Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

08 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya petik satu gambar yang saya dapat melalui email

Cuba anda saksikan

Oklah...

Pagi ni saya sekali lagi kena hantar adik saya ambil SPM ke sekolahnya. Kemudian selepas baca paper saya bawa mak pi kedai sekejap sebelum saya tidur sekejap. Mengantuknya sekarang waktu pagi. Kemudian waktu petang saya masuk kerja macam biasa.

Hari ni keluarga saya berbuka bersama dengan Ad yang jugak mak saya dah ambil sebagai anak angkat. Banyaknya makanan malam ni. Ad bawak dari kedai makan dia sate dan macam-macam lagi. Hmm meriahnya kat rumah saya ni. Hehehe...

Malam ni, saya solat Tarawih di Masjid Derga dan kemudian saya bertugas macam biasa. Lepas tu saya tonton Siaran Langsung Liga Perdana Inggeris di Astro.

Lepas waktu kerja, Boss saya belanja saya makan di Deejay sambil tu kami tonton Siaran Langsung EPL. Jam 2.30 pagi baru saya balik ke rumah dan kemudian saya buat sedikit kerja dan terus tidur kira-kira jam 3.30 pagi. La ni jam 3.30 pagi dah macam benchmark saya untuk waktu tidur. Hehehe... Waktu saya tidur mak saya dah pun bangun siapkan makanan sahur.

WASSALAM...

07 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni Jumaat dah. Dah dua kali Jumaat kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Saya macam biasa. Waktu pagi saya habiskan masa saya dengan main CM4. Hehehe... Seronok bila main season baru ni sebab asyik menang. Kalau kalah malaslah nak main.

Saya ke masjid lewat sikit tengah hari ni sebab saya kena cari adik saya yang pi memancing tapi tak balik lagi. Orang nak pi Solat Jumaat ni! Dia dok memancing lagi. Tak kena waktulah. Saya pun terus pi cari. Rupanya adik saya dah balik dah tapi saya pergi jugak cari (sebab waktu tu saya tak tahu yang adik saya dah balik), terkejut bila saya tengok ramainya budak-budak yang tak pi Solat Jumaat! (saya buat kesimpulan depa tak pergi sebab waktu tu khutbah dah dibacakan tetapi depa ni still leka dengan kerja masing-masing. Mandi pun tak lagi. Yang paling dahsyat bapak depa pun tengah rileks elok sahaja atas pelenggar depan rumah! Hmm... Patutlah anak rintik.

Saya selalu perasan yang kat Masjid, budak-budak muda sebaya saya tak ramai sangat. Sedangkan kalau ada perlawanan bola kat kawasan saya tu, ramai yang hadir. Ramai yang ponteng Solat Jumaat. Remaja masakini... Susah nak cakap tentang perkara ni... Semuanya bermula dari rumah...

Kemudian saya masuk kerja macam biasa Cuma waktu petang blackout dan kelam kabut sikit. Apa pun kami terpaksa menghentikan operasi awal sikit hari ni. Malam saya bertugas macam biasa sampai jam 12 tengah malam. Sekarang ni asyik penuh sahaja penggunaan komputer walaupun pada waktu malam.

Malam macam biasa saya menonton drama cina dan kemudian tonton Solat Tarawih dari Mekah sebelum saya masuk tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

06 NOVEMBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sedikit renungan buat semua...

Oklah...

Saya bersahur jam 4.30 pagi, selepas Solat Subuh, saya hantara adik ke sekolah sekejap sebelum saya habiskan masa membca paper dan kemudian saya buat sedikit bacaan sebelum saya sambung tidur sekejap. Kemudian saya ke kedai sekejap.

Tengah hari macam biasa, saya menonton rancangan yang saya minat sebelum saya masuk kerja dari jam 3 petang sampai jam 6.30 petang. Hmm... Sekarang ni waktu tengah hari cukup-cukup panas! Tapi bila petang hujan turun dengan cukup lebat. Saya selalu beli juadah berbuka kira-kira jam 6.40 petang. Waktu macam ni selalunya banyak dah habis makanan untuk dibeli. Tapi kalau hari hujan, depa akan lelong makanan. Jadi waktu nilah saya nak beli dengan harga yang murah. Alhamdulillah...

Waktu malam selepas Solat Tarawih saya masuk bertugas kembali dan sekarang ni saya terpaksa nak berhadapan dengan gang-gang asing ni, tapi seronok. Malam ni macam biasa, saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi. Lewat tu kan...

WASSALAM...

05 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni, rutin hidup saya seperti biasa. Waktu pagi saya tetap kena ke kedai saya walaupun saya bercuti hari ni. Sebabnya nak kena repair motor saya yang pancat tu. Dah tujuh bulan saya pakai tiub motor tu dan sekarang baru meragama. Kira oklah dari dulu sebulan sekali kena ganti. Tapi saya guna yang RM 12 bukannya yang RM 6 atau RM 7. Yang ni lagi berkualiti. Rupa-rupanya ada sebatang paku tertikam tayar saya tu. Hmmm... Lepas tu saya tukar sikit aksesori motor saya. Semua sekali melayang dekat RM 30! Habis duit saya. Hehehe...

Kemudian saya balik rehat di rumah dan waktu petang saya ke bazaar Ramadhan beli sikit makanan untuk keluarga. Malam saya solat Tarawih di Masjid Derga dan kemudian terus saya ke kedai untuk surf Internet sambil tolong jugak Boss saya jaga CC walaupun saya bercuti hari ni.

Keadaan agak kecoh sikit sebab kehadiran ramai warga asing di kedai kami. Antaranya dari Sudan, Somalia, Bosnia, Palestin, Thailand, Burundi, Yaman, Kuwait, dan beberapa negara asing lagi. Nak tahu kenapa? Sebabnya mereka adalah pelajar UIAM cawangan Alor Setar yang belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di sini. Jadi saya kena aktifkan balik skill bahasa Inggeris saya yang dah berkarat tu. Hehehe... Tapi seronok sebab depa ni asyik puji negara kita sampaikan ada yang kata nak kahwin dengan perempuan Malaysia! Hehehe...

Dekat nak tutup kedai (lagi 5 minit nak tutup kedai) ada seorang cikgu yang saya cerita tu datang. Nak suruh taip! Kami dah cakap selalu jangan datang bila nak tutup kedai! Kalau nak jugak, tinggal apa yang nak ditaip dan kami akan taip dalam jangkamasa yang diberikan. Bukannya dalam masa tu jugak sebab kami nak kena handle perkara lain lagi! Susah macam ni. Tapi Alhamdulillah malam ni dia tak berapa buat hal sangat. Sekejap sahaja.

Lepas tu saya terus balik. Lepas saya tonton beberapa rancangan dan siapkan kerja saya. Terus saya masuk tidur. Tu pun dah jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah