Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Perlawanan Kedah menentang Kelantan malam ni adalah perlawanan penentuan bagi menentukan pasikan mana yang layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2003. Pasukan mana yang akan menjadi pasukan terakhir malyakkan diri ke perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Awal-awal lagi saya dah agak sukar nak parking motor. Memang terpaksa parking jauh dari tempat biasa saya parking. Bila masuk sahaja memang dah ramai orang. Nampak meriah! Sebelum perlawanan lagi suasana Stadium Darulaman memang hangat. Cukup hangat! Dengan sorakan yang bergemuruh.

Ramai yang mengharapakan Keah mampu melakar kemenangan untuk terus  mencabar dalam aksi Piala Malaysia 2003. Kehadiran Sultan Kedah memang menambahkan lagi semangat pasukan Kedah.

Perlawanan bermula dan Kedah melakukan serangan awal yang menyaksikan penjaga gol Kelantan terpaksa menepis hantaran lintang Akmal. Kedah terus menyerang tetapi kegagalan melakukan finishing memang menghampakan.

Aksi kedua-dua pasukan yang saling serang menyerang memang cukup menarik. Kedah dengan formasi 3-5-2 nampak agak gusar di barisan pertahanan tetapi agak mantap di barisan tengah. Kelantan hampir menjaringkan gol seawal minit ke sepuluh jika tidak diselamatkan oleh Irwan di atas garisan gol.

Kemudian permainan menjadi ‘panas’ kerana corak keras pemain Kelantan yang lebih mencari kaki dari bola. Memang bahaya dan pemain Kedah terpaksa menjaga kaki. Andrew Clarke pula terpaksa disusung keluar akibat kecederaan pada awal permainan lagi. Memang mengejutkan.

Kedah pula menyaksikan kembali sentuhan Rafdi di barisan depan dan memang tidka menghampakan. Apa pun separuh masa pertama, Kedah gagal menembusi kubu lawan.

Penonton Kedah semakin gelisah. Nak tak nak kena menang jugak. Elok sahaja bermula separuh kedua, Rafdi berjaya menolak masuk gol pertama Kedah hasil hantaran lintang Akmal dari sebelah kanan gawang Kelantan. Goooooollll... Bergema Stadium Darulaman.

Saya menjerit sekuat hati. Nak habis suara dan penyokong Kedah memang rindukan flip yang dilakukan oleh Rafdi dan inilah gol pertama Rafdi tahun ini!

Kedah semakin bertenaga dan mengawal permainan. Kedah banyak mempamerkan sentuhan yang cukup cantik. Nampak pemain semakin yakin. Kemudian pemain Kelantan menjadi lebih agresif. Pengadil pulak gagal mengawal permainan dengan baik dan akhirnya Kelantan berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik oleh pemain mereka, kalau tak salah saya Adamec Martin. Gol tu cukup cantik. Mazelan Wahid pulak tercedera ketika itu. Penyokong Kedah mula gelisah. Harapan semakin pudar kalau Johor menang.

Hasil satu lagi serangan pantas Kelantan berjaya membolosi gawang Kedah! Jaringan Faturazi Rozi minit ke 64. Alamak! Nampaknya macam nak terkeluar dah dari saingan Piala Malaysia tahun ni. Macam mana ni? Kelantan makin bersemangay melakukan counter attack! Dengan 3 pertahanan Kedah tampak cukup mudah ditembusi. Terus Kedah membuat dua pertukaran serentak.

Benteng Kelantan kerap kali diuji tetapi satu serangan balas Kelantan menyaksikan Mazelan Wahid nekad melakukan tackle keras dan nasib baik tak kena pemain Kelantan kerana kalau kena, Kad merahlah jawapannya.

Masa semakin suntuk dan Kedah terus menyerang. Jam tinggal lima minit sahaja lagi. Saya dah cakap kat Men may be ia macam Drama dan pemain Kedah nak buat drama. Hehehe... Saja memujuk hati yang tak mahu mengalah. Ada jugak yang mula melangkah keluar dari Stadium. Memang Kedah nampak macam dah tewas. Alamak tak bestnya.

Saru sepakan percuma di sebelah kanan gawang Kelantan membuatkan penonton amat berharap dan akhirnya Gol!!!! Tandukan James Monie membuatkan Stadium Kedah gegak gempita. Puas saya menjerit sampai dah nak habis suara. Kedah dalam laluan sebab Johor dikhabarkan tewas 3-1. Kedah hanya perlu seri atau kalah dalam margin kurang dari 4 gol. Memang Kedah cukup selesa. Dua minit berselang Kedah berjaya menambah satu lagi jaringan. Apa lagi memang meriah!!!

Macam pesta. Penyokong Kedah menyanyi dan bersorak kegirangan. Pemain Kelantan pulak tak mahu masuk padang dan duduk di luar padang sebagai tanda tidak mahu meneruskan perlawanan. Setelah kira-kira 6 minit tertunda, akhirnya ia bersambung kembali dan Kedah sah menang 3-2.

Memang cukup meriah. Cukup mendebarkan. Ibarat drama.

Oklah masuk bab diari saya kali ni. Hari ni saya tak berjogging macam biasa. Saya just lakukan beberapa kerja pada waktu pagi dan hantar emak ke rumah kenduri. Tayar motor pulak pancat! Melayang duit saya. Lepas tu ingat nak ke Stadium tapi tak sempat sebab kena masuk kerja dulu.

Hari kerja dari jam 12 tengah hari sampai jam 8 malam. Penatlah jugak. Lepas Solat Maghrib terus saya ke Stadium dan suasana di stadium macam saya ceritakan sebelum ini. Selepas perlawanan saya dan Men serta Ghafur minum di luar Stadium sebab kalau try balik pun jalan masih jam lagi.

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

05 SEPTEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya agak kelam kabut sikit pagi ni sebab terpaksa bergegas ke Rumah Men. Hari ni ada lawan Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Bila sampai macam biasa still tak mula lagi. Paling mengejutkan ialah terjumpa dengan Ustaz saya dulu yang jadi penganjur. Dan dia masih cam lagi saya walaupun saya bukan kelasnya dan dah 11 tahun meninggalkan sekolah rendah!

Kemudian saya, Men, Shaukhi dan Firdaus ke Stadium Darulaman untuk sarapan pagi. Kemudian kembali bertemu dengan team mate yang lain. Yang ni semuanya anak murid Suhai. Malang sikit sebab Suhai tak dapat main kerana menghadiri kursus di Penang hari ni. Kalau tidak memang kuat team kami.

Perlawana kami adalah bertemu dengan Lagenda FC. Awal-awal lagi kami dah ketinggalan hasil salah faham saya dengan Men. Saya ingat Men ready terus saya passing bola kat Men tetapi Men tak ready dan bola tu dapat kat pemain lawan yang terus membuatrembatan cantik yang menerjah ke jaring gol kami. Kami keetinggalan 1-0. Sorry Men! Silap saya... Lepas tu kami terlepas satu gol lagi. Jadi 2-0. Kemudian kami merapatkan kedudukan melalui sepakan percuma Shah dan kami ketinggalan 2-1 dalam separuh Pertama.

Separuh kedua, kami memulakan permainan dengan baik tetapi lawan berjaya menjaringkan satu gol lagi akibat deflect (Bola terbias) yang mengelirukan keeper. Memang keeper dah terlajak sikit sahaja. Nasib betul gol tu.

Kemudian hasil satu umpanan cantik Men kepada saya dalam kotak penalti, saya membuat turning dan saya pada mulanya nak cross bola tu tetapi memandangkan keeper tak tutup angle dengan betul saya terus shoot ke arah gol dari sudut yang agak sukar dan Alhamdulillah masuk menjadikan kedudukan 3-2.

Kami terus menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan sehingga minit-minit terakhir tetapi gagal. Dan kami tewas 3-2. Ruginya...

Hari ni jugak saya dapat bertemu seorang lagi member lama saya, Nazlan. Nazlan ni adalah pakar catur negeri Perlis dan kini bekerja sebagai QS di Jalan Putera Alor Setar.

Kemudian saya solat Jumaat di Masjid Iskandar. Khutbah hari berkisar kepada Al-Quran panduan hidup umat. Ia sama macam isi khutbah yang saya ceritakan dua tiga minggu lepas di Masjid Alor Semela. Penyampaian khutbah oleh khtib masjid ni memang membosankan. Dengan nada yang perlahan dan lambat. Ramai yang tidur. Lain kali saya kena ke Masjid Alor Semela sebab lagi best dengar khubah di sana. Khatib di sini dah terlalu tua. Mujurlah saya jenis yang tak akan tidur waktu khutbah.

Kemudian selepas makan tengah hari terus saya masuk kerja dari jam3 sampai jam 10 malam. Tapi saya bertolak balik jam 11 malam. Hari sibuk emnaip dan Alhamdulillah saya dapat siapakan lebih 40 muka surat.

Lepas tu Fahmi buat kenduri sikit dan saya pun terus balik dan tonton Liputan Harian Badminton Terbuka Malaysia sebelum saya gunakan komputer untuk selesaikan tugasan peribadi.

WASSALAM...

04 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari saya dapat kembali berpuasa sunat Khamis. Dalam bulan Rejab ni, inilah kali pertama saya berpuasa. Alhamdulillah. Kalau tidak setiap Isnin dan khamis tetapi Isnin lepas saya terpaksa batalkan atas sebab yang saya rasa perlu. Saya nak kena guna banyak tenaga hari tu.

Pagi setelah ke bank saya terus ke Hospital meluangkan masa bersama Pak Long. Sambil tu layan baby semalam. Kemudian saya terus balik rumah berehat sekejap dan kemudian masuk kerja kembali. Terlupa pulak saya nak ucapkan Tahniah buat kawan lama saya, Adik Jo yang bakal bertunang juga dengan kawan saya Nor Azila pada 09/09/03 ni. Adik Jo ni memang saya kenal dari kecil sewaktu saya tinggal di Jerantut dahulu. Kini kedua-duanya sedang study di UK. Member saya ni di Wolverhampton. Azila ni pulak rakan sekolah saya dahulu. Pemegang Suara Emas Kedah selama 5 tahun! Memang suaranya cukup merdu dan juga tokoh kanak-kanak Peringkat negeri Kedah dahulu.

Tahniah!!!

Saya jugak yang sedang menghitung hari. Hehehe... Bila tiba waktunya, ia akan tetap tiba. Usah dirisau. Berusahalah. Jodoh kita dah ditetapkan Allah. Redha sahajalah atas apa yang ditakdirkan. Usah mengeluh kerana Allah tahu apa yang terbaik buat diri kita. Percayalah...

Habis kerja jam 12 tengah malam, saya dan Men keluar minum di Aida’s Cafe. Ada sesuatu yang istimewa di sini sampai Men selalu makan di sini dengan family dia. Hehehe... Kami balik kira-kira jam 1 pagi sebab nak ready untuk lawan futsal.

Tapi saya ingat nak tidur awal, sekali lagi tidur jam 3.30 pagi! Karut betul...

WASSALAM...

03 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau kita menghadapi tekanan, janganlah sampai kita lupa diri kita. Berfikirlah secara bijak. Mengambil tindakan yang melulu bukannya jalan penyelesaian. Berhadapan dengan tekanan memerlukan kekuatan mental dan ketahanan diri yang kuat.

Hari ni seorang remaja perempuan datang ke CC saya dan bila sahaja masuk dalam CC dah mula membebel. Alhamdulillah dia berhadapan dengan saya sebab saya memang sukar nak marah. Bila guna PC banyak yang dibebelnya. PC lembablah dan macam-maam lagi. Saya tak tahu kenapa saya cukup sabar layan kerenah perempuan ni.

Ariep dan mula nak marah dah. Lepas tu sebelah PC yang digunakan oleh perempuan tu ada dua orang perempuan lain yang lebih kurang sebaya. Tiba-tiba perempuan tu merokok! Alamak! Puas saya tegur secara baik. Sebab CC ni kawasan larangan merokok. Lagi pun semua stafCC kami ni tak merokok. Saya memang tak suka bau rokok.

Ramai yang terkejut. Kalau di Alor Setar ni memang amat susah nak jumpa perempuan merokok tapi kalau kat KL saya memang selalu nampak. Last sekali dia mengalah dan merokok kat luar. Katanya kalau tak merokok rasa macam nak muntah. Bila dia merokok kat luar memang ramai orang terkejut tapi dia selamba sahaja.

Bila masuk balik, terus dia membebel. Dia bercakap sorang sorang depan PC. Rupanya dia terlalu tension tak dapat kerja. Hai Cik Akak! Tak kanlah tak dapat kerja sampai tahap tu. Semuanya memerlukan kesabaran.

Ia bukan cara mengatasi masalah malah ia dah menimbulkan persepsi buruk buat anda! Kalau customer lelaki pun tahu nak merokok kat luar CC, dia berdegil nak merokok kat dalam. Dahlah berhawa dingin! Kalau kena orang lain saya tak tahulah, mujur saya yang bertugas. Kalau tak habis kena halau. Saya pulak tak tahulah kenapa saya sabar sangat? Jangan bagi saya marah cukuplah. Kalau saya maraaaahhhhhhhhh.... Hehehe... Tapi saya terlalu sukar nak marah. Entahlah kenapa.

Oklah itu satu cerita buat panduan bersama... Kembali kepada diari saya.

Hari ni Rabu dan Alhamdulillah saya sempat turun jogging hari ni dan kemudian saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk sampaikan memo projek saya kepada pihak pentadbiran sekolah. Kemudian terus saya ke hospital hantar makanan kepada Pak Long saya. Lebih kurang sejam saya di hospital.

Seronok tengok kerenah pesakit. Hehehe... Tapi paling mencuri tumpuan saya ialah bayi yang masih berumur 3 bulan yang terpaksa dibedah matanya. Cukup comel. Tapi bila umurnya 2 tahun dia terpaksa pakai kanta lekap.

Seronok melayan kerenahnya. Dia mahu pulak bersama saya. Senang sikit tuhas mak dia sebab mak dia nak ke sana dan sini. Jadi saya lah yang ganti mengasuh adik kecik tu. Saya seronok sangat tatap wajah bayi ni. Cuma mata kanannya nampak merah sebab lepas operation.

Satu benda yang saya suka buat pada bayi ialah saya suka pegang bayi tu dan berdoa agar bila besar nanti, bayi tu akan jadi seorang yang berguna dan soleh. Itu memang kegemaran saya.

Kemudian saya ke Bank serta Pejabat pos untuk selesaikan beberapa urusan sebelum masuk kerja jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

02 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Mengapa “saya” tidak “aku”?

Ada beberapa email yang saya terima bertanyakan saya, kenapa tak pakai perkataan “aku” dalam diari saya? Bagi saya, dalam situasi kehidupan harian saya, saya menggunakan perkataan “saya” sebagai kata ganti diri saya. Memang itu stail saya.

Jadi kalau saya nak tulis “aku” dalam diari, saya rasa kreativiti menulis saya akan selalu terkandas. Sebabnya saya menulis terus dari perasaan saya. Jadi sukar untuk mengubahnya.

Mengapa “saya” tidak “aku”?

Dulu rumah saya dekat dengan surau. Bila malam selasa, ada seorang Tok Guru akan membaca kitab (mengajar agama). Jadi kalau saya tak ke surau pun saya akan dengar isi pengajarannya. Satu daripadanya   yang saya amalkan ialah penggunaan “aku”.

Kata orang “aku” ni kasar. Terpulanglah... Kalau di Utara ni “aku”  dan “hang” taklah kasar. Tetapi perasan tak kita, bila kita berdoa, kita sebut “aku”! dengan Allah!

Ada pandangan ulama yang mengkhaskan “aku” ni bila kita berdoa dengan Allah. Saya amalkan benda ni. Bagi saya, “aku” tu khas untuk saya berdoa dengan Allah. Ia bolehlah diklasifikasikan sebagai suatu perkatan yang mulia walaupun ada yang anggap ia kasar.

Sebab itu, saya memilih penggunaan perkataan “saya”. Ini adalah pandangan saya. Anda bebas menggunakan perkataan apa pun, asalkan ia tak salah. Saya tak cakap tak boleh guna perkataan “aku” tetapi saya Cuma khaskan ia dalam doa saya sahaja. Itu sahaja.

Isu ni kalau anda tanya ulama, mereka ada pendapat yang tersendiri. OK, buat pembaca diari ni, itu adalah penjelasan saya...

Hari ni macam biasa berjogging dulu waktu pagi. Kemudian Cik Bad dan Kak Balkhis datang ke rumah untuk urusan kerja dengan sekolah Rendah Islam Alor Setar.

Kemudian saya dan boss saya yang satu lagi pergi training badminton. Hari saya tewas. Silap sendiri dan terlalu yakin. Memang saya tewas. Rekod kini 4-2 berpihak kepada saya. Saya kena pertahankan rekod saya ni. Minggu depan kena gandakan usaha saya.

Kemudian kami berehat di Taman Rimba sambil minum air. Saya pulak kemudian terus perbetulkan link dalam web saya. Kemudian berehat sebentar dan terus ke hospital melawat Pak Long saya yang baru selesai menjalani pembedahan setelah dua tiga kali tertangguh.

Sambil tu sempat ziarah saudara saya yang sakit darah tinggi. Kemudian saya lebih tertumpu kepada seorang bayi yang terpaksa dibedah matanya walaupun hanya baru berumur 3 bulan. Comelnya... Geramm... Tengok seronok layan budak-budak ni. Hehehe... Tapi kesian sebab bila umurnya dua tahun dah kena pakai contact lens. (kanta lekap).

Kemudian bila balik saya rehat sekejap dan selepas Isyak saya terus keluar sebab saya buat janji temu dengan Suhai untuk bincangkan bab team bola saya dan studentnya. Lepas tu bila dah berjumpa habis banyak topik yang kami bualkan.

Paling banyak bab bola dan masa depan. Memang pening fikirkan bab masa depan tetapi saya yakin dengan kebolehan saya. Cuma masa sahaja yang bakal menentukan sama ada saya berjaya atau tidak tetapi saya akan terus lihat dunia ni dari segi positif.

Kemudian bila saya balik, sempat tonton Highlight EPL dan kemudian terus saya surf Internet di rumah. La ni memang terlalu jarang saya online dari rumah sebab saya dah kerja di CC. Hehehe...

Saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

01 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya amat bersyukur dengan apa yang saya kecapi. Terima kasih Ya Allah. Kalau diikutkan dengan diri yang amat naif di sisi tuhan, saya rasa macam tak berhak mengecapi banyak benda. Alhamdulillah, Rahmat Allah cukup luas, Cuma saya sahaja yang sentiasa mengingkari dan mengabaikan tanggungjawab saya. Saya kena lekas perbaiki diri. Masa depan masih banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul.

Segalanya memerlukan kematangan berfikir. Saya dah semakin dewasa. Alhamdulillah saya banyak sedar tentang banyak benda. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah saya juga sedar ada beberapa benda yang Allah anugerahkan kepada saya yang tiada pada orang lain. Benda yang cukup berharga. Saya tak beritahu sesiapa pun. Biarlah anda berteka teki. Cukuplah saya dan Allah sahaja yang tahu.

Walaupun sememangnya ada kelemahan pada diri saya, saya tetap rasa cukup bertuah. Sukar saya nak gambarkan, tetapi saya benar-benar rasa bertuah. Alhamdulillah...

Oklah malas saya nak teruskan bab tu....

Hari ni sepatutnya saya berpuasa tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan saya batalkan. Bila saya masuk kerja hari kelam kabut sikit sebab bekalan elektrik terputus. Jadi kami terpaksa menutup kedai kerana dimaklumkan proses membaiki mengambil masa yang lama. Jadi kami bercadang untuk berehat di Bukit Wang tetapi disebabkan minyak kereta yang sikit, jadi kami bercadang mencari stesen minyak yang menggunakan generator. Alhamdulillah ada satu stesen Minyak yang beroperasi di Jalan Putra.

Kemudian tayar kereta pulak buat hal. Jadi kena pi check tayar dulu dan kemudian berhenti minum air Kelapa Pandan sambil memerhatikan traffic jam yang amat teruk di Alor Setar ni. Tak ramai trafik yang bertugas disebabkan malam tadi trafik dah buat operasi lumba haram besar-besaran sampai awal pagi. Jadi anggota trafik yang bertugas hari ni memang minimum dan tak mencukupi.

Kemudian kami pun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan kemudian kira-kira jam 1, bekalan elektrik dah kembali pulih. Alhamdulillah. Jadi tak jadilah kami nak ke Bukit Wang. Hehehe...

Saya masuk bertugas sampai jam 6.30 petang. Kemudian saya belanja famili saya makan ayam golek dan malam tu belanja Men pulak. Kami merasa makan di Restoran Deejay. Lepas tu jumpak pulak dengan member lama, Farid. Alhamdulillah dia masih cam muka saya dengan Men walaupun dah 11 tahun tak jumpa.

Kemudian saya nak bincnag dengan Suhai tentang Futsal nanti, tetapi bila call dia tak ada pulak. Sia-sia sahaja kami tunggu dpean rumahnya. Hehehe... Kemudian saya dengan Men balik dan saya pulak settlekan banyak kerja. Malam bila semak email, ada seorang tanya kenapa lama saya tak update laman saya? Eh! Saya update dah. Rupa-rupanya saya tak perbetulkan link diari ni. Jadi bila masuk asyik keluar bab berkabung tu. Hehehe... Sorry...

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah