak. Terpaksalah tolak sekejap. Kemudian bila balik, gang Perkep cancel pulak training badminton, jadi saya tak perlulah turun main pada waktu pagi. sebenarnya saya dan adik saya dipelawa untuk melatih team Perkep untuk acara badminton.

Kemudian saya berehat dan sambil menonton berita semasa Perang di Iraq. Kemudian waktu tengah hari seperti biasa dan waktu petang saya tidur sekejap sebelum main bola. Memang rasa cukup mengantuk sebab saya tidur kira-kira jam 4 pagi. Tonton F1. Paling menarik dalam banyak-banyak F1 yang saya tonton. Hehehe... Pelumba yang saya minati, Kimi Raikkonen menjadi juara. Memang dramatik! Ingat kot Fisichella menang rupanya ikut peraturan ia berdasarkan kedudukan dua pusingan sebelumnya. Hehehe... Saya memang penyokong McLaren Mercedes. Tahun lepas memang cukup mengecewakan tetapi tahun ni memang superb!

Newcastle pulak tewas! Malanglah pulak. Hehehe... Apa pun Newcastle still boleh kejar MU dengan Arsenal. Sabtu ni Newcastle akan bertemu MU di St. James Park. Newcastle dah mendapat penaja baru iaitu Northern Rock. Ok berbalik kepada diari saya kembali, Hari ni main dalam hujan dan memang cukup seronok main dalam hujan. Hehehe...

Kemudian selepas Solat Isyak, saya hadiri tahlil di rumah mak saudara saya sehingga jam 11.30 malam dan kemudian tonton berita dan kemudian settlekan beberapa kerja sehingga lebih kurang jam 3 pagi. Satu lagi, akaun email saya dah ok dah. Saya dah contact pengurusan penyedia perkhidmatan dan saya dah buat follow up serta report dan Akhirnya berjaya dipulihkan. Alhamdulillah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah