Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

10 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kedah ni termasuk dalam iklim monsun tropika dan bukannya khatulistiwa. Dalam geografi, kita belajar Malaysia beriklim khatulistiwa. Kenapa Ya? Sebabnya ia mengambilkira majoriti negeri di Malaysia yang sememangnya beriklim khatulistiwa cuma Kedah dan Perlis adalah beriklim monsun tropika. Sebab itulah kita katakan Malaysia beriklim khatulistiwa dan jangan hairan jika Kedah dan perlis dikatakan beriklim Monsun Tropika.

Iklim Kedah dan Perlis ni adalah seperti di thailand. Antara ciri-ciri Monsun Tropika ialah perbezaan ketara antara musim panas dan sejuk. Sebab itu pokok yang sesuai di Monsun Tropika agak banyak di negeri Kedah ni seperti pokok Jati. Hehehe... Dah macam guru Geografi pulak.

Saya tulisnya bukannya apa tetapi sebab cuaca sekarang yang cukup panas di Kedah ni. Lupa pulak nak cakap, semalam hujan dah mula turun. Alhamdulillah walaupun turun lebih kurang dua minit. Kuranglah sikit debu-debu tu. Waktu kat kampung, saya tengok tanah sampai dah merekah. Betapa panasnya keadaan sekarang ni.

Diari hari ini...Selepas Subuh saya terus sambung tidur. Memang mengantuk sebab tidur jam 5 pagi. Kemudian jam 10 saya dah janji nak bawak mak saya beli barang untuk persiapan raya Haji tetapi mak minta tangguh sejam. Jam 11 mak dah pergi dengan seorang Mak Cik tu sebab saya lewat sikit. Bukannya apa waktu saya nak bertolak saya terima 3 pucuk surat. Satu surat saya tak kenal untuk siapa sebab tak ada nama macam tu di alamat rumah saya. Satu surat adalah confirmation kemenangan saya dalam telebriti. Satu surat lagi adalah pemberitahuan bahawa ayah saya dapat hadiah free dari sebuah syarikat yang baru dibuka. Tak tahulah, selalunya ada perangkap.

Kemudian saya ke kedai gunting rambut untuk gunting rambut. Rambut saya taklah panjang sangat tapi saya memang rimas kalau rambut saya panjang. Saya lebih selesa dengan rambut pendek. Lagi pun rambut saya memang cepat panjang.

Kemudian rehat tonton TV sambil siapkan sikit apa yang patut saya buat. Sambil membaca news tentang game New lawan Arsenal malam tadi. Lega sebab seri. sepatutnya boleh menang. Tapi dah kena main 10 orang susahlah sikit. Target just top 6. Tapi sekarang New dah berada di tempat ketiga. Saingan di tempat ketiga ialah Chelsea.

Petang main bola macam biasa. Malam berbuka puasa. Minggu ni just one time saya berpuasa sebab selalunya setiap Isnin dan Khamis. Tapi minggu ni tak dapatlah sebab Hari Khamis ni adalah hari-hari Tasyrik yang diharamkan berpuasa. Bermakna sambung baliklah minggu depan.

Paling saya risau pada musim perayaan ialah peningkatan berat badan. Hehehe... Hari tu sebelum puasa ok je. Tapi lepas raya naik pulak, jenuh nak kurngkan balik. Kali ni kena banyak tahan godaan makan. Hehehe...

Malam saya membuat keputusan pada saat-saat terakhir untuk menonton bola Kedah lawan kelab liga-S, Tanjong Pagar FC. Member-member dah pi awal lagi, jadi terpaksalah saya berseorangan. Sampai sahaja kat stadium terus beli tiket. Silap pulak terbeli tiket grandstand. Tak kan nak masuk sebelah lain. Masuk ajalah. Bila masuk ada seseorang tegur! Alamak saya ambik masa sikit nak recall memory. A'ah ingat pun player LADA dulu, Cai'. Sekarang main dengan team Liga Simpanan Kedah. Jadi adalah gang untuk tonton bola. Sambil tu kalau boleh nak tengok aksi Ali Gajah yang dah ada dalam skuad Liga-M Kedah tapi tak diturunkan malam ni.

Lepas tu jumpa bekas kenalan lama. Bekas junior saya di MRSM dulu. Megat. Tahun lepas dia main bola dengan Team Liga Simpanan Kedah tapi tahun ni mewakili Perodua dalam liga KLFA di Kuala Lumpur. Sekarang bercuti sebab kakinya retak akibat main bola. Bila jumpa Megat teringat kisah saya dan dia waktu dulu.

Pada suatu hari.. Hehehe... Macam cerita pulak tapi memang cerita pun. Di asrama biasalah ada kelas Prep. Tapi hari tu saya tak sihat. Saya tidur dari waktu Zohor sampai Maghrib. Ketika bangun solat Maghrib dan kemudian saya Qadha solat Asar saya terdengar bunyi bising. Ia cuba membuka pintu bilik rumah saya (asrama). Mujurlah saya kuncikan. Kemudian senyap.

Beberapa ketika kemudian saya dengar bunyi itu di rumah atas saya pulak dan terdengar bunyi tukul terjatuh. Risau jugak sebab orang itu membawa tukul. Kemudian saya cuba mengintai dari celah-celah tingkap, saya lihat ada satu lembaga (orang) yang cukup tinggi dan berbadan agak besar melalui kawasan itu tapi tak begitu kelihatan wajahnya kerana agak gelap.

Bila prep malam tamat, heboh di wing blok asrama saya (ada enam buah rumah) kerana 5 buah rumah telah dipecah masuk kecuali rumah saya. Semua hairan kenapa rumah saya sahaja. Turut dipecah adalah blok perempuan. Banyak juga nilai kecurian yang dilaporkan. Lalu saya ceritakan kepada beberapa orang yang sepatutnya.

Keesokannya Megat dituduh. Saya tampil menjadi saksi dan saya menerangkan orang itu bukannya Megat sebab saya boleh bezakan antara Megat dengan lembaga hitam itu. Megat taklah setinggi orang itu. Tapi keterangan saya ditolak oleh seorang guru. Akhirnya Megat telah dibuang sekolah. Saya rasa ia cukup tidak adil bagi Megat.

Sayalah saksi utama, tapi kenapa diketepikan kenyataan saya? Saya cukup tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Semua dah berlaku, dah terjadi. Alhamdulillah saya dan Megat masih berkawan dan dia tak kisah dengan apa yang telah berlaku antara kami. Saya dah bercakap yang sepatutnya. Kes itu bagi saya bukan salahnya.

Itu cerita lama. Benda yang ada pengajarannya. Sekarang semua dah kembali ok. Lupakan cerita tu. Kembali kepada game Kedah lawan Tanjong Pagar FC. Komen saya, permainan Kedah cukup baik dan saya rasa memang ada harapan menang liga Perdana 1 tahun ni da juga Piala Malaysia. Kedah menang 5-2. Dua gol jaringan Irwan Fadly Idrus, Satu gol Liew Kit Kong, Matar Diop dan Ooi Hoe Guan.

Waktu separuh masa kedua Kedah telah bermain 10 orang setelah Liew Kit Kong dibuang padang. Waktu tu kedudukan 3-2 tapi walaupun main dengan 10 orang Kedah berjaya menambahkan lagi dua gol. Malah still menguasai permainan. Pasukan Tanjong Pagar dilatih oleh bekas coach Penang, Moey Yoke Ham. Lepas game bertemu kembalilah tiga bekas player Penang dengan Yoke Ham iaitu Hoe Guan, Shanmugam dan Manzor Azwira.

Bila habis game ada penonton yang tidak berpuas hati dengan pemain import Kedah yang baru iaitu Thomas Abel. Saya menyaksikan permainan Abel dan secara peribadi saya rasa dia seorang pemain yang boleh dikatakan lebih kurang sama dengan pemain tempatan. Itulah sebabnya ramai penyokong agak tidak gemar dengan Abel.

Saya rasa faktor fizikalnya yang agak kurus membuatkan penonton tidak begitu meyakini beliau. Dalam game tu pun nampak body touch Abel tidak begitu kemas. Tapi bagi saya Abel perlukan masa dan sokongan. Satu keistimewaan Abel ialah, cara permainannya yang simple iaitu pantas menolak bola kepada pemain lain dan boleh mengumpan terus kepada striker. Kira oklah tu.

Tapi ramai yang tak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan Jorgen E Larsen. Bagi saya Larsen dah dapat kuasa yang membolehkan dia mempunyai kuasa veto dalam pemilihan pemain. saya suka cara ini. Ini adalah seperti kelab-kelab profesional di dunia lakukan. Risikonya ialah jika gagal, Larsen akan letak jawatan. Bagi saya Larsen tahu apa yang sepatutnya dan saya cukup yakin dengan Larsen.

Antara perkara yang paling saya tak suka ialah ketika perlawanan, penonton memaki hamun pemain. Cuba lihat Liga eropah. Mana ada senario macam ni! Sepatutnya sokongan yang diberikan. Lihatlah aksi Liga Inggeris, kalau player tu sepak bola melencong jauh dari gol ia tetap mendapat tepukan penonton, jadi player akan tambah bersemangat.

Yang mengutuk tu pun, kalau diberi peluang main, lagi teruk rasanya permainan mereka. Kalau ada teguran, iarlah membina dan dilakukan pada masa yang betul. Banyak pulak saya menulis hari ni.

Selepas tonton bola, saya tonton TV sekejap dan kemudian bantu adik saya siapakan laman web sekolahnya sampai jam 3.30 pagi. Esok nak kena bawak mak ke pasar beli perkakas untuk hari raya.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah