Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

20 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

"Perkara paling penting apabila berhadapan dengan kesulitan adalah memberikan perhatian terhadap apa yang akan dilakukan, bukannya cuba mencari tentang apa yang tidak kena."

-Tom J. Fatjo-

Satu renungan ringkas buat hari ini.

Saya masuk balik bab diari saya...

Hari ni macam biasa. Cuma waktu petang saya terlewat berbuka sebab ada ramai sangat customer tambah-tambah warga asing yang nak ke KL malam ni. Nak kena scan dan print itu dan ini. Memang susah macam ni...

Malam saya solat Terawih di Masjid Derga. Kemudian masuk kerja macam biasa. Tak banyak sangat benda. Cuma Tahniah buat Fahmy sebab dapat baby kedua. Juga lelaki. Nampaknya Haikal ada adiklah sekarang ni.

Kemudian saya ke Pacific bersama Men dan Khodir. Shopping sikit untuk barangan kedai dan kemudian saya balik jam 2 pagi. Bila balik motor saya yang saya parking depan kedai rosak. Terpaksalah balik dengan kereta Men. Thanks Men. Malam ni saya macam biasa balik tidur jam 3.30.

WASSALAM...

19 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Oklah...

Hari ni lepas Solat Subuh saya sambung tidur. Waktu pagi saya ada sikit urusan di Pejabat pos dan Bank dan kemudian saya ke kedai untuk surf sekejap. 

Petang saya ke kampung. Saya belikan seekor ayam golek. Kemudian berbuka bersama Tok Wan dan Mak Cik serta sepupu saya. Kenyangnya! Hehehe...

Kemudian ingat nak solat Tarawih di Masjid baru tapi hujan cukup lebat. Akibatnya saya terpaksa bermalam di kampung walaupun saya tak rancnag nak tidur di kampung. Hehehe... Malam ni rekod. Jam 10 saya dah masuk tidur!!!

WASSALAM...

18 NOVEMBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas sahur saya tak tidur sebab kena hantar adik saya ke sekolah terlebih dahulu. Kemudian lepas baca paper, pergi buat sikit urusan di pejabat pos. Kemudian saya di kedai saya dan kemudian rehat sekejap. Akhirnya saya tertidur jam 12.30 tengah hari sampai jam 1.30. Sejam sahaja! Lepas tu jam 3 masuk kerja macam biasa.

Saya berbuka di rumah macam biasa dan kemudian solat Terawih di Masjid Derga. Kemudian masuk kerja macam biasa. Malam ni saya balik taklah lewat sangat. Sampai jam 1 pagi sahaja sebab ada kerja lain. Tapi malam ni saya tidur tak macam semalam. Memang balik sahaja terus saya tidur.

WASSALAM...

17 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bila kita mengetahui sesuatu rahsia, kita kadang kala terasa sedikit tekanan dan kadang kala rasa macam nak luahkan dan memberitahu orang lain yang kita tahu rahsia itu. Tetapi itu adalah cabaran yang menentukan sama ada kita amanah atau tidak. Bila kita menerima sebarang amanah untuk menjaga rahsia, rahsiakanlah. Biar pecah di perut jangan di mulut.

Alhamdulillah dalam hidup saya, saya tahu banyak sangat rahsia orang. Kadang kala rahsia itu seolah datang mencari saya. Saya tak suka nak korek cerita orang tetapi saya pun pelik, saya dapat tahu rahsia orang kadang kala secara tak sengaja.

Tapi ramai juga yang selalu mengadu masalah mereka pada saya. Tetapi saya ada prinsip, setiap rahsia yang saya tahu, saya akan sentiasa rahsiakan. Allah dah janji kalau kita sembunyikan keaiban orang lain, Allah akan selindungkan keaiban kita. Jika kita dedahkan keaiban orang lain, fikirkanlah apa balasan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Jadi kalau anda ada pegang rahsia orang, tahanlah diri dari menceritakan rahsia orang.

Oklah...

Alhamdulillah hari ni, saya rasa semakin berseri. Hehehe... Entahlah kenapa. Tapi gembira. Cuma yang tak bestnya berat badan saya makin naik. Sepatutnya puasa ni badan kita semakin kurus tetapi lain pulak saya ni. Nampak sangat kelemahan saya ni. Hehehe...

Hari ni macam biasa. Hari ni Isnin. Raya pun dah dekat Cuma selasa depan dah raya. Lagu raya dah semakin berkumandang di radio. Selamat balik kampung! Awalnya wish. Hehehe...

Tengah hari macam biasa. Masuk kerja macam biasa. Cuma waktu malam gang asing ni sukar nak dikawal sikit. Saya tutup kedai jam 12.30 malam ni sebab hujan lebat. Ramai yang tak boleh balik. Jadi better sambung setengah jam. Kemudian lepas tu saya dan Fahmy beredar jam 1.10 pagi dna kami pergi minum di Stadium. Sembang punya sembang dah jam 2.45 pagi. Alamak tidur lewat lagi saya malam ni! Tapi saya tak tidur malam ni... Terus sampai sahur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah