Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

28 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah..... 

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah

duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. 

"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." 

"Tak cukup duit nak beli apa??"
 Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

The moral of this story...

Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

FAMILY: Father And Mother I Luv You...

Satu petikan email yang saya terima dari seorang sahabat. Sebenarnya seorang lecturer saya dah menceritakan kepada saya kisah ni. Memang ada banyak pengajaran. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar, InsyaAllah...

Oklah...

Kalau anda perasan, kebelakangan ni diari saya agak pendek sahaja. Tahu tak kenapa. Sebab sekarang saya cukup sibuk dan saya sedang siapkan sedikit rangkuman untuk tahun ini dan juga maslaah komputer yang kena virus. Sakit hati jugaklah dengan keadan macam ni. Hehehe...

Apa pun saya akan cuba update yang terkini setakat yang saya mampu lakukan, InsyaAllah...

Pagi ni saya tak jog dan saya masuk kerja jam 10 pagi sampai jam 6 petang. Bila balik terus saya jogging di Taman Rimba untuk tingkatkan stamina. Alhamdulilah semakin ok. Kemudian saya tonton bola Kedah lawan Telekom Melaka dan Kedah menang 2-1 hasil jarinagan Akmal Rizal pada minit ke 30 dan Shariman pada minit ke-64. Manakala Nazzab Hidzan menjaringkan gol buat Telekom Melaka pada minit ke-12.

Oleh kerana tak ada rakan saya yang hadir atas banyak alasan seperti nak tengok juara lagu dan lain-lain lagi, saya terpaksalah duduk dengan Datuk Shukri dan pemain import Kedah bersama ejen pemain dan beberapa pendokong kuat Hijaukuning.com.

Kemudian bila balik ke kedai, saya sempat tonton Newcastle lawan Blackburn tetapi kalah 1-0. Tensionnya! Jam 12.15 malam saya bersama Fahmi, Taufik dan Firdaus keluar makan di Nurha Best Restaurant sambil menonton separuh masa pertama MU lawan Boro. Bila balik terus saya updatekan diari dan cuba settlekan beberapa masalah yang timbul di komputer saya.

Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

27 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah buat Hazmaniran Harun dan pasangannya Yusmierizal yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini. Buat pengetahuan semua, Hazmaniran @ As adalah antara pengunjung setia laman saya dan saya mendoakan agar beliau bahagia selamanya... Amin...

Oklah, hari waktu pagi saya sekali lagi turun jogging tetapi kemudian saya terpaksa masuk kerja pada waktu pagi disebabkan saya nak tengok bola pada waktu malam.

Habis sahaja waktu kerja terus saya balik dan bersiap untuk perlawanan bola antara Kedah dan SKMK. Kedah menang 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-14. Saya tonton sekali dengan Men, Zam, Boss, Tok On, Ariep, Taufik dan Bang G. Waktu rest saya baru saya perasan yang Datuk Shukri ada kat atas dan tegur saya. Rupanya Datuk nak tinjau reaksi penonton terhadap permainan Kedah.

Masih banyak yang perlu dibaiki, apa pun nampak boleh tahan permainan Kedah malam ni walau pun tak berapa cemerlang. Lepas game terus saya ke kedai saya untuk surf Hijaukuning.com tetapi gagal disebabkan masalah teknikal. Malam ni saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

26 DISEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR KE-12 BUAT ADIK SAYA, MOHAMAD FARIZZUDIN,

SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI...

&

TAHNIAH BUAT BOSS SAYA, ABDUL KHODIR IBRAHIM YANG SELAMAT BERTUNANG DENGAN GADIS PILIHANNYA...

SEMOGA PANJANG JODOH SELAMANYA...

Hari ni waktu pagi, saya turun jogging di Taman Rimba dan kemudian saya buat sikit gotong royong dengan adik-adik mebersihkan halaman rumah sebelum saya ke kedai untuk surf seketika.

Kemudian saya Solat Jumaat di Masjid Alor Semela.

Kemudian, saya masuk kerja dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Malam ni saya sempat tonton EPL antara Arsenal dengan Wolves, dan Arsenal menang 3-0. Alhamdulillah minggu ni saya dapat banyak point. Cukup memberangsangkan!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173][174][175][176][177][178]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah