Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

26 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah dapat lagi hadiah. Hehehe... Kali ni Canon bagi hadiah dua set kertas foto. Satu set berharga RM 15. Entahlah hadiah apa. Saya pun agak keliru dengan kandungan surat yang saya terima. Baru-baru ni dah menang cabutan bertuah peringkat Alor Setar dan ni peringkat Kebangsaan pulak kot. Memang bertuah kot... Hehehe... Apa pun thanks Canon.

Saya pun dah ada satu set kertas tu. Dapat lagi dua set. Bertambah banyaklah. Hehehe... Rezeki...

Oklah...

Sewaktu pagi saya, saya berjogging di Taman Rimba. Saya cuba bersaing dengan seorang perempuan India yang berlari macam pelari Professional. Memang memenatkan. Nampak gaya macam atlit. Tapi kemudian ada seorang lagi, lelaki India pulak. Berbadan tinggi dan berkaki panjang. Saya cuba menyainginya tetapi memang bukan lawannya. Memang laju betul! Terlalu pantas. Nampak bersahaja dia berlari tapi selangkahnya cukup panjang dan pantas. Memang saya surrender. Hehehe... Rasanya taraf atlit kot lagipun kalau anda tinjau acara Sukma atau kejohanan olahraga kebangsaan kebanyakan pemenang acara jarak jauh ialah peserta dari Kedah. Rasanya lelaki dan perempuan tu memang atlit kot. Hehehe...

Saya pernah ikut kursus sains Sukan di UUM dibawah kendalian bekas ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan K segaran Nair selama dua semester. Dari situ saya banyak belajar dalam bidang sukan yang saya ceburi terutamanya Badminton.

Siang saya cuma berada di rumah. Petang main bola macam biasa. Malam kemaskan bilik dan buat computer maintainance. Lepas tu tonton bola secara live Crystal Palace lawan Liverpool. Masuk tidur jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

25 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang Pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.

POLIS             : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA     : Lelaki pertama sedang bersanding apabila tiba-tiba diserang strok
POLIS             : Yang kedua?
PENJAGA     : Mati diserang sakit jantung ketika menang loteri
POLIS             : Yang ketiga?
PENJAGA     : Mati kena sambar dengan petir.
POLIS             : Eh! Kenapa pulak senyum?
PENJAGA     : Sebab masa tu dia ingat orang ambil gambarnya.

Hehehe... Just for fun...

Hari ni saya paksa jugak diri saya turun jogging di Taman Rimba. Alhamdulillah semuanya OK tapi nak capai tahap fitness seperti sebelum ni memang susah sikit. Rasanya dalam seminggu baru boleh dapat balik.

Kemudian saya berehat sambil 'terpacak' depan komputer. Memang susah nak lepas dengan komputer. Sempat semak email tapi malam ni baru balas kot sebab tak urgent sangat. Cuma satu yang saya baca dalam Akhbar Utusan Malaysia hari ni.

Al-Fatihah...

Berita kematian ayah seorang kawan saya semasa di MRSM dulu. Ayahnya seorang aggota polis yang meninggal ketika bergelut dengan penagih dadah di Johor tu. Memang tak tersangka-sangka. Semoga tabah menghadapi segala ujian.

Tengah hari saya keluar ke Alor Setar sekejap. Destinasi dituju adalah pejabat pos dan kedai kawan saya. Kemudian bila saya semak internet ada satu mesej dari kawan saya dari Kelantan yang memberikan ucapan tahniah saya menang dalam telebriti malam Jumaat lepas!

Eh! Ya ka? Saya tak perasan pun. Lepas tu dapat satu lagi email dari kawan saya yang turut memberikan mesej yang sama. Alhamdulillah lah... Hehehe... Sebenarnya malam tu saya memang ada hantar jawapan dalam segmen faks dan email. Saya mula buat jam 9 malam sambil tonton Gerak Khas kat komputer saya (ada TV dalam komputer). Saya ambil masa selama sejam untuk selesaikannya. Bukannya apa saja nak bagi kreatif sikit. Slogan pun nak kena elok. Hehehe...

Saya pun langsung tak beri harapan nak menang sebab salah satu kegemaran saya ialah menyertai pertandingan. Saya selalu masuk pertandingan sebagai hobi dan bukannya nak menang hadiah. Tujuan saya ialah nak menggerakkan minda agar berfikir. Itu sahaja. Menguji minda. Hadiah tu belakang kira. Tapi Alhamdulillah saya dah menang banyak pertandingan dan juga peraduan dan saya dah dapat hadiah yang bernilai lebih beribu-ribu ringgit sepanjang saya menyertai pertandingan sejak darjah enam lagi.

Waktu darjah enam, saya selalu masuk peraduan dalam mingguan Didiku. Saya tak nafikan jawapan saya agak lain dari lain. Contohnya kalau jawapannya ialah 'guru' atau 'cikgu' . Saya akan jawab menggunakan perkataan yang lain seperti 'guru pendidik nusa bangsa'. Jadi waktu darjah enam saya banyak kali naik ke pentas ambil hadiah dari guru besar waktu perhimpunan mingguan. Last sekali saya buat dengan kawan-kawan dan Alhamdulillah kami sama-sama menang beramai-ramai. Membanggakan sekolah. Hehehe...

Waktu tingkatan empat pulak saya dengan bantuan sahabat saya Tunku Faris telah secara suka-suka menghantar penyertaan dalam Minda pelajar dan bila saya tatap majalah sewaktu keputusannya memang mengejutkan sebab saya menang! Kemudian saya terus hantar penyertaan dan memang menang dan menang! Sampaikan bertimbun surat datang ke rumah. Posmen pun dah cam rumah saya. Hehehe...

Macam-macam jenis surat yang saya dapat. Nak dermalah, nak berkenalan paling banyak, minta tips macam mana nak menanglah dll. Daripada semua surat yang saya dapat cuma tiga orang sahaja lelaki yang sahaja yang hantar surat kepada saya. Tapi maaflah sebab saya tak pernah balas semua surat-surat tu sebab saya rasa sukar nak bahagikan masa untuk tujuan tu sebab terlalu ramai. Jenuh nak tanggung duit setem. Lagipun saya bukannya artis. Hehehe... Tapi ada 3 orang yang saya balas sebab mereka siap sediakan sampul beralamat mereka dengan setemnya sekali! Hehehe...

Pada waktu yang sama saya ajak kawan saya Tumku Faris Tunku Khalil dan Mohd Zaini Zonon untuk sama sama menyertai peraduan dalam Minda Pelajar. Alhamdulillah kami sama-sama menang. Hehehe... Kami selalu berkongsi jawapan tapi slogan sahaja yang berbeza. Student lelaki kelas saya cukup beruntung sebab setiap kali menang saya akan buat kenduri. Hehehe ... Lagipun student lelaki cuma ada 9 orang sahaja. Memang sikit kan!

Sampai sekarang pun saya still suka buat peraduan. Bukan untuk menang tapi untuk menguji minda. Paling saya suka ialah tekata Berita Harian tapi sekarang dah tak ada dah. Itu memang menguji minda dan perbendaharaan kata saya. Banyak yang dapat saya pelajari. Saya hampir-hampir menang sebab saya cuma salah 2. Tapi waktu tu hadiah bernilai lebih kurang RM 150 000 itu dimenangi oleh 3 orang yang betul kesemuanya. Bayangkan sikit lagi. Cuma salah dua sahaja! Kalau tidak dah menang. Tapi sedih sebab dah tak ada dah Tekata tu.

Sekarang ni Berita Harian berwajah baru bolehlah kot buat balik. Hehehe... Dalam Utusan Melayu dulu ada ruangan kilir minda setiap Khamis dan saya turut menghantar artikel dan Alhamdulillah dua kali berjaya saya memenanginya. Waktu tu saya cuma tingkatan 5 dan yang masuk antaranya adalah pensyarah, guru, staff kerajaan dan lain-lain. Memang seronok! Memang dapat income jugak. Hehehe...

Dah melalut pulak. Cerita tadi tak habis lagi pasal malam tu. Adik saya perli saya. Dia cakap saya tak akan menang. Saya tak kisah sangat dan lepas send ke Telebriti jam 10 malam, terus saya masuk tidur di bilik depan sebab bilik saya digunakan oleh adik-adik saya yang lain termasuk emak saya untuk menonton VCD Mami Jarum. Saya tak nafikan ada beberapa benda yang saya buat bagi nampak sedikit kreatif. Lepas tu hari ni barulah saya tahu saya menang! Hehehe...

Petang main bola seperti biasa. Malam selepas tonton berita saya lebih prefer tonton bola secara langsung daripada Cerekarama yang saya rasa menarik tapi sebab minat. Tapi kalau saya nak tengok cerita Hindustan TV2 sebab saya cukup minat filem hindustan. Tapi bola punya pasal saya. Hehehe... Lagipun Kedah baru tewaskan Woodland Wellington 4-0 semalam di Singapura. Tahniah. Sebelum tu tewaskan Selangor 3-0 dan seri dengan Penang 1-1. Nampak gaya ada harapan Kedah nak buat kejutan dalam perdana satu tahun ni. Semoga Impian jadi kenyataan.

Waktu tengok bola tu ada satu keadaan yang TV tak sempat nak censor. Memang agak mengejutkan sebab ada seorang peminat yang tak siuman berlari masuk padang dalam keadaan bogel. Sempat peminat tu lari di tengah-tengah padang dan polis tak cuba menangkapnya ketika dia berada di tengah padang. Apabila sampai ke tepi padang barulah polis menangkapnya. Semua terkejut. Saya yang tengok bola sorang cukup terkejut. Zainal Abidin Rawop pun cakap tak sempat nak buat apa-apa untuk cut benda tu. Apa pun game tu Arsenal menang 5-1. Saya tidur jam 3 pagi selepaskan beberapa perkara.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat

Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah