Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

Sebelum saya memulakan diari saya hari ni, saya nak ucapkan tahniah kepada seorang kawan saya di LADA dulu iaitu Ali gajah yang telah berjaya terpilih sebagai pemain bolasepak Kedah bagi tahun ni. Saya memang cukup yakin dengan corak permainannya yang memang lasak dan rajin. Saya rasa kalau dia boleh maintain displin yang ada, InsyaAllah dia boleh pergi jauh.

Satu lagi kepada Kamariah yang juga saya lebih kenali sebagai K di LADA dulu kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan (anak sulung). Hehehe... Juga kepada suaminya Abang Ali yang juga staff Lada. Alhamdulillah...

Baru sahaja kahwin dalam setahun dah dikurniakan anak. Rezeki yang cukup berharga. Seronokkan bila ada bayi. Saya pun dah tak ada adik kecik dah. Cuma sepupu saya yang banyak masih bayi. Hehehe... Kalau saya nak tunggu anak saudara, alamat lamalah lagi, rasanya kena saya dapat anak dulu baru dapat anak saudara sebab saya anak sulung.

Oklah balik kepada diari saya hari ni.

Selepas Subuh saya hantar adik saya ke sekolah. Hari ni memang ramai yang hantar anak ke sekolah. Jadi keadaan memang jam. Hehehe. Nasib baik saya guna motor. Kalau ikut perancangan awal saya akan ke Kulim hari ni tapi esok Pak Su saya nak akad nikah, jadi terpaksalah saya ke Kulim pada hari Selasa.

Tengah hari saya jemput adik saya balik dari sekolah. Hari banyak saya habiskan masa saya dengan membaca Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan MASSA. Petang saya tidur sekejap dan saya bangun balik main bola. Entahlah tak berapa ok sangat saya main kebelakangan ni. May be stamina tak berapa baik sangat. Rasanya saya memang tak dapat sesuaikan diri dengan padang yang berlopak sebab cara tendang saya memang lain. Kalau saya ikut jugak style tendang saya, alamat patah kakilah. Apa pun yang paling penting banyak peluh keluar. Itu yang paling saya suka.

Malam saya cuma menonton TV dan berita. Kemudian saya sambung settlekan beberapa kerja sebab saya dah nak ke Kulim lusa. Lepas saya guna Internet, terus saya tidur.

WASSALAM...

04 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

1. Hendaklah menggembirakan saudara-saudara seagama sewaktu berjumpa dengan mereka.

2. Setiap perjumpaan hendaklah didahului dengan ucapan salam.

3. Hendaklah bergaul dengan mesra.

4. Jika dalam majlis, hendaklah meluaskan tempat duduk dan jika tiada tempat duduk, hendaklah berdiri secara tidak bersempit-sempitan.

5. Hendaklah diam sewaktu kawan sedang bercakap dan jangan terus menyampuk sebaik-baik sahaja dia selesai bercakap.

6. Adalah kurang elok menentang pendapatnya.

7. Memperindahkan percakapan dalam bercerita.

8. Memanggil atau menyebut namanya dengan sebaik nama (sebutan yang disukainya).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tiga perkara yang dapat memurnikan kecintaan sahabatmu kepadamu iaitu memberi salam apabila bertemu, melapangkan tempat duduk untuknya di majlis dan memanggilnya dengan nama yang disukainya."(Riwayat Bukhari)

"Termasuk satu kesopanan bahawa seorang teman mendengar dengan sungguh hati apabila saudaranya sedang bercakap dan termasuk adab perjalanan, seorang teman turut berhenti bersama-sama saudaranya apabila tali kasut saudaranya itu putus sewaktu berjalan."(Riwayat Anas)

Semoga menjadi panduan hidup kepada kita semua. Insya-Allah

Selepas Solat Subuh saya terus sambung tidur balik sebab rasa terlalu mengantuk berjaga malam tadi. Bila bangun balik saya bersarapan dan kemudian baca paper. Kemudian saya ke Alor setar bersama adik saya dan kemudian bila balik rumah saya berehat sambil menonton TV bersama keluarga.

Petang saya rasa nak main bola dan terus saya pergi main. Hehehe... Dah lama jugak tak main bola sebab padang agak becak. Kali ni dah Ok sikit, bolehlah turun balik. Tapi tak boleh perform elok sangat sebab stamina saya tak berapa jaga sangat kebelakangan ni. Nanti dalam seminggu dua lagi saya akan mula balik, InsyaAllah.

Sebelah malamnya saya ke rumah Hafiz untuk hantar dia ke Shahab Perdana. Kawan dah nak jadi assistant manager KFC dan kena training 3 bulan di KL. Bas bertolak jam 12 tengah malam. Kemudian saya terus balik dan surf internet. Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah"  
- Wahab Munabih -

"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"

"Bahawasanya dunia ini lautan yang dalam dan ramai manusia yang telah karam. Oleh sebab itu jadilah  kapalmu di dunia ini taqwa kepada Allah,  muatannya adalah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah, nescaya kamu akan selamat"

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah