Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

03 OKTOBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni cukup puas untuk saya tidur. Hehehe... Balas dendam... Hehehe... Selepas Subuh terus saya sambung tidur balik. Kemudian bila bangun kira-kira jam 10 pening kepala saya dah reda. Alhamdulillah. Bila saya baca paper hari ni ada beberapa berita yang cukup menarik minat saya.

Kemudian saya Solat Jumaat di Masjid Alor Semela yang bertajuk Khurafat! Banyak perlakuan dalam masyarakat yang harus kita bendung kerana ia boleh menyebabkan kerosakan akidah! Antaranya perbomohan yang mengarut, tilik nasib dan petanda seperti biawak melintas ketika rombongan meminang dan macam-macam lagi. Banyak isi khutbah yang membuatkan saya lebih sedar keadaan semasa. Alhamdulillah...

Petang sebelum saya masuk kerja, saya sempat ke Bank untuk simpanan wang. Saya jumpa pengetua Sekolah ABIM Alor Setar dan berbual. Famous rupanya Pak Su ni. Orang kuat ABIM katakan... Hehehe... Kemudian lama jugak saya menanti. Nak simpan duit pun lama.

Lupa nak cakap yang ayah saya sekarang sedang berkursus di Kuala Kubu Baru selama dua minggu sampai 10/10/2003. Semoga Abah sentiasa selamat. InsyaAllah... Bila masuk kerja banyak jugak yang nak kena saya buat. Kemudian bila malam, saya cuba install software management di CC. Banyak sangat soal teknikal yang nak kena diuruskan. Bab rangkaian ni bukan bidang saya tetapi saya rasa banyak yang saya dah pelajari dari kerja saya ni. Saya, Zam dan Men sebenarnya ada satu projek besar tetapi susah untuk dapatkan modal. Kami sekarang tengah mengkaji langkah seterusnya. Modalnya kurang-kurang kena ada RM 500, 000! Tapi kami jugak realistik. Idea dah ada tapi modal tak ada. Kami kena cuba. Saya semakin minat dalam dunia bisnes ni. Tengoklah nanti kalau ada peluang saya nak terus serius dalam dunia bisnes ni. Doakan saya berjaya!!! Hehehe...

Malam saya tak dapat hadir ke majlis tahlil. Maaf Zam sebab saya kena kerja. Lepas waktu kerja saya stay sekejap di kedai sebab urusan pemindahan barang masih dijalankan dan sambil tu saya tonton Liputan Khas Piala Malaysia edisi Perlawanan Akhir. Malam ni tak menang kuiz, Tak apalah dah banyak minggu sangat menang...

Bila balik saya terus tengok PC saya. Dah siap tapi still banyak problem. Sukar nak tentukan maslaah sebenar. Apa pun saya terus ambil kesempatan untuk update Laman saya..

WASSALAM...

02 OKTOBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

ARGHHHH…. Tidaaaaaakkkkk…. Habis semua dokumen saya hilang!!! Komputer saya terpaksa di format dan kini saya cukup terkapai-kapai! Bukan senang nak dapatkan semula semua tu. Nak download balik dari Internet! Susahnya! Ya Allah inilah ujian...

Warna sabar dan warna solat dalam lukisan kehidupan.

Dalam sebuah hadith sahih:

Sungguh mengagumkan bagi seorang mukmin, (kerana) tiada berlaku suatu taqdir Allah pun padanya melainkan menjadi suatu kebaikan padanya. Apabila dia mendapat nikmat, (lalu) dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa bencana, (lalu) dia bersabar, maka itu juga menjadi kebaikan padanya.

Apa pun, saya terima segalanya...

Saya dah lama tak menulis dalam diari saya. Maaf sebab masalah komputer ini.

Banyak cerita yang saya tetinggal untuk dicoret dalam diari ini. Hmmm... Mula-mula sekali saya nak cerita yang pada 01 Oktober lepas saya langsung tak tidur untuk selesaikan kerja Abang Midi. Tesis masternya tu perlukan sedikit pengeditan dan saya telah diamanahkan oleh Abang Midi untuk edit. Saya dah siap tetapi akibat komputer yang terpaksa diformat, bermakna semuanya hilang!!! Jadi saya berjaga sampai pagi di Kedai Internet tempat saya bekerja.

Bila balik, saya baca paper, sarapan dan buat sedikit kerja. Jam 9.30 pagi barulah saya tidur. Jam 12.30 tengah hari saya dah kena bangun sebab nak kena jemput adik dari sekolah. Lepas tu saya pun bangunlah. Kemudian saya dah tak boleh tidur dah sebab keadaan agak panas. Cuaca tak menentu sekejap hujan dan sekejap panas.

Jam 4 saya masuk kerja seperti biasa sampai jam 12 tengah malam. Yang menarik pada hari Rabu lepas ialah sekali lagi Kuiz Liputan Piala Malaysia yang saya buat berjaya! Kali ni saya dan partner saya buat untuk adik saya dan anak saudaranya. Alhamdulillah bermakna hasil gandingan kerjasama kami berdua dah 8 kali kami menang! Selama lima minggu berturut-turut. Malam ni memang susah sebab kami tak dapat nak confirm jawapan.

Kemudian bila balik rumah saya isi beberapa borang kerja sampai jam 2.30 pagi dan kemudian saya tonton Siaran Langsung Champion League. Real menang ke atas Porto 3-1. Kira-kira jam 5 baru saya tidur. Kira-kira jam 5.30 pagi mak saya gerak kata ayah Zam dah tiada. Saya dalam keadaan yang mengantuk amat sangat kata, “sat lagi saya pi” terus saya sambung tidur balik.

Jam 6.30 saya bangun Solat Subuh dan kemudian saya baring balik dengan niat nak tidur balik sebab semalam tak tidur dan hari ni tidur jam 5 pagi. Elok sahaja saya baring, saya teringat sesuatu. Saya rasa macam saya mimpi ayah Zam dah tiada. Betulkah yang mak saya ada cakap kat saya tadi? Hehehe...

Rupanya saya tak bermimpi. Cuma tadi saya mamun (faham kot maknanya) sikit. Terus saya rasa segar dan mandi terus ke Jeti Kuala Kedah. Dalam perjalanan saya tengok banyak tempat dinaiki air sebab hujan terlalu lebat malam tadi. Ingat nak bawak Zam terus ke rumahnya di Gunung tapi Zam mai dengan anak saudaranya dari Langkawi terpaksalah saya keseorangan dan Zam serta anak saudaranya dijemput oleh saudaranya.

Bila sampai, Mak Zam bukak kain penutup dan saya tatap wajah ayah Zam yang sudah tiada. Al-Fatihah...

Kemudian saya dengan penduduk kampung baca tahlil dan bila Zam balik saya cukup sedih tengok Zam sedih. Saya terlalu sebak sampaikan air mata saya menitis tanpa saya sedari. Bila saya lihat Zam peluk mak dia dan kedua-duanya menangis saya rasa cukup hiba. Saya sedih melihat seorang kawan yang cukup baik, yang cukup menghargai diri saya terasa sedih.

Yang hidup pasti akan mati. Zam... Tabahkan diri... Kepada yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka. Kemudian saya bacakan Yassin di sisi jenazah diikuti oleh Men. Kemudian saya bersama Zam dan orang kampung mandikan jenazah. Pertama kali saya mandikan jenazah. Sebelum ni saya memang ada ambil kursus mandi jenazah tetapi bila dalam realiti masih banyak yang perlu saya ketahui. Alhamdulillah memang mudah nak kendali arwah. Tanda berkat...

Selepas dikafankan, kemudian saya sama-sama dengan orang ramai termasuk Men mengangkat keranda dan solat jenazah di Masjid. Kemudian ketika pengebumian hujan turun dengan lebat, tetapi liang lahad tak begitu bertakung air. Memang mudah kerja semua orang. InsyaAllah tandanya, arwah ayah Zam memang berkat. Cuma Zam kena selalu doakan kesejahteraan ayahnya. Jadilah anak yang soleh.

Selepas talkin, saya rasa suatu ketenangan. Terus terang saya katakan yang kepala saya berserabut sebelum kematian ayah Zam tetapi setelah menguruskan jenazah, saya rasa cukup tenang. Dalam suasana hujan dan pemandangan Gunung Keriang yang berbalam-balam dengan awan, saya rasakan suatu ketenangan. Kematian sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada kita.

Nikmat dunia sememangnya melekakan. Sebab tu kalau saya tidak dapat mencapai hajat saya, saya akan redha kerana hidup ini tidak lama. Ia hanya pinjaman untuk menguji sejauh mana berimannya kita. Jadi biarlah apa pun yang terjadi, saya tetap akan redha.

Saya bergegas nak ke majlis baca Yassin adik saya tetapi tak sempat. Nak buat macam mana. Saya rasa terlalu pening kepala sebab tidur sikit sangat. Ya lah saya hanya tidur lebih kurang 5 jam dalam masa dua hari lebih! Lepas tu buat kerja berat sama!

Bila masuk kerja saya rasa cukup pening dan rasa macam nak  pengsan tetapi saya lawan perasaan tu. Tambahan pulak saya puasa hari ni. Alhamdulillah selepas berbuka, saya rasa kembali kuat. Malam bila habis kerja sahaja terus saya nak tidur tapi kira-kira jam 2.30 pagi barulah saya dapat lelapkan mata sebab banyak benda lain yang nak kena saya selesaikan.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah