Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang trafik duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.

Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik  niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?"

"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Hehehe... jokes sebagai selingan untuk hari ini...

Selepas Subuh saya just berehat dan kemudian beli paper dan ambil sarapan dari mak. Kemudian saya reapir motor ayah dan kemudian saya buat follow up di Sekolah Rendah Islam Alor Setar. Memang betul-betul bermasalah dalam bab ni. Kena buat report.

Lepas tu saya berehat dan kemudian masuk kerja ikut shift saya. Alhamdulillah, saya rasa cukup happy sekarang ni. Semuanya menjadi. Kalau tidur pun mimpi indah sahaja. Memang seronok hidup waktu ni. Tapi saya kena beringat sebab nanti akan datang masa yang akan menguji saya. Biasalah hidup ni selepas suka akan ada duka dan selepas duka akan ada suka. Selagi kita sentiasa bersyukur, Allah akan sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya kepada kita.

Susah adalah ujian... Senang pun adalah ujian...

Rezeki saya pun murah...Alhamdulillah... Sukar saya nak gambarkan perasaan saya waktu ni. Memang bahagia apatah lagi saya ada beberapa perkara yang selama ini merisaukan saya dah berlalu.

Bila habis kerja jam 12 tengah malam, saya tak tidur lagi. Bancuh air dulu dan kemudian  buat kerja sikit sampai jam 3 pagi.

WASSALAM...

05 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi saya join member main badminton dengan team mydin Alor Setar. Hehehe... Ada dua orang yang saya kenal. Lama betul tak jumpa. Lepas main, rasa cukup fresh. Lepas tu saya dan Khodir makan di Taman Rimba sebelum balik. Bila balik saya just berehat dan kemudian tidur waktu petang. Lama saya tak tidur waktu petang ni.

Malam saya just buat kerja peribadi. Balas email-email... Maaflah saya akui saya memang lewat balas email kebelakangan ni. Cuma sorang sahaja yang saya cukup pantas balas email. Yang lain saya lewat balas. Walaupun saya jaga CC, saya jarang balas email. Saya just semak email dan kemudian nak balas. Kat rumah. Takut nanti susah nak beri perhatian kat kerja pulak.

Lepas tu saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

04 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tak berpuasa macam biasa hari ni. Oleh kerana saya tak cukup tidur kebelakangan ni, saya terus sarapan sebab nak bagi tenaga sikit. Tidur pun selalu jam 2 atau 3 pagi. Lepas tu siang langsung tak tidur. Saya rasa cukup mengantuk dan kepala begitu berat. Tetapi saya tetap bersemangat. Saya tonton Live MU lwan Barca sekejap sebelum saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk buat pemantauan sistem. Kemudian jam 10 saya masuk kerja kat tempat lain pulak. La ni saya buat dua kerja. Alhamdulillah jadual anjal

Bila habis, terus balik rumah dan berehat. Saya tidur awal malam ni.

WASSALAM...

03 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Walaupun pada dasarnya saya terasa sedikit kecewa apabila mengetahui Kedah hanya berjaya mendapat tempat kedua Perdana Satu tahun ni, saya tetap gembira. Bagi saya pencapaian Kedah tahun ni adalah amat amat memberangsangkan malah cukup mengkagumkan. Bayangkan baru setahun jagung setelah beberapa musim terjerumus di Perdana Dua, Kedah bangkit menjadi pencabar terunggul Perdana Satu. Sekalung Tahniah buat Kedah juga Perak.

Bagi saya Perak layak bergelar juara disebabkan barisan tengahnya yang cukup mantap. Cuma kekurangan Perak ialah finishingnya yang agak lemah. (kerana dalam setiap perlawanan mid Perak create banyak peluang dan paling jelas sewaktu Perak vs Kelantan. Dua penalti tak masuk!), cuma kehadiran Seator banyak mengubah rentak serangan Perak.

Kedah pula merupakan pasukan kesayangan saya sejak lama lagi. Maklumlah anak jati Kedah. Kedah tak perlu kecewa kerana beberapa fakta yang perlu kita renung.

  1. Jentera serangan Kedah adalah yang kedua terbaik dalam Perdana Satu.
  1. Barisan pertahanan Kedah adalah barisan Pertahanan terbaik dalam Perdana Satu.
  1. Kedah menghadapi banyak perlawanan tanpa key player yang terpaksa mengikuti tugasan kebangsaan. (FAM perlu lebih jelas dalam perancangan skuad kebangsaan!)
  1. Kebanyakan pemain Kedah adalah pemain muda dan masih mempunyai masa yang panjang dalam bolasepak negara.
  1. Kedah adalah juara bagi Liga-M pusingan kedua. Pada pusingan pertama, Kedah adalah

Itu adalah beberapa fakta yang boleh saya simpulkan. Bagi saya, Kedah tak harus malu hanya di tempat Kedua! Prestasi Kedah yang mantap telah berjaya menarik puluhan ribu penonton dan nyata Stadium Darulaman sentiasa dipenuhi penonton yang dahagakan aksi bertenaga pasukan Kedah hingga perlawanan Kedah Vs Pahang dan Perlis, tiket habis dijual! Traffic jam tak perlu diceritakan lagi. Itulah yang berlaku. Kerana apa? Kerana pasukan Kedah sudah berjaya mempamerkan aksi yang didahagakan oleh peminat.

Cuma sekarang, Kedah perlu kekalkan momentum yang ada dan sentiasa konsisten. Kita target pulak Piala Malaysia. Piala Malaysia dikaitkan dengan simbol keunggulan dan saya yakin Kedah mampu dan boleh!

Jangan putusa asa dan kecewa. Sebagai peminat Kedah, saya akan penuhi Stadium Darulaman memberikan sokongan.

Oklah kembali kepada diari saya. Entah apa yang saya makan hari ni. Saya rasa cukup bersemangat! Macam makan Makjun pulak. Rajin semacam sahaja. Alhamdulillah, saya cukup gembira sekarang. Banyak benda yang dapat saya atasi. Saya rasa cukup bersyukur dan hari ni saya terima kad undangan perkahwinan kawan saya, Hafiz dari Penang dna InsyaAllah saya akan ke sana minggu depan.

Pagi saya habiskan masa menonton Bola Siaran langsung di  NTV7 dan kemudian saya masuk kerja jam 12 tengah hari. Habis kerja jam 8 malam.

Bila habis kerja boss belanja makan. Hehehe... Lepas tu saya tonton Wong Choon Han lawan dengan Xia Xuanze. Syabas Choon Han. Saya memang amat berpuas hati walaupun tewas. Inilah corak yang saya idamkan Cuma sikit kelemahan tumpuan pada akhir saingan menyebabkan Choon Han tewas.

Saya tak kisah sangat kalau tewas tetapi main cukup cantik. Cemburu saya tengok aksi kedua-dua pemain ni. Bila lah saya dapat kecapi taraf depa ni. Hehehe...

Kemudian saya cukup aktif. Habis bilik saya kemas dan saya buat macam-macam kerja. Memang saya sendiri tak sangka kenapa saya rajin sangat! Hehehe... Baguslah kalau macam ni. Mood saya semakin baik. Diri saya semakin baik. Maslaah saya dah pergi. Kerisauan saya hilang. Alangkah tenangnya rasa. Indahnya hidup. Ya Allah terima kasih atas segalanya. Saya betul betul bahagia dalam sehari dua ni!

WASSALAM...

02 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi, saya ke rumah Men kira-kira jam 7.45 pagi dan kami sama-sama bertolak bersama Ghafur dan adik saya ke Jabi. Selepas sarapan dan mendaftar kami adalah pasukan pertama bermain. Kami lawan pemain berbangsa Cina.

Ok, fine tetapi depa memang liat dan ternyata memang baik. Kami pun macam tergamam. Saya kena akui lepas saya terjatuh, tangan saya luka agak dalam dan ada bnayak butir pasir yang masuk. Saya rasa terlalu pedih dan sukar menumpukan perhatian hingga marking saya entah apa-apa. Kami ketinggalan pada separuh masa pertama. Saya sempat score sebiji. Hehehe... Bola yang tak dijangka masuk... Lepas tu Men, saya tak ingat berapa bijik dia score. Tapi waktu masa nak habis kami still kena 5-4. Lepas tu saya sempat tarik bola lepaskan dari kawalan lawan dan ia membebaskan Men one by one dengan penjaga gol dan Goooolllllllll.... Kami seri 5-5.

Penalti. First player depa fail to convert dan saya dengan mudah menjaringkan gol penalti. Kemudian Paksu (Pemain import kami bersama Hafiz) mudah menjaringkan gol dan pemain kedua mereka gagal menjaringkan gol. Pemain ketiga mereka berjaya jaringkan gol dan penentuan pada Men dan kami berjaya menang!

Perlawanan kedua, kami bertemu team Condo. Team ni memang cukup famous dan banyak menang kejohanan di Kedah ni. Depa memang hebat dan berpengalaman! Kami pun rasa macam susah. Tapi bagi saya selagi tak habis game, kita kena kata kita akan menang.

Akhirnya apa yang tak terjangka berlaku. Kami menang dengan depa! Kami menang!!!!!!!! Rasa macam tak percaya! Tapi kena berhempas pulas. Kami menang 3-2. Memang tipis. Hafiz jadi wira atas gol kemenangan. Waktu mendahului tu masih ada dua minit lebih. Rasa macam main sejam. Alamak lamanya. Bila wisel penamat ditiup rasa cukup seronok. Alhamdulillah...

Kami Cuma selangkah untuk masuk semi. Kami Cuma perlu menang dengan team satu lagi. Tapi game ni kami hilang rentak. Kami terlalu banyak main fancy dan game. Kami banyak sangat buat gerakan sedangkan kami patut lebih banyak mencuba. Saya yakin boleh menang. Saya memang tak pernah rasa nak kalah. Cuma saya harap member sepasukan rasa kita akan menang selagi perlawanan berlangsung jangan cepat putus asa. Cuma masalah saya ialah saya jadi kelam kabut dan tak banyak dapat bola. Men lambat shoot sedangkan boleh shoot. Keeper banyak saved bola. Paksu macam injured. Saya pulak lebih banyak kejar bola. Saya confident dengan marking saya sebab saya selalu main bek Cuma tak ada pace. Lama sangat tak gilap stamina saya. Macam paksu ada pace tapi may be injured kot dalam game ketiga ni.

Tapi saya tak salahkan sesiapa. Saya main sebab nak enjoy dan feel the game. Bagi saya kekalahan kami salah satu puncanya adalah juga berpunca dari saya. Sorry kawan-kawan... Nanti kita cuba lagi. Bagi saya yang seronoknya ialah saya semakin faham member-member. Seronok bila ada member yang saling membantu dan memahami. Thanks Men, Ki, Pak Su, Ghafur dan Hafiz!

Nanti bila ada Zam dan Shuk, Datuk serta Bad lagi meriah kot. Lupa sorang lagi Ashraf...

Lepas tu waktu petang saya bekerja seperti biasa sampai jam 12 tengah malam. Kedah akhirnya gagal menjuarai Perdana 1. Esok saya ulas benda ni. Apa pun Tahniah buat Kedah, Perak, Perlis! Penang pun tak ketinggalan sebab layak secara automatik ke Liga Super tahun depan. Nampak gaya, banyak game boleh tengok ni. Hehehe... Lawan kat Perlis dengan Penang pun boleh pi rasanya...

Malam bila balik saya lawan CM dengan adik saya. Wlauapun prestasi pasukan merosot tetapi saya dah capai tahap World Class Manager. Memang jealous adik saya tu. Hehehe... Tension dia sebab saya dapat title tu walaupun pasukan saya tak perform dan saya hampir di’sacked’.

Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

01 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni demam saya makin teruk. Kepala makin pening. Buat pertama kali dalam beberapa tahun ni saya saya tak pi Solat Jumaat. Lepas tu Tapi waktu petang saya kena pi kerja jugak . Saya gagahkan diri sebab saya kena kerja jugak. Saya dijadualkan masuk hari ni. Jaga kedai memang best dan rileks...

Dan Alhamdulillah mentari Bulan Ogos ni banyak memberi kegembiraan kepada saya. Terasa hari dan permulaan yang cukup gemilang bagi banyak benda. Banyak benda yang menjadi. Terasa macam masalah yang saya hadapi sebelum hilang begitu sahaja. Ada juga khabar yang amat saya nanti. Alhamdulillah....

Itulah ibarat kehidupan, kadang kala kita tersepit dan kadang kala kita bebas dan gembira. Selagi kita tabah menghadapi semua kesulitan kita akan berjaya. Walaupun saya ada banyak masalah tetapi saya tetap dapat consult masalah orang. Alhamdulillah. Masalah saya dah semakin banyak selesai satu per satu. Saya kena lebih gigih dan tabah.

Hehehe... Hari ni gambar Zam, masuk paper Joran. Famousnya Pegawai IT lADA tu. Hehehe... Nanti boleh lah belanja kami sebab dah jadi selebriti. Esok kami nak lawan bola. Tapi malam ni saya tidur jam 3 sebab main CM dengan adik saya. Mula main pun dah jam 1 pagi. Hehehe...

WASSALAM...

31 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi saya still pi kerja kat sekolah. Lepas buat follow up, saya rasa demam saya makin teruk. Entahlah kenapa! Memang saya tak tahu sebab apa kesihatan saya tak berapa ok sangat la ni. Sebab tu saya lambat update diari saya ni. Tapi saya still layan email yang saya terima walaupun banyak yang saya dapat kebelakangan ni.

Jadi saya just tidur sampai malam. Malamm  Abang Mdid,ajak keluar makan. Saya keluar jugak dengan family sebab orang belanja. Hehehe... Bila balik saya still boleh main CM dengan adik saya. Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

30 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama saya tak dengar berita seseorang. Saya amat risaukannya. Hari ni saya ke pejabat dan kemudian buat follow up di sekolah. Penat jugaklah tapi sebab kerja saya buat jugaklah. Demam datang balik. Bila petang rasa semakin demam pulak! Alamak! Saya terus tidur sepanjang hari. Tak banyak yang boleh saya ceritakan...

WASSALAM...

29 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni still kurang sihat tetapi disebabkan komitmen kerja saya still gagahkan diri ke pejabat dan  dan ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar. Leaps kerja saya terus balik rehat dan kemudian jam 4 saya pi beli tiket bola. Mujur saya beli awal sebab jam lima tiket dah habis dah! Memang meriah Stadium Darulaman la ni. Lawan dengan Perlis hari tu pun, Stadium penuh. Memang best la ni!

Tapi bila bab bola ni terus saya lega demam. Hehehe... Dah kaki bola tu. Memang tak jadi masalah. Malam Stadium Darulaman dibanjiri kira-kira 40 000 penyokong rasanya. Memang penuh. Pengulas radio cakap kesemua termasuk di luar stadium adalah 60 000. Pihak Stadium terpaksa meletakkan dua skrin besar di luar stadium bagi penonton yang tak dapat membeli tiket menyaksikan permainan di luar stadium. Memang meriah ibarat Zaman kegemilangan Kedah tahun 1993 dulu! Teringat balik nostalgia lama dulu, Kedah menjadi juara liga dan Piala Malaysia. Malam ni Kedah kena menang dan hasilnya Kedah menang 3-1 jaringan Kit Kong, dan dua gol jaringan Akmal Rizal. Walaupun persembahan agak hambar pada first half tetapi Kedah bangkit pada separuh masa kedua untuk menang.

Yang best adalah waktu player masuk padang, semua penonton berdiri memberi sokongan (Hehehe... Asalnya semua ingat nak dimainkan lagu negeri Kedah sebab Raja Muda mai) Bila habis game kami sama-sama nyanyi lagu Kedah. Memang meriah! Puas hati dan memang habis suara sebab banyak menjerit sorak gol! Hehehe...

Lepas tu bila balik memang sesak sebab  motor terpapaksa parking jauh sebab keadaan sesak yang luar biasa hari ni. Bila balik tak puas hati lagi tengok siaran langsung tertunda Kedah lawan Pahang sekali lagi. Hehehe... Bestnya! Jam 4.30 pagi baru sataya tidur sebab lepas bola saya surf sekejap dan kemudian saya buat aktiviti sikit.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah