Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

25 APRIL 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun lewat sikit hari ni. Dah jam 6.30 pagi. Lepas tu saya berehat sambil membaca buku. Kemudian baru ke office. Cuma rasa pening sikit bila hari Jumaat kerja. Saya jenis ke Masjid awal. Kali ni kena tergesa-gesa. Nak makanlah lagi. Memang masa agak suntuk sikit. Apa pun saya memang suka cuti Hari Jumaat. Kenapa nak cuti hari Ahad? Saya malas nak ulas perkara ni.

Saya solat di Masjid Daerah Seberang Perai Utara dan kemudian selepas office, kami terus balik rumah dan berehat sambil berbual menikmati pemandangan matahari jatuh di belakang rumah saya. Hehehe... Belakang rumah saya ada laut. Waktu senja memang cantik! Kuasa Allah...

Malam selepas makan di luar saya terus balik rumah dan tidur pada jam 12 tengah malam. InsyaAllah saya akan balas email yang ada esok. Maaf kali ni saya memang lewat balas email. Terima kasih jugak sebab banyak capaian ke Laman saya walaupun saya agak lambat update laman web saya! Thanks...

WASSALAM...

24 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.30 pagi dan kemudian basuh lagi baju. Saya ni memang malas nak basuh baju tapi kena buat jugaklah. Hehehe... Lepas tu dengar result bola. Real menang dengan MU secara agregat. Lega! Nak tengok tak ada TV. Hehehe...

Di office saya just arahkan anak buah cuci office sambil tu saya ke Megamall beli kelengkapan pejabat. Kemudian ke Bekalan Air Penang untuk settlekan urusan Air di Office.

Lepas office hour saya ke Farmasi beli ubat batuk. Dah nak semakin teruk nampak gayanya. Kenalah beli ubat. Lepas tu minum-minum di Pantai Bersih sambil angin pantai. Nampak gaya macam saya kena merasa angin pulau. Hari tu di Langkawi. Sekarang di Penang pulak. Apa pun semuanya hak Allah...

Malam just keluar makan dan ke Kedai Elektrik melihat senarai barang yang boleh dibeli bila gaji masuk nanti. Kemudian selepas makan malam, saya terus tidur.

WASSALAM...

23 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.45 pagi dan kemudian buat sikit training sebelum check out dari Hotel. Bila balik rumah terus membuta... Penat! Apa pun seronok... Malam shopping di Megamall Seberang Prai dan explore jalan kat situ.

Kemudian bila balik terus rehat dan basuh baju. Banyak jugak kena basuh. Hehehe... Kena buat sendirilah...

WASSALAM...

22 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Seawal jam 5.50 pagi saya dah bangun. Segar sikit! Demam pun dah mula kebah. Waktu pagi saya habiskan masa dengan training semua penolong saya. Di Naza Hotel. Beri skills tentang public speaking. Saya train cawangan Penang dan jugak Perlis sampai petang. Cawangan lain semua tak buat pun. Hehehe...

Lepas tu waktu malam saya cari Cyber Cafe untuk cari bahan untuk training esok. Maaflah saya tak sempat nak balas email ramai orang. Hehehe... Waktu terlalu terhad buat saya. Lagi pun connection Internet saya agak sukar.

Lega bila tahu Kedah menang 3-0 Dengan Terengganu. Hehehe... Makin menjadi! Bila balik bilik saya berbual dengan pensyarah Perlis sampai jam 1.30 pagi. Kemudian terus tidur.

WASSALAM...

21 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Jam 6 pagi dah bangun. Nak kena buat kerja betul-betul. Cuma latest info Tan Sri Musa tak jadi. Lepas buat semua persiapan. Ada beberapa masalah. Jadi saya just buat training dengan pembantu-pembantu saya. Petang jatuh demam. Hehehe... Baru kerja teruk sikit dah demam!

Saya just tidur di bilik pada waktu petang. Panas rasanya dengan batuk-batuk. Lepas tu malam saya just berehat dan tidur awal. Tak dapat nak ulas lanjut.

WASSALAM...

20 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bangun jam 5.45 pagi. Kami semua bertolak ke pejabat awal kerana takutkan traffic jam. Bila keluar semuanya lancar. Hehehe... Lupa hari ni Ahad. Kami biasa cuti hari Jumaat. Hehehe... Lain padang lain belalang. Lepas tu bila sampai office, kunci ada dekat orang yang renovate office tu. Jadi terpaksalah ke Gurun. Kemudian selepas kemas office sikit sebanyak, saya bertolak ke Naza Hotel di Tanjung Tokong, Penang. Selepas siap urusan di sana, barulah saya ke Feringgi Beach Resort.

Hari ni kira saya kena jadi tour guide tunjuk jalan-jalan kat Penang ni. Hehehe... Saya ni bukannya pakar sangat tapi tahulah sikit sebanyak jalan di Penang ni.

Kemudian bila petang, saya dimaklumkan Tan Sri Musa Mohammad (menteri Pendidikan) akan datang esok dan saya perlu memberi penerangan kepadanya. Alamak! Jadi kami kena bertungkus lumus. Lepas tu cari kedai fotostat di Penang ni memang susah pada hari Ahad. Semuanya tutup! Sampai jam 9.30 malam baru dapat settle. Mula cari jam enam petang! Hehehe... Tapi tak apa boss belanja makan Nasi Kandar di Penang Road. Hehehe... Save cost.

Malam buat sikit short meeting. Lepas tu rehat. Ingat nak tidur dah jam 12 tengah malam tu. Rupanya kena buat kerja lagi sampai jam 2 pagi. Lepas tu bila balik rehat kena ke Naza Hotel pulak tengah-tengah malam ni! Balik ke bilik dah jam 3 pagi. Baru boleh tidur.

WASSALAM...

 

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah