Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI PEKERJA

Dah masuk alam pekerjaan. Hehehe... Memang nikmat rasa cuti ni. Hehehe... Tapi waktu student dulu pun cuti jugak. Rasa jugak hari pekerja ni kan...

Maaflah sebab kebelakangan ni memang lambat update sebab ada masalah dengan connection Internet. Kepada yang lewat saya balas email. Memang saya minta maaf banyak-banyak. Selalunya dalam masa 48 jam saya akan balas semula. Tapi ada yang sampai 11 hari baru dapat saya reply. Maaf!

Sebenarnya atas desakan ramai saya hari ni akan mengikuti jugak kursus induksi kadet ASP di Ulu Kinta. InsyaAllah saya akan bertolak jam 9 pagi nanti. Memang saya kena pergi jugak. Apa pun saya memang seronok dengan kerja saya sekarang ni sebagai seorang pensyarah. Saya serahkan segalanya kepada Allah. semoga segalanya berjalan lancar.

Terpaksalah saya membatalkan aktiviti saya iaitu menyertai Pertandingan street soccer dan larian Bendang di Alor Setar pada 02 dan 03 Mei ni. Melepas. Apa pun saya serahkan segalanya kepada Allah untuk menentukan yang terbaik buat diri saya.

WASSALAM...

30 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.45 pagi. Semangat nak bangun tapi banyak masalah dalam kepala. Kena sentiasa bersemangat kalau nak teruskan hidup. Kalau tidak kita akan gagal sentiasa. Lagi pun hari ni boleh balik rumah. Pagi saya ke office seperti biasa. Penat jugak handle anak buah di office.

Lepas tu contact manager dan bincang beberapa hal. Bila balik terus bertolak dengan Zul ke Alor Setar. balik rumah. Yahoo... Hehehe..Seronok dapat tatap abah yang dah sihat. Alhamdulillah... Bila malam saya ke Pacific untuk membeli beberapa pakaian untuk esok dan kemudian ke shahab Perdana untuk membeli tiket untuk esok.

Kemudian bersama adik dan Zam, makan malam dan berbual di warung. Kemudian bila balik terus surf Internet. dan sambung buat beberapa kerja menggunakan komputer.

WASSALAM...

29 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Semuanya macam biasa. Office perlu dikendalikan dengan sebaik mungkin. Bila petang sempat ke CC dan settlekan beberapa kerja. Kemudian makan malam di Kepala Batas. Lepas tu cepat-cepat patah balik sebab nak dengar keputusan bola. Tapi Kedah kalah 2-0 dengan Sabah. Alamak tewas. Hehehe... Tak apalah...

Kemudian sebelum tidur saya sempat sembang cerita hantu dengan room mate. Hehehe...

WASSALAM...

28 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kehidupan seperti biasa. cuma hari ni saya dapat curf Internet di CC tapi saya tak dapat nak reply email sebab terlalu banyak benda yang kena saya settlekan. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman saya ini walaupun saya agak lewat update buat masa ini.

WASSALAM...

27 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun agak lewat. dah dekat jam 7 pagi baru bangun. Penat kot berjaga di hospital semalam. Ke Office seperti biasa dan buat sedikit training untuk staf. Sampai petang menyemak latihan yang diberikan. Kemudian malam makan malam di luar dan itu sahaja buat hari ni sebab memang ada masalah dengan komputer dan connection Internet.

WASSALAM...

26 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Abah masuk hospital!

Abah buat operation!

Saya terkejut besar. Saya baru sahaja sampai ke rumah pada waktu petang. Bila tengok rumah tak berkunci tapi tak ada orang langsung. Bila balik sahaja terus saya check email maklumlah lama tak check email. Lepas tu bila check email, ada satu mesej dari handset abah suruh telefon. Terus saya matikan line internet dan call. Rupanya Abah tengah buat pembedahan di hospital.

Saya cukup terkejut. Dah tiga hari abah masuk hospital tapi abah larang beritahu pasal ni. Memang saya cukup sebak. Menitis air mata mengenangkan situasi ni. Apa pun perlu ditabahkan hati. Tak boleh terlalu ikut perasaan. Semua perlu dilakukan dengan menggunakan akal. Terus saya ke hospital dan bermacam-macam bermain dalam otak saya.

Bila sampai terus saya nampak mak dan keluarga serta Pak Njang saya di depan bilik pembedahan. Abah dah masuk sejak 11.30 pagi dan hanya habis selepas jam 6 petang. Memang lama. Saya terus bersyukur bila mengetahui abah selamat menjalani pembedahan.

Kemudian bila saya ke wad semuanya agak kelam kabut sikit. Saya memang sebak. Adik saya yang bongsu menangis. Terpaksalah saya pujuk. Memang saya cukup sebak dan sedih melihat keadaan abah. Orang yang cukup saya sayang.

Bila semua dah balik tinggal mak dan saya, saya mengambil giliran menjaga abah sementara mak pergi solat. Bila abah tidur saya rasa cukup lega. Sesekali bila abah terjaga, terus saya risau dan tolong lapkan badan abah. Abah, Azrul memang cukup sayangkan abah. Bagi saya, sesiapa pun yang istimewa dalam hidup saya, saya akan sanggup lakukan apa saja.

Bila abah muntah, saya memang langsung tak rasa geli. Saya akan cucinya. Bila abah tertidur dan saya berada di sisi, saya terkenang balik kisah saya dengan abah. Sewaktu kecil, saya agak jarang bersama dengan abah sebab abah sebagai anggota keselamatan, terpaksa outstation selalu. Lumrah bagi anak polis atau tentera. Bila abah balik, saya akan tidur bersama abah dan sebelum tidur abah akan bercerita, merangsang saya dan adik. saya dan adik selalu bergaduh nak peluk abah waktu tidur. Tapi abah tetap layan. Saya memang cukup bahagia bersama abah.

Cuma bila dah ramai adik, saya menjadi seperti seorang kawan. Sebagai anak sulung saya kena beri adik yang lain bermanja dengan abah. Saya kena lebih matang. Abah selalu bercerita, menasihat dan merangsang saya. memang saya cukup bertuah dapat bapa seperti abah. Melalui abah, saya dapat capai apa yang ada sekarang. Apa pun yang terjadi saya akan bantu dan saya akan korbankan segalanya. Abah jangan risau.

Entahlah... Memang penat melayan perasaan. Saya kena bertindak lebih rasional. Lakukan dengan tenang. Selepas Maghrib saya pulang dan berehat sebentar sebelum saya nak ke hospital pulak tengah malam ni. Bila balik Kak yus datang tanya beberapa perkara. Sambil tu saya updatekan laman saya ni sambil semak email. Sambil tu melayan telefon daripada saudara mara yang banyak call rumah bertanyakan abah.

Saya akan lakukan apa sahaja buat abah!

Oklah...

Hari ni saya tak mahu ulas panjang. Ke pejabat seperti biasa. Kemudian ke Naza Hotel di Tanjung Bungah di Penang untuk settlekan beberapa pekara sebelum kembali ke office. Kemudian saya bertolak pulang ke Alor Setar walaupun tak dirancnag sebelum ini. nampaknya ada hikmah kepulangan saya hari ini.

WASSALAM...

 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah