Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1424 H

Maksudnya: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh dan ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Surah Al-Ahzab ayat 21

Pada saya, saya memang amat mengkagumi Rasulullah terutamanya dari segi akhlak baginda dan seboleh-bolehnya saya nak contohi. Memang sukar nak contohi akhlak rasulullah tetapi sekadar sedikit pun dah cukup baik. InsyaAllah kalau kita betul-betul berusaha kita akan mendapat berkat dari Allah...

Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ni, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan mengambil contoh Rasulullah sebagai idola dan model terbaik. InsyaAllah...

Oklah berbalik kepada diari saya hari ni...

Seawal jam 7.50 pagi saya dah ke rumah Men untuk ekspedisi Mendaki Gunung Keriang. Hehehe... Bila tiba di rumah Men, saya serta Ghafur bertolak ke rumah Datuk (Gelaran buat member yang ayahnya dato’). Kemudian kami bertolak ke rumah Zam.

Jam 9 pagi, kami ke rumah Boss untuk menziarahinya. Lebih kurang dua jam di sana, kami pun bertolak ke Bukit Wang untuk berkelah. Setelah makan. Kami mencari lokasi paling sesuai untuk bermain bola dalam air. Hehehe... Cukup menyeronokkan. Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak pulak. Kesian tengok datuk yang menggigil kesejukan. Apatah lagi huja renyai-renyai.

Kira-kira jam 2 kami berhenti dan bersolat jemaah di sebuah masjid di situ sebelum meneruskan perjalanan ke gunung Keriang. Sebelum mendaki kami membeli sedikit bekalan buat pendakian menaiki trek yang dah disediakan.

Ketinggian Gunung saya tak pasti sangat tapi dekat situ tulis kira-kira 4150 kaki. Taklah tinggi mana pun tapi oleh kerana keadaan hujan, laluan menjadi agak licin. Kami memulakan pendakian kira-kira jam 3.15 petang dan di pertengahan pendakian, kami tersesat ke arah lain. Hehehe... Siapalah yang duduk depan waktu tu, tak tengok tanda arah. Hehehe...

Apa pun ia banyak menguji kekuatan mental dan fizikal selain semangat setiakawan. Dengan badan berpeluh mencurah-curah memang cukup puas hati. Tak payah jogging jauh-jauh... Rasa macam mandi pulak. Bila perah baju, nampak sangat air yang banyak.

Setelah sampai di puncak, kira-kira jam 3.45 petang, kami menghabiskan masa sehingga jam 5.05 petang sambil berbual dan menghayati keindahan Negeri Kedah ni. Memang damai dengan suasana mendung, kami dapt melihat sawah padi yang hijau terbentang dan gunung ganang yang berselerakan. Langkawi pun dapat dilihat dari Puncak Gunung ini. Memang mendamaikan... Subhanallah... Maha suci Allah.

Kemudian kami meneruskan ekspedisi dengan memasuki gua Kelawar dan berehat sekejap di sana sambil memerhati keindahan gua dan bentuk-bentuk batu semulajadi yang cukup mengkagumkan. Tapi laluan di kawasan ni agak berbahaya kerana banyak batu yang berlumut yang licin. Jadi memang agak bahaya.

Bila turun, terasa dekat pulak sedangkan ketika mendaki terasa cukup jauh. Kemudian kami berehat sebentar di bawah sambil minum air dan memberi monyet makan di bahagian kaki Gunung. Kemudian kami terus ke rumah Zam.

Sambil menziarahi ayah Zam yang sedang sakit, kami bersolat di rumah Zam. Kemudian kami bertolak pulang dan saya tiba di rumah kira-kira jam 7.40 malam. Memang letih tetapi seronok dan puas. Kami merancang lepas ni mungkin Tangga Kenari di Gunung Jerai akan kami tawan pulak. Yang just persiapan untuk pasukan bola kami.

Malam saya just menonton Berita dan kemudian tonton Senario, Saya tidur sekejap dan bangun balik untuk tonton EPL Highlight untuk siri terakhir season ni. Kemudian sambung tidur balik. Jam 2 pagi saya bangun kembali untuk tonton bola, sebelum tu saya semak email dalam masa 10 minit  dan tengok beberapa news. Selepas Real Madrid lawan Juventus, saya rasa pilihan saya untuk juarai Champion League ialah Juventus berbanding AC Milan. Saya tidur kira-kira jam 4.30 pagi.

WASSALAM...

13 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi macam biasa, kena bawak adik yang bongsu ke sekolah. Hehehe... Dah tak mahu naik basikal! Kemudian just berehat di rumah sambil surf Internet dan menonton TV. Tapi saya sempat ke Alor Setar untuk repair But Bola yang dah rosak tu. Kenalah keluarkan sikit belanja waktu zaman kemelesetan ekonomi macam ni. Hehehe...

Begitu jugak pada waktu tengah hari. Memang boring! Kemudian waktu petang, saya memulakan rutin biasa sebelum bekerja dulu iaitu main bola! Dapat pun score hattrick. Hehehe...

Malam saya ke Masji Zahir untuk hadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah bagi tahun 1424 Hijrah. Ahli panelnya ialah Ustazah Nor Bahyah Mahmud dan Sheikh Ahmad Faisol Haji Omar dan dipengerusikan oleh bekas pensyarah saya iaitu Ustaz Bashir Abdul Aziz.

Turut hadir ialah Sultan Kedah dan Menteri besar serta ramai lagi kenamaan. Forum ni memang mendapat sambutan yang cukup menggalakan. Ahli panel banyak membuat jenaka berunsur sindiran tetapi yang paling tak mengeringkan gusi ialah Sheikh Faisol yang menyampaikan hujahnya dalam gaya tersendiri dan loghat Kedah yang pekat. Hehehe...

Apa pun banyak pengajaran yang dapat saya kutip. Alhamdulillah... Saya tiba di rumah kira-kira jam 12.30 tengh malam dan kemudian saya terus surf Internet sambil buat beberapa bena yang sepatutnya.

Jam 2.30 pagi saya tonton Bola AC Milan lawan Inter Milan sehingga jam 4 pagi sebelum tidur.

WASSALAM...

12 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi saya hantar adik ke sekolah dan kemudian just berehat. Entahlah kenapa rasa pening sangat. Tapi saya gagahkan diri siapkan resume untuk mintak kerja. Hehehe... Kena mintak kerja balik. Patutnya hari ni saya keluar cari kerja tetapi hujan dari pagi membuatkan saya menangguhkan ke hari lain. Saya kena set time yang baru dengan member. Esok may be tak lagi kot. Lepas tu Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti. maknanya hari Ahad baru saya boleh teruskan. InsyaAllah kalau murah rezeki, adalah kerja di sekitar Alor Setar ni.

Kemudian waktu tengah hari saya just berada di rumah sampai petang. Boringnya bila tak ada kerja. Dah biasa buat kerja, bila tak bekerja, jadi semacam sahaja. Kepala pulak memang semakin pening. entahlah kenapa. Lepas berbuka baru lega. Hehehe... Tak cukup air kot!

Selepas Maghrib, saya, Men dan adik saya, Shaukhi ke Hospital melawat Boss. Alhamdulillah Boss semakin baik. Tapi saya memang kesian melihatnya. Teringat kata-kata ayahnya, "Kita tak merasa sakitnya tak tahulah betapa sakitnya." Saya pun jawab balik, "Kita ni setakat boleh tengok sahajalah..."

Kesian betul. Saya macam mati akal nak berbicara. Nak buat lawak sat lagi maca perli orang sakit pulak. Nak sedih nanti menjejaskan perasaan orang sakit pulak. Tapi saya banyak tanya pasal keadaan dirinya. Sakit tak mata dan tangan serta kaki. Semoga lekas sembuh. Kemudian saya dan Men serta Shaukhi minum-minum di Medan Tasik Merdeka dekat Stadium Darulaman. Jam 10.30 malam kami pun pulang.

Sebelum tu saya nak ucapkan SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA kepada semua misi-misi (Nurse). Pengalaman saya di hospital sejak kebelakangan ni banyak menyedarkan saya betapa beratnya tugas seorang jururawat melayan kerenah orang ramai dan pesakit. Saya memang betul-betul terharu. Terima kasih kepada semua nurse Hospital Alor Setar yang menjaga ayah saya dengan baik semasa pembedahan ayah saya bulan lepas. Terima kasih.

Terima kasih kepada semua jururawat. Semoga kesucian profesion ini diteruskan selamanya...

Saya tidur jam 11.45 malam selepas tonton drama " Jangan Biarkan Rembulan Menangis".

WASSALAM...

11 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

TRIBUTE TO MY MUM

Selamat Hari Ibu!

surah Al An'aam ayat 151,

"Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya."

ayat 23 surah Al-Israa'

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Saya nak kongsi ruangan saya hari ni buat ibu saya yang tercinta Puan Halijah Haji Ahmad.

Sesekali bila saya mengenang kembali sejarah hidup saya yang penuh dengan pelbagai cabaran ketika kecil dulu, waktu abah selalu tiada disebabkan kerja, keadaan persekitaran yang tak begitu menggalakan, betapa berat tanggungjawab mak kepada saya dan keluarga.

Apatah lagi saya pula, saya suka menjawab. Entahlah, rasanya saya ketika itu banyak melukakan hati ibu. Itu zaman kanak-kanak. Semakin dewasa, semakin mengajar saya mengerti erti pengorbanan seorang ibu. Semakin lama saya semakin menghormati ibu.

Sebab itu, saya bila emak cakap apa pun, saya akan turut. Saya tak akan melawan dan saya akan patuh dengan sepenuh hati. Biarpun kadang-kadang berat bagi saya tapi kerana insan bergelar ibu, insan yang cukup saya hormati dalam hidup.

Kalau nak dinukilkan pengorbanan mak, rasanya tak habis ruangan ni. Saya amat bersyukur ada seorang ibu seperti mak. Ibu yang penyayang dan cukup setia. Seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarga dan rumahtangga.

Apa yang Azrul ada kini, adalah apa yang telah mak usahakan. Terima kasih mak...

Buat mak, Azrul akan cuba bahagiakan mak dan suatu hari nanti, Azrul akan pastikan kebajikan emak dan abah tetap terjaga. Azrul tak akan biarkan mak berada dalam Kesulitan. Itu janji Azrul!

Hari ni adalah hari yang cukup istimewa buat semua ibu. Bakal-bakal ibu pun kena ambil perhatian jugak. Hehehe...

Buat mak, Terima kasih atas segalanya... Sesungguhnya engkaulah ratu hatiku...

SELAMAT HARI IBU!!!

P/S: Teringat pulak kisah Engracia sebagai ibu dalam cerita El Amor No Es Como Lo Pintan. Hehehe...

WASSALAM...

10 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah buat sahabat baik saya, Mohd Fahmi Abdul Wahab yang telah berjaya ditauliahkan sebagai pegawai simpanan tentera. Bidang yang memang amat diminatinya sejak dulu lagi.

Saya masih ingat lagi sewaktu di MRSM PDRM dulum dialah yang cukup ‘fanatik’ bab-bab weapon, kereta kebal dan jet. Dulu Fahmi ada melanggan majalah Image Of The War yang memang banyak menceritakan tentang realiti peperangan.

Sekarang dah berjaya! Bila dah tamatkan pengajian nanti, semoga berjaya masuk ke lapangan tentera yang sebenarnya dan menjadi seorang teknokrat Islam yang boleh menggugat Amerika, InsyaAllah...

Oklah...

Waktu pagi lebih kurang jam 7.40 pagi, saya dan adik bertolak ke Gunung Keriang untuk perlawanan street soccer. Perlawanan berlangsung sengit dan akhirnya kami tewas. Hehehe... 5-3. Satu jaringan saya, satu adik saya, Shaukhi dan Mat. Oklah tu, sebab kebanyakannya baru pertama kali main street soccer.

Jadi tak hairanlah sebab mereka masih baru. Bagi saya ia just sebagai pemanas badan untuk permainan minggu depan. Tak sabar untuk berkumpul dalam team asal. Sekarang saya dah boleh beri komitmen.

Kemudian sama-sama sarapan pagi dan kemudian sambung main bola di Taman Rimba. Saja nak lepaskan tension kalah tadi. Hehehe... Kali ni saya score 13 gol daripada 15 gol pasukan saya. Menang 15-8. Ni main gol kecik sahaja. Tapi team saya just 3 player dan team adik saya, Shaukhi empat orang!

Lepas tu bila balik rumah, saya just berehat dan memang penat! Saya tertidur pada waktu petang. Dah berapa lama tak tidur petang. Tapi kali ni memang penat.

Malam saya just berehat dan tidur seawal jam 9.30 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah