Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

07 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya

Diari ini mungkin agak lewat dikemaskinikan dalam masa beberapa hari ini kerana saya akan ke Kulim atas beberapa urusan. InsyaAllah saya kan tetap cuba melayani email-email yang saya terima sekiranya saya dapat mencari sumber internet yang memuaskan, InsyaAllah...

WASSALAM...

06 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Solat Subuh saya terus tonton berita pagi dan sambil tu dengar ceramah motivasi oleh Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah di Ikim.fm. Selepas itu saya terus dapatkan akhbar Berita Harian seperti biasa kerana saya adalah pembaca setia berita harian. Hehehe... Berwajah baru. Macam klon New Straits Times la pulak. Tapi memang nampak lebih menarik. Saya minat corak sedemikian.

Kemudian saya tidur sekejap selepas sarapan dan terus ke rumah Tok Wan saya untuk majlis akad nikah Pak Su saya. Bila sampai seronok mengusik Pak Su saya. Hehehe... Selalu dia balas balik dengan kata-kata ni, "nanti bila sampai waktu hang pa tau la". Hehehe...

Ramai yang mengusik dia bukan saya seorang sahaja. Kami bertolak ke Masjid Gajah Mati dengan beberapa buah kereta. Saya menumpang kereta saudara ssaya tapi dia tak ada lesen lagi. Dia paksa saya bawak, saya mengelak seba kuku kaki saya terkeluar sebab malam tadi saya tertendang pintu. Jadi rasa sakit bila nak tekan pedal minyak atau brek. Sebab itu saya tak mahu drive. Kami bersolat di Masjid Gajah Mati, Pendang.

Selepas Solat majlis Akad nikah diadakan di rumah Tok Imam berhampiran masjid itu. Alhamdulillah semuanya selesai dan kami menjamu selera di rumah Mak Su baru saya pulak. Hehehe... Seronok bila tengok semua tu. Lepas ni orang akan asyik tanya sayalah sebab saya cucu yang kedua paling tua  sebealh mak saya. Antara saya dengan Abang Long saya yang bakal kena 'serang' lepas ni. Hehehe...

Pandai-pandailah saya menjawab nanti. Selepas Asar saya bertolak pulang tetapi tayar pancat pulak. Alhamdulillah ada yang menolong. Terima Kasih. Bila sampai rumah, rasa gian nak main bola walaupun kaki sakit. Terus saya turun main jugak! Tapi saya cuma boleh gelecek, tendang memang masalah sikit sebab kuku kaki saya tercabut sikit. Memang sakit tapi minat punya pasal saya tetap main.

Bila dah nak habis main terkena bahagian yang sakit tu. Sakitnya! Tapi lepas tu semuanya OK. Alhamdulillah. Malam selepas tonton berita saya sempat tengok 999 dan Misteri Nusantara. Menarik jugak! Tapi saya dari kecil memang dah diasuh oleh ayah saya agar sentiasa berani menghadapi semua tu. Ayah saya dari kecil cakap kat saya yang tak ada hantu dalam dunia ni.

Macam-macam yang ayah saya ceritakan dan Alhamdulillah saya kalau sebut pasal hantu ni saya tak akan takut. Ayah saya selalu cakap, kalau nak takut, takut kepada Allah cukuplah. Itu semua memerlukan semangat yang kuat. Kalau kita lemah semangat habislah.

Kemudian Zam telefon dan lamalah jugak saya berbual dengan Dia. Tahniah dah dapat jadi player LADA. Hehehe... Memang layak pun sebab dia memang ada corak permainan yang baik terutamanya sebelah kiri. Saya memang seronok main dengan Zam sebab dia memang tahu cara saya main. Tapi memang dia lebih handal main bola. Saya kena cari makan dalam acara badminton jugaklah. Hehehe...

Selepas semak dan balas email saya terus tidur untuk persiapan ke Kulim esok.

"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

"Orang yang berakal itu bergantung (bersandar) kepada ilmunya sementara orang yang bodoh itu bergantung kepada harapannya"

"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengki dan tidak yang berputus asa itu kaya"

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah