Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

01 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Labu memohon kerja sebagai penjaga lintasan kereta api dengan Keretapi Tanah Melayu. Dia diminta berjumpa En Banu,ketua bahagian, untuk temuduga.

"Seandainya ada dua kereta api bergerak pada landasan yang sama, apa yang akan kamu lakukan?," tanya En Banu, ingin mengetahui pengetahuan Labu.

"Saya akan pindahkan(arahkan) salah satu keretapi ke landasan yang lain," jawab Labu.

"Kalau handle untuk mengalihkan rel-nya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya En Banu lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual."

"Kalau alatnya rosak bagaimana?"
"Saya akan balik ke pos dan menelefon stasyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan atau rosak?"
"Saya akan lari ke telefon awam terdekat?"

"Kalau itupun rosak?"
"Saya akan pulang menjemput datuk saya dan lepas itu menjemput tuan."
"Mengapa pulak?" Tanya En Banu.

"Tuan nak tahu datuk saya tu....seumur hidupnya yang sudah 83 tahun, belum pernah melihat kereta api berlanggar...apatah lagi tuan yang masih muda begini"

En Banu:"???##@!" terkena aku.

 

Saya mulakan hari ini dengan satu jokes. Saja sebagai sedikit hiburan. Tapi bukan jokes April fool. buat apa sambut benda tak berfaedah itu. Oklah...

Saya memulakan hari ni seperti biasa. Kebelakangan ni dah tak jogging dah. Hehehe. Entahlah kenpa. Tak ada mood tapi bila main badminton still menang. Kalau ikut perancangan awal saya sepatutnya melapor diri pada hari ini tetapi ditunda. Berita terkini pun mungkin akan ditunda lagi.

Pagi saya cuma berehat di rumah. Inilah saat-saat akhir untuk berehat sebelum nanti saya perlu berhempas pulas bekerja. Hehehe... Masa zaman menganggur bakal saya tinggalkan bersama kenangan yang cukup indah. Hehehe... Apa la! Zaman menganggur ni memang bebas tapi tak ada duit! Hehehe...

Sekarang dah nak bekerja. InsyaAllah sebagai seorang pensyrah saya kena jadi macam tape recorder nampaknya. Setaip kali kena bercakap benda yang sama. Boring jugak kan? Apa pun Alhamdulillah... Tengah hari saya menonton rancangan kegemaran saya yang dah banyak kali saya miss dalam bulan lepas dan kemudian ke Alor Setar bersama mak saya untuk membeli keperluan untuk bekerja nanti.

Kemudian menziarahi tok tiri saya yang sedang sakit tua di rumah emak saudara saya. Dah lebih 80 tahun umurnya. Memang kasihan. Saya tak pernah menatap wajah Tok Sebelah abah kerana tok meninggal sebaik sahaja melahirkan abah. Yang ada cuma tok tiri tetapi bagi saya sama seperti tok kandung jugak. Tok Wan saya kahwin banyak. Saya tak pasti berapa, rasanya lima kot. Tapi saya InsyaAllah tak akan kahwin banyak. Hehehe... Cukuplah seorang. Kalau tambah lagi pun tak apa. Hehehe... Just bergurau.

Saya nak kahwin seorang cukuplah. Bukannya mudah nak kahwin banyak ni. Banyak benda perlu diperkemaskan. Tetapi dulu ada seorang cikgu yang menilik tapak tangan saya dan mengatakan bahawa saya akan berkahwin Tiga. Hehehe... Dalam kelas tu saya sorang sahaja yang akan kahwin tiga. Tapi tilikan tapak tangan mana boleh percaya kan? Apa pun cukuplah seorang. Tak perlu banyak.

Petang just berehat di rumah. Malam melayan Jalal yang datang ke rumah dan kemudian selepas melayari Internet terus saya tidur. Waktu tu dah jam 12.30 malam dah. Jadi kira lewat jugaklah...

WASSALAM...

31 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Tidur memang cukup menyeronokkan malam tadi. Maklumlah penat! Tapi rasanya tak cukup lagi. Hehehe... Lepas hantar adik ke sekolah dan baca akhbar serta menonton berita, saya terus sambung tidur. Kemudian selepas Zohor ke Pameran Hantu di muzium Negeri Kedah.

Dah berapa tahun tak menjejakkan kaki ke Muzium negeri Kedah. Hehehe...Ada dua hantu betul yang dipamerkan. Itu kata orang. Yang lain Cuma replika. Menarik jugak bab hantu ni. Memang ramai peminat. Hehehe...

Tapi saya memang tak takut hantu. Entahlah sebab apa. Tapi sejak dari kecil ayah saya sentiasa meyakinkan saya bahawa hantu itu tak wujud. Jadi sampai sekarang saya memang tak takut dengan hantu. Ada rakan yang kata jangan terlalu yakin, tetapi bagi saya apa yang perlu ditakutkan. Kalau nak takut pun ialah takut kepada Allah. Itu sahaja. Buat apa nak takut kepada hantu kan?

Tiket RM 2 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak RM 1. Kemudian lepas jemput adik saya balik. Saya Cuma berehat di rumah sambil melayari internet sekejap.

Malam saya Cuma menonton TV dn kemudian saya tidur dalam jam 11 malam. Hehehe... Sekarang memang tune balik waktu tidur saya. Maklumlah bila mula bekerja nanti saya kena lebih bersedia.

Harapnya semua akan berjalan dengan baik.

WASSALAM...

30 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum memulakan diari saya hari ni saya nak buat satu permintaan. Kalaulah ada pembaca diari ni yang pernah sekelas dengan saya sewaktu di Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah pada 1987-1992, saya harap anda dapat menghubungi saya.

Saya nak kumpulkan balik semua member lama dan mungkin boleh diadakan reunion setakat mana yang boleh. Sebenarnya ini adalah idea Shuk sewaktu kami berjumpa tempoh hari. Seronok bila diimbas kembali kenangan zaman persekolahan.

Jadi kalau ada sila hubungi saya melalui email. Selain itu saya akan cuba meneruskan usaha secara manual untuk menjejak rakan-rakan lama.

Berbalik kepada diari saya. Alhamdulillah setakat ni saya masih dapat mengemaskinikan kembali diari saya. Ini disebabkan oleh komputer Abang Midi yang dipinjamkan kepada kami sekeluarga. Jadi bolehlah update setakat mana yang patut.

Tetapi bila saya mula bekerja nanti, rasanya sukar untuk saya update seperti sekarang. Bergantung kepada keadaan, InsyaAllah saya akan tetap updatekan.

Hari ini sewaktu pagi saya Cuma melayari Internet dan kemudian sambung tidur sekejap. Petang saya ada temujanji dengan kawan di Alor Setar dan kemudian saya ke Kedai member untuk berbual sebab lama dah tak berbual dengannya. Hehehe...

Jam enam petang baru saya balik ke rumah dan Jalal pulak datang dan kami berbual sehingga jam 7.15 malam.

Malam selepas tonton berita, saya melayari Internet dan kemudian berehat. Adik dan emak saya ke Pameran Hantu Di Muzium Negeri Kedah, jadi rumah agak sunyi sikit.

Saya pun tidur agak awal, iaitu kira-kira jam 10.30 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah