Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

21 FEBRUARI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

At a bar in New York, the man to Ah beng's left tells the bartender,
"JOHNNIE WALKER, SINGLE." and his companion says, JACK DANIELS, SINGLE."
The bartender approaches Ah beng and asks, "AND YOU, SIR?"
Ah beng replies : "Tan Ah Beng, MARRIED."

Satu lagi jokes! Faham tak. Hehehe... Tak faham email saya... Hehehe...

Saya bangun lewat sikit hari ni. Bila tidur awal bangun lewat pulak! Hehehe... Saya hantar adik ke sekolah sekejap sebelum berjogging. Kebetulan Sultan Kedah tengah main golf kat tepi tempat saya berjogging. Alhamdulillah nampak tuanku masih lagi sihat. Kemudian bila balik rumah saya terus kemaskan bilik sebab saya nak update banyak benda.

Kemudian solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khatib membicarakan konsep bangkangan menurut Islam.

Selepas Solat jumaat saya makan tengah hari dan kemudian ke Bank untuk settlekan hal-hal kewangan saya dan kemudian ke shopping complex untuk beli beberapa barang. Kemudian bila balik berehat sekejap. Lepas tu macam biasa main bola. Cuma hari ni saya main posisi penjaga gol. Hehehe... Langsung tak bolos (tengoklah siapa keeper. Hehehe...) Entahlah, rupanya saya memang ada bakat jadi penjaga gol. Dulu sewaktu kecik selalu jugak saya baca buku teknik menjadi penjaga gol dan menonton video cara-cara menjadi penjaga gol yang baik oleh Peter Shilton dan Rashid Hasan. Tapi paling saya tak suka main jadi penjaga gol. Hehehe...

Bila malam, saya ke pasar malam bersama dengan mak saya dan kemudian saya keluar untuk bincang hal kerja dengan seorang sahabat. Banyak benda yang dibincangkan untuk kerja tu. Tapi malangnya dia tak hadir. Ada hal yang lebih mustahak kot. Hehehe... Kemudian saya meneruskan kerja saya seperti biasa. Sambil-sambil tu dengar carta Nasyid Ikim.fm

Kedudukan minggu ini.

1. Nur Kasih - Inteam
2. Sumayyah - Hijjaz
3. Hanzalah - Rabbani
4. Wanita - Durrani
5. Satu Qiblat Yang Sama - Rabbani
6. Cinta Dan Harapan - Firdaus
7. Permaisuri Hatiku - Hijjaz
8. Kasih Ibu - Far East
9. Mahligai Kasih - UNIC
10. Gema Alam - Raihan

Kedudukan Minggu Lepas

1. Satu Qiblat Yang Sama - Rabbani
2. Hanzalah - Rabbani
3. Sumayyah - Hijjaz
4. Nur Kasih - Inteam
5. Wanita - Durrani
6. Cinta Dan Harapan - Firdaus
7. Permaisuri Hatiku - Hijjaz
8. Kasih Ibu - Far East
9. Gema Alam - Raihan
10. Mahligai Kasih - UNIC

Sesiapa yang berminat untuk mengundi lagu pilihan anda silah email lima lagu pilihan anda ke pilihanutama@ikim.gov.my .

Jam 1 pagi, saya dengar ikim.fm. Biar betul Ariep! Ariep yang jadi pemanggil kedua tu kan? Hehehe... Calonkan lagu Firdaus Cinta Dan Harapan dan Jendela Hati. Hehehe... Ada kat Johor ke waktu ni? Cepat betul dapat line! Hehehe....

WASSALAM...

20 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Ah beng to a long-distance telephone operator:
"COULD YOU PLEASE TELL ME THE TIME DIFFERENCE
BETWEEN TAIPEI AND LAS VEGAS?"
Operator : "JUST A MINUTE..."
Ah Beng : "THANK YOU," AND PUTs DOWN THE PHONE.

Just jokes. Faham tak? Hehehe... Kalau tak faham cuba try faham kembali.

Saya bangun jam 11 pagi dan kemudian berehat sekejap dan kemudian ke Kedai Sukan untuk beli beberapa peralatan raket saya. Dah lama tersimpan. Hehehe... Hari ni semangat nak main balik.

Waktu balik tiba-tiba motor saya pancit. Kena tukar tayar pulak. Lesap lagi duit. Hehehe... Bulan ni sahaja enam kali dah tayar saya pancit. Saya kena check balik motor saya. Pening kepala betul. Jenuh nak cari duit. Hehehe...

Waktu petang saya kemaskan bilik (dah lama tak kemas. Hehehe...) Petang main badminton dan kemudian sambung main bola. Selepas berbuka puasa, baca Yassin dan kemudian tonton berita. Malam ni saya tidur awal sebab terlalu penat. Lepas solat isyak dah tidur. Tak online malam ni. Hehehe...

WASSALAM...

19 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya nak esntuh sikit bab ganjaran kepada atlit yang berjaya. Bagi saya soal ganjaran merupakan soal yang boleh menambahkan semangat atlit untuk terus mencapai kejayaan. Jadi sesiapa yang berjaya sememangnya berhak mendapat habuan yang sepatutnya. Apa pun saya bersetuju jika ia tidak keterlaluan. Tapi biarlah ia cukup setimpal. Kalau menang pingat emas olimpik saya rasa RM 1 juta kira ok lah sebab memang terlalu sukar.

Sebenarnya ganjaran merupakan satu pemangkin kepada semangat atlit. Cuma yang membuatkan kita kecewa ialah sikap beberapa atlit yang dah dapat ganjaran yang banyak kemudian mahu bersara dan tak mahu terus berlatih (memang ada! Fikirkanlah sendiri siapa atlit tu) Ini suah tentu cukup mengecewakan.

Dalam kes Hafiz, saya lihat dia bermain bukan untuk wang tetapi untuk kepuasan. Kepuasan bermain itu cukup berharga. Saya pun kalau main apa pun matlamat saya ialah kepuasan. Menang kalah itu bukan faktor yang dominan. Saya kira Hafiz layak untuk menerima ganjaran yang sepatutnya.

Kita lihat Shalin. Rasanya dia dah dapat ganjaran lebih RM 1 juta tapi still berjuang dan terus menerus mencipta kejayaan. Di sini memang jelas yang ganjaran itu kalau dilihat dari sudut positif ia adalah pemangkin kepada semangat atlit untuk berjaya. Justeru rasanya tak perlu timbul polemik isu ganjaran ini. Cuma jangan keterlampauan. Apa pun Syabas Hafiz.

Masuk diari saya hari ni.

Saya bangun pun dah lewat jadi tak sempatlah nak tonton bola awal pagi tadi. Cuma selepas Subuh terus saya berjogging macam biasa di Taman rimba. Jarak taklah jauh sangat tapi saya agak laju hari ni. Lepas tu balik rumah berehat sambil siapkan last preparation untuk Kak Yus.

Tengah hari Kak Yus datang dengan anak dia yang baru lebih kurang satu bulan umurnya. Comel! Lepas siapkan apa yang Kak Yus suruh buat, terus saya berehat sambil menonton TV. Kemudian saya tidur sekejap. Petang main bola macam biasa.

Malam selepas tonton berita dan kemudian aksikan rakaman Hafiz lawan Chen Hong. Alhamdulillah game tu memang menarik walaupun elemen suspen tu dah tak ada. Seronok saya tonton walaupun kena berebut dengan adik saya yang lebih suka tonton Senario. Nasib baik ada TV dekat komputer.

Malam saya berjaga sampai jam 3.30 pagi. Sebelum tu bersahur dan kemudian tonton Bola Real Madrid lawan Borusia Dortmund. Real menang 2-1. Hehehe... Kedah kalah pulak malam tadi 3-1. Mujurlah ada dua pusingan. Minggu depan boleh menang kot untuk pusingan kedua. Selepas Subuh baru saya tidur.

WASSALAM...

18 FEBRUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR KE-14 BUAT ADIK SAYA, MOHD SHUKRI

Semoga panjang umur dan murah rezeki. Belajar rajin-rajin, jangan malas dan asyik nak tangkap ikan sahaja. Kena banyak membaca dan ulangkaji pelajaran!

Sewaktu pagi, saya rasa terlalu mengantuk tapi tak tidur balik. Tak berjogging pulak hari ni. Mood tak ada. Hehehehe... Mana boleh kira macam tu! Ambik rest sekali-sekala. Lepas tu settlekan kerja Kak Yus sebab ada tambahan. Nasib baik Kak Yus nak esok pulak. Ada masa lagi nak settlekan. dah siap dah pun tapi nak ubah format. Saya dah lupa dah. Alhamdulillah dapat balik cara dia.

Tengah hari Abang Midi call mintak tolong beli tiket untuknya ke KL malam ni dan beli beberapa barang seperti asam jawa sebanyak 15 ketul! Sebelum tu saya tonton rancangan kegemaran saya terlebih dahulu. Jam 3 baru saya pergi beli tiket untuk Abang Midi. Jam 4 saya tidur sekejap dan kemudian main bola macam biasa. Hari ni kira oklah jugak, tapi tewas. Saya banyak bermain bahagian bawah tapi bila tengok striker tak boleh score terus saya naik atas. Hehehe... Terus boleh score. Hehehe... Tiap-tiap hari lebih kurang macam tu lah. Saya akan naik atas pada saat-saat akhir dan selalunya akan dapat jugak score. Hehehe...

Malam selepas Abah baca doa selamat hari lahir adik saya, saya cuma menonton TV sampai jam 10. Kemudian layan call dari Cekme dan kemudian hantar tiket dan barang yang dipesan oleh Abang Midi ke Shahab Perdana. Abang midi bertolak jam 11.30 malam. Sempat ke tak dia naik, entahlah. Hehehe... Nak makan lagi! Hehehe... Sempat kot, sebab saya terus balik lepas tu. Sampai rumah ah dekat jam 11.45 malam dan kemudian tonton Dunia Hari Ini.

Jam 12.30 malam barulah saya online dan tidur jam 2 pagi. Sempat tak nak bangun jam 3 sebab nak tengok siaran langsung Barcelona lawan Inter.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah