Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

09 MEI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi-pagi lagi saya dah berada di Gunung Keriang untuk pertandingan street soccer. Saya just player import. Tapi bila main kami menang 1-0. Hehehe... Rasa macam star pulak bila jaringan saya yang membezakan antara dua pasukan. Tapi bolehlah dianggap Man Of The match ialah penjaga gol kami yang banyak menyelamatkan keadaan. Kemudian solat Jumaat di Masjid Iskandar. Khutbah berkisar tentang amalan semasa mengiringi jenazah di Kubur.

Kemudian kami menanti perlawanan seterusnya tetapi tak sempat dan dijadualkan esok pagi.

Malam saya menziarahi rakan saya Boss. Kami memang gelarkan dia sebagai boss yang eksiden di Jitra. Kesian betul keadaanya. Dia dahlah ‘insan istimewa’. Kini tangan dan kaki kanannya patah. Walaupun dia sering dipinggirkan tetapi saya, Zam, Men dan lain-lain rakan tetap melayaninya seperti insan yang sempurna.

Kesian manatap seorang rakan yang sanggup susah bersama. Hiba jugak alam hati. Mata sebelah kanannya tak dapat dibuka kerana urat saraf matanya cedera. Bila melihatkan keadaannya sedemikian rupa. Memang cukup menginsafkan.

Semuanya hak Allah. Bila-bila masa sahaja ia boleh ditarik balik. Kalau kita bangga dengan kecantikan, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Mungkin terkena air panas dan melecur dan jadi hodoh. Kalau kita sihat pun, bila-bila masa sahaja kita boleh kehilangannya. Jadi marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat yang diberikan dan memanfaatkannya ke arah kebaikan dan keredhaan Allah.

Entahlah, memang saya rasa cukup kasihan. Tapi itu sudah suratan yang tertulis. Untuk hidup ini, kita perlukan kecekalan dan ketabahan hati. Tanpa ketabahan kita akan tersungkur dan tidak akan dapat bangun lagi. Semoga lekas sembuh!

Kemudian saya dan rakan makan malam di hadapan Taman Budaya Pumpong dan bila balik saya sempat semak email sekejap dan kemudian terus tidur.

WASSALAM...

08 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5 pagi dan bersahur dengan bekalan makanan yang saya belikan malam tadi. Kemudian saya just berehat. Nak tidur pun tak mengantuk. Hehehe... Banyak fikir masa depan. Apa yang nak kena buat lepas ni.

Lepas tu di office, saya berbincang dengan manager saya. Akhirnya saya menamatkan perkhimatan kerana company tidak lagi mampu membayar gaji. Jadi gaji saya tertunggaklah nampaknya. Entahlah boleh dapat atau tidak. Dekat RM 2000! Pening kepala jugak.

Lepas tu apa lagi, jumpa tuan rumah dan maklumkan kami akan keluar dari rumah tu dan terus balik ke Alor Setar. Bila balik rumah saya Cuma berehat. Selepas berbuka puasa dan baca Yassin saya Cuma berehat dan menonton Berita. Jam 10 malam saya dah tidur. Hehehe... Awalnya! Tapi ada jugak panggilan telefon buat saya waktu dah tidur. Layanlah jugak sebabnya saya pun tidur taklah nyenyak sangat. Entahlah apa yang banyak sangat saya fikirkan.

Lagi pun esok saya diimport untuk join pasukan member adik saya dalam street soccer. Kena cukup rehat.

WASSALAM...

07 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana ramai yang memberi dorongan dan galakan kepada saya, terutama sekali dari mak dan abah serta family dan juga seseorang yang cukup istimewa dalam diri saya. Terima kasih!

Hari ni saya bertolak Ke Penang dan seperti yang saya jangkakan, housemate saya yang lain tak tiba lagi. Hehehe... Berseoranganlah saya. Waktu petang saya Cuma meronda di kawasan pantai belakang rumah saya.

Cukup mengejutkan pemandangan yang saya lihat. Terlalu banyak couple yang berkelakuan tidak senonoh. Entahlah apa yang difikirkan oleh remaja-remaja ini. Keseronokan yang tiada sempadan akhirnya hanya akan mengundang bencana. Pening kepala. Kawasan ni belakang penempatan TUDM di sini.

Kemudian malam saya makan di sebuah gerai di Bagan Ajam  sambil menonton Senario. Bila balik ke rumah saya Cuma berehat sambil menghabiskan bacaan-bacaan yang saya ada. Sunyi jugak bila berseorangan di rumah yang kosong dan besar ni. Tapi memang banyak yang saya fikirkan dalam kesunyian ini. Akhirnya terlelap jugak. Saya pun tak perasan pukul berapa. Rasanya 12 tengah malam kot.

WASSALAM...

06 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alangkah indahnya jika hidup ini seperti filem atau drama. Biar sebanyak mana pun cabaran, konflik tetapi akhirnya kesudahannya tetap ceria, gembira dan menyeronokkan. Tapi bila berhadapan dengan realiti, segalanya tidak pasti tetapi perlu diingat segalanya juga tidak mustahil. Kuatkan semangat, Tabahkan diri, hadapi kenyataan yang mendatang. Biarlah semangat itu terus meresap dalam diri. 

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Dalam sesuatu perkara yang kita tak suka ada hikmah yang cukup bermanfaat bagi kita. Sentiasalah memandang dunia ini dengan penuh positif. Usah lekas kecewa dan putus asa. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...Oppsss silap masalah. Hehehe...

Bagi saya pengalaman ini cukup berguna. Banyak kebaikan jika saya teliti semua ni. Saya masih menanti kata putus manager saya. Apa sebenarnya yang berlaku.

Apa pun, mimpi indah yang saya mimpikan harus saya lupakan. Semuanya dah berkecai. Semua angan dan impian punah. Saya harus kembali seperti biasa. Lupakan mimpi-mimpi indah itu sebagai suatu yang telah pergi. Akurlah ia bukan lagi milik saya untuk mengecapinya.

Semakin hari semakin pening. Semakin memeritkan. Tak tahu apa yang ada di hadapan. Onak atau duri. Atau bidadari yang akan menyambut dengan hidangan yang lazar. Entahlah apa yang saya merepek ni. Berserabut!

Biarlah ia cepat berlalu, biarlah ia menjadi pengalaman yang ingin saya lupakan. Tapi bagaimana. Inilah pengalaman kerja saya yang paling memeritkan.

Ya Allah berilah aku kekuatan. Ujian ini akan kutempuhi dengan segala ketabahan hati yang Engkau berikan kepadaku. Berikanlah Aku kekuatan. Berilah Aku apa jua yang dapat menjauhkan aku dari perasaan resah ini. Berikanlah hikmah yang sebaiknya untukku.

Hanya kepada Engkau tempat aku meluahkan segalanya. Mungkin ini hukuman atas segala yang pernah aku lakukan. Ya Allah ampunilah dosaku. Berikanlah aku ketenangan hati. Jangan Engkau campakkan hidayahMu dari diriku.

Berilah aku yang terbaik buat diriku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang. Hanya kepadaMu tempat aku mengadu. Sesungguhnya engkau lebih mengerti akan tiap sesuatu.

Mungkin dalam masa terdekat ni, saya akan meninggalkan Penang. Saya dah anggap macam negeri saya dah. May be rezeki saya di tempat lain. Tetapi Penang memang cukup indah buat saya. Saya dah tertawan dengan Penang ni. Mungkin lain kali saya akan datang lagi ke penang, mungkin juga untuk tujuan lain. Hehehe...

Entahlah... Terima kasih kalau ada yang sudi membaca. Ikutkan hati mati. Ikutkan rasa binasa. Cukup berserabut! Menulis yang bukan-bukan. Aduhai... Apa yang dah melanda diri saya ni. Saya perlukan ketenangan.

Dulu saya dah pernah cakap, kalau boleh saya nak hidup di satu kawasan yang jauh dari orang. Mungkin just sebagai pesawah di sebuah rumah usang di tepinya. Biarlah tak ada elektrik. Air dari sungai cukuplah. Bila siang, saya akan kerjakan sawah. Waktu rehat memerhati keindahan alam dan pemandangan gunung ganang yang mengasyikkan dan sawah yang menghijau.

Bila malam saya akan abdikan diri sepenuhnya kepada Pencipta saya. Tak perlu fikirkan masalah-masalah lain. Tapi dek kerana tuntutan hidup, arus kehidupan, saya kena berpijak pada realiti. Saya tak boleh biarkan tangan saya cuba mengapai awan tapi kaki tak terpijak di bumi. Saya kena realistik dan optimis dengan kehidupan ini.

Itulah cabaran kehidupan. Alhamdulilah saya sempat mendengar satu ceramah agama, yang mengatakan perjuangan dan cabaran nabi dulu jauh lebih hebat dari apa yang kita lalui kini. Nabi Ayub sehingga kehilangan harta dan anak pinak tetapi kesabarannya memang menakjubkan.

Ayuh Saiful! Kembalilah kepada realiti. Semangatmu yang utuh itu, kendalikanlah sebaik mungkin. Jangan rosakkan diri dan jangan lakukan sesuatu yang memudaratkan. Sesungguhnya ia cukup bermakna sebenarnya.

Saya masih terngiang-ngiang satu madah. Orang yang berfikiran negatif akan merungut melihat sekuntum bunga mawar yang cantik itu mempunyai dahan yang berduri sedangkan orng yang berfikiran positif sentiasa bersyukur kerana tangkai yang berduri itu mempunyai sekuntum mawar yang indah lagi harum.

Sentiasa positifkan diri! Kembalilah mengharungi cabaran. Kalau kita tunduk kepada tekanan dan cabaran. Kita memang mudah ditewaskan. Memalukan! Saya perlu hadapi segalanya dengan penuh ketabahan.

Apa pun saya redha dengan semua ini. Mungkin ada yang masih belum faham apa yang saya coretkan ni. Tapi biarlah saya sahaja yang tahu.

Berbalik kepada diari saya hari ni. Waktu pagi saya buat emergency meeting dengan rakan sejawatan dari Perlis bersama semua staf berkenaan dengan report Polis yang telah dilakukan. setelah berbincang. Saya balik ke rumah dan kemudian saya berehat dan banyak memikirkan soal ni. Entahlah. Ia banyak memeningkan kepala dan saya terlalu memikirkannya sampai bila saya bawak motor, saya cuma perasan signal yang diberi last-last minutes. Puas saya nak beri tumpuan. May be tengah malam ni saya kena buat sesuatu yang saya selalu lakukan bila bermasalah.

Apa pun, saya sentiasa cuba bersikap positif, Alhamdulillah... Bila malam saya ke kedai gunting rambut dan trim semua rambut saya dengan saiz 3. Ringan sikit kepala. Hehehe... Jangan risau, saya masih boleh kawal diri. Saya tak akan buat perkara-perkara yang bodoh. Saya tetap akan bersikap positif! Semua itu akan saya lalui sebagai satu pengajaran yang cukup berguna.

Apa pun saya tidur awal malam ni. Lepas Solat Isyak terus saya tidur. Tapi rasanya tak nyenyak sangat.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah