Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

09 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tak tahu sangat cuaca di tempat lain sekarang ni. Kalau di Kedah memang cukup panas. Musim kemarau. Hujan pun saya dah tak ingat bila kali terakhir turun. Itu pun sekejap sahaja. Rasanya Jumaat lepas. Ya, Jumaat lepas tapi sekeajap sahaja. Kalau di negari lain rasanya musim hujan kot. Kedah dengan Perlis sekarang ni memang musim kemarau.

Di NS, Terutamanya Gemas tempat keluarga angkat saya, dikhabarkan banjir. Saya still tak berkesempatan bertanyakan khabar mereka, cuma sempat berbalas email dengan adik angkat saya. InsyaAllah semuanya ok termasuk tanaman Kelapa sawit yang baru ditanam di Felda tu. InsyaAllah.

Balik kepada bab cuaca. Memang terik sampaikan saya terpaksa mandi sehingga lima kali sehari untuk mengelakkan cuaca panas. Saya lebih banyak minum air (memang saya jenis banyak minum air). Bila keadaan macam tu terasa cukup bertuah bila berada di Malaysia. Kalau berada di padang Pasir, bayangkan betapa panasnya. Nak cari air pun susah. Tapi itu baru di dunia. di akhirat nanti lagilah. SubhanAllah...

Oklah masuk kepada diari saya hari ni... Hari ni saya tak dapat berjogging sebab kaki terasa agak sakit. Jadi saya cuma menghantar adik saya ke sekolah. Bila balik, banyak menghabiskan masa membaca Paper dan majalah MASSA terbaru. Sebelum tu waktu sebelum sarapan, saya dikejutkan oleh panggilan sahabat lama saya yang kini menetap di Penang. Alhamdulillah baru bertunang. Semoga bahagia! Sekarang dia still study di indonesia dalam jurusan perubatan. Lama saya tak dengar ceritanya. Dulu sewaktu di MRSM memang dia cukup pandai. Paling saya ingat ialah saya selalu 'berdebat' dengannya. Hehehe...

Dia juga selalu mencabar saya dalam badminton tapi hehehe... saya still boleh tewaskannya sampai kadang kala saya rasa macam tak mahu lawan sebab walaupun saya selalu menang tetapi ia selalunya sengit. Tapi kalau dalam bab hoki, dia adalah hero. Memang dia handal dalam hoki. Tarikh lahirnya sama dengan PM.

Semoga berjaya, Hafiz Osman. InsyaAllah nanti akan jadi Dr. Hafiz. Hehehe... Thanks sebab still ingat saya dan sudi call.

Dalam sepuluh hari kebelakangan ni. Senang cerita, bulan Febuari, saya memang tak banyak dapat email dari orang. Hehehe... Rakan-rakan siber, saya pun senyap sahaja. Entahlah kenapa. As, Anjang, Adeeka, Angah, yob, dan lain-lain pun senyap sahaja. Hehehe... Capaian ke laman saya pun memang kurang dalam bulan Febuari ni. Hehehe... Tak kisahlah. Kalau kurang email, kuranglah sikit masa online saya. Ramai yang bekerja dan cuti pun agak banyak awal bulan Febuari ni.

Kemudian waktu tengah hari, saya jemput adik pulang dari sekolah dan kemudian siapkan sikit sentuhan terhadap diari ni. Kemudian tonton ltdl sekejap.

Petang main bola macam biasatapi tak berapa ok sangat sebab kaki terasa cukup sakit. Tapi tetap main. Hehehe... Ada sayur yang injured semalam sampai susah nak jalan. Hehehe...

Waktu malam berehat sambil harap ada  Siaran Langsung bola Piala Sumbangsih tapi tak ada. Saya pilih Penang untuk juara sebab Selangor dah terlalu ramai kehilangan tonggak. Penang pulak memang cukup baik permainanya dan saya rasa, Penang akan juara! Dan bila dengar radio memang Penang menang pun. Tahniah! Lepas tu saya terus tidur dan kemudian bangun balik jam 2.45 pagi dan terus uploadkan fail-fail laman web sekolah adik saya sampai jam lima pagi terus tidur selepas bersahur.

WASSALAM...

08 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

1). Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.

Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Semoga ia sama-sama dapat memberi manfaat kepada diri kita. InsyaAllah...

Diari hari ini... Seperti biasa saya berjogging di Taman Rimba. Jumpa Men dengan Ghafur sedang berjogging di Taman Rimba dan saya pun join sekali. Alhamdulillah terasa lebih segar selepas itu. Bila balik saya sempat surf internet sekejap dan kemudian berehat dan saya tak ingat apa perancangan saya hari ni. Jadi saya tidur selama lebih kurang 1  setengah jam.

Rupanya saya sepatutnya balik kampung hari ni! Ada kenduri dekat rumah saudara saya. Alamak terlupa pulak. Bila bertolak ke kampung dah ada ramai saudara yang ada kat rumah Tok Wan. Saya kemudian ke majlis kenduri yang cuma berselang dua tiga buah sahaja dari rumah Tok Wan saya bersama dengan Pak Long.

Memang meriah dan cukup ramai yang hadir. Tiga Ekor Lembu tumbang! Dua lembu besar dan seekor lembu yang sederhana besar. Memang ramai. Nak jadi mentara pun saya tak kenal ramai yang bekerja. Jadi pergi makan sahajalah. Hehehe... Lepas makan, berehat sekejap dekat kawasan orang ramai sedang berbual.

Tiba-tiba ternampak dua orang guru sekolah saya dulu. Cikgu Kazar dengan Cikgu Ishak. Anak saudara saya tu (yang kahwin) adalah senior saya di SMT Alor Setar. Dapatlah saya jumpa balik cikgu-cikgu saya. Hehehe... Waktu nak balik, berbual sekejap dengan pengantin dan kemudian minta diri untuk pulang. Bila balik rumah Tok Wan ada tetamu. Hehehe...

Saya nak tonton ltdl jadi saya ke rumah Pak Ngah saya untuk menontonnya. Kemudian bila balik rumah Tok Wan, saya cuma berehat sambil bermain-main (mengusik sekali. Hehehe...) dengan sepupu yang masih kecil. Selepas Asar, saya bertolak pulang ke rumah dan kemudian terus main bola. Paling saya ingat hari ni ialah saya menjaringkan gol dengan menggelecek lapan player lawan dari dalam kotak penalti kawasan saya hingga ke hadapan gol lawan dan menjaringkan gol. Hehehe... Tapi memang cukup penat sampai nak angkat kaki pun dah tak larat dah.

Malam selepas Maghrib saya ke kedai kawan saya untuk menonnton bola secara langsung menerusi Astro. Liverpool lawan Boro. Newcastle lawan esok. Susah jugak lawan Arsenal tapi rasanya boleh menang kot. Bila nak balik terjumpa kkawan lama di kampus (senior saya). Kemudian tonton TV. Bila jam 12 ada pesta mercun pulak kat Taman Saya.  Jadi saya keluar ke tepi rumah sekejap untuk saksikan pesta tu. Hehehe...

Kemudian kena tolong adik saya uploadkan laman web sekolahnya sampai jam 3 pagi tapi ada banyak masalah. Akhirnya saya terus tidur. Kalau dari awal buat ikut presedur kan mudah! Hehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah