Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 OKTOBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Dua kes bunuh melibatkan pelajar baru-baru ini, satu di Pahang dan satu lagi di Terengganu mula mencerminkan betapa seriusnya keruntuhan displin pelajar dewasa ini. Hal seserius ini banyak mengundang pandangan kritis masyarakat terhadap kualiti pendidikan kini.

Apakah dengan hanya belajar di sekolah kita akan dapat mengimbangi tuntutan ilmiah dan rohani? Sebenarnya ia memerlukan penglibatan banyak pihak. Pada pandangan saya, amat salah kalau kita terus menjadikan guru sebagai mangsa atau “kambing hitam”. Guru dituduh tidak mampu  mengawal displin pelajar. Sedarkah kita bahawa mengapa ramai guru displin di sekolah dianggap tidak popular?

Sebabnya ialah sikap kita sendiri. Pengalaman saya di sekolah dulu turut membuktikan perkara yang sama. Saya melihat ia dari satu sisi yang lain di mana kebanyak isu ini sebenarnya berpunca dari rumah. Banyak sangat yang saya jumpa dengan kes tidak begitu serasi dengan ibu dan bapa sampaikan natijahnya amat mengejutkan saya.

Ibu bapa harus berperanan sebagai orang yang paling utama dalam menentukan hala tuju anaknya. Kalau ibu bapa tidak memainkan peranan yang aktif dalam pembentukan sahsiah anak-anak, anak-anak itu akan hancur dan akibatnya mereka akan mula menterjemahkan “ketidaksempurnaan pendidikan” itu di tempat lain seperti di sekolah.

Sudahlah suasana persekitaran kini tidak lagi begitu kondusif untuk perkembangan sahsiah. Dengan lambakan bahan yang berunsur negatif yang banyak dalam pasaran kini menambahkan lagi kekusutan yang berlaku.

Saya lebih fokuskan kepada peranan mak ayah. Kalau guru rotan, mak dan ayah akan datang mempertahankan anak mereka. Berbeza dengan zaman dahulu. Guru pun dah jadi macam takut nak ambil tindakan sebab silap sikit sahaja, mungkin kena saman. Jadi dalam hal ini lebih baik kita melihatnya dengan lebih mendalam kaedah yang sesuai untuk menanganinya. Bukan dengan hanya menyalahkan satu pihak sahaja terutamanya pihak guru dan sekolah. Peranan pihak lain harus diambil kira...

Oklah...

Hari ni waktu pagi saya macam biasa. Sambung tidur balik. Hehehe.... Malam tidur agak lewat. Kalau ikutkan hati saya nak jogging tetapi cuaca tak berapa mengizinkan. Kemudian saya ke bank settlekan beberapa masalah sebelum saya tukar minyak hitam motor saya. Hehehe... Siapa yang nak beli motor saya? Baru 2 km perjalanan. Tak percaya tengok meter motor saya...

Sebenarnya waktu saya beli pada tahun 2001, ia adalah motor terpakai (second hand). Waktu tu dah 50 000 km perjalanan dan saya telah menunggang motor Ex-5 ni sebanyak lebih 50 000. Jadi ia kembali ke 0 km semula hari ni.

Bila difikir balik, jauh jugak saya bawak motor saya. Saya selalu ke mana sahaja menggunakan motor. Dari Alor Setar – Taiping pun naik motor! Ke Penang dah banyak kali sangat, Dalam Kedah ni motor saya dah biasa menjelajah semua daerah termasuklah Langkawi sebab saya praktikal di sana selama 5 bulan di sana!

Kemudian saya ke Kuala Nerang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya. Nasib baik tak sempat diusik sebab saya hanya sempat berada di sana sekejap sahaja. Sempatlah jugak jadi mentara selama 15 minit. Kemudian saya bergegas pulang sebab nak masuk kerja jam 2 petang.

Saya masuk kerja jam 2 petang sampai jam 10 malam. Hari ni tampak sibuk sikit sebab banyak yang nak diselesaikan. Maaf Zam tak sempat nak hadiri majlis tahlil sebab waktu tu waktu puncak.

Malam saya tidur di kedai sebab nak siapakan tugasan Master Abang Midi. Saya tutup kedai pun dah jam 12.40 malam. Lepas tu terus saya siapkan tugasan tu. Banyak pembetulan yang harus saya lakukan. Sambil tu saya tonton Siaran Langsung Real Madrid lawan Celta Vigo. Real menang 2-0.

Saya tidur kira-kira jam 3 pagi tapi jam 4 saya bangun balik buat kerja sampai Subuh.

WASSALAM...

17 OKTOBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

PETUA MEMILIH SAHABAT ( II )

Petikan Dari Nasihat Al Qomah Kepada Puteranya

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, "Wahai puteraku!  Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiiliki sifat yang berikut:-

1.     Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu yang menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2.     Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3.     Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4.     Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5.     Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6.     Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7.     Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

8.     Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9.     Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10.    Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk melihara

Jadi sebelum merenungkan perkara ini untuk memilih sahabat, renungkanlah diri kita sendiri sama ada kita sudah menjadi seorang sahabat yang diidamkan orang lain. Sama-samalah kita merenungkannya untuk kebaikan bersama...

Okay...

Malam tadi saya keluar dengan Men dan Zam sampai jam 1.30 pagi. Kami sembang-sembang dan janji hari ni nak pi jogging. Tapi hari dua-dua kami tak pi. Hehehe... Mengantuk betul.

Waktu pagi saya sambung tidur balik. Kemudian just menonton cerita Che Mat di TV3. Kemudian Solat di Masjid Alor Semela.

Kemudian, saya rehat sambil makan tengah hari sebelum masuk kerja jam 4 petang. Malam ni taklah sesibuk selalu. Tak tahulah sebab apa. Tapi saya memang balik lewat sikit malam ni sebab ada customer yang lewat menyiapakan tugasan mereka.

Bila balik rumah saya sempat berehat sambil makan roti dan menonton TV sebelum saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

16 OKTOBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

PETUA MEMILIH SAHABAT ( I )

Berkata Hukamak

Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah engkau bertanya di sana-sini.  Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.

Berkata Ulama

Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaatkan ilmunya kepadamu.  Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkannya  Ketiga ialah orang yang engkau tidak memperlajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya.

Oklah..

Alhamdulillah hari ni saya dapat berpuasa seperti biasa setiap Khamis dan Isnin. Waktu pagi saya selepas beli paper, saya terus sambung tidur. Kemudian saya rehat sambil update diari sekejap sebelum saya Kemudian saya masuk kerja macam biasa. Tak banyak yang dapat saya ceritakan buat hari ni. Ringkas sahaja...

WASSALAM...

15 OKTOBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Lewat malam selepas waktu kerja saya hari ni. Saya terserempak dengan seorang sahabat saya di Sebuah restoran tatkala saya sedang memesan makanan untuk sahur. Kami sama-sama mencongak masa depan. Sukar nak dikata dalam situasi sekarang. Tetapi yang pasti mesti ada komitmen yang jitu.

Kami berbual dari satu topik ke satu topik dan dari satu cerita ke satu cerita. Banyak yang boleh saya ungkapkan. Hidup ini memang banyak cabaran. Kadang kala ia datang mengejut yang pasti akan membuatkan kita terpana. Tetapi selagi kudrat masih ada, selagi semangat masih membara, Kita tidak harus rasa kecewa. Percayalah satu hari nanti kita pasti akan berjaya.

Itu pasti kalau kita sentiasa berusaha...

Hari ni saya seperti biasa. Cuma selepas bangun dari tidur saya sempat beli paper dan ambil sarapan dari mak. Kemudian selepas baca paper, saya terus sambung tidur. Hehehe... Mengantuk betul sebab malam tadi tidur lewat.

Bila bangun saya cuma berehat di rumah sambil saya tonton Forum ekonomi OIC di TV1. Masih banyak yang perlu dilakukan agar ia benar-benar menyatukan Umah. Dalam masa sekarang sukar nak diperkatakan tentang peranan OIC ni. Bagi saya selagi tiada satu peristiwa yang besar yang mengancam umat Islam, negara Islam tak akan bersatu. May be kalau bila Mekah diserang, barulah semua negara Islam akan bangkit! Sukar nak diperkatakan.

Amerika dan Israel sedang mengganas atas ketidaksepaduan umat Islam di seluruh dunia. Bangsa Arab Asyik bertelagah sesama sendiri sedangkan dahulu sewaktu kehadiran Islam, semuanya kembali menjadi satu tetapi kini semakin terserlah perpecahannya akibat ketidakupayaan Bangsa Arab menghayati ajaran Islam hingga sanggup bersekongkol dengan Kafir Laknatullah!

Kita kena semakin sedar. Mungkin dengan kesedaran kita akan sedikit demi sedikit membangkitkan kesedaran sesama umat, kita harus bangkit dengan apa jua cara. Semoga Islam akan terus gemilang di mata dunia...

Kemudian saya masuk kerja macam biasa cuma hari ni saya tertarik dengan kehadiran seorang doktor pakar. Bangga tengok pencapaian doktor Melayu ni. Dengan kenderaan Mercedes Mata Belalang, memang pencapaiannya amat mengkagumkan apabila kami melihat kad bisnesnya.

Malam ni, kali pertama dalam masa beberapa bulan saya kembali menelefon Keluarga angkat saya dan beberapa kenalan yang lain. Dah lama saya tak berbicara dengan mak angkat saya. Ada beberapa peristiwa yang menarik. Hehehe... Semuanya silap saya. Hehehe... Apa yang pasti saya cukup gembira saat ini. Alhamdulillah...

Kemudian habis waktu kerja saya saya singgah sekejap di sebuah restoran dan kemudian saya bersahur sambil menonton cerita Cina di TV2. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

14 OKTOBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

 

Jendela Hati

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni

Seharum sewangi kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanyakan bermula di sini

Saya sengaja selitkan lirik lagu ni sebab saya nak hidup saya setenang yang mungkin. Hari ni sewaktu saya tidur, saya bermimpi sesuatu yang amat buruk. Ya Allah hindarkanlah aku dari segala macam keburukan. Rasa takut jugak tetapi rupanya mimpi. Saya bangun dengan muka yang pucat tetapi kemudian saya tersenyum sendirian. Hehehe... Cuma mimpi tapi janganlah jadi kenyataan. Hehehe...

Waktu pagi saya main badminton bersama Boss saya, Khodir, Adik saya, Shaukhi dan Taufik. Saya tewas lagi. Asyik tipis sahaja tewas! 14-17, 14-17. Memang saya kena akui fitness saya tak mencukupi tetapi saya confident dengan permainan saya. Kalau lah fitness saya ok, saya mampu menang dengan mudah! Hehehe...

Kemudian kami join gang Mydin Alor Setar di KIA sebelum kami berhenti minum Air Kelapa di Mergong.

Hari ni jadual saya seperti biasa. Cuma banyak saya habiskan masa di rumah. Waktu kerja saya masuk kerja seperti biasa. Cuma sekarang saya agak lewat membalas email sebab banyak sangat yang masuk kotak mel saya. Lagi pun ada beberapa benda yang harus saya dahulukan dan tumpukun. Sibuk jugak dengan banyak “urusan tak rasmi” ni. Hehehe... Apa pun saya seronok dengan semuanya. Bagi saya inilah yang dapat saya lakukan buat bekalan saya nanti.

Dekat kedai taklah sibuk sangat dan malam ni saya seperti biasa lepas waktu kerja terus balik dan saya tak boleh nak tidur, jadi saya just menonton TV sambil buat urusan peribadi sahajalah... Saya tidur kira-kira jam 3 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah