|
22 JANUARI 2003 ASSALAMUALAIKUM... Malayia kena gempa bumi? Kat utara pulak tu? Bila? Saya tak perasan pun! Hehehe... Rupanya waktu gempa tu saya berada atas highway dalam perjalanan ke UUM. Tapi memang saya tak perasan sangat. Ayah saya memang perasan. Beberapa bangunan di Kedah, Penang dan Kelantan terpaksa dikosongkan.
Memang saya
tak perasan. Hehehe... Saya bertolak ke UUM jam 10.45 pagi dan sampai ke UUM jam 11.45 pagi. Kemudian bila saya tunjuk kat Abang Midi okumen yang nak disahkan tu. Dia terkejut. Semuanya ada 10 set. Satu set ada 45 helai. Bermakna 450 helai yang perlu disahkan. Hehehe... Nak buat macam mana, saya ni aktif sikit da memang banyak dapat sijil. Tu pun banyak yang tak sempat saya ambil. Thanks kepada Abang Bul (Encik Mohd Hasbullah Omar) dan Abang Aziz (Encik Aziz Othman) yang telah sudi menjadi 'artist' mengesahkan sijil-sijil saya. Nasib baik depa tak ada kelas, kalau tidak jenuh saya nak dapat signature lecturer yang lain. Lepas tu Abang Midi belanja makan tengah hari bersama adik saya Shaukhi. Thanks... Abang Midi agak sibuk sekarang ni. Nampak berserabut sikit. Hehehe... Rileks Abang Midi. Sabar...Ariep kenapa tak datang? Kan dah tak boleh jumpa! Hehehe... Lepas tu lepak kat bilik Abang Midi dan kemudian waktu solat di surau STM. Terjumpa Encik Massudi. Baru saya sempat wish dia Selamat Pengantin Baru. Hehehe... Lecturer kawin lecturer. Puan Yuhanis tu dulu lecturer saya yang cukup banyak membantu saya. Memang saya cukup respek cuma saya sahaja yang tak bantu diri saya. Hehehe... Semoga berkekalan selamanya. Maaf sebab tak sempat kunjung bilik sebab sibuk surf Internet. Hehehe... Juga kepada Cik Noraziah sebab tak lawat bilik. Sebenarnya waktu saya ke bilik Cik tak ada orang. Waktu balik barulah saya terserempak dengan Cik kat luar kampus. Bila balik rumah, Pak Su dan Mak Su saya ziarah. Hehehe... Mak Su orang baru lagi. Hehehe... Kemudian saya main bola macam biasa tapi tewas 3-2. Tapi memang enjoy. Malam saya banyak menonton TV dan kemudian menyiapkan borang memohon jawatan kosong untuk dipos esok. Saya tidur jam 2.30 pagi.
21 JANUARI 2003 ASSALAMUALAIKUM...
Cinta dan Perkawinan Oleh itu para carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Satu artikel buat renungan semua tapi maaflah saya tak mahu mengulas mengenainya buat masa ni. Saya memang terasa cukup mengantuk pada waktu pagi. Entahlah kenapa. Kemudian saya ke Bangunan Tunku di Alor setar untuk mengambil borang permohonan mengisi jawatan kosong di KEDA (Kedah Development Authority). Alhamdulillah sebab saya dapat tahu mengenainya sebab iklannya memang tak ada dalam paper. Kena ada ramai contact jugaklah. Hehehe... Kemudian saya ke City Plaza untuk membeli buku sekolah adik saya tapi tak ada. Jumpalah beberapa orang saudara/rakan. Hehehe... Semua hairan sebab saya sorang sahaja ke Bandar Alor Setar. Hehehe... Biasalah. Lagi pun saya jenis bila sampai sahaja kat kedai yang dituju, beli barang dan terus balik. Senang. Saya dah fikirkan apa yang perlu dibeli kat rumah. Tapi kalau bawak mak saya, saya kena ikut berjalan ke banyak kedai sebelum boleh beli satu barang. Oleh kerana mak saya memang tak kisah sebab pengorbanan mak memang banyak. Hehehe... Kemudian saya menonton TV seperti biasa waktu petang saya turun main bola. Semakin menarik main kat taman saya ni. Selalunya saya main position striker tapi sekarang ni dah ramai nak jadi striker susahlah. Bawah tak ada orang jadi saya kembali ke posisi asal saya iaitu last man. Memang menarik game hari ni. Menang 6-5 dan gol sayalah yang menentukan kemenangan. Hehehe... Seronok main bola ni. Rasa cukup puas. Kalau nak ikut world player, banyak falsafah mereka tentang bola ni. Hehehe... Dah kaki bola nak buat macam mana. Sampai ada yang tanya saya dah resign main badminton ke? Hehehe... Taklah... Cuma waktu sekarang saya lebih menumpukan kepada bola sebab nanti bila musim hujan baru boleh main badminton balik. Kalau main badminton saya memang rasa confident boleh menang. Selagi tak habis saya akan cakap saya boleh menang. Itu sahaja dan selalunya dapat menang. Paling best waktu lawan adik saya walaupun saya dalam keadaan yang tak cukup cergas atau pun dah ketinggalan jauh saya still yakin saya akan menang dan lastly saya tetap menang. Hehehe... Tapi kalau bola ni banyak bergantung kepada team work. Malam saya banyak habiskan masa mengisi borang kerja. Saya telefon Abang Midi suruh sahkan salinan-salinan sijil saya. Dia kata ia tak dapat sebab cop tak siap lagi tapi dia akan minta tolong kawan-kawan dia sahkan. Saya kata Ok tapi banyak. Dia cakap tak kisah. Maknanya esok saya kena ke UUM lah. saya tidur jam 2.30 pagi selepas tonton EPL.
|
Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96] |