Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

07 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RIWAYAT ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd
kekuatan iman pada diri manusia.

Berbalik kepada diari saya hari ini.

Seperti biasa waktu pagi dihabiskan dengan berjogging di Taman Rimba. Hari ni Taman rimba cukup meriah sebab terlalu ramai yang beriadah di sini. Hehehehe... Ramai budak-budak asrama sekolah berdekatan melakukan aktiviti kecergasan di sini. Jadi memang agak sesak sikit.

Alhamdulillah, saya rasa stamina saya dah semakin OK. Abang Midi jagalah. Hehehe... Nasib baik saya tak berapa dapat step balik dalam badminton tapi bila main bola saya rasa cukup ok dan fresh. Lari naik turun. Hehehe... Biar penat sampai senak perut dan peluh keluar macam orang mandi. Memang puas kalau keadaan jadi macam tu. Bila bernafas rasa terlalu segar walaupun penat.

Kemudian bila balik dan selepas sarapan pagi ada satu berita yang menarik perhatian saya iaitu kejayaan seorang remaja berumur 16 tahun yang berjaya mendapat anugerah saintis muda apabila berjaya mencipta satu web browser yang dihasilkannya selama dua tahun!

Teen's Web Browser Wows Top Geeks 

Kalau nak tahu cerita lanjut sila klik link tersebut. Memang menarik berita-berita macam ni. Kalau anda selalu baca artikel mengenai perkembangan terkini komputer dan anda memang minat berita-berita mengenai dunia IT silalah lihat headlinenya dalam bahagian paling bawah page pertama laman saya jika anda masuk ke laman saya melalui address www.saifulazrul.cjb.net .

Tengah hari solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Imam membicarakan soal Ibadah Korban. Maklumlah dah hampir Hari Raya Korban Minggu depan.

Petang rehat sekejap dan selepas tonton Ltdl secara Langsung, macam biasa main bola. Waktu tonton ltdl saya akan ingat Koji Fukushima. Memang saya respek cara kayuhannya. Hehehe... Tapi pelumba profesional tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi memang ltdl cukup menghiburkan. Hehehe...

Selepas Maghrib tonton berita dan kemudian tonton TV. Paling menarik dalam berita ialah tentang rekacipta Jepun. Memang menarik. Paling mengkagumkan air boleh menggantikan minyak! Bayangkan betapa bersihnya dunia kelak jika ia berjaya dimajukan. Terlalu menarik! Bagi saya perkara-perkara seperti ini cukup merangsang minat saya. Alahmdulilah saya tengah melaksanakan satu projek. InsyaAllah berjaya. Jam 10 dengar carta Nasyid Ikim sampai jam 12 dan kemudian sambung buat kerja biasa sampai jam 2 pagi barulah masuk tidur.

Sebelum tu nak berkongsi bersama carta Nasyid Ikim.fm minggu ni.
Minggu ke 17 (07 Febuari 2003)

1-  Satu Qiblat Yang Sama - Rabbani
2-  Hanzalah - Rabbani
3-  Wanita - Durrani
4-  Sumayyah - Hijjaz
5-  Nur Kasih - Inteam
6-  Cinta Dan Harapan - Firdaus
7-  Kasih Ibu - Far East
8-  Permaisuri Hatiku - Hijjaz
9-  Gema Alam - Raihan
10-Nahligai Kasih - UNIC

Lagu Yang Terkeluar

1- Mari Bersolat - Raihan
2- Damai - Nowseeheart

Carta Nasyid Minggu ke-16 (31 Januari 2003)

1-  Sumayyah - Hijjaz
2-  Satu Qiblat Yang Sama - Rabbani
3-  Nur Kasih - Inteam
4-  Cinta Dan Harapan - Firdaus
5-  Wanita - Durrani
6-  Hanzalah - Rabbani
7-  Kasih Ibu - Far East
8-  Damai - Nowseeheart
9-  Mari Bersolat - Raihan
10 Permaisuri Hatiku - Hijjaz
 

Kepada sesiapa yang nak mengundi lagu nasyid sila pilih lima lagu nasyid yang anda minati dan emailkan ke pilihanutama@ikim.gov.my .


WASSALAM...

06 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMORI DATSUN 160J
(Siri Akhir)

Ia tetap berjalan seperti biasa walaupun nampak seperti kereta cabuk. Sampailah tahun 1999 seingat saya kereta itu digunakan buat kali terakhir. Dan akibat terlalu banyak yang perlu ditukar dan memerlukan kos yang tinggi kereta itu tersadai di depan rumah saya sejak tahun 1999.

Kereta itu telah menjadi ‘stor’ bagi adik-adik saya yang masih kecil untuk menyimpan barang-barang permainan mereka seperti Bola, Ikan dan lain-lain. Kereta itu menjadi tempat menjemur kasut dan ikan kering dan tidak lagi berfungsi dengan baik.

Baru-baru ini apabila mak dan abah merancang untuk menjual kereta itu kepada keling besi buruk, saya cukup berharap agar ia tdak jadi dijual sebab ia masih ada nilai sentimental  bagi saya.(Kalau buat karangan autobiografi tentu best!) Sebenarnya saya tak sanggup melihat ia menjadi besi buruk. Saya lebih suka ia menjadi kereta terpakai. Lagi pun harga yang ditawarkan ialah Cuma RM 60!

Alhamdulilah pada saat-saat terakhir mak tak jadi jual atas pujukan bekas jiran yang mengatakan ia boleh dijual pada harga yang lebih tinggi (sekurang-kurang beratus-ratus tinggi). Saya pun terus sokong. Tapi ia tak akan lama  sebab abah dah berura-ura nak beli kereta baru. Permulaannya abah nak tengok kereta Honda Accord pada harga RM 5 000. Nampak gaya kereta Datsun tu terpaksalah berpisah dari kami sekeluarga.Tapi dalam perancangan nak eli kereta yang lain sebab maslaah-masalah tertentu. Terpulanglah kepada mak dan abah.

Biasalah, kalau yang hidup pasti akan mati dan yang baru akan menjadi lapuk. Semuanya akan berakhir dan kereta itu akan pergi jua. Tetapi kenangan bersama cukup indah biarpun ia tak ubah seperti kereta cabuk. Itulah memori Datsun 160J. Terima kasih atas segalanya! Saya akan ingat kesemuanya...

(tamat)...

Selepas Subuh terus saya sambung tidur dan kemudian. bila bangun posmen hantar surat dari Reza. Thanks Reza. Sampai pun gambar saya tu. Hehehe... Apa lagi terus saya lengkapkan borang-borang kerja dan terus pos.

Tengah hari berehat di rumah seperti biasa. Aktiviti terhenti sebab adik saya bawak had disk komputer ke sekolah! Pening kepala saya tak mengadap komputer. Petang tidur sekejap dan kemudian main bola.

Selepas berbuka dan membaca Yassin bersama keluarga, rehat sambil settlekan banyak kerja yang tertangguh. Sambil-sambil tu tonton TV sekali. Buat kerja sampai tengah malam. Tidur jam 2 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah