Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

03 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali bila saya tengok sesuatu, saya selalu terfikir. Ya Allah kenapa begini? Itu lah kekurangan saya. Entah bila saya akan dapat atasi kekurangan itu. Kadang kala sukar nak dikawal tetapi Alhamdulillah saya berjaya memujuk hati. Mungkin orang nampak biasa tetapi bagi saya ia terlalu mendalam. Ia betul-betul mencengkam hati.

Susah saya nak jelaskan di sini tetapi secara tersirat, saya sendiri yang faham. Rasanya tak ada orang yang tahu. Tu yang saya berani tulis dalam diari ni. Hehehe... Tak tahulah kalau ada orang lain tahu. Tapi saya yakin orang tak tahu.

Kadang-kadang saya rasa cemburu sebab orang ada apa yang saya tak ada tu. Sampaikan saya selalu berbicara dalam hati. Ya Allah ujian kah atau balasan? Sukar saya nak tafsirkan semua ni. Tetapi sebagai Hamba yang terlalu banyak ingkar kepada Penciptanya, mungkin saya tak layak untuk semua itu atau mungkin ia akan hadir nanti. Bila dan bagaimana ia suatu persoakan yang Allah sahaja tahu.

Apa pun, saya tak boleh membiarkan emosi menguasai diri. Biarlah jiwa ini terus mantap. Allah ada dan Maha Adil. Ada sesuatu yang perlu saya hayati. Tiap sesuatu itu ada hikmahnya. Cuma kadang kala saya memang cukup terasa. Contohnya macam bila saya di hospital malam tadi. Saya terkedu. Dan kadang kala rasanya macam nak menitiskan air mata.

Benarlah kata orang bila kita kekurangan sesuatu dan bila kita dapat apa yang kita kehendaki itu, kita akan jaga sebaiknya. Macam pengemis yang bila diberikan wang. Sudah tentu wang itu akan dibelanjakan secermat mungkin. Mungkin setakat ini jiwa saya masih kuat. Alhamdulillah saya ada Allah untuk saya mengadu.

Waktu bening di ketika hampir Subuh, memang betul-betul mengusik jiwa saya. Bila dihayati segalanya, mengapa kita mahu kejar sesuatu yang tak pasti? Sedangkan kita ada yang boleh kita atasi! Bagi saya ia benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Sesekali bil terfikir, rasa ia cukup indah bila kita meluahkan segalanya kepada Pencipta kita. Lega dan puas. Seolah ada satu kuasa yang mendamai kalbu. Itulah kuasa Allah yang menunjukkan Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani.

Rintihan hati seorang Hamba yang tidak layak untuk didengar, tetap Allah beri perhatian. Alhamdulillah semakin hari, saya semakin kuat. Semakin bersemangat. Bila saya tahu beberapa perkara tersembunyi, saya cukup yakin, ia bukan suatu kekurangan Cuma ia satu yang akan memberikan kekuatan kepada saya suatu hari nanti.

Allah Maha Adil. Setiap orang akan ada kurangnya dan akan ada lebihnya. Mungkin orang lain ada kekurangan yang lain yang lebih teruk dari saya. Sekurang-kurangnya saya dah berjaya! Saya dah dapatkan sikit. Cuma ia bukan soal material. Entahlah... Apa pun bagi saya apa jua yang Allah tetapkan, saya terima dengan sepenuh hati kerana Allah tahu apa yang terbaik buat Hambanya!

Ya Allah, dengan Rahmat-Mu berikanlah aku kekuatan, ketenangan dan kedamaian hati. Biarlah Hatiku Sentiasa Tunduk Kepada-Mu. Aku Redha dengan dugaan ini. Apa pun, Engkaulah yang Maha Mengetahui... Amin...

Alamak panjangnya saya meluah perasaan hari ni... Hehehe... Baginilah saya. Kalau ada apa-apa yang mencengkam jiwa, saya akan luahkan dengan cara tersendiri. Sebab itu, Alhamdulillah saya boleh hadapi apa jua kerenah orang. Terlalu sukar untuk saya marah. Yang penting ialah kedamaian jiwa. Biarlah kita capai apa pun yang kita inginkan, kalau jiwa kita kacau bilau, apa ertinya.

Hati yang tenang banyak membantu kita menghadapi saat-saat sukar dengan cara yang baik. Hati yang tenang membuatkan kita sentiasa damai dan permai. Tetapi ia tidak mudah dimiliki...

Oklah dah puas saya menulis, masuk bab diari saya hari ni...

Mulanya saya nak puasa hari ni tetapi memandangkan ada sebab yang saya rasa, saya tak berpuasa hari ni, saya batalkan hasrat saya tu. Kemudian terus saya selesaikan kerja saya sampai tengah hari. Kemudian, saya merantau setiap ceruk kedai akhbar dan majalah untuk dapatkan Majalah MASSA minggu lepas tetapi gagal. Terus saya ke pengedar dan Utusan Melayu tetapi habis! Melepaslah saya satu edisi. Bukan rezeki saya. Cuma saya rasa seronok bila saya berkomunikasi dengan beberapa orang hari ni. Dah veteran  tetapi banyak pengalaman. Memang saya respek! Mudah-mudahan saya pun boleh jadi macam tu.

Lepas tu terus saya balik dan rehat dan selepas hantar adik ke sekolah, terus saya sambung balik kerja saya. Saya kena kuat semangat. Orang yang selalu lemah mentalnya tidak akan berjaya melainkan dengan nasib. Saya teringat satu kata-kata “Orang Yang Berjaya Tidak Pernah Memikirkan Kegagalan”.

Kuatkan semangat! Jangan cepat putus asa! Alhamdulillah saya cukup yakin dengan diri saya. Alhamdulillah saya setakat yang saya hidup ini, saya boleh didik diri menjadi apa yang saya ada hari ni. Kadang kala saya rasa terlalu positif. Bagi saya kita kena sentiasa positif dalam hidup. Cuma yang saya terkilan, mentaliti kita masih di tahap negara miskin. Ini memang saya fikirkan.

Kita tak pandai nak didik diri kita. Selalu buat tanggapan yang melulu. Cepat membuat kesimpulan. Dalam Teknik pemikiran pun ada konsep CAF- Consider All Factor. Ada beberapa teknik lagi, tetapi kita selalu tersilap. Banyak falasinya. Alamak dah masuk bab pemikiran pulak...

Tetapi itulah orang kita, Bila kita nak maju kalau macam ni. Saya seronok bila jumpa orang yang sentiasa yakin dengan masa depannya. Sentiasa bersemangat. Saya akan rasa cukup bermotivasi. Sebab itu saya suka bagi semangat dekat orang tambahan kalau orang itu istimewa buat saya...

Saya tak suka tengok orang gagal. Saya tak akan rasa gembira kalau saya berjaya tapi kawan saya gagal. Tetapi saya akan rasa gembira walaupun saya gagal dan kawan saya berjaya. Saya tahu nak uruskan semua itu. Tapi saya takut orang yang gagal akan buat perkara bodoh! Sebab tu bila tengok kawan-kawan saya berjaya, saya rasa seronok dan tambahan kalau orang itu istimewa buat saya, saya akan rasa amat bahagia. Biarlah saya tak kecapi semua itu tetapi bila kita lihat orang kecapinya, saya dah rasa nikmatnya. Kalau mereka gagal, saya akan turut rasa sedih. Entahlah kadang kala saya rasa, diri saya macam tak wujud sebab selalu utamakan orang lain. Tapi saya tahu di mana kekuatan diri saya.

Apa yang saya merepek hari ni? Panjang pulak saya menulis...Rancak pulak jari-jari ini menaip, meluahkan pandangan dari lubuk hati. Biarlah asalkan hati saya puas dan tenang...

Sampai mana entah tadi... Oklah waktu petang macam biasa petang saya main bola dan hari ni tewas 4-1. Mental juga memainkan peranan. Team saya cepat putus asa! Tak kisah kalau kalah tapi kalau tak melawan memang menyedihkan. Puas saya nak motivate agar terus melawan. Memanglah tak ada star tetapi kita kena sentiasa positif.

Macam saya main badminton. Saya bukannya terer sangat tapi saya tak akan rasa kalah selagi lawan tak dapat mata penamat. Saya akan cuba jugak. Kalau kalah, tetap puas hati. Yang penting sentiasa positif. Apa guna kita main kalau sebelum masuk gelanggang lagi kita dah rasa tak yakin. Kita dah tewas sebelum berjuang!

Saya ada meneliti bintang sukan terkenal. Bagi mereka yang paling penting ialah mental. Selagi kita yakin kita akan berjaya, kita akan berjaya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pelari jarak jauh yang memegang rekod dunia. Tetapi saya tak ingat namanya. Katanya’ “ Kita sebenarnya bertarung dengan diri kita sendiri, bukannya dengan lawan kita dan jika kita menang dengan diri kita, kita akan menang dengan orang lain,”

Betulkan katanya... Macam kita berlari, rasa penat kita berhenti. Kalau kita lawan rasa penat tu dan terus berlari kita akan sampai ke garisan penamat, kalau tak kita tak sampai ke garisan penamat...

Dahlah... Banyak sangat saya tulis ni... Malam selepas Baca Yassin Bersama keluarga, saya terus buat kerja saya. Sebelum Ahad kena hantar sampai lewat malam...

WASSALAM...

02 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

PANDUAN PERSAHABATAN

  1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
  2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
  3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
  4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
  6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
  7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
  8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
  9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin  menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan  kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan di  hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang di kurnia oleh Allah s.w.t"

Sedikit panduan untuk bersahabat moga-moga kita akan lebih akrab dalam persahabatan...InsyaAllah...

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah siapkan beberapa kerja yang tak rasmi dan kemudian ke office sampai jam 2 petang. Lepas balik solat dan makan tengah hari, saya ke BAnk BCB dan Muamalat untuk masukkan uit ke dalam akaun adik saya... Kemudian saya ke semua kedai-kedai majalah untuk mendapatkan Majalah MASSA minggu lepas tapi gagal. Nampaknya kena pi cari kat pengedar Utusan Melayu. Esok pulaklah sebab dah tutup kedai tu. Balik rumah dah jam 4.30 petang.

Kemudian waktu petang main bola macam biasa, Cuma hari ni memang mengarut. Bayangkan baru dalam 3 minit dah lepas 5 gol! Karut betul. Saya pun tak tau kenapa. Semua tak menjadi. Jenuh nak suruh depa pulun balik. Kena main tengah untuk generate attacking. Memang penat!

Akhirnya bila habis, kami menang 6-5! Memang mengejutkan. Hehehe... Tapi saya cukup tumpul hari ni. Tiga peluang lepas macam tu ja. Ada ka patut! Apa pun memang penat hari ni... Tapi seronok...

Malam saya ke hospital menziarahi saudara saya yang lumpuh sebelah badan. Dari jam 9.30 malam sampai jam 12.30 malam saya berada di sana. Bila difikir kembali begitulah kita, sampai masanya nanti, kita akan tetap pergi, Cuma kita selalu leka dan tak beringat...

Bila sampai rumah terus saya balas email. Banyak yang nak kena reply. Kira-kira jam 2 pagi terus saya masuk tidur...

WASSALAM...

01 JULAI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu Jokes buat penceria minda. Hehehe...

LAMPU SULUH

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab elok saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.
 
"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor
"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.
"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.
"Ye laaa" jawab Doktor.
"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

 "mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.
 
"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.
"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.
"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya

panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

 "mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

 "Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Hehehe... Just jokes...

Oklah..

Waktu pagi saya awal-awal lagi dah settlekan urusan roa tax motor adik dan kemudian saya ke Office saya untuk bincang beberapa hal. Kemudian saya ke bank dan sampau dekat waktu Asar, saya tertidur. Tak sempat nak main bola!

Malam saya ke Stadium tonton Kedah lawan Sarawak. Hari ni walaupun tanpa 8 pemain Utama, Kedah still boleh persembahkan permainan yang bagi saya menarik. Paling saya suka ialah James Monie yang banyak buat gerakan solo dan rajin mengejar bola. Mamang player import yang cukup berkualiti. Import Kedah yang paling saya minat ialah Nascimento, Adigun dengan Janostak. La ni Monie dah buatkan saya semakin suka cara dia bermain. Kalau lah ada Akmal berganding dengan dia, memang berbisa macam Kedah bantai Melaka 6-0 minggu sebelum ni.

Awal-awal lagi Kedah dah banyak menyerang. Cuma Barisan depan Kedah kurang berbisa. Member saya yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama, Azli Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ali gajah nampak gugup. Tapi ni pendedahan baginya. Tapi dia memang hilang punca sampai nampak lebih macam penumpang. Tapi Kit Kong pun memang best! Serba boleh. Dia boleh jaga defend dengan baik.

Striker Sarawak, Sapian still tak boleh tembusi benteng Abangnya, Mazelan Wahid. Sejak dulu lagi, bila Abangnya jaga gawang, dia tak dapat score. Hehehe... Rasanya goal keeper Sarawak pun adik kepada Mazelan Wahid, Kalau tak salah Safri Wahid... Bila player bersalaman saya nampak penjaga gol Sarawak tu cium tangan Mazelan Wahid.

Apa pun game memang saya berpuas hati tmbah-tambah bila last-last minute, tandukan James Monie yang hampir gol! Man Of The Match bagi saya ialah James Monie!

Bila habis game terus saya balik ke rumah (Nak pi mana lagi... Hehehe). Sempat semak email sekejap tapi tak sempat balas. Kemudian ingat nak tunggu siaran tertunda, rupa-rupanya tak ada pulak malam ni!

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi...

WASSALAM...

30 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR KE 47 BUAT EMAK TERSAYANG!!!

Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, saya ada seorang mak yang cukup penyayang dan cukup banyak membantu saya. Tak tahulah apa lagi yang boleh saya katakan. Itulah emak yang cukup saya sayangi. Mak yang terlalu terlalu terlalu (infinitive) banyak berjasa kepada saya.

Semoga mak akan dipanjangkan Umur dan dimurahkan rezeki selalu...InsyaAllah...

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Beza hari ni dengan hari Isnin yang lain ialah saya tak berpuasa sunat hari ni. Ada sebabnya... Kemudian waktu pagi saya hantar mak ke Pasar Tani dan kemudian saya dan mak ke rumah Pak Long saya untuk sedikit urusan. Tengah hari bila balik saya siapkan beberapa kerja tak rasmi yang saya kena buat. Hehehe...

Kemudian saya ke Dewan ASRC untuk beli tiket Badminton. Habis! Kena beli kat kedai lain. Tinggal dua sahaja lagi! Yang lain tu reserved untuk dijual kat stadium petang ni. Alhamdulillah dapat jugak. Abang Midi Sponsor. Terima Kasih Abang Midi!

Kemudian saya ke Pejabat Pos untuk settlekan bil telefon, Api dan Internet. Kemudian saya ke City Plaza untuk reloadkan handset ayah dan kemudian saya ke kedai komputer untuk membeli beberapa barangan yang abah pesan.

Kemudian saya ke Kedah Shopping Centre untuk membeli barangan yang mak pesan sebelum saya menjelajah kedai-kedai buku untuk mencari Majalah MASSA minggu lepas. Adik saya terlupa beli!

Bila balik rumah dah petang sikit. Hari ni memang telefon terlalu kerap berbunyi. Dalam sejam tu adalah empat lima kali berdering. Jenuh nak menjawab. Kemudian saya just berehat di rumah sebelum melayan Mak Cik dan Pak Cik saya yang datang menziarah. Lepas tu saya terus ke Stadium kira-kira jam 6.15 petang. Janji dengan abang Midi jam 6.30-6.40 tapi tak sampa pun! Hehehe... Traffic jam sebab memang ramai yang nak tengok.

Lepas tu saya lepak dulu dengan Cikgu Ali yang saya cerita hari tu. Rupanya Cikgu Ali tengah ambil PHD di UUM. Fuh! Nanti saya kena panggil dr. Hehehehe... Thanks Cikgu Ali sebab belanja! Murah rezeki hari ni...

Tengok badminton memang best. Wong Choon Han main memang superb. Lepas tu bila waktu Solat Maghrib, sesak surau tu sampai saya kena solat kat bahagian luar. Alhamdulillah memang ramai yang prihatin menjaga solat ni. Tapi yang malang ada yang buat tak tau ja! MasyaAllah...

Lepas tu yang paling best ialah Hafiz! Memang bertenaga permainannya dan kemudian double Malaysia. Memang boleh tengok world Class punya action dari player negara. Cuma player Korea nampak letih sebab perjalanan jauh kot! Lepas tu keadaan satdium bagi saya tak best! Sepatutnya perlu lebih kondusif dengan aircond. Ni tak Air Cond pun tak siap lagi. Saya tak pasti sama ada Stadium ni dah dirasmikan atau belum...

Banyak kelemahan penganjuran yang perlu ditangani... Apa pun sebagai peminat badminton saya memang mengalu-alukan kesedian Keah untuk menjadi tuan rumah Terbuka Malaysia tahun depan. Bolehlah saya improve permainan saya.

Bila balik rumah dah jam 12.15 malam dah. Penat sangat terus tidur (Tengok pun penat? Hehehehe...)

WASSALAM...

29 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Satu gambar yang ingin saya berkongsi dengan anda semua. Betapa besarnya Kuasa Allah yang menjadikan alam ini dengan pelbagai rupa dan bentuk. Subhanallah, Maha Suci Allah...

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Pagi macam biasa, Cuma hari ni saya rasa amat mengantuk sebab banyak benda. Mimpi pun tak seindah yang diharap (Selalunya orang cakap mimpi ni bertentangan dengan realiti! Hehehe... Abaikanlah...). Pagi Ahad, saya macam biasa tonton Laman Nurani oleh Datuk Dr, Mohd Fadzillah Kamsah. Kemudian habiskan masa dengan membaca paper sambil surf Internet sekejap.

Kemudian saya tertidur. Tak puas tidur malam tadi! Kemudian selepas makan tengah hari, saya just bersama keluarga sama-sama menonton TV. Termasuklah mak dengan abah tonton sekali.

Selepas Solat Asar, saya terus ke Stadium Darulaman, menyaksikan perlawanan Bola Sepak Piala FAM, LADA bertemu Kedah Kota Setar (Chengai FC). Seri 1-1. Jaringan LADA diperolehi oleh Mad Zam (Bukannya Zamzuri ya! Hehehe...) Ni Zam satu lagi... Jaringan Chengai oleh Ahmad Zalghafari Manaf.

Saya tonton sekali dengan member yang main dengan MPKS. Seronok jugak tengok performances LADA. Bagus... Banyak control Cuma tak ada finishing. S.Ragesh pulak memang experienced. Jadi susah striker LADA nak tembus. Dah tu boleh mian sambil gelak-gelak pulak tu. Waktu tu member dia saved bola atas line! Boleh senyum lagi! Hehehe...

Habis sahaja perlawanan, terus saya serbu bilik persalinan Stadium Darulaman bertemu balik dengan member-member lama. Abang Shown, Hamizi, Mad Shah, Mad Zam, Pian, Zuber, Ali Karpet, Manja Man (Bekas Player Kedah dan Kebangsaan. Nama besar dalam bola Malaysia pertengahan tahun 1990-an). Cha’i pun ada jugak, Aidee, Bang Man. Seronok sembang-sembang dengan depa. Hehehe... Lama tak jumpa. Zam selalulah sebab still kat LADA. Tahun ni saya tak ke Langkawi lagi! Bila la nak pi ni.

Kalau tak tiap-tiap tahun saya sekurang-kurangnya sekali akan ke Langkawi. Tahun ni still tak ke sana lagi. Bila la nak pi?

Malam saya sempat tonton F1. Saya memang penyokong Raikkonen, tapi selepas leading tinggal lebih kurang 35 pusingan lagi nak tamat, enjin dia rosak! Kecewanya! Apa pun juara ialah Ralf diikuti oleh Montoya, Barichello, Alonso, Schumi, Webber.

Kemudian jemput adik dari sekolah sebelum saya habiskan mas adepan komputer. Still berfikir, sama ada nak tonton Malaysia lawan Korea esok, Badminton. Ni World Class punya aksi! Tambah peminat sukan macam saya. Pasti nak tengok! Tambahan pulak saya memang pemain badminton.

Ada beberapa masalah... Satu saya kena pastikan surau kat Stadium tu ok. Tapi Stadium baru rasmi, ok kot... Sebab game mula jam 7 malam. Maghrib tu kena fikir. Rasanya tak ada masalah kot, kalau suarau ok. Apa pun, harapnya boleh pi esok. Rasanya tak jadilah saya berpuasa esok. Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan...

WASSALAM...

28 JUN  2003

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang  perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
 
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
 mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
 
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
 
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

 
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang
 mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang  dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Satu email yang saya rasa, saya patut kongsi bersama dengan anda. Fahamilah mesejnya. Mungkin cerita ni hanya rekaan penulis tetapi yang penting ialah mesejnya...

Oklah... Masuk bab diari saya hari ni...

Alamak! Hari ni memang lewat bangun. Entahlah kenapa! Malam tadi lepas tidur langsung tak sedar apa-apa. Kata orang tidur mati. Nak kata penat sangat taklah. Langsung tak terasa apa-apa! Bila dah lewat, malas nak turun jogging.

Lepas tu duduk kat rumah baca paper. Jam 8.30 pagi cuba contact urusetia bola 9 sebelah tapi tak ada orang angkat pun. May be pejabat masuk jam 9 kot. Sambil tu saya guna komputer sat sambil surf Internet. Tapi tak lama sebab connection asyik jam.

Jam 10 telefon Urusetia sekali lagi. Berkali-kali telefon tak ada orang angkat. Ada ke tak ni? Lepas tu saya ke kenduri saudara di Kampung Tok Temenggung. Kira-kira 45 minit di sana, saya balik dan kemudian cuba telefon lagi. Tak boleh jugak! Silap tak ambil nombor lain. Pengajaran...

Kemudian saya just tonton cerita hindustan. Hehehe... Saya memang suka tonton cerita hindustan. Kemudian waktu petang main bola macam biasa. Enjoy macam biasa. Malam, saya memang mengikuti dengan penuh minat Kedah lawan Telekom Melaka. Last sekali just seri 1-1. Apa pun tahniah... walaupun main 10 orang still boleh cover. Saya tak pasti sangat tapi menurut penonton yang hadir, ramai yang blame referee as one of opponent player. Tapi saya malas nak kira macam tu. Lupa pulak. Bagi penyokong Kedah yang cuba masuk www.hijaukuning.net tapi gagal sila cuba www.hijaukuning.com pulak. InsyaAllah ok.

Sambil tu saya tonton kelayakan F1. Lega bila Raikkonen berjaya dapatkan petak pertama dalam perlumbaan esok. Memang Raikkonen cukup berbakat walaupun masih muda. Sorang lagi yang menjadi tumpuan ialah Alonso. Apa pun saya lebih minatkan Raikkonen sejak dia mula memandu Sauber Petronas lagi.

Lepas tu saya tonton cerita hindustan lagi. Hehehe... Kemudian sambung tengok bola Kelantan Vs Selangor. Dah terumbang ambing Selangor. Gol last tu, pasti tak tidur lena keeper Selangor tu, lepaskan gol mudah.

Jam 3 pagi baru boleh tidur sebab adik saya gunakan komputer dalam bilik saya. Susah sikit nak lelapkan mata.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah