Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Penafian...

Saya di sini nak tegaskan yang Saya Saiful Azrul Che Lah tidak pernah menghantar email kepada orang lain selain daripada yang menggunakan address saifulazrul@hotmail.com atau saifulazrul@yahoo.com. Sebabnya saya ada terima satu email "menagrut" beralamatkan saifulazrul@msn.com dan juga dari saifulazrul2@hotmail.com. Kandungan dalam email yang saya terima itu cukup mengarut. Saya harap anda mendapat penjelasan sebenar.

Satu lagi, komputer saya telah diserang virus dan akibatnya ia secara automatik menghantar email-email menggunakan email saya ke alamat yang ada dalam address book saya. Antaranya ialah yang subjectnya bertajuk My Detail, I Love You,  Dan beberapa subject lagi. Selalunya bila anda scan sebelum buka, email provider akan beri amaran bahawa attachment dalam email itu dijangkiti virus. Harap maklum dan saya minta maaf atas kesulitan yang dialami.

Sebenarnya saya pun dapat email daripada address member saya dan barulah saya tahu bila saya membaca beberapa artikel di Internet berkenaan virus ni. Harap anda tidak salah faham.

Hari ni mengantuk sangat. Jadi lepas Solat Subuh terus saya sambung tidur. Kemudian saya masuk kerja kira-kira jam 10 pagi sampai jam 6 petang. Habis sahaja waktu kerja. Saya call Zam dan dengan tanpa perancangan awal saya diajak ke UUM. Dan saya setuju!

Lama betul tak jumpa kawan-kawan. Memang jumpa ramai member kat sana. Mula-mula saya bertolak ke rumah Zam dan ambil dia sebelum kami singgah di rumah Syahir di Jitra sebelum bertolak ke UUM bersama Rizal dan Kimi.

Rindunya suasana di UUM. Banyak sangat kenangan pahit manis. Ada kenangan yang amat amat istimewa yang tak mungkin dapat saya lupakan. Di sini segalanya bermula. MEmang hati saya cukup tersentuh dengan semua itu. Yang tinggal hanyalah kenangan. Hmmm... Sekarang semuanya harus dimulakan kembali. Saya serahkan segalanya kepada Allah.

Bila round ekspo konvo waktu ni memang jumpa ramai kawan. Mula-mula tu tak jumpa sangat tapi bila dekat jam 11 baru jumpa seorang demi seorang. Last sekali saya bertolak balik dari UUM jam 1.30 pagi! Sampai di Jitra dah jam 2 pagi dan saya hantar Zam pulak balik rumahnya di Gunung Keriang kira-kira jam 2.30 pagi dan kemudian saya singgah di Stadium untuk membeli makanan di kedai kawan saya. Dapat diskaun istimewa pulak! Terima kasih...

Saya sampai di rumah kira-kira jam 3 pagi. Saya bersahur dan buat sedikit kerja dan kira-kira jam 4 pagi barulah saya tidur.

WASSALAM...

13 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Apakah dia istidraj itu?
(Siri Akhir)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia

bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

 

Sebenarnya ia adalah artikel yang dikirimkan oleh seorang sahabat saya melalui email dan saya rasakan ada banyak point yang boleh kita kaji dalam kehidupan kita seharian yang boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih dalam lagi tentang hidup kita. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya...

 

Oklah...

Hari ni saya still tak dapat berjogging sebab hujan pada waktu pagi. Tapi sekejap sahaja. Waktu pagi saya banyak habiskan masa di rumah. Tak banyak yang dapat saya ceritakan pada hari ni. Memang tengah ada masalah sikit. Maaflah sebab saya terpaksa ambil masa yang lama untuk reply email. Jangan kecil hati!

Lepas tu saya masuk kerja hari dari jam 4 petang sampai 8 malam dan kemudian terus saya tonton bola. Alamak tewas dengan Sabah 3-1. Habislah harapan tahun ni. Sedih memang sedih tapi malas nak tulis dalam ni sebab saya dah banyak menulis dalam forum Hijau Kuning. Kalau nak baca sila masuk. Nick saya adalah Saiful.

Lepas tu saya, adik saya, Men dan Zam makan di Medan Selera Stadium. Sambil tu best betul dengar cerita Zam pasal ekspedisi di Gunung Tahan. Kalau bab-bab ni memang saya cukup berminat. May be saya akan try organize dengan member-member yang nak pi. Zam dengan Men dah ok dah tapi bukan tahun ni. May be tahun depan. Harapnya menjadi kenyataan.

Lepas tu bila balik saya tonton Siaran langsung tertunda MPPJ lawan Pahang. Kejutan oleh MPPJ. Lepas tu saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

12 SEPTEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Apakah dia istidraj itu?
(Siri 1)

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi

Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Bersambung esok...

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Hari ni awal-awal lagi saya dah hadiri training pasukan Kedah di Stadium Darulaman bersama Arif. Rupanya Men pun ada sekali. Sepatutnya saya berjogging tapi kebelakangan ni asyik hujan pada waktu pagi sahaja, jadi saya tak dapat berjogging. Dah banyak hari dah...Lepas tu kami terus pergi beli tiket bola di kaunter tiket. Saya dengan Men pulak lepas tu melawat Boss.

Saya kemudiannya Solat Jumaat di Masjid ALor Semela dan Khatib membicarakan Gotong royong sebagai seni Umat Islam.

Kemudian selepas makan tengah hari saya terus masuk kerja dari jam 4-12 tengah malam. Kemudian bila balik terus saya masuk tidur.

WASSALAM...

11 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Misteri Otak!!!

Pernahkah anda terfikir kadang kala ada benda-benda yang cukup misteri dan sukar diungkap dengan akal biasa. (Bagi yang mempelajarinya ia bukan lagi rahsia)

Saya nak berbicara mengenai satu keunikan manusia. Cuba anda lakukan apa yang saya syorkan ini...

1.       Dengan menggunakan tangan kanan, anda buat satu bulatan mengikut arah jam dan pada masa yang sama anda buat angka enam (6) dengan kaki. Ingat! Lakukan serentak! Boleh tak? Mengapa? Setakat saya uji tak pernah ada yang boleh lakukannya lagi.

Anda ada jawapannya? Sila emailkan saya di saifulazrul@hotmail.com atau kalau panjang sangat email saya di saifulazrul@yahoo.com .

Itu adalah satu yang perlu kita pelajari dan kaji kerana ada jawapan yang akan memberi kita banyak manfaat. Ia mungkin berkaitan dengan penggunaan hemisfera otak kanan (HOKA) atau pun (hemisfera Otak Kiri (HOKI).

Semakin banyak yang kita tahu bermakna semakin banyak yang kita tak tahu. Ilmu Allah itu luas sifatnya....

Oklah...

Hari ni selepas Subuh saya sambung tidur balik dan lepas tu dapat call dari Cik Bad pasal kerja saya. Pagi saya tak buat apa sangat lepas tu masuk kerja macam biasa dari jam 12-8 malam. Saya berbuka puasa pun pada waktu bertugas.

Hari Alhamdulillah saya banyak dapat ucapan tahniah atas kemenangan semalam. Hehehe... Kalau nak ikut kemenangan yang ke berapa entahlah... Saya dah banyak menang. Alhamdulillah...

Hari juga adalah ulangtahun kedua peristiwa 11 september. Saya dah malas nak tulis pasal kejadian itu. Kalau nak baca pandangan saya sila bukak diari saya pada 11 September 2002. Sebelum tu saya juga nak rakamkan ucapan Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga Ustaz Nia'amat Yusof yang kembali ke Rahmatullah semalam. Kehilangan seorang ulama yang amat dirasai.

Dalam akhbar hari ada banyak berita yang menarik perhatian saya dan esok pastinya lebih banyak.

Bab sukan pulak saya banyak surf laman web pasukan lain macam Sabah, Perak dan KEDAH. Esok InsyaAllah saya akan hadir di Stadium Darulaman memberi sokongan kepada team Kedah training. Sabtu ni Kedah kena kambus kembali defisit 1-0 dan berusaha memenangi perlawanan.

Masuk balik bab diari, hari ni waktu malam sempat saya tonton Gerak Khas. Lama sangat dah saya tak tonton dan lawak pulak siri malam ni tambah-tambah waktu Azlee Senario berlakon. Hehehe... Tak kering gusi dibuatnya. Tambahan saya pulak memang senang nak tercuit hati. Hehehe...

Selepas settlekan beberapa email untuk dibalas, terus saya tidur... Maaf sebab minggu ni saya memang lambat balas email.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah