Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

11 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka
akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu
-Anonymous-

Pagi saya dengan Reza sibuk mengemaskan rumah. Reza lagi banyak kemas. Saya cuma tolong sikit-sikit sahaja. Sambil-sambil tu saya perkemaskan list syarikat yang saya nak minta kerja sambil meneliti beberapa peluang pekerjaan yang diiklankan dalam paper. Hari ni Reza yang memasak Tom Yam dan Ayam. Tapi saya kena makan sorang-sorang sebab Reza pergi makan kenduri.

Bila petang saya cuma membasuh baju yang dah dua hari tak berbasuh dan kemudian tengok Cerita hindustan sambil main game sekali-sekala.

Petang main bola seperti biasa. Dah mula seronok main kat sini. Hehehe... Lepas tu waktu malam saya cuma berehat di rumah sambil berbual dengan Reza. Saya tidur pun lewat jugak kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

10 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya dan Reza memasak. Ayam goreng dan Kari ayam. Sambil tu bersayurkan Kangkung. Masakan orang lelaki bujang. Hehehe... Reza memang pandai masak dah. Saya cakap kat Reza yang saya bab masakan ni saya memang tak kisah sangat. Sedap ke tak saya makan ja. Tapi Reza cakap dia bukan sebab tak kisah tapi sebab nak bagi pandai. Hehehe... Betul jugak pandangan dia. Kalau ikut pandangan saya habislah tapi saya tak mahu menyusahkan orang. Itu sahaja. Hehehe...

Saya solat Jumaat di Masjid Kelang Lama dan imam membacakan khutbah yang berkisar dengan pentingnya mengeratkan hubungan dengan Allah. Selepas solat Jumaat saya ke Stesen Minyak dan kemudian repair sikit motor sebab saya rasa ada yang tak kena.

Motor saya tu tak sampai dua minggu tukar minyak hitam dah dekat 1000 km perjalanan dah. Mana tak pening kepala. Kalau macam ni jenuh tukar minyak hitamlah. Plug pun hari tu saya pasang tak kemas kena pasang balik bagi kemas.

Petang main bola seperti biasa. Hehehe... Malam saya, Reza dan Det ke BM merasa Char Koteaw Alkaria BM. Depa cakap char Koteaw Kulim tak memenuhi halwa mulut depa. Hehehe... Saya macam biasa, makanan tak ada masalah! Dapat jugak tengok suasana malam di BM dan hafal kawasan BM ni.

BM ni taklah susah sangat nak ingat sebab taklah macam KL yang saya agak sukar nak ingat kawasan-kawasannya. Manalah tahu nanti berguna. Lagipun saya memang suka berjalan tengok tempat orang. Kalau saya boleh explore, selagi tu saya akan explore. Bukan apa seronok tengok tempat orang.

Selepas balik, saya lawan game bola dengan Reza. Petang tadi dah menang. Malam tadi asyik kena belasah tapi malam ni entah sebab apa saya tak boleh main. Kenalah dengan Reza. Bersorak sakanlah dia. Hehehe... Saya bagi chance sahaja tu Reza! Nanti saya bantai balik!

WASSALAM...

09 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni, barulah sempat saya semak email dan balas. Maaf sebab lambat balas. Saya malas nak online di rumah Reza sebab nanti melambung pulak bil rumahnya. Bila dua hari tak semak email jenuh nak membalas. Waktu selalu saya online tak pulak dapat email banyak. Tapi bila saya tak berapa free, banyak pulak email yang saya dapat. Hehehe...

Saya dan Reza cuma berada di rumah dan buat apa yang patut. Saya dah mula berfikir banyak perkara. Ada benda-benda yang cukup menggembirakan saya dan cukup menarik buat saya. Hehehe... Apa dia? Rahsialah mana boleh beritahu! Hehehe...

Petang seperti biasa bermain bola. Hehehe... Sebab minat, saya main kat tempat orang. Tapi saya rasa nak terus serius dalam bola agak susah bagi saya. Badminton jugak yang saya rasa boleh saya serius. Tapi nak buat macam mana minat dekat bola. Bakat kat Badminton!

Malam saya bersama Reza ke Pasar Malam di kawasan depan Kampung Tunku Putra ni. Kemudian saya dan Reza makan keropok lekor yang direbus. Hehehe... Saya suka makan keropok Lekor yang direbus sebab minyak kurang. Tapi ramai yang tak gemar. Tapi jangan diikut sangat cara makan saya sebab yang mentah pun saya makan. Hehehe...

Selepas tengok TV saya terus tidur.

WASSALAM...

08 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam, Saya bertolak kira-kira jam 3 petang ke Kulim melalui lebuhraya dan turun di Sungai Petani Utara. Bila sampai di SP saya dah tak berapa ingat jalan ke Kulim sebab last sekali saya ke Kulim melalui jalan tersebut ialah pada tahun 1995. Dah lama kan! Tapi saya still ingat banyak kenangan lalu jalan itu untuk ke tempat pengajian saya dulu.

Saya cuma menunggang secara perlahan sebab saya rasa sedikit kelainan kerana sudah terlalu lama tidak melalui kawasan sidam dan masuk ke Padang Serai, Lunas dan seterusnya ke Kelang Lama. Memang dah jauh berubah. Saya yang dah lama tak melalui jalan ini.

Alhamdulillah rumah kawan saya Reza masih saya ingat kedudukannya walaupun sudah 3 tahun saya tak sampai. Petang tu saya dah mula turun main bola dengan penduduk di sini. Memang seronok tapi jari kaki saya still cedera. Bila score sahaja terus Reza mengusik saya. Hehehe... Dia ingatkan balik kenangan waktu main bola di kampus dulu.

Malam saya cuma berehat di rumah Reza sebab agak letih.

Hari ni pulak...

Saya bersama Reza hari ni menjelajah Bukit Mertajam dan Seberang Perai untuk mendapatkan alamat syarikat-syarikat yang dirasakan mempunyai kerja kosong. Memang tujuan saya ke Kulim adalah untuk meninjau peluang kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Cuma lepas ni saya kena fikir langkah selanjutnya sebab persaingan amat mencabar. Jadi saya kena ada strategi tersendiri kalau tidak tak boleh survive. Untungnya Kulim ni ialah ia merupakan seperti bandar satelit. Ramai yang tinggal di sini bekerja di Penang.

Selepas Seberang Jaya saya dan Reza meninjau pula di sebelah Kulim. Hehehe... Cari yang jauh dulu sebelum yang dekat.

Petang bersama main bola. Saya dah boleh mula kenal ramai orang dah. Antara yang saya dah mula rapat ialah Det dan Din. Ramai jugak bakat-bakat bola kat sini tapi Kulim jarang lahirkan player Kedah. May be kedudukannya agak jauh dari Alor Setar kot.

Malam cuma berehat di rumah sambil menonton TV.

"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"

"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"

"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah